Friday, October 31, 2008

ALTANTUYA

Taniah kepada Razak Baginda kerana telah dibebaskan oleh Mahkamah dari tuduhan bersubahat dengan kes pembunuhan wanita Mongolia itu walaupun diperingkat awal dikatakan bahawa kedatangan wanita itu ke negara ini untuk bertemu denganya namun maut yang ditemuinya.
Tinjausan saya sejak dari tengahari semalam Jumaat 31 Oktober 2008 dan pagi ini rata-rata teman-teman yg saya temui mempersoalkan keputusan mahkamah yang terus memerintahkan dua orang lagi tertuduh iaitu Sirul Azhar dan Azilah yang diperintahkan untuk membela diri.
Maksud dari keputusan itu boleh dianggap sebagai mereka berdua bakal dipersalahkan dan bakal menerima hukuman mati kerana membunuh yang dituduh dibawah seksyen 302.
Soalnya apa motif dan tujuan serta faedah yang diperolehi mereka berdua apabila membunuh wanita itu. Umum mengetahui bahawa mereka berdua itu adalah pegai pengiring kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga dikaitkan dengan wanita itu.
Logik umum mengatakan bahawa mereka tentunya tidak akan melakukan pembunuan dan sebarang perkara melaintan apabila menerima atasan dari tuanya. Umum juga mempersoalkan bagaimana penggunaan bom C4 yang digunakan untuk meletupkan jasad wanita itu boleh dengan mudah didapati sedangkan ia sepatutnya dibawah kawalan dan simpanan tentera sahaja. Khalayak juga mengetahui bahawa TPM yang bernama Najib itu juga pada ketika itu menjawat jawatan Menteri Pertahanan.
Umum juga diberitahu bahawa pada masa kejadian untuk meletupkan jasad wanita itu isteri TPM juga dikatakan ada bersama pada ketika itu. Namun tiada sesiapa yang dapat mengesahkanya kecuali orang-orang yang terlibat secara langsung dalam insiden itu tetapi mereka lupa ALLAH melihat segala-galanya.
Umum juga mengajukan berapa banyak duit yang mereka perolehi sehingga sanggup dikambing hitamkan oleh orang itu? kerana seorang budak baru-baru ini sanggup bersumpah dia diliwat dan mendapat habuan yang lumayan dan berapa pula budak berdua ni dapat.
Orang itu pula kini sudah dinamakan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 6 tahun hadapan.
Apakah jaminan keadilan dapat diperkasakan dalam negara kita dalam keadaan setiap penjuru sistem keadilan kita dirobek dan diperkosa oleh individu-individu yang bekepentingan dan berkuasa dalam negara kita.
MALANGNYA kita mendapat pemimpin yang bodoh seperti mereka tetapi bijak untuk mengaut keutungan peribadi dan kita saksikanlah episod-episod sedih ini pada masa-masa akan datang melainkan kuasa rakyat bangkit merobohkan tembok keegoan mereka itu.
Wallahualam

Thursday, October 30, 2008

ISA

Menyorot kepada perbahasan di Parliment hari ini mengenai ISA . pihak Kementerian Pertahanan bertegas untuk mempertahankan penggunaan ISA ini demi untuk mempertahankan kestabilan negara daripada anasir-anasir yang menjurus kepada pelbagai isu yang berkaitan dengan keganasan dan sebagainya.
Saya melihat ISA ini akan tetap diteruskan oleh kerajaan Regim Barisan Nasional demi untuk mempertahankan kuasa mereka. Hujah-hujah yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri menyatakan bahawa ISA ini adalah sebagai akta pencegahan dan segala sumber maklumat adalah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan dimahkamah.
Saya kira ini adalah satu kenyataan paling bodoh yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri. Bayangkan bagaimana orang yang ditahan didalam ISA dan keluarganya begitu dahsyat dizalimi dan saya telah banyak membaca catatan daripada bekas tahanan ISA ini. Bukan sahaja mereka diugut dan dizalimi bahkan lebih dahsyat lagi ahli keluarganya yang tinggal diluar pun diugut dan di pantau pergerakan mereka oleh pasukan polis.
Dalam hal ini kita sepatutnya kembali kepada prinsip keadilan Islam bahawa seseorang itu tidak akan dianggap bersalah selagi tidak dibuktikan didalam sistem mahkamah yang adil.

Thursday, September 18, 2008

Ayuh Kebarkan Bendera

Meskipun tanggal 16 September telah berlalu, semangat Hari Malaysia masih utuh di kalangan warga Malaysia yang bermaruah.
Semangat ini melangkaui sempadan partisan, ia semangat yang terlahir hasil dari nawaitu untuk menjunjung amalan demokrasi, membudayakan perpaduan murni di kalangan agama dan kaum yang pelbagai, ke arah melahirkan sistem kenegaraan yang stabil dan bebas unsur penindasan berciri perkauman dan kabilah sempit.
Justeru, saya menyeru kepada seluruh warga Malaysia untuk sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan, di rumah atau di mana saja sebagai tanda kasih kita kepada tanah air tercinta.
Semoga semangat ini terus berkibar dan berkobar ke arah merealisasikan Malaysia Baru!
ANWAR IBRAHIM

sumber www.harapanmalaysia.com

Islam Hadhari Sesat!

"Islam Hadhari di Malaysia, Hazaa Dhalal, Wa Yudhil (ianya sesat dan menyesatkan) ". Itulah ulasan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili dalam pertemuan dengan Group UM dan Komuniti Mahasiswa Kerinchi (KMK) semalam di Jame Quaiti (Jame Othman) Damsyik.
Pertemuan itu diatur khas untuk beramah mesra dan berdiskusi dengan sheikh khususnya bagi membincangkan suasana umat Islam di Malaysia.
Namun belum sempat soalan dikemukakan, Sheikh Wahbah terlebih dahulu mengulas tentang Islam Hadhari. Beliau berpesan kepada kami supaya memperlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama. Ini sebagai persiapan diri untuk perjuangkan Islam dan berhadapan dengan banyak kesesatan di zaman sekarang.
Menurut Sheikh, di Malaysia ada Islam Hadhari. "Islam Hadhari ini sesat dan ia menyesatkan satu dunia. Ia merosakkan umat Islam." Terpaku penulis mendengar kata-kata tersebut.
"Islam Hadhari hanya disukai oleh Amerika sahaja, kerana ia bercanggah dengan Islam yang sebenar (hakiki)," jelas Sheikh Wahbah lagi.
Menurutnya, ketika menghadiri muktamar Alumni Al Azhar di Malaysia tempoh hari, Perdana Menteri asyik bercakap soal Islam Hadhari. Namun ketika itu, beliau tidak mendapat kesempatan yang sesuai untuk menjawabnya. Namun hari ini beliau dengan tegas menyatakan bahawa Islam Hadhari bukan daripada Islam yang sebenar.
"Hanya Amerika yang suka Islam Hadhari", jelas Sheikh Wahbah kepada penulis." Kenyataan beliau ini jelas membawa maksud, bahawa Perdana Menteri Abdullah Badawi berbohong apabila menyatakan Islam Hadhari diterima Ulama dunia seperti Sheikh Wahbah Zuhaili, Al Butti dan lain-lain. Malah perhimpunan Alumni Al Azhar yang dijadikan gelanggang untuk menunjukkan kerajaan BN lebih Islam dan disokong Ulama dunia hanyalah sandiwara.
Tidak sangka seorang Perdana Menteri bukan sahaja membohong rakyat jahil tentang Islam Hadhari yang dibawanya, malah sanggup berdusta di hadapan ilman-ilmuan Islam atau ulama-ulama dunia. Keduanya beliau juga menyelar kumpulan Quraniyun yang dikatakan wujud di Malaysia. Kumpulan ini kononnya hanya berpegang kepada Al Quran sahaja dan menolak Hadis. Menurut beliau sebagai orang Islam, kita wajib berpegang dengan kedua-duanya. Jelas di dalam Al Quran Allah menyeru orang beriman supaya taat kepada Allah dan Rasul."
sumber dari TKO

Wednesday, September 3, 2008

Apakah ini bakal terjadi dalam politik Malaysia


Kronologi ini buat BN 'meraung' :


5 September :Semua komponen parti BN dari Sabah dan Sarawak isytihar keluar dari BN.


6 September:Semua komponen BN diSemenanjung keluar dari BN kecuali MCA dan MIC.


7 September: 10 Ahli Parlimen BN umum pindah kerusi Parlimen ke Pakatan Rakyat.


8 September: 5 Menteri dan Timbalan Menteri umum letak jawatan.


9 September: Sidang tergempar Parlimen.


10 September: Perdana Menteri mengumumkan perletakan jawatan.


12 september: Sidang tergempar mengusulkan DSAI membentuk ‘Caretaker Government’.


15 September: DSAI mengisytiharkan Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan baru.9.20 malam: DSAI mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.


16 September: DSAI mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.


sumber : matsamankati

Saturday, August 30, 2008

????

( korang tafsir la sendiri, cakap pun tak guna...)
sumber tamingsari2k dari TKO

Thursday, August 28, 2008

Anwar Is Back


Tahniah dan syabas diucapakan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen Malaysia setelah memenangi pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh pada 26 Ogos yang lalu dengan majoriti yang lebih besar dari 08 Mac 2008 yang lalu dan telah dimashurkan sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Moga denga kembalinya Anwar ke Parlimen setelah dipaksa keluar 10 tahun lalu akan memabawa harapan besar kepada rakyat untuk terus membela kepentingan rakyat dan yang lebih penting lagi dengan adanya beliau dalam Parlimen dengan pengalaman yang dimilikinya akan dapat merubah senario Parlimen sebagai pusat membuat dasar negara.

Rakyat meletakkan harapan yang tinggi kepadanya untuk memimpin negara pada masa akan datang dengan visinya yang telus dan terbuka untuk menstabilkan ekonomi negara dan merakyatkanya.

Kita sangat berharap agar Malaysia Baru yang dirancangkan bersama oleh Pakatan Rakyat dapat dibentuk dengan segera dan kita sangat teruja untuk menanti 16 September yang dikatakan sebagai tarikh keramat pembentukan Malaysia Baru itu.

Friday, August 22, 2008

Peribahasa Baru Sempena Permatang Pauh

Assalamualaikum.... sebentar tadi seorang teman e-mail mengenai himpunan peribahasa baru sempena pilihanraya kecil P44 Permatang pauh. Saya pasti teman-teman pengunjung tentu akan bersetuju tentang simpulan bahasa baru ini. mai kita pakat baca.....

Hidup Mati & Masa Depan UMNO Bergantung Pada Dubur Saiful
Nyawa UMNO Ibarat Telur Yang Berada Dicelah Dubur SaifulDubur
Saiful Adalah Penentu Hidup Mati UMNO
Jika dubur Saiful terbukti terkoyak dan ada kesan.. maka masa hadapan UMNO nampak cerah.
Begitulah Kuasa DUbur (DUBUR SAKTI) Saiful bagi UMNO
PR- MAKKAL SAKTI UMNO/BN- DUBUR SAKTI
Ada Apa Dengan Dubur Saiful ?
UMNO Menatang Dubur Saiful
Seperti Menatang Minyak Yang Penuh
Dua Tiga Boleh Ku Cari... Mana Sama Dengan Dubur Adik Saiful Seorang
Kalau Tiada Dubur Saiful, Masakan UMNO Boleh Hidup Lagi (kalau tak ada angin.. masakan pokok bergoyang)
Habis Pilihanraya Dubur Tidak Berguna Lagi (habis madu sepah dibuang)
Kerana Dubur BN Binasa (kerana mulut badan binasa)
Sekilas Pandang Dubur Saiful .. Boleh Ku Tahu Tipu Autanya(sekilas ikan dilaut... boleh tau jantan betinanya)
Apa Nak Buat, NASI DAH JADI DUBUR
Alang2 Menyeluk Dubur Saiful.. Biar Sampai Kepangkal Lengan
Liwat Dahulu Pendapatan...Liwat Sekarang Tiada Gunanya(sesal dahulu pendapatan, sesal skg tiada gunanya)
Kuman Jauh Seberang Nampak.. Dubur Saiful Koyak.. Seorang Pun Tidak Ambil Peduli
Dubur Saiful Rabak Nampak, UMNO Menipu Tak Nampak.[kuman seberang laut nampak,gajah depan mata tak nampak]
Siapalah UMNO Tanpa Dubur Saiful
Bukan Dubur Sebarang Dubur, Dubur Saiful Jua Yang UMNO Teruja Dan Dijaga
Seberani-berani Saiful Sumpah Laknat, Laknat Jua Yang Saiful Terima
Kecil Tapak Tangan, Dubur Saiful Tadahkan
Mendubur Saiful Biar lah Dari Rebungnya Dubur Saiful Kalau Tak Dikorek.. Manakan Dapat SaganyaApa Diharap Dubur si Saiful... Entahkan Koyak Entahkan TidakJolok Dubur Sendiri(cermin diri sendiri)
Korek Dubur Sembunyi Tangan(Baling Batu Sembunyi Tangan)
Dubur Saiful Jangan Dijolok Buruk Padahnya(sarang tebuan jgn dijolok)
Biar Pecah Dimulut...Jangan Pecah Di Dubur(Biar pecah di perut ...jangan di mulut)
Pantang Dubur Saiful Dicalar(pantang org melayu dicabar)
Sekilas Dubur Bersumpah....Boleh Tahu Diliwat Atau Tidak(sekilas ikan di air...boleh kenal jantan atau betina)
Mendubur Lalu ..Dikemut Patah...(Membujur lalu ..melintang patah)
Harimau Mati Meninggalkan Belang..Saiful Mati Meninggalkan Dubur.
Tiada DNA Dubur ...Sumpah Pun Boleh..(Tiada rotan ...akar pun boleh)
Kerana Dubur Saiful Seorang...Habis Rosak UMNO Semalaysia(kerana nila setitik abis rosak susu sebelanga)
Kehidupan dubur saiful sangatlah sederhana, korek pagi, makan pagi, korek petang, makan petang
Pantang dubur Saiful dicabar, kau jolok dubur Saiful dulu (langkah mayat aku dahulu)
Biar Korek Dubur, Jangan Korek Mata (biar putih tulang, jangan putih mata)
Cedubur, Gedubur, Terdubur(cemerlang, Gemilang, Terbilang)
Jangan Berdubur Untuk Saya..Berduburlah bersama-sama dengan saya...(jangan bekerja untuk saya.. bekerjalah bersama-sama dengan saya..)
Saiful malu-malu dubur semasa ditanya adakah dia seorang gay oleh seorang wartawan.(malu-malu kucing)
Saiful bukanlah seorang yang berat mulut, tapi dia Berat Dubur.ibarat dubur Saiful, cuci tak bersih, gosok tak rata (mandi tak basah, tidur tak lena)
Saiful hanya tahu berpeluk dubur saja semasa di kampus dahulu, sebab itulah keputusan pelajarannya merudum.(berpeluk tubuh)
Janganlah dubur terjolok dua kali (pisang berbuah dua kali) dalam menghadapi sesuatu perkara.
Saiful seorang berdubur duitan, sebab itulah dia sanggup bersumpah laknat ke atas dirinya sendiri demi mendapatkan wang sebanyak RM 5 juta(mata duitan)
Saiful merupakan lelaki barua yang tak tahu malu, dubur tak montok, pipi tersorong-sorong.(hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong)
Dubur dijolok tak akan putus(air dicincang tak akan putus)
Dubur Hadhari
siapa yang terjolok dubur, dia yang terasa perit(siapa yang tergigit cili, dia yang terasa pedas)
Menjolok dubur Saiful Tersengeh2,Mendubur orang dia yang lebih..
Dubur sama dipikul, ***** sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
Meninggi diri = meninggikan dubur
Maksud : Sombong
Bermuka dua =berdubur duaMaksud : Tidak jujur.
Dubur belakang = tulang belakangMaksud : Punca kekuatan/ orang harapan
Dubur yang di genggam biar sampai jadi lebam = bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
Bagai dubur Saiful terhempas ke batu = bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
melentur dubur biarlah dari sepulnya = melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
Dubur duduk sama rendah, dubur berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
Seperti dubur dicucuk Saiful
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Tuesday, August 19, 2008

apakah itu khairy menantu si Pak Lah?

Cuba anda teliti apakah nyah yang gedik itu Khairy jamaluddin?


Cuba anda padankan gambar ni ngan gambar yang ade kat bawah ni.
Meriah betul


Bukan main lagi diaorang punya pose ala-ala macam ratu Zimbabwe



Nampak macam KJ seksi tak?




Wednesday, August 13, 2008

Hak Warga Pelajar Yang Dilupakan.

Seminggu ini keita dihidangkan dengan isu Tan Sri Khalid dengan cadanganya agar dibenarkan kemasukan 10 peratus siswa/siswi memasuki Uitm .
Namun pelbagai reaksi dari pelbagai lapisan khalayak yang mempersoalkan cadangan ini, rata-rata mereka menolak dan membantah sehingga beribu warga Uitm keluar berdemonstrasi dihadapan SUK Selangor dan pebagai ulasan yang diberikan sama ada dari Naib Cancelornya, pimpinan Umno dan kerajaan dan pelbagai lagi.
Saya cuma hendak mengutarakan pandangan peribadi sahaja berkaitan dengan isu ini dan bukan bermaksud menyokong atau membantah cadangan Tan Sri Khalid ini tetapi sekadar ingin mengajak kita orang-orang Melayu ini berfikir sejenak iaitu:
1. Apa masalahnya dengan kemasukan 10 peratus orang bukan bumiputra kedalam UITM dan sekarangpun sememangnya sudah ada golongan ini dalam UITM.
2. Bagimana pula dengan MRSM. tidakah itu juga sepatutnya hak istimewa orang Melayu kenapa kemasukan bukan bumiputra tidak disanggah dan dipersoalkan?
3. Paling penting sewajarnya warga kampus ini berjuang dan menuntut hak mereka yang telah dijamin dalam perlembagaan persekutuan iaitulah hak BIASISWA yang telah dinafikan oleh pimpinan bangsa melayu juga. Lupakah mereka bahawa sekarang ini mereka belajar dengan pinjaman PTPTN dan bukan BIASISWA lagi. Kenapa tidak cerdik sangat sehingga isu ini mereka boleh terima bulat-bulat. Jika tidak bayar balik pinjaman PTPTN ini mereka berhadapan dengan tindakan Mahkamah....Tidakah ini menyusahkan mereka sendiri sedangkan sepatutnya mereka dapat belajar secara percuma?
Fahamilah isu dan logik yang rasional sebelum sebarang ulasan dibuat. Kamu warga kampus yang cerdik dan bijak dan cipta persaingan untuk membina kejayaan dan kecemerlangan. Jangan terpengaruh dengan dengan dakwaan orang telah meruntuhkan identiti bangsa dan kini mereka bangkit sebagai pembela bangsa konon.
wallahualam.

Monday, August 11, 2008

Sarang Tebuan Dijolok Jangan

Saya ingin mengajak para pembaca menilai dan bermuhasabah diri dengan satu persoalan besar yang sewajarnya kita ambil perhatian iaitu DIMANAKAH KEKUATAN ISLAM DAN KEDUDUKAN ORANG-ORANG MELAYU DI MALAYSIA?
Barangkali setiap kita boleh memberi pelbagai hujah dan jawapan kepada persoalan tersebut namun pada kesempatan ini saya ingin mengingatkan agar kita mengambil perhatian terhadap perkara-perkara yang menjadi jawapan yang releven kepada persoalan tersebut.
Mungkin kita biasa mendengar Artikel 121 (1 A) Perlembagaan Persekutuan. Sebenarnya inilah benteng pertahanan akhir maruah dan martabat Islam di Malaysia kerana menjelasan berikut :
Apa itu Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan?
Artikel 121 (1A) adalah peruntukan perlembagaan yang menghalang Mahkamah Sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah Syariah.
Adakah Artikel 121 (1A) wujud dari dahulu?
Tidak. Sebelum 1988, urusan-urusan mahkamah Syariah selalu diganggu oleh mahkamah Sivil. Apa yang telah diputuskan di Mahkamah Syariah dengan mudahnya dikacau oleh mahkamah Sivil. Hal ini sebenarnya mengganggu urusan orang Islam kerana orang Islam mempunyai hak dan kewajipan untuk dihukum di Mahkamah Syariah.
Tokoh-tokoh seperti Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim telah berusaha lama untuk memastikan urusan Mahkamah Syariah bebas dan tidak diganggu oleh Mahkamah Sivil, dan hanya pada tahun 1988, peruntukan (1A) dimasukkan. Mahkamah Syariah mula ada kebebasan setelah 31 tahun Malaysia merdeka.
Kenapa perlu bagi ruang pada mahkamah Syariah?
Dari sudut sejarah, Mahkamah Syariah telah wujud sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dengan wujudnya undang-undang seperti Undang-Undang Melaka. Semua negeri di Tanah Melayu mempunyai undang-undang Islamnya sendiri. Namun kewujudannya telah dikacau oleh penjajah sewaktu penjajahan mereka dan akhirnya mula Inggeris mula memperkenalkan undang-undang Common Law bermula dengan perjanjian Pangkor 1786, Piagam Keadilan 1807 dan piagam Keadilan 1824.
Adakah Artikel 121 (1A) mengganggu hak orang bukan Islam?
Tidak. Sebenarnya ia memberi semula hak orang Islam yang telah lama dihilangkan walaupun undang-undang Islam adalah lex loci. Kewujudan mahkamah Syariah sebenarnya tidak langsung mengacau hak orang bukan Islam di Malaysia.
Apakah impak Artikel 121 (1A) kalau ia digugurkan?
Antara impaknya adalah orang Islam akan kehilangan hak. Ia tidak sama sekali mewujudkan keharmonian dalam negara kerana orang Islam adalah penduduk majoriti di Malaysia. Sedangkan kewujudan 121 (1A) tidak pernah menghilangkan hak orang bukan Islam. Selain itu, kedudukan mahkamah Syariah akan kembali mundur seperti sebelum tahun 1988, di mana Mahkamah Sivil boleh mencampuri bidang kuasa Mahkamah Sivil.
Apa salahnya orang Islam menuntut di Mahkamah Sivil?
Bukankah wujudnya mahkamah Syariah menyusahkan sahaja?
Kalau begitu, saya ingin bertanya balik, "Apa salahnya orang bukan Islam hanya dibenarkan menuntut di Mahkamah Syariah? Bukankah wujudnya Mahkamah Sivil menyusahkan sahaja?"
Itu hak kami. Kewajipan kami sebagai orang Islam, dihukum dengan undang-undang Islam.
Apa yang terbaik sebenarnya?
Seperti yang disebut dari awal, Artikel 121 (1A) tidak pernah menganggu gugat hak orang bukan Islam. Ia cuma memberikan hak orang Islam dan mahkamah Syariah kembali kepada asal.
Tetapi Artikel 121 (1A) tidak cukup. Ada banyak lagi perlu dibaiki untuk kebaikan bersama. Ini yang perlu dibincangkan. Bukannya menuntut sesuatu yang menyebabkan status Mahkamah Syariah mundur ke belakang.
Tidak boleh disembunyikan lagi. Jabatan-Jabatan Agama Islam wajib membimbing dan menjaga kebajikan orang yang baru memeluk Islam. Dan isu seperti perwarisan harta yang boleh diatasi dengan baik. Dan sebagainya.
Artikel 121 (1A) adalah satu peruntukan yang baik untuk keharmonian agama. Ia perlu dikekalkan dan perlaksanaannya perlu dibaiki dari masa ke masa.
Pandangan saya sebagai orang awam mengenai isu yang cuba dibangkitkan oleh Majlis peguam dengan menganjurkan forum " Memeluk Islam" yang menjadi kegelisahan dan kemarahan umat islam di negara kita namun akhirnya forum ini dibatalkan dari jadual asalnya pada 09 Ogos lepas.
Persoalanya bukanlah forum itu berjaya dibatalkan hasil dari desakan umat islam atau ia diteruskan. Masalahnya ialah apabila ada dikalangan orang bukan islam dalam negara kita ini seakan bersa sudah kuat dengan pelbagai latarbelakang kedudukan mereka dan kini mereka dengan kesatuan yang mantap serta telah berani mencabar kedudukan artikel 121 (1A) yang mereka lihat artikel inilah yang menjadi punca kekuatan kepada Islam terutamanya apabila ada dari kalangan orang bukan islam yang memilih untuk mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Namun harus diingat kita jangan leka dari mempertahankan maruah dan kedaulatan islam yang telah dijamin dalam Perlembagaan persekutuan kerana mereka-mereka ini tentunya berfikir dan mencari jalan untuk melemahkan kita dengan cara meminda atau menghapuskan Artikel 121 (1A) ini.
Kita jangan mudah terperangkap dengan helah dan isu-isu yang ditimbulkan kerana mereka sebenarnya ingin menguji kepekaan kita dan cuba memecahbelahkan kita dan menggugat kestabilan dan keharmonian kaum agar kita bersengkita sesama kita lalu " yang menang menjadi arang, yang kalah menjadi abu".
Akhirnya saya menyeru kepada seluruh umat islam Malaysia agar perihatinlah kepada isu yang seumpama ini kerana artikel inilah yang melindungi islam dalam Perlembagaan Malaysia walaupun sebenarnya yang memelihara islam itu adalah pemiliknya iaitulah Allah swt.

Saturday, August 9, 2008

Harapan Kepada Muktamar

PAS bakal mengadakan Muktamar tahunanya mulai dari 15 - 17 ogos ini di Ipoh, Perak. Muktamar tahunan inilah sebenarnya medan resmi para perwakilan menyampaikan serta mengutarakan usul-usul yang menyentuh aspek parti dan permasalahan global samada masalah dalaman parti, gabungan, dalam negara mahupun luar negara, masalah ummat islam sejagat dan lain-lain yang dianggap perlu.
Saya melihat dari pengalaman lalu terutaman muktamar terakhir yang disertai oleh Allahyarham Ust Daro' Fadzil Noor merupakan muktamar yang paling menarik kerana ia di isi dengan pelbagai isu terutamanya apabila ada perwakilan yang secara terbuka menegur pimpinan tertinggi dan ia diterima baik oleh pimpinan walaupun semacam ada suara diperingkat tertinggi melahirkan rasa terkilan kerana teguran itu dibuat secara terus kepada pimpinan.
Mukamar kali ini saya juga merasakan ada kelainanya kerana kita baru sahaja menghadapi pilihanraya umum 08 mac lalu dengan kemenangan yang berganda daru 2004 lalu dan ia juga dibuat dinegeri pertama PAS mengadakan Muktamar sejurus penubuhanya di Gunung Semanggol.
Sebenarnya apa yang saya ingin ketengahkan ialah Muktamar kali ini akan sarat dengan isu-isu yang menarik terutamanya isu yang berhubung Muzakarah / Muqabalah, Isu kerjasama dan peranan PAS dengan Pakatan Rakyat, pembentukan kerajaan baru yang dicanangkan oleh sdr Anwar Ibrahim, isu kenaikan harga gas dan petrol serta harga barang dan lain-lain dan apa yang sangat saya nantikan sebenarnya ialah penjelasan isu peranan PAS DALAM KERAJAAN PULAU PINANG kerana saya terbaca beberapa artikel dalam beberapa blog yang menyatakan bahawa PAS PP seakan mahu memulaukan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh kerana seakan berasa hati kerana PAS PP sering dianak tirikan oleh pimpinan kerajaan PP dan boleh dikatakan seakan "ada pun takpe takde pun takpe". Saya tidak tahu sejauh manakah ia berlaku dan sedang ditahap apa sekarang. Saya juga tercari-cari akan jawapanya atau kenyataan yang mengulas isu tersebut dari mulut pimpinan kita namun seakan tiada respons.
Harapan kita agar para perwakilan yang bersidang dalam muktamar ini nanti rasional dan bijak mengatur strategi dalam mengemukan usul dan hujah kerana kita diperhatikan oleh segenap penjuru dan jangan biarkan ada ruang musuh mencium kelemahan kita. Medan Muktamar inilah sewajarnya diperhebatkan dengan rangsangan wawasan islam memacu rakyat Malaysia kearah kestabilan dan keadilan mengikut landasan Syarie. Wallahualam...

Wednesday, July 30, 2008

Jangan hilang punca

Dewasa ini kita dihidangkan dengan pelbagai isu menerusi pelbagai sumber media sejak dari PRU 12 yang lalu. Kesemua isu ini dicpta untuk mengalaih pandangan rakyat dari isu kerapuhan kerajan BN yang sebenarnaya telah tewas secara moral dalam PRU 12 yang lalu.
Cuba kita lihat kronologi isu yang berlaku dalam negara kita bermula dari pasca Pilihanraya 12.
February 2008
Rakyat sudah diberitakan mengenai kenaikan petrol kepada RM 2.70 menerusi sumber yang datangnya dari mesyuarat kabinet yang dibocorkan.
BA menerusi Anwar Ibrahim telah menyerang kerajaan dan menyatakan kepada rakyat mengenainya tetapi seakan tidak didengar dan dipercayai oleh rakyat tambahan pula ada penafian yang dibuat oleh pak menteri.
Mac 2008
Pilihanraya diumumkan pada 08 mac 2008 walaupun tarikh ini diperolok dan dipersenda oleh PM yang menyatakan tiada pilihanraya dalam tempoh terdekat.
Keputusan pilihanraya 12 mempersembahkan keputusan yang diluar jangkaan seperti ungkapan popularnya " BN terkejut kalah BA ( PR ) terkejut menang ). 6 negeri milik PR dengan pertambahan ke 82 kerusi parlimen milik PR sekali gus menafikan 2/3 majoriti BN dalam parlimen.
Isu Perak dengan perlantikan MBnya tetapi segera di selesaikan.
Kekalutan BN menubuhkan kerajaan di Terengganu dan Perlis sehingga mereka bertindak melampau dan menderhaka kepada Sultan.
Isu babi di Selangor
April 2008
Sidang parlimen pertama penggal ke 12 melihatkan sidang yang hangat dengan pelbagai isu dan Karpal Sing menjadi kambing hitam pertama untuk dijadikan isu kerana dakwaan dia mempertikai dan menderhaka kepada DYMM Agong.
Kenaikan harga petrol diumum 3 hari selepas tamatnya sidang parlimen. Negara kecoh
Kenaikan harga barang.
Mei 2005
Timbul pula isu lompat parti dari BN kepada PR. Panas lagi
Raja Petra juga menghangatkan isu dengan dakwaanya terhadap Najib dan Rosmah dalam isu Altanthuya sehingga dia ditangkap polis.
Pelbagai rapat umum membantah kenaikan harga barang dan petrol diadakan. kerajaan cemas
Isu lompat parti. kerajaan BN lemas
June 2008.
BN makin lemas dengan isu dalaman seperti desakan agar PM meletakan jawatan hingga ke peringkat akar umbi. Pelbagai plan peralihan kuasa dicadangkan. Ku Li menambahkan kehangatan dengan bersedia dan berusaha untuk mencabar jawatan Presiden UMNO dalam sidang mereka nanti.
BN dicemaskan lagi dengan isu peralihan kuasa kepada PR yang sememangnya sudah bertindak sebagai Goverment in waiting dan telah ditiupkan pembentukan Malaysia Baru pada 16 September 2008 akan datang.
Demonstrasi besar-besaran mendesak turun harga minyak
Parti SAPP hilang kepercayaan kepada Pak Lah dan BN.
Timbul pula isu Undi tidak percaya kepada PM dalam parliment.
Isu liwat Anwar tercipta dengan penuh kegawatan
Surat / akuan bersumpah tentang penglibatan rosmah secara langsung dalam proses meletupkan mayat Altanthuya menjadi bualan dan mencemaskan BN.
June 2008
Isu Anwar cukup panas sehingga dia ditangkap dan sebelumnya didedahkan olehnya tentang si Musa Hassan dan Ghani Patail dalam kenspirasi terhadanya pada tahun 1998 dilapor kepada polis dan disiasat oleh BPR.
Isu debat hingga Sabry Chik berbuih mulut.
Pelbagai rentetan isu yang terkebelakang masih dimainkan lagi.
Kini isu besarnya pula ialah isu Muzakarah PAS-UMNO
Kita lihat sendiri isu-isu yang dimainkan sebenarnya adalah untuk menutup satu isu kepada satu isu yang lain agar rakyat hilang fokus dalam sesuatu itu dan kini seakan rakyat sudah menerima hakikat bahawa tiada lagi isu minyak yang menghimpit mereka kerana sedang berbicara isu terkini seperti isu muzakarah pas-umno dan isu liwat sahaja. Isu kebobrokkan dan kezaliman BN dilupakan dan seakan dibiarkan berlalu pergi tanpa ada penyelesaian.

Muzakarah & Muqabalah ?

Pentas politik negara kita kian panas sejak kebelakangan ini dan saya melihatnya seakan tidak surut suhunya kerana ada sahaja isu-isu berbangkit mengenainya diutarakan di dada-dada akhbar dan seakan kian panas.
Pada saya cukuplah kata putus yang diucapkan oleh Mursyidul Am kita mengenainya..."tutup fail muzakarah" dan perkara lepas hanya dianggap sebagai "muqabalah" sahaja ( pertemuan dan perbincangan biasa ).
Sewajarnyalah kepada pimpinan tertinggi PAS disemua peringkat juga sudah tutup mulut mengenainya, biarkan sahaja pimpinan umno yang berkokok seorang diri jangan pula kita sibuk nak menyahutinya.
Tidak perlu langsung diadakan sebarang muqabalah lagi bila kata kuncinya hanya menguntungkan umno yang sedang tersepit dan tiada kelebihan dan keuntunganya kepada bangsa Melayu dan Islam dari sebarang perbincangan kedua-dua pihak ini.
Sudah 50 tahun umno memerintah, kenapa kini baru sedar hak dan keistimewaan bangsa melayu terhakis dan bukankah mereka yang meratah semuanya dan kenapa pula harus dilibatkan PAS dalam masalah yang mereka sendiri ciptakan.
Tidak salah jika pimpinan tertinggi kita bertemu mata dengan pimpinan umno dalam apa juga isu, begitu juga dengan isu yang sedang umum bicarakan sekarang ini. Cuma sekarang ia menjadi panas kerana umno itu yang sedang kepanasan sekarang dan media pula menjadi batu apinya untuk melaga-laga PAS dan cuba meretakkan pakatan Rakyat. Itu sahaja isu dan tujuanya.
Kita jangan cepat melatah dan jangan terperangkap denggan perangkap mereka ini.
Sebagai ahli dan penyokong PAS kita seharusnya WALA' dengan setiap keputusan dan tindakan yang dibuat oleh pimpinan kerana mereka tentunya ada IJTIHADnya yang tersendiri.
Saya amat berharap agar pimpinan tertinggi PAS diperingkat pusat dan Syura Ulama segera menamatkan konflik ini dan diharapkan kepada para perwakilan muktamar akan datang anda lebil rasional dalam apa juga tindakan dan hujjah anda.
Ingat pepatah orang tua kita " umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung pula tidak berselerak"

Thursday, July 24, 2008

Bila dah bengap ....

Bila mata hati sudah ditutup dari melihat kepada kebenaran dan melihat kebenaran itu pula seumpama kebaikan yang nyata maka akhirnya akan merugikan dirinya sendiri.Itulah seketsa yang wajar saya nyatakan kepada orang yang fobia kepada majlis ilmu yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang ada cop PAS.
Sikap suka melebalkan asal saja penceramah atau ustaz itu dari PAS maka apa sahaja yang diungkapkan dalam ceramahnya maka ia akan terus dianggap sebagai ceramah politik dalam masjid dan surau walhal sebenarnya apa yang diungkapkan itu adalah hukum-hukum asal yang dijelaskan dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi saw yang selama ini mereka barangkali tidak pernah mendengarnya.
Saya sebenarnya sedih melihat situasi dan keadaan begini berlaku pada kawan-kawan saya yang terlalu kuat umnonya sehingga menolak siapa sahaja ustaz dan penceramah dari PAS atau yang miripnkepada PAS berceramah dan berkuliah di surau taman perumahan tempat saya tinggal sekarang dan ungkapan yang paling saya bengang ialah bilamana dia berkata " Surau kita baru nak ramai dah bawa politik dalam surau kan dah pecah belah orang melayu kat kawasan kita ni".
Bila dia bercakap macam tu teringat saya sejarah awal kenabian nabi kita Muhammad SAW, para pembesar dan pemimpin musrykin mekah dengan tegas bahawa Muhammad datang bersama agama barunya yang membawa perpecahan dalam kaum Arab.
Apa sahaja yang disampaikan oleh nabi dalam dakwahnya maka ia akan dilavel sebagai punca kepada perpecahan kaum arab dan fitnah seperti itu tetap hidup dalam masyarakat sehingga ke pada hari ini. asal sahaj ada orang yang ingin meyampaikan risalah islam yang syumul dan sempurna maka ia akan dianggap sebapai pembawa kepada perpecahan dan saya lihat perangai yang dipelopori oleh Abu Jahal dan Abu Lahab ini menebal dalam segelintir penyokong dan ahli umno termasuk ditempat saya.
Dalam kesempatan menyampaikan ceramah atau kuliah dan tazkirah di masjid dan surau-surau sahajalah paltform yang terbaik bagi para ustaz kita menyampaikan nasihat dan teguran yang berkaitan dengan politik dan pentadbiran seperti yang ajar oleh islam tetapi ia tidak mahu dimengerti oleh puak-puak ni yang hanya memandang sinis dengan penuh curiga dan neagatif sahaja.
Para ustaz kita berceramah, menasihat atau mengkeritik sesuai dengan perintah Allah yang menyuruh kita menjalankan tugas amar makruf dan nahi mungkar dan sesuai dengan perintah nabi berkatalah yang benar walaupun ia pahit dan atas dasar inilah para ustaz kita memainkan peranan.
Nasihat saya kepada kawan-kawan yang masih menebal keumnoan itu agar dapat membuka mata dan mendengar tanpa prasangka apa yang bakal diutarakan oleh para ustaz yang berkuliah dan berceramah itu untuk kebaikan sendiri dan bukan kepada kepartian kerana bermula dari penggal pemerintahan Pakatan Rakyat inilah majlis ilmu di masjid dan surau-surau dapat dihidupkan semula selepas lebih 50 tahun ia berjalan lesu tanpa pengisian yang sempurna dalam membicarakan kesyumulan islam yang hakiki.
Saya menyeru kepada semua Nazir dan Ajk Masjid serta Pengerusi dan Ajk Surau agar dapat menghidupkan kembali peranan institusi masjid dan surau menjadi pusat percambahan ilmu yang sudah lama ia tidak digilap seperti ilmu-ilmu yang berkaitan dengan hukum jenayah islam dan pentadbiranya, politik atau siasah islam yang menjadi sebahagian dari kesempurnaan islam dan bukan masanya lagi kita di masjid dan surau yang asyik membicarakan bab-bab toharah, bersuci dan lain-lain dan bukan maksud saya menidakanya tetapi perbanyak dan perluaskanlah hukum-hukum islam yang jarang diteroka sebelum ini untuk menjadi keutamaan kita sekarang.
Hidupkan dan makmurkanlah masjid dan surau kita dengan majlis ilmu dan penuhkanlah saf-safnya dengan menunaikan solat berjamah pata tiap waktunya demi mencari keampunan dan keberkatan Allah swt. Cucilah karat kebangsaan melayu umno kepada kecintaan kita kepada penghayatan islam yang sempurna.Apa ada pada MELAYU jika ISLAM dimusuhi.
Wallahua'lam..

Tuesday, July 22, 2008

Teks Usrah PAS


Pengenalan Teks.


Teks ini dikeluarkan oleh Lajnah Tarbiah PAS Kawasan Mentakab tahun 2000 yang lalu moga ia dapat memberikan manfaat kepada pergerakan tarbiah Pas dari masa ke semasa. Amin.


Al-Fatihah ( Pembukaan )


1. Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

2. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mendidik semesta alam.

3. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

4. Lagi mempunyai ( penguasaan ) di hari pembalasan.

5.Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

6. Tunjukanlah kami jalan yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka,bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan pula orang-orang yang sesat.


Agenda Usrah:

Solat , Zikir , Tilawah Quran , Tafsir , Hadis , Sirah , Organisasi / Gerak Kerja Jamaah.


RUKUN GERAKAN ISLAM


Untuk menjadi seorang islam yang "hidup" dan bergerak, kita perlulah memiliki 10 sifat berikut:


1. FAHAM

2. IKHLAS

3. BEKERJA

4. BERJIHAD

5. BERKORBAN

6. TAAT SETIA

7. TETAP PENDIRIAN

8. TEGAS

9. BERSAUDARA

10. THIQAH.


RUKUN PERTAMA : FAHAM


FAHAM bermaksud memahami Islam secara lengkap dan menyeluruh untuk memperoleh kefahaman begini kita mestilah memahami 20 perkara asas Islam iaitu :


1. Islam adalah satu sistem yang lengkap, merangkumi seluruh aspek kehidupan. Ia adalah kerajaan, negara, pemerintah, ummah, akhlak, kekuatan, rahmat, keadilan, kebudayaan, undang-undang, ilmu, kehakiman, meterial, harta, usaha, kekayaan, jihad, dakwah, tentera, fikrah disamping itu juga adalah AQIDAH yang benar dan Ibadah yang sah.


2. Al-Quran dan Sunnah merupakan sumber rujukan bagi setiap muslim dalam memahami hukum-hukum islam. Al-Quran hendaklah difahami mengikut kaedah bahasa arab tanpa meberat-berat dan tidak pula membabi buta. Sunnah difahami melalui periwayat hadis yang thiqah.


3. Iman yang benar, ibadah yang sah dan mujahadah merupakan cahaya dan kemanisan yang dicampakan oleh Allah kedalam hati sesiapa yang dikehendakiNya.


Ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil-dalil hukum Syara'. Ia tidak diambil kira kecuali jika tidak berlawanan dengan hukum dan nas agama.


4. Tangkal, jampi, was'a ( azimat ), ma'rifah, kihanah ( nujum/telek) dan dakwaan mengetahui perkara ghaib serta perkara-perkara yang tergolong dalam bab ini merupakan perkara mungkar yang wajib ditentang,melainkan jampi dari ayat Al-Quran dan Sunnah Rasul SAW.


5. Siasah Syar'iyah : dalam perkara-perkara yang tidak ada nas serta perkara-perkara yang boleh menerima andaian dan masoleh mursalah, umat islam bolehlah menerima pendapat "imam" atau naibnya sekiranya ia tidak bertentangan dengan kaedah syara'. Kadang-kadang ia berubah mengikut keadaan, uruf dan adat. Asal ibadah ialah ta'abbud tanpa melihat kepada makna.Asal adat pula ialah melihat kepada rahsia,hikmah dan tujuan.


6. Setiap orang boleh diterima atau ditolak kata-katanya melainkan rasul yang Maksum. Setiap yang datang daripada "salafussoleh" yang bertepatan dengan kitab dan sunnah, kita terima. Jika ia berlawanan, utamakan kitab dan sunnah. Kita tidak sekali-kali mengecam atau mendedahkankeburukan peribadi-peribadi tertentu dalam masalah yang diperselisihkan. Kita hanya berserah kepada niat hati mereka dan sesungguhnya mereka telah berlalu dengan apa yang mereka lakukan.


7. Setiap muslim yang tidak sampai ke peringkat meneliti (nazar) dalil-dlil hukum cabang, (tidak layak berijtihad) bolehlah mengikut mana-mana imam. Disamping itu elok kiranya ia cuba untuk berijtihad sekadar yang ia mampu bagi mengetahui dalil-dalilnya.Seseorang itu hendaklah menerima setiap petunjuk yang disertakan dengan dalil apabila ia yakin kepada kebaikan dan kepada orang yang memberi petunjuk itu.Jika ia dari kalangan ahli ilmu,ia hendaklah berusaha melengkapkan kekurangan ilmunya sehingga sampai ke peringkat nazar (boleh meneliti dalil hukum).



8. Perselisihan Fiqh dalam perkara cabang tidak sepatutnya menjadi sebab kepada perpecahan, perbalahan atau permusuhan dalam agama. Setiap orang yang berijtihad ada pahalanya. walau bagaimanapun tiada halangan bagi mereka yang mampu untuk melakukan tahqiq dalam masalah yang diperselisihkan dalam suasana kasih sayang kerana Allah serta kerjasama dalam menyampaikan kebenaran tanpa terbawa-bawa kepada pertengkaran dan ta'asub.


9. Terlibat dalam perkara-perkara yang tidak mendatangkan 'amal' adalah 'takalluf' yang ditegah oleh syara' diantaranya ialah hukum furu' yang tidak berlaku (andaian), makna ayat Al-Quran yang ilmu belumsampai kepadanya, membandingkan kelebihan para sahabat dan khilaf dikalangan mereka. Setiap mereka mempunyai kelebihan bersahabat dengan rasul dan dibalas menurut niat mereka dan ta'wil dibenarkan.


10. Mengenal allah, mentauhid dan mensucikanNya adalah setinggi-tinggi akidah islam. Kita beriman dengan ayat-ayat sifat dan hadis-hadisnya yang soheh dan penyerupaan yang layak denganNya(ayat Mutasyabihat) tanpa takwil dan ta'til(menolak sifat Mutasyabihat). Kita jangan cuba mendedahkan khilaf diantara ulama dalam masalah ini.Sudah cukup bagi kita apa yang telah cukup bagi Rasul dan para sahabatnya.



11. Setiap Bid'ah dalam agama allah tidak mempunyai asal. manusia memandangnya baik mengikut hawa nafsunya, sama ada dengan cara menambah atau mengurangkanya. semuanya sesat yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang paling baik sehingga tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk daripada bid'ah itu sendiri.



12. Bid'ah idhofah dan tarkiyyah ( manambah dan meninggalkan) dalam beriltizam dengan sejenis ibadat mutlak adalah masalah khilafiah. Setiap orang mempunyai pendapatnya sendiri dan tidak mengapa mencari hakikat berdasarkan dalil dan bukti.

13. Menyintai orang-orang yang soleh, menghormatidan memberi pujian terhadap amal baik yang mereka lakukan adalah jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah.


Wali-wali Allah adalah mereka yang disebut oleh Allah dalam Al-Quran iaitu orang-orang yang beriman dan bertaqwa.


Karomah (keramat) berlaku kepada mereka dengan syarat-syarat syara' serta mempercayai bahawa mereka adalah hamba yang diredhai Allah. Mereka tidak mampu memberi manfaat atau mudarat ketika hidup atau selepas mati.Mereka juga tidak mampu memberi kurniaan yang ada pada mereka untuk orang lain.
14. Menziarahi kubur dalam keadaan apa sekalipun adalah sunnah yang disyariatkan dengan cara-cara yang ma'sur.
Meminta pertolongan dari ahli kubur , menyeru mereka kerana perkara tersebut, menuntut mereka menunaikan segala hajat sama ada dari dekat atau jauh, bernazar kepada mereka, membangunkan binaan diatas kubur, menyelimutinya, meneranginya ( dengan lampu ), mengusap-ngusapnya, bersumpah dengan sesuatu selain allah dan lain-lain adalah perkara bid'ah, berdosa besar dan wajib diperangi. Kita tidak mentakwilkan amalan-amalan ini dengan tujuan menutup jalan kemungkaran.
15. Berdoa kepada Allah dengan cara bertawassul dengan salah satu makhlukNya merupakan perkara khilaf furu' di dalam kaifiat berdoa dan bukan permasalahan aqidah.
16. Uruf yang salah tidak mengubah hakikat lafaz-lafaz syariat, malah wajib dipastikan batas-batas pengertian yang dimaksudkan dari lafaz-lafaz itu dan tidak melewati pengertian itu.
Begitu juga perlu diawasi sebarang lafaz yang sengaja dikemukan dengan tujuan tipu helah dengan perkara-perkara yang bersangkutan dengan urusan dunia dan agama. yang diambil kira ialah sesuatu yang dinamakan dan buka nama yang diberikan.
17. Aqidah merupakan asas setiap amalan. Amalan hati adalah lebih penting dari amalan anggota badan. Mencari kesempurnaan pada kedua-duanya adalah dituntut oleh syara' walaupun darjat tuntutan pada kedua-duanya berbeza.
18. Islam membebaskan akal, menggalakan supaya memerhatikan alam semesta, mengangkat kedudukan ilmu dan ulama', mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat.
Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, dimana sahaja didapati maka dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya.
19. Boleh jadi perkara yang diteliti oleh syara' tidak termasuk kepada perkara yang diteliti oleh akal, begitulah juga sebaliknya. Sungguhpun demikian pandangan syara' dan pandangan akal tidak bercanggah dalam perkara yang qat'i.
Hakikat ilmiah yang soleh tidak bertentangan dengan kaedah syara' yang thabit. perkara dzanni dari kedua-duanya ditakwilkan agar sesuai dengan qat'i.
Jika pandangan syara' dan pandangan akal masih berada diperingkat dzan, maka pandangan syara'lah yang lebih utama untuk diterima hinggalah pandangan akal dapat menthsabitkan kebenaranya atau ia akan gugur dengan sendirinya.
20. Kita tidak mengkafirkan seseorang muslim yang telah mengucap dua kalimah Syahadah, melaksanakan tuntutan-tuntutanya dan menunaikan kewajipan-kewajipanya dengan hanya berdasarkan kepada pendapat atau maksiat yang dilakukan melainkan jika seseorang itu:
a. Mengakui kalimah kufur,
b. Mengingkari perkara agama yang diketahui secara dharuri,
c. mendustakan ayat Al-Quran yang jelas pengertianya,
d. Menafsirkan Al_quran dengan penafsiran yang tidak diterima oleh uslub bahasa arab dalam semua keadaan.
e. Melakukan sesuatu yang tidak boleh ditafsirkan selain dari kufur.
bersambung....

Monday, July 21, 2008

Muzakarah???

Itulah perkataan yang sedang meniti dibibir ahli dan penyokong-penyokong politikus sekarang.Disebelah pihak bertanyakan bilakah bakal diadakan muzakarah tersebut manakala disebelah pihak lagi bertanyakan apa perlunya bermuzakarah sedangkan dari satu sudut lagi ada pihak yang jomlah kita bermuzakarah dan macam-macam lagi persoalan yang ditimbulkan dari episod muzakarah ini. Muzakarah yang dimaksudkan ialah muzakarah PAS - UMNO.
Saya menyatakan pendirian sebagai ahli parti biasa dalam PAS menyatakan bahawa mungkin ada perlunya pimpinan membuka sedikit ruang untuk mengadakan muzakarah dengan umno dalam hala yang menyentuh kepentingan Islam dan bangsa Melayu dalam ruang lingkup yang memberikan faedah bersama kepada Islam dan Melayu namun pimpinan perlu berhati-hati dengan taktik dan jerangkap samar umno yang sudah menjadi resam dan tradisinya akan mengambil kesempatan dan memonopulasi apa jua isu yang memberikan impak besar kepada mereka dengan penuh tipu-daya yang licik.
Saya sebenarnya cuba memahami isu yang tersirat ini berdasarkan fakta-fakta yang dikeluarkan oleh pimpinan PAS yang telah mengadakan beberapa kali pertemuan sulit dengan Presiden UMNO. Dari apa yang saya faham dan jelas mereka menyatakan rundingan dan pertemuan yang diadakan tempohari ialah sejurus selepas PRU 12 dalam suasana kekalutan parti politik berusaha untuk menubuhkan kerajaan negeri.
PAS dilihat sebagai fakto penentu kepada penubuhan beberapa buah kerajaan negeri dan persekutuan.PAS dilihat sebagai permata yang bersinar dikala itu kerana sebagai contoh di negeri Selangor dan perak jika hendak diharapkan PKR dan DAP sahaja sudah tentu mereka tidak dapat menubuhkan kerajaan negeri dan mereka tentunya mengharapkan penyertaan PAS dalam rundingan dan pakatan untuk menubuhkan kerajaan negeri begitu juga disebalah pihak PN mereka tentu tidak dapat menubuhkan kerajaan negeri jika hanya berpandukan jumlah kerusi yang dimilikinya dan amat mengharapkan penyertaan PAS bersama mereka untuk menubuhkan kerajaan negeri.
Dalam keadaan terdesak sebegini juga diperingkat persekutuan menjadi taruhan kepada PAS untuk diajak berpakat kerana jumlah kerusi Parlimen BN sudah jauh kekurangan hinggakan mereka sudah hilang kekuatan 2/3 majoritinya.
Lalu PAS sahajalah yang diharap dapat menyelamatkan kedudukan mereka diperingkat persekutuan dan beberapa buah negeri ini.Namun PAS bukan muda dalam usia perjuangan politiknya dan PAS sudah tentu mengambil jalan berhati-hati dalam memutuskan sebarang bentuk pertemuan dan rundingan yang dianggap sulit seperti ini. Menurut Yb Ir khalid samad antara individu yang menyertai rundingan awal itu menyatakan bahawa pertemuan mereka dengan Pak Lah berlaku antara 10 dan 11 mac lalu dan bermakna pada waktu itu parti-parti politik dibeberapa buah negeri sedang sibuk mencatur untuk menubuhkan kerajaan negeri.
Nyata disini pertemuan itu sebenarnya tidak boleh dilihat pertemuan untuk berkongsi kuasa dengan BN kerana jelas seperti yang dinyatakan oleh MB Perak adun-adun PAS ditawarkan antara 10-15 juta seorang untuk bekerjasama dengan umno bagi menubuhkan kerajaan Perak tapi PAS masih dan sangan setia dengan rakan seperjuanganya PKR dan bersedia bersama dengan DAP,hasilnya tertubuhlah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan itu belum lagi kisah yang berlaku di Selangor .
Apapun yang bakal berlaku dalam apa jua muzakarah selepas ini ia tentunya berkisar kepada hal-hal yang menyentuh kepentingan Islam dan bangsa melayu sahaja yang wajar diperbincangkan dan saya tidak melihat keperluanya kita menyertai BN kerana sejarah sudah merakamkan bagaimana kita dihumban dan dipersenda semasa PAS menyertai mereka.
Wallahualam ..... akan bersambung insyallah..

Sunday, July 20, 2008

Jawatan Kosong

Jawatan kosong terbuka untuk sekalian rakyat Malasyia.Permohonan jawatan tersebut boleh dipohon terus di Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur dan Bukit Aman.Untuk maklaumat dan keterangan lajut sila hubungi Datuk Bakri Zinin Pengarah JSJ Bukit Aman.
Jawatan kosong mengikut ketegori seperti berikut :
a.) Kerja Mengangkut tilam turun dari Bilik Tidur Saiful Bukhari ke IPK KL dan Mahkamah Putra Jaya (8 kekosongan )
Kelayakan : Tamat Darjah Enam an Anda seorang yang bangang tahap keritikal/ Sihat tubuh badan / Bekas polis dialu-alukan terutama yang berpengalaman mengusung tilam 1998.
Gaji : Boleh runding
Taraf jawatan : Kontrak
b.) Tukang kira tompokan air mani Anwar pada tilam Saiful.
Kelayakan : Tamat Darjah Enam dan pandai mengira serta penglihatan yang tajam.
Gaji : Boleh runding mengikut tahap kepakaran.
Taraf jawatan : Kontrak
c. ) Saksi-saksi baru yang bersedia memperalatkan diri dan bersedia mengaku pernah diliwat oleh Anwar Ibrahim.
Kelayakan : Agak handsome dan sedikit lembut / tidak lulus peringkat IPT/IPTS / kenal dengan individu-individu yang rapat dengan Najib Tun Razak dan Menteri-Menteri Malaysia.
Gaji : Boleh dirunding mengikut kesediaan tahap kesaksian anda.
Taraf Jawatan : Tetap
Warga Malaysia yang mempunyai kelayakan seperti diatas dialu-alukan untuk mengisi jawatan tersebut. Tiada tarikh tutup kerana jawatan ini amat diperlukan untuk melengkapkan konspirasi siri ke 2.

Thursday, July 17, 2008

Undang-undang terapung

Ada sesuatu yang tidak kena dengan undang-undang negara kita?
Persoalan yang meniti dibibir rakyat Malaysia kini yang perlukan kepada jawapan dan perbahasan umum.
Saya bukan berbicara khusus dan simpati kepada sdr Anwar Ibrahim tetapi yang dilihat adalah perlaksanaan undang-undang pada keseluruhanya dan secara kebuetulan juga ia berlaku kepada sdr Anwar Ibrahim dan memperlihatkan kepada kita akan kepincangan undang-undang yang diamalkan sekarang.
Mana mungkin polis boleh bertindak seperti apa yang dilapor oleh sdr Anwar sebentar tadi dan kita juga jika tidak dihujjah oleh sdr Anwar boleh menilai apa sebenarnya yang berlaku.
Dari kengganan polis memberikan salinan asal report terhadapnya oleh orang yang mengadu dengan alasan arahan dari orang atas langsung tidak boleh diterima.Begitu juga alasan dari pihak polis mengenai cara tangkapan terhadap sdr Anwar yang mengikut lunas undang-undang juga tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia dan akhirnya katalah apapun alasan rakyat tetap tidak akan menerimanya lagi kerana jelas sekarang polis adalah satu instrument yang berpihak kepada sebelah pihak sahaja dan bukan lagi penegak undang-undang kepada rakyat.
Bukan semua angota polis begitu sikapnya tetapi hanya beberapa orang pegawai tingginya sahaja yang bersikap seperti BADUT sarkas seperti Ketua Polis Negara dan Timbalanya serta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Bakri Zinin yang angkuh itu.
Persoalan sekarang apakah jaminan rakyat Malaysia akan mendapat keadilan dalam perlaksanaan undang-undang kerana sistem undang-undang ini telah terlalu rosak yang seakan tidak dapat dibendung dan dipulihkan lagi hasil dari tindakan mereka sekarang.
Sdr Anwar yang seketika dulu adalah Timbalan Perdana Menteri dilayan seperti anjing kurap oleh mereka lalu bagaimana kita?
Kita sedang menanti apa sudahnya kes yang dilapor oleh sdr Anwar terhadap Musa Hassan dan Ghani Patail, laporan bersumpah terhadap Rosmah dan akuan bersumpah Balasubramanim terhadap Najib. Raja Petra kini telah dirujuk ke Mahkamah kerana laporan dan akuan bersumpahnya terhadap Rosmah.
Soalnya sekarang apa tindakan polis terhadap individu-individu yang sedang berkuasa ini? Jelas tiada ketelusandan tiada tangkapan seperti cara sdr Anwar ditangkap semalam, kenapa mereka belum direhatkan lagi dan kenapa mereka masih bertugas dengan jawatan mereka sekarang?
Jika perlaksanaan ini telus dan adil kesemua mereka sepatutnya direhatkan dari tugas mereka sehingga siasatan selesai dibuat. Sekarang KPN dan AG itu jugalah yang akan bertindak terhadap sdr Anwar dalam isu yang berlainan, fikir-fikirkanlah....
Episod sebeginilah yang akan menjahanamkan undang-undang dan menghuru-harakan negara dan polislah yang selayaknya dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini pada masa akan datang dan jangan salahkan rakyat jika rakyat sudah tidak percaya lagi terhadap undang-undang dan PDRM.
Wallahualam... Lawan tetap lawan.

Wednesday, July 16, 2008

Tahniah Polis Malaysia

Tahniah kepada polis malaysia kerana berjaya dengan banganya menjadi BARUA kepada pemimpin yang korup.

Tindakan anda menahan Anwar Ibrahim dengan cara gestabo adalah suatu tindakan yang jelas anda menyalah gunakan kuasa sendiri apabila tindakan demikian hanya kepada sebelah pihak.

Jelas sekarang kalian telah menjadikan rakyat yang mahukan keadilan sebagai musuh anda.

Tindakan double standard anda patut diberi penghargaan kerana kalian sememangnya BARUA.

Saya tidak pasti apakah rakyat akan berdiam diri melihat dan mendengar tindakan kebiantangan yang anda lakukan kepada Anwar.

Ubahlah sikap anda dan jadilah polis yang berwibawa dan profesional sebelum rakyat merubah segala-galanya.

Tuesday, July 15, 2008

Adilkah Polis?

Itulah persoalan yang sering meniti dibibir setiap angota masyarakat kini bila melihat Polis seakan berusaha menyiasat apajua kes dan aduan yang dibuat terhadap mana-mana angota pembangkang dan orang awam tetapi membisu dan seakan lumpuh apabila ada laporan dan aduan yang dibuat terhadap para menteri dan pimpinan umno dan BN.
Tidak perlulah saya menyatakan secara terinci kes-kes tersebut kerana ia sememangnya sudah diketahui oleh umum.Bermula dari era reformasi 1997 yang lalu hingga kini terlalu banyak aduan dan laporan yang dibuat membabitkan para menteri dan pimpinan tertinggi kerajaan seperti kes rasuah Rafidah Aziz yang seakan sudah nyata ada kes terhadapnya tetapi didiamkan hingga kini,kes penyelewengan saham maika holding,uda holding dan lain-lain,siasatan lanjut mengenai kes pembunuhan di Memali,10 individu yang dinyatakan oleh Rais Yatim, isu bakun,isu Dato' Ramli Yusof pegawai tinggi Polis yang kaya raya, isu Datuk Zakaria Mat Derus sampai dia matipun kesnya tidak disiasat, isu rasuah dan penyelewengan Khair Toyo,dan macam-macam lagi dari aduan yang bersifat penyalahgunaan kuasa, rasuah,perilaku seks dan lain-lain yang membabitkan individu atau vvip kerajaan sehinggalah yang terkini ia membabitkan Ketua Polis Negara,Peguam Negara,Timbalan Perdana Menteri dan isterinya,MP BN dan bekas hakim. Namun sehingga kini aduan terhadap mereka terus senyap tanpa siasatan dan tanpa bicara cuma kita melihat bila pihak kerajaan tertekan lalu perlu ada kambing hitam untuk dijadikan mangsa untuk menutup mulut rakyat.
Tapi bila aduan dan laporan yang dikemukakan membabitkan individu dalam barisan kepimpinan pembangkang dengan segera pihak polis membuka kertas siasatan tanpa bertangguh walau seketika pun.
Sekitar 30 hari kebelakangan ini kita melihat episod lakonan dan peranan polis dan pihak yang berkuasa lain memainkan dan membenarkan seperti apa yang disangka, Dari melewat-lewatkan siasatan terhadap akuan bersumpah Raja Petra, akuan bersumpah Bala,penyalahgunaan kuasa oleh KPN dan Peguam Negara yang pada saya adalah lebih telus semua kes ini memerlukan satu Suruhanjaya Diraja untuk mengendalikan siasatan terhadap laporan tersebut. Mana mungkin polis adil untuk menyasat bos mereka,mana munkin BPR adil menyiasat KPN dan Peguam Negara. Mana mungkin Dato' Bakar Pengarah JSJ Bukit Aman ada keberanian menyiasat Najib dan Rosmah secara telus dan teliti tanpa campurtangan orang diatasnya. Kes cabul yang membabitkan MP umno mana pendakwaanya ?
Kini polis kiita semakin tidak rasional dalam tindakanya sehingga bertindak hanya menurut laporan khabar angin semata-mata seperti insiden yang berlaku semalam di Bangunan Parlimen. Pak Menteri dan pegawai tinggi polis hingga kini masih gagal meyakinkan rakyat mengenai tindakan mereka mengepung Bangunan Parlimen semalam.
Bila aduan dan laporan terhadap Anwar dibuat dengan segera dan tanpa bertangguh Dato' Bakar Zenin membentuk pasukan penyasatnya bertindak menyiasat laporan tersebut tetapi yang anehnya hingga kini Anwar Ibrahim masih belum diberi salinan laporan polis yang dibuat oleh budak Saiful itu! Susah sangatkah bagi pihak polis untuk memberikan salinan itu kepada Anwar?
Apa yang jelas tindakan pelakon baru polis ini iaitu Dato' Bakar Zinin membuatkan rakyat makin tidak mempercayai siasatan yang adil dapat diberikan kepada Anwar. Saya bukanlah penyokong totok Anwar Ibrahim tetapi bagi saya dia dan semua anggota masyarakat dan para menteri dan pimpinan BN sewajarnya mendapat siasatan yang telus dan adil kerana polis sewajarnya menjadi sumber untuk mendapatkan keadilan bagi pihak yang terinyaya.Semua tertuduh sepatutnya tidak dihukum bersalah selagi belum dibuktikan bersalah dalam perbicaraan yang adil di mahkamah dengan pembuktian yang adil dan telus.
Akhirnya saya mengaharapkan agar pada kali ini pihak polis dapat membebaskan diri mereka dari telunjuk orang yang berkepentingan. Maka jalankan tugas anda dengan penuh bertanggungjawab dan amanah terhadap kejaya anda,rakyat dan negara.
Wallahualam....moga kita sentiasa mendapat Hidayah dan Inayah Allah swt.

Sunday, July 13, 2008

Bila Pokok Pisang Disangka Hantu

Dalam keadaan ketakutan seseorang itu biasanya akan hilang pertimbangan yang waras dan sanggup melakukan apa sahaja tanpa berfikir terlebih dahulu hinggalah pokok pisang pun dianggap hantu.
Itulah senario yang berlaku kepada regim Pak Lah dan regim Najib dalam menghadapi kemelut politik sekarang. mereka dilingkungi perasaan takut yang amat sangat terhadap bayangan kesilapan dan kesalahan tindakan mereka yang menundang rasa marah rakyat disegenap lapisan masyarakat hingga mencuit perasaan marah dan tidak puas hati di kalangan akar umbi penyokong umno dan BN.
Tertekan dengan kemerosotan kerusi parlimen BN, kenaikan harga barang dan kini diasak pula dengan usul tidak percaya terhadapnya maka Pak Lah seakan sudah hilang kewarasanya begitu juga kita lihat kegusaran yang dialami oleh Najib apabila dia dan isterinya dikaitkan dalam akuan bersumpah atau akuan berkanun Raja Petra kamaruddin dan Bala yang mengaitkan beliau dan isterinya terlibat secara langsung dalam pembunuhan Altantuya, ditambah pula dengan negara digemparkan dengan kebejatan dan kejahatan langsung Ketua Polis negara dan Peguam Negara dalam mereacipta bukti terhadap pendakwaan Anwar Ibrahim pada tahun 1998 lalu, kehilangan Bala juga mencemaskan maka akhirnya tercipta pula isu besar yang dikira mampu mengalih pandangan dan tumpuan rakyat dari masalah berikut kepada masalah liwat yang membabitkan Anwar Ibrahim.
Hari ini dicipta lagi satu isu bahawa pagi ini disangka akan berlakunya protes di luar bangunan Parlimen hingga Polis dikerah mengawal ketat bangunban parlimen dan yang lebih teruk Nazri Aziz juga telah mengeluarkan arahan agar setiap Ahli Parlimen dilarang membawa penyokong atau pembantu hadir ke Parlimen hari ini.Polis juga telah berjaya mendapatkan perintah mahkamah melarang Anwar dan para penyokongnya hadir ke parlimen hari ini.
Petang ini juga Anwar diarah hadir memberi keterangan kepada polis berkaitan isu liwat di Balai Polis Traves dan desas desus kuat mengatakan mungkin Anwar akan ditahan dan tidak dibenarkan ikat jamin untuk menyekat kemaraanya dan mereka mengharapkan penyokong Anwar bangkit mempertahankanya serta turun kejalan raya dan kesempatan ini diambil untuk di istiharkan darurat kerana keadaan huru-hara sudah tidak terkawal( saya mengharapkan ini tidak berlaku dan saya menyeru kepada teman-teman agar jangan terjebak dalam tipu muslihat polis dan regim BN ini serta ambil lah pendekatan yang terbaik tapi kita beri peringatan jika Anwar lebam Pak Lah tersembam )
Rakyat sudah berbicara dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam politik Malaysia hari ini? akhirnya rakyat membuat kesimpulan bahawa sebenarnya regim BN berada dalam keadaan terlalu takut menghadapi realiti dan landskip politik sekarang.
Isu-isu yang dilontarkan hari ini cukup untuk membuatkan mereka porak-peranda dan menghakis keyakinan rakyat kepada mereka dan kini mereka terpaksa bergantung harap kepada kebejatan polis dan terkini Angkatan Tetentera Malaysia juga mahu diperkudakan oleh mereka demi menjaga kedudukan mereka.
Isu Anwar liwat lagi rakyat gelak,
Isu Musa Hasan & Ghani Patail rakyat lihat,
Isu Najib & Rosmah vs Mendiang Altantuya rakyat tunggu,
Isu Bala rakyat terkejut,
Isu undi tak percaya kepada Pak Lah rakyat menanti berlaku,
Isu kenaikan harga barang dan petrol gas rakyat tertekan,
Pak Lah gusar + Najib terbelenggu + Polis menggelabah + BPR terkedu + ATM kuda baru + Anwar terinyaya = rakyat tunggu apa yang nak berlaku

Khutbah Jumaat

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“BUDAYA MEMFITNAH MENGUNDANG BALA’ BENCANA”
( 11 Julai 2008 / 8 Rejab 1429H )


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperoleh taufik dan hidayah menjadi insan soleh yang boleh menjadi teladan terbaik kepada anak-anak, keluarga dan masyarakat. Tajuk khutbah pada hari ini ialah " BUDAYA MEMFITNAH MENGUNDANG BALA’ BENCANA " .

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pada masa ini muncul pelbagai isu panas dalam negara kita yang nyata telah menimbulkan kegelisahan di kalangan umat Islam di negara ini. Antara isu panas itu ialah tuduh-menuduh mengenai perzinaan, pembunuhan, liwat, rasuah dan pelbagai perkara yang mengaibkan. Isu-isu ini masih dalam siasatan pihak berkuasa dan belum diputuskan oleh mahkamah. Apa yang nyata isu-isu ini telah merosakkan imej orang Islam dan memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini. Mimbar yang mulia ini bimbang pihak-pihak berkaitan akan menyebarkan pelbagai fitnah yang mengaibkan dalam usaha mempertahankan diri dan hak masing-masing.

Sehubungan itu kita perlu memberi peluang kepada pihak berkuasa menegakkan kedaulatan undang-undang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan profesional lagi adil.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar ingin mengingatkan umat Islam bahawa kita perlu menjauhi perbuatan memfitnah. Fitnah bererti menyebarkan berita palsu atau cerita yang tidak benar tentang sesuatu hal atau orang lain baik secara diam-diam atau pun secara terbuka. Berdasarkan pemerhatian, fitnah ini bukan sahaja berlaku dalam politik tetapi berlaku juga dalam rumah tangga, pejabat dan sebagainya. Ia berlaku kerana dengki, munafik, mengadu domba dan memutar belitkan fakta yang membawa kesan buruk, aib dan hina yang berpanjangan kepada seseorang. Apatah lagi jika mangsa fitnah itu adalah orang yang beriman dan bukan kaki maksiat.

Ketika mengulas lanjut kekejaman fitnah ini Huzaifah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya: “ Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah. ”
(Hadith Riwayat Muslim)

Hakikatnya perbuatan fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh kerana menimbulkan kesengsaraan kepada pemfitnah dan orang yang difitnah, menimbulkam keresahan di kalangan masyarakat, memecahbelahkan perpaduan umat, menyekat pencapaian kerjaya dan tergolong sebagai ahli neraka.

Berdasarkan peristiwa sejarah, isu fitnah yang mengaitkan wanita dan seks paling lumrah berlaku bertujuan untuk menjatuhkan dan mengaibkan maruah seseorang. Nabi Yusuf Alaihissalam pernah difitnah oleh Zulakiha isteri kepada Gabenor Mesir ketika itu kerana cuba menggodanya. Kesan daripada itu, baginda disumbat ke dalam penjara. Begitu juga, Ummul mukminin Saidatina Aishah RHA isteri Rasulullah SAW sendiri yang pernah difitnah oleh Abdullan bin Ubai kononnya berzina dengan Safwan bin Mu’tal. Namun begitu, serangan fitnah yang sengaja dibuat-buat bagi memalukan orang-orang saleh ini adalah ternyata tidak benar.

Dalam usaha menghukum orang yang terlibat dalam aktiviti memfitnah Islam memperuntukkan undang-undang yang tegas. Dalam fitnah kes liwat atau zina misalnya, Islam memperuntukkan hukum qazaf iaitu dikenakan 80 kali sebatan dikhalayak ramai. Hukum qazaf dikenakan jika penuduh-penuduh perbuatan keji itu gagal mengemukakan empat orang saksi yang adil iaitu tidak fasik. Pada prinsipnya hukuman di dalam Islam adalah untuk menegakkan keadilan, mendidik manusia dan bukan menghukum dengan sewenang-wenangnya.

Justeru itu mimbar mengingatkan semua umat Islam di negara ini, jangan begitu mudah memfitnah orang lain sekiranya kita tidak mahu dilaknat oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat kelak.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar yang mulia ini amat bimbang dengan berleluasanya perbuatan dosa besar di kalangan pemimpin dan rakyat akan mengundang bala bencana di negara ini. Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 25:
Maksudnya: “ Dan jagalah diri kamu daripada memfitnah yang bukan sahaja akan menimpa orang yang zalim di antara kamu secara khusus. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya.”

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa Allah SWT tidak akan hanya menurunkan azab sengsara kepada pembuat dosa atau penzalim sahaja, akan tetapi mereka yang tahu tetapi berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa tindakan untuk mencegah atau menghalang juga bakal menerima azab tersebut.

Menurut beberapa Ulama’ terkenal mereka yang melakukan fitnah ini selalunya mata hati mereka telah buta kerana dipenuhi dosa. Keadaan ini menyebabkan pemfitnah mengamalkan apa sahaja cara yang salah dalam usaha untuk memenuhi nafsu serakahnya. Hakikatnya mereka yang mengamalkan fitnah ini kelihatan beragama Islam tetapi sebenarnya perbuatan mereka seperti orang yang tiada agama, atau tiada kualiti modal insan soleh yang amat diharapkan oleh Islam dan umatnya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bagi mengelakkan penyebaran fitnah dan kemurkaan Allah SWT, maka mimbar yang mulia ini menasihatkan bahawa kita hendaklah berwaspada dengan persekitaran tingkahlaku manusia yang pelbagai ragam ini agar tidak terjerumus dengan akhlak iblis dan syaitan yang merugikan bangsa, negara dan diri kita sendiri, maka marilah kita mematuhi ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.



Mengakhiri khutbah hari ini, demi mencapai keselamatan dunia dan akhirat, Islam menghendaki umatnya berkhidmat dengan cemerlang, amanah, berintegriti, berlaku adil dan bersih daripada pengkhianatan dan penyelewengan. Oleh itu, unsur-unsur khianat, mengaibkan orang, menyalahguna kuasa dan sebagainya adalah tanda manusia yang zalim, tidak berperi kemanusiaan dan terlibat dengan dosa besar serta akan dihumbankan ke dalam api neraka. Dalam usaha mengekalkan kita sebagai insan soleh dan bebas daripada dosa besar dan kecil, maka kita digalakkan bersegera bertaubat. Allahu akbar!

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Hujurat ayat 6:



Maksudnya : " Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.”

Wednesday, July 2, 2008

Natijah Najib Suka Hidup Mewah



Asy-Syahid Imam Hasan al-Banna di dalam sebuah muktamar khusus kepada mahasiswa pernah menyebutkan perihal dua golongan pemuda yang lahir dalam politik yang berbeza di negara masing-masing. Idea ini masih tetap kekal relevan sebagai perbahasan.
Menurut al-Banna, mahasiswa atau pemuda yang lahir dalam sebuah negara yang sedang bergolak akan lebih cepat matang berbanding pemuda yang lahir dalam negara yang tiada masalah, tenang tanpa kekacauan politik atau tiada peperangan.
Jika dilihat zaman pergolakan sekitar 50-an, 60-an, 70-an yang menyaksikan peperangan-peperangan melawan penjajah British dan Jepun, maka pemuda pada zaman itu berkualiti lebih berbanding pemuda yang lahir pada zaman senang sekarang.
Penyair, pimpinan politik, penguasa negara, pemimpin parti, wartawan atau apa sahajalah kerjaya pada zaman itu lebih dihormati kini, lantaran idea-idea itu lahir sebagai respon ke atas zaman-zaman pergolakan yang dilalui mereka.
Namun, pada hari ini pun tidak semuanya senang. Masih ada keluarga yang senang serta yang susa h. Hasan al-Banna mengaitkan perihal kemahasiswaan dan kepemudaan dengan negara yang sedang mereka nikmati udaranya, airnya dan tanahnya.
Sebenarnya, kita boleh merendahkan sedikit peru mpamaan organisasi negara ini dengan organisasi keluarga. Kita boleh berkata begini. Pemuda yang lahir dalam keluarga susah lebih berkualiti berbanding pemuda yang lahir dalam keluarga yang senang.
Yang lahir dalam keluarga susah itu lebih berdikari (berdiri di atas kaki sendiri) hidupnya bermandiri sementara yang lahir dalam keluarga senang itu akan hidup bergantungan dan tak pandai berusaha mencari wang sendiri kerana semua diperolehi dengan mudah.
Generasi pertama yang hidup pada tahun kesusahan sekitar 50-an, 60-an, 70-an telah pun berhasil membina kehidupan sendiri dan mungkin mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup menderita susah, lalu mereka menabur kemewahan kepada anak-anak mereka.
Inilah salah asuhan. Akhirnya, generasi kedua telah rosak, dibinasakan oleh harta benda orang tua mereka sendiri. Di universiti, bukanlah satu pemandangan yang aneh dan pelik apabila melihat anak-anak muda berkereta mewah dan di dalamnya ada rakan-rakan yang menemani mereka berlibur. Tentu sekali mereka ini ramai yang ber'couple'.
Kalau ditinjau lebih teliti dan dekat, mereka ini adalah anak kepada usa hawan, saudagar, orang-orang kenamaan yang barangkali punya gela ran Dato' Seri, Tan Sri serta pelbagai lagi. PTPTN tidak pula menyiasat dari mana mereka dapat kemewahan sebegini. Mereka inilah anak-anak bangsawan yang mungkin bangkit sebagai pemimpin negara pada masa depan yang tidak menghiraukan derita orang lain.
Najib gemar gaya hidup mewah Salah seorang anak bangsawan yang telah terbiasa hidup mewah dan tidak pernah susah itu adalah Timbalan Perdana Menteri kini, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Ketika ayahnya Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Najib mungkin sudah biasa dengan amalan gaya hidup bermewah ini. Sejak muda lagi Najib telah terbiasa mendapat wang banyak dan hal itu mula menjadi amalan kebiasaan dalam hidupnya.
Maka, urusan pembelian pembelian helikopter, jet, kapal selam dan semuanya itu sudah pun menjadi adat, budaya keluarga mereka. Komisennya berjuta-juta. Sebab itu, apabila tersiarnya berita bahawa Najib ingin memberi insentif RM1 juta kepada atlet negara baru-baru ini, semua nilai adalah perkara biasa bagi diri seseorang yang bernama Najib.
Baginya, apa sangat nilai RM1 juta jika dibandingkan dengan komisen berjuta-juta yang telah diterimanya dan dicekaunya sebelum ini? Bayangkan RM1 juta bagi kita yang mahu makan dan mahu beli alat keperluan pun tidak cukup. Sejuta itu tujuh keturunan tak habis dimakan, kalau kena dengan cara pengurusan wang tersebut.
Sebelum ini, atlet akan menerima insentif bern ilai RM160,000. Angka sebesar ini sudah cukup untuk membeli sebuah rumah sederhana yang boleh menampung sebuah keluarga. Dan, rumah adalah suatu keperluan asas bagi setiap manusia.
Baca kenyataan Najib dalam laporan akhbar untuk mengkaji apa yang terkandung dalam pemikiran Najib atau bagaimana Najib berfikir secara glokal.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun hadiah itu dianggap besar, ianya wajar memandangkan standard Sukan Olimpik semakin meningkat.
Najib berkata negara-negara jiran juga seperti Singapura menawarkan insentif S$1 juta untuk atlit mereka yang meraih emas di temasya Olimpik.
Beliau berkata ganjaran RM1 juta adalah wajar dan berpatutan memandangkan temasya Sukan Olimpik itu "begitu gah" dan diadakan empat tahun sekali.
Hujah Najib Dalam hujah pertama, Najib berkata memberi imbuhan sebesar itu adalah suatu keperluan memandangkan standard Sukan Olimpik semakin meningkat.
Mengukuhkan hujahnya lagi, kata Najib, negara-negara jiran seperti Singapura memberi insentif S$1 juta untuk atlit mereka yang meraih emas dalam Olimpik. Tetapi, kenapakah Singapura saja yang dirujuk Najib? Kenapa tidak dirujuk negara-negara lain juga?
Ketiga, kata Najib, ganjaran RM1 juta adalah wajar dan berpatutan kerana temasya Sukan Olimpik itu "begitu gah" dan diadakan empat tahun sekali.
Markah bonus bagi menilai 'keglokalan' pemikirannya ialah ketika beliau ditanya tentang penubuhan pusat latihan sukan berprestasi tinggi yang sebelum ini dicadang di London tetapi projek itu terpaksa dibatalkan.
Maka, apakah pendirian Najib tentang hal ini?
"Tidak semestinya di United Kingdom tetapi akan dibuat di mana-mana negara. Kita ada fleksibiliti dan kita akan cari tempat itu yang disokong dengan kepakaran sains sukan untuk menentukan atlit kita bukan saja dapat mengambil bahagian pada peringkat yang tertinggi tetapi juga dapat faedah daripada penggunaan sains sukan," katanya.
Duit siapa dan duit mana yang Najib mahu gunakan untuk membina pusat latihan sukan? Tentulah bukan duit komisen kapal selam beliau. Itu tentunya wang kerajaan (duit rakyat) juga. Terkadang kita keliru adakah Najib ini TPM atau Menteri Belia dan Sukan sehingga bercakap mengenai penubuhan pusat latihan sukan tersebut?
Pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah mengeluarkan suatu bantahan berhubung cara Najib membelanjakan wang terlalu banyak dalam hal tersebut. Adapun istilah dan ungkapan yang digunakan dalam hal ini ialah imbuhan mewah.
Mewah ertinya, menggunakan harta pada jalan yang tidak sepatutnya. Mewah ada kaitan dengan pembaziran dan pemborosan. Najib sebenarnya merosakkan atlit dan pemikiran atlit kita melalui jalan memberikan kemewahan kepada mereka.
Bantahan pertubuhan pelajar itu ada asas yang kuat. Menurut mereka, dalam keadaan di mana rakyat tertekan ekoran kenaikan harga minyak, barang keperluan dan segala macam lagi, insentif kemewahan itu tidak melambangkan situasi sebenar kehidupan rakyat.
"Apakah kerajaan tidak merasai nadi denyutan rakyat yang dihimpit kesusahan?" kata Presiden PKPIM, Mohd Hilmi Ramli. "Dalam kesempitan menanggung harga barang naik kerajaan harus bijaksana menumpukan kepada kebajikan rakyat terbanyak."
Rakyat masih ingat bahawa Najiblah antara pemimpin yang menyeru rakyat agar diubah cara hidup mereka. Apakah atlit itu bukan rakyat Malaysia ? Kenapa ada dua cara fikiran yang berbeza yang bersarang dalam jiwa Najib?
Daripada suatu segi rakyat sebenarnya dapat menerima saranan mengubah cara hidup itu. Tapi, ketika ungkapan itu lahir daripada lidah pemimpin yang terbiasa dengan gaya hidup mewah sejak awal kehidupannya, maka rakyat menjadi marah. Itu sahaja.
Sebenarnya, ramai lagi pemimpin hari ini yang lahir dalam keluarga bangsawan dan pada akhirnya, mereka hidup untuk jahanamkan rakyatnya. Bukan Najib seorang. Ada banyak lagi contohnya. Tapi, Najiblah antara contoh sesuai kerana beliau anak bekas PM.
Sungguh tepat apa yang dibicarakan Hasan al-Banna itu. Iaitu, pemuda yang lahir dalam negara yang berkocak, akan lebih manusiawi berbanding yang berada dalam negara yang senang. Hal ini boleh diumpamakan dengan keluarga mewah dan susah juga.

KETELUSAN

Laporan Saiful Bahari Azlan mengenai dirinya diliwat oleh Anwar Ibrahim dengan segera disiasat oleh polis. Semalam 1 Julai 2008 Anwar pula telah mengemukakan laporan polis mengenai keterlibatan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail tentang apa yang didakwa oleh Anwar pemalsuan fakta dan bukti yang diolah oleh mereka berdua berikutan kes pukulan maut terhadapnya semasa didalam tahanan polis di Bukit Aman 1998 lalu.
Dari dua laporan polis ini kita sangat menuntut keadilan dan ketelusan siasatan seperti yang dijanjikan oleh Pengarah JSJ Bukit Aman Dato' Bakri.Walau yang demikian kita belum di khabarkan sebarang komen dan ulasan dari dakwaan Anwar terhadap laporan polis yang dibuat keatas bos mereka ini.
Dakwaan Anwar terhadap kedua mereka ini sebenarnya sangat serius kerana melibatkan instrument kerajaan yang sangat penting yang sepatutnya menjalankan kerja untuk keadilan kepada rakyat dan negara. Jika hal ini disiasat dengan sambil lewa dan tidak bersungguh seperti kelazimanya maka wajarlah bagi rakyat Malaysia meragui ketelusan kedua-dua jabatan ini.
Raykat terlalu yakin mereka berdua ini dinaikkan pangkat hingga ketahap ini kerana gerak kerja mereka berdua yang cemerlang dalam proses pendakwaan terhadap Anwar 10 tahun lalu dengan mereka cipta pelbagai bukti,menukar tarikh pertuduhan sesuka hati dan mengupah pelbagai latar belakang saksi dan yang paling berharga bagi mereka berdua ialah mengusung tilam yang bertompok-tompok.
Rakyat tidak mudah lupa apa yang mereka lakukan dan hanya orang-orang umno sahajalah yang tergolong dalam kelompok Melayu Mudah Lupa seperti yang dinyatakan oleh mantan Presiden Parti mereka.
Bagi PDRM dan Jabatan Peguam Negara kini kredibiliti mereka teruji lagi dalam kancah dan senario politik Malaysia yang panas, Rakyat Malaysia masih releven untuk menjadi Hakim kepada kedua-dua siasatan dan pendakwan kedua-dua kes ini.
INGATLAH wahai saudaraku dalam PDRM dan Jab Peguam Negara buatlah sesuka hati kamu jika kamu merasakan Malaikat Raqib dan Atid yang berada dikiri kanan kalian itu tertidur atau lalai dari mencatat pergerakan kamu.
Wallaualam..... Kulaanwanik