Wednesday, July 30, 2008

Muzakarah & Muqabalah ?

Pentas politik negara kita kian panas sejak kebelakangan ini dan saya melihatnya seakan tidak surut suhunya kerana ada sahaja isu-isu berbangkit mengenainya diutarakan di dada-dada akhbar dan seakan kian panas.
Pada saya cukuplah kata putus yang diucapkan oleh Mursyidul Am kita mengenainya..."tutup fail muzakarah" dan perkara lepas hanya dianggap sebagai "muqabalah" sahaja ( pertemuan dan perbincangan biasa ).
Sewajarnyalah kepada pimpinan tertinggi PAS disemua peringkat juga sudah tutup mulut mengenainya, biarkan sahaja pimpinan umno yang berkokok seorang diri jangan pula kita sibuk nak menyahutinya.
Tidak perlu langsung diadakan sebarang muqabalah lagi bila kata kuncinya hanya menguntungkan umno yang sedang tersepit dan tiada kelebihan dan keuntunganya kepada bangsa Melayu dan Islam dari sebarang perbincangan kedua-dua pihak ini.
Sudah 50 tahun umno memerintah, kenapa kini baru sedar hak dan keistimewaan bangsa melayu terhakis dan bukankah mereka yang meratah semuanya dan kenapa pula harus dilibatkan PAS dalam masalah yang mereka sendiri ciptakan.
Tidak salah jika pimpinan tertinggi kita bertemu mata dengan pimpinan umno dalam apa juga isu, begitu juga dengan isu yang sedang umum bicarakan sekarang ini. Cuma sekarang ia menjadi panas kerana umno itu yang sedang kepanasan sekarang dan media pula menjadi batu apinya untuk melaga-laga PAS dan cuba meretakkan pakatan Rakyat. Itu sahaja isu dan tujuanya.
Kita jangan cepat melatah dan jangan terperangkap denggan perangkap mereka ini.
Sebagai ahli dan penyokong PAS kita seharusnya WALA' dengan setiap keputusan dan tindakan yang dibuat oleh pimpinan kerana mereka tentunya ada IJTIHADnya yang tersendiri.
Saya amat berharap agar pimpinan tertinggi PAS diperingkat pusat dan Syura Ulama segera menamatkan konflik ini dan diharapkan kepada para perwakilan muktamar akan datang anda lebil rasional dalam apa juga tindakan dan hujjah anda.
Ingat pepatah orang tua kita " umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung pula tidak berselerak"

No comments: