Monday, July 21, 2008

Muzakarah???

Itulah perkataan yang sedang meniti dibibir ahli dan penyokong-penyokong politikus sekarang.Disebelah pihak bertanyakan bilakah bakal diadakan muzakarah tersebut manakala disebelah pihak lagi bertanyakan apa perlunya bermuzakarah sedangkan dari satu sudut lagi ada pihak yang jomlah kita bermuzakarah dan macam-macam lagi persoalan yang ditimbulkan dari episod muzakarah ini. Muzakarah yang dimaksudkan ialah muzakarah PAS - UMNO.
Saya menyatakan pendirian sebagai ahli parti biasa dalam PAS menyatakan bahawa mungkin ada perlunya pimpinan membuka sedikit ruang untuk mengadakan muzakarah dengan umno dalam hala yang menyentuh kepentingan Islam dan bangsa Melayu dalam ruang lingkup yang memberikan faedah bersama kepada Islam dan Melayu namun pimpinan perlu berhati-hati dengan taktik dan jerangkap samar umno yang sudah menjadi resam dan tradisinya akan mengambil kesempatan dan memonopulasi apa jua isu yang memberikan impak besar kepada mereka dengan penuh tipu-daya yang licik.
Saya sebenarnya cuba memahami isu yang tersirat ini berdasarkan fakta-fakta yang dikeluarkan oleh pimpinan PAS yang telah mengadakan beberapa kali pertemuan sulit dengan Presiden UMNO. Dari apa yang saya faham dan jelas mereka menyatakan rundingan dan pertemuan yang diadakan tempohari ialah sejurus selepas PRU 12 dalam suasana kekalutan parti politik berusaha untuk menubuhkan kerajaan negeri.
PAS dilihat sebagai fakto penentu kepada penubuhan beberapa buah kerajaan negeri dan persekutuan.PAS dilihat sebagai permata yang bersinar dikala itu kerana sebagai contoh di negeri Selangor dan perak jika hendak diharapkan PKR dan DAP sahaja sudah tentu mereka tidak dapat menubuhkan kerajaan negeri dan mereka tentunya mengharapkan penyertaan PAS dalam rundingan dan pakatan untuk menubuhkan kerajaan negeri begitu juga disebalah pihak PN mereka tentu tidak dapat menubuhkan kerajaan negeri jika hanya berpandukan jumlah kerusi yang dimilikinya dan amat mengharapkan penyertaan PAS bersama mereka untuk menubuhkan kerajaan negeri.
Dalam keadaan terdesak sebegini juga diperingkat persekutuan menjadi taruhan kepada PAS untuk diajak berpakat kerana jumlah kerusi Parlimen BN sudah jauh kekurangan hinggakan mereka sudah hilang kekuatan 2/3 majoritinya.
Lalu PAS sahajalah yang diharap dapat menyelamatkan kedudukan mereka diperingkat persekutuan dan beberapa buah negeri ini.Namun PAS bukan muda dalam usia perjuangan politiknya dan PAS sudah tentu mengambil jalan berhati-hati dalam memutuskan sebarang bentuk pertemuan dan rundingan yang dianggap sulit seperti ini. Menurut Yb Ir khalid samad antara individu yang menyertai rundingan awal itu menyatakan bahawa pertemuan mereka dengan Pak Lah berlaku antara 10 dan 11 mac lalu dan bermakna pada waktu itu parti-parti politik dibeberapa buah negeri sedang sibuk mencatur untuk menubuhkan kerajaan negeri.
Nyata disini pertemuan itu sebenarnya tidak boleh dilihat pertemuan untuk berkongsi kuasa dengan BN kerana jelas seperti yang dinyatakan oleh MB Perak adun-adun PAS ditawarkan antara 10-15 juta seorang untuk bekerjasama dengan umno bagi menubuhkan kerajaan Perak tapi PAS masih dan sangan setia dengan rakan seperjuanganya PKR dan bersedia bersama dengan DAP,hasilnya tertubuhlah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan itu belum lagi kisah yang berlaku di Selangor .
Apapun yang bakal berlaku dalam apa jua muzakarah selepas ini ia tentunya berkisar kepada hal-hal yang menyentuh kepentingan Islam dan bangsa melayu sahaja yang wajar diperbincangkan dan saya tidak melihat keperluanya kita menyertai BN kerana sejarah sudah merakamkan bagaimana kita dihumban dan dipersenda semasa PAS menyertai mereka.
Wallahualam ..... akan bersambung insyallah..

No comments: