Monday, January 19, 2009

Titik persamaan PAS di Malaysia dan HAMAS di Palestin dalam banyak peristiwa

"Allahu Akbar!!! Ku menyahut seruan ilahi diatas berita kemenangan Islam di Malaysia dan diikuti kesokkannya kemenangan HAMAS di Palestin. Kemenangan kedua-dua kumpulan ini seolah-olah ada kaitan diantara satu sama lain kerana kalau dilihat pada bentuk kemenangan itu memang ianya bukan semata mata kemenangan, bahkan ia adalah satu pertolongan Allah s.w.t ke atas hamba-hambanya yang ikhlas berjuang.
Sama-sama kita lihat perjuangan HAMAS di Palestin, bagaimana asuhan dan pentarbiahan mereka hingga mereka sanggup berdepan dengan musuh walaupun tidak mempunyai kelengkapan perang yang canggih sebagaimana yang dimiliki oleh pihak musuh. Walau dilihat pada material memang tiada tandingan antara HAMAS dan ISRAEL, bermakna awal-awal lagi HAMAS akan kalah bahkan akan terkubur, tetapi apa jadinya? Yang berlakunya adalah disebalik itu, iaitu kemenangan dan juga pertolongan daripada Allah swt. Kalau tanpa pertolongan Allah swt nescaya mustahil HAMAS akan menang, itulah pentingnya pertolongan Allah swt dalam apa jua keadaan.
Dilihat pula kepada kemenangan parti islam di Malaysia dalam pilihanraya kecil kuala Terengganu, juga mustahil PAS akan menang dalam pilihanraya ini kalau dilihat pada asas material,pihak musuh mempunyai banyak harta benda dibawa untuk berkempen hingga saya yakin mencecah berpuluh juta ringgit semata-mata untuk memenangkan calon mereka, sebagai bukti apa yang dikatakan oleh bos mereka “kita mesti menang walaupun dengan berapa banyak kos sekalipun”. Ini bukti bahawa kalaulah mereka menang sekalipun, mereka menang dengan duit atau harta bukan menang dengan roh yang sebenarnya.
Akan tetapi atas ikhlas dan semangat pengorbanan daripada pejuang islam ini sepertimana golongan HAMAS, maka Allah tidak member kemengan kepada mereka walaupun mereka ada kekuatan material, bahkan Allah memberi kemenangan dan pertolongan kepada parti Islam. Ini persamaan yang didapati pada PAS dan juga HAMAS.
Seterusnya, persamaan pada tarikh kemenangan, PAS diumumkan telah memenangi pilihanraya pada tanggal 17 januari 2009 malam, begitulah juga diikuti dengan HAMAS tidak semena-mena pihak musuh mengumumkan genjatan sentaja dari sebelah pihak tanpa persepakatan pihak yang kedua(HAMAS), ini bermakna Israel telah mengangkat bendera putih mengaku kalah kerana mereka menanggung kerugian yang terlalu banyak dan tidak sanggup menghadapi serangan HAMAS kerana memang mereka terkenal dengan pengecut sebagaimana yang disebut didalam Al-Quran walaupun target musuh untuk mengambil Gaza dan menghapuskan HAMAS akan tetapi yang terjadi mereka menangkat bendera putih dan HAMAS semakin kuat dan bertambah sokongan bukan setakat sokongan rakyatnya bahkan sokongan dunia, inilah point penting yang boleh kita ambil dari peperangan ini.
Ini samalah juga denga parti Islam PAS, tatkala berlakunya pilihanraya, bukan setakat sokongan ahlinya sahaja, bahkan sokongan penuh dari sekutunya(pakatan rakyat) hinggakan mereka turun berkempen seperti mereka berkempen untuk partinya sendiri. Dan juga PAS mendapat sokongan dari seluruh Negara yang menyaksikan berpuluh ribu penyokongnya turun untuk berkempen.
Dan juga yang paling pentingnya PAS mendapat pengiktirafan boleh dikatakan daripada semua pihak saamada Pakatan dan BN bahawa PAS kuat dan mampu untuk mengambil alih kerajaan. Dalam masa yang sama, marilah juga kita melihat persamaan PAS dalam kekalahanya pada 21 mac 2004 dan diikuti syahidnya pemimpin spiritual HAMAS As-Syahid Ahmed Yasien pada keesokan harinya 22 mac 2004.
Ini menunjukkan PAS dan HAMAS ada persamaan yang telah ditentukan oleh Allah swt dalam banyak perkara. Ini adalah titik aturan dan persamaan yang telah diaturkan oleh Allah swt. Maka yang akhirnya kita memohon dan selalu bemunajat semoga Allah swt menyamakan juga PAS dan HAMAS ini dalam spritualnya dan diakhirkan hayat pejuang-pejuang PAS seperti pejuang-pejuang HAMAS iaitu Syahid dimedan pejuangan. AAmiin yaa Rabb… Hayyu asyier 2am19jan09http://yusuf2013.blogspot.com/"