Tuesday, March 3, 2009

NIZAR Hero Rakyat Malaysia



Rakyat malaysia makin Sayang pada kerajaan Nizar.

Hari ini, satu sejarah telah tercipta bahawa satu Sidang DUN telah diadakan di bawah pokok di tempat letak kereta, di Negeri Perak Darul Ridzuan.Berikutan tindakan polis yang tidak membenarkan semua EXCO sah menggunakan dewan DUN, maka akhirnya mesyuarat DUN tetap diadakan juga, demi memenuhi aspirasi dan kemahuan rakyat Perak.


Sebenarnya peristiwa "persidangan dibawah pokok ini" tidak merugikan MB Nizar dan pasukannya, malahan lebih menarik simpati rakyat terhadap kesungguhan mereka mempertahankan kerajaan sah Pakatan Rakyat di Perak. Syabbas pada MB Nizar dan semua EXCO yang terlibat.


Inilah kezaliman yang amat nyata dari BN.Jika sebelum ini, rakyat baru mengetahui bahawa ISA adalah zalim, maka hari ini, selain ISA, UMNO/BN juga mempergunakan apa saja termasuk mengunci sebuah bangunan lantas menyerlahkan pada rakyat bahawa kezaliman dan kejahatan mereka memang tanpa batas kemanusiaan!!!

"Raja adil raja di sembah, Raja zalim raja di sanggah"....rakyat sedang menjadi hakim, menyaksikan apakah ada suara atau tindakan murni dari istana yang boleh menyelesaikan krisis yang sedang berlaku sekarang?Apakah tindakan Sultan untuk menyelamatkan rakyat Perak dari kemelut politik yang sedang mengganas kini?


Hidup kerajaan MB Nizar, salah satu negeri yang telah meluluskan usul mansuh ISA di sidang DUN tahun 2008!!!

UMNO HILANG AKAL

UMNO HILANG AKAL
cyberboron, Tuesday, March 03, 2009

UMNO telah hilang akal. Pupus jiwa. Tiada nilai kemanusiaan langsung. Zalim muktamad. GanasInilah ungkapan yang paling sesuai untuk UMNO selepas menyaksikan peristiwa bersejarah seakan Yahudi.
Mentaliti berpatah balik jauh ke belakang, ke zaman tanpa tamaddun. Tak berapa sesuai lagi mengaku Islam. Undang-undang sudah tak wujud. Perlembagaan jadi kertas tandas. UMNO memang haprak.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di bawah pokok sena hari ini.UMNO memperkudakan pasukan keselamatan demi kuasa politik haram yang dirompak sebulan lalu. UMNO sekali lagi merogol perlembagaan negara dengan menghina Dewan Undangan Negeri dan ahli-ahlinya.
Speaker DUN dihalang daripada menjalankan tugasnya seperti yang termaktub dalam perlembagaan.Samseng resmi dan samseng tidak resmi pak yed UMNO berkeliaran macam anjing gila sepanjang pagi ini. Samseng resmi yang tak beruniform mengiringi samseng tak resmi melakukan provokasi terlampau.
Mujur penyokong kerajaan pilihan rakyat banyak bersabar. Kalau diikutkan hati, memang layak berperang saja hari ini.Melayu tua yang dah dekat nak masuk kubur pun tumpang sekaki menunjukkan kebodohan diri. Entah apa yang dipertahankannya, sebenarnya dia sendiri pun tak tahu.
Mujurlah Melayu yang bodoh macam tu dah tak berapa banyak yang berbaki kat dunia ni.Pasukan keselamatan bertukar jadi pasukan penjenayah.
Dakwaan ini bukan cakap kosong. Ada ribuan foto dan video membuktikannya.
Pasukan penjenayah ini hanya buat bodoh saja semasa samseng-samseng UMNO berasak-asak menghalang Dato' Seri Nizar dan ADUN dengan cara merbahaya. Cawangan Jenayah Khas bukan setakat menyusup untuk mencari maklumat atau membuat pengecaman bakal mangsa tetapi turut sama bertindak samseng menghalang dan cuba mencederakan rombongan ADUN.

Memang bullshit!Kalau ibarat di gelanggang, UMNO sah bukan jantan. Mungkin lebih teruk daripada pondan tua. Bacul. Pengecut. Tak berani berdepan beradu kekuatan. Menang hanya kerana pukul curi. Tak ada maruah langsung.
Bila dicabar berentap, UMNO angkat geng. Habis semua lembu yang boleh dicucuk hidung, terheret jadi perisai UMNO. Yang sanggup jadi lembu itu pun satu hal. Elok-elok lahir dari perut manusia, tiba-tiba nak jadi lembu. Lembu original di kampung diberi nama kuning, tompok dan bedul.
Di bandaraya Ipoh, berberapa ekor lembu di beri nama Abd Rahman, Ahmad Kamal, Zambry, Tajol dan Zulkifli.Apa pun, Alhamdulillah Dewan Undangan Negeri Perak selamat bersidang di bawah sepohon Sena yang rendang, 150 meter dari pintu masuk bangunan SUK.
Peristiwa bersejarah di bawah pokok Sena itu bertumpang simbolik dengan kehadiran Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Hj. Mahfuz Omar. Macam cerita Laksamana Do Re Mi pun ada juga. Teringat negeri Pasir Dua Butir dan menteri pertahanan bernama Fasola yang lebih kurang dengan UMNO.

Antara Dua Darjat




Konflik di Perak yang ada dua MB nampaknya semakin kusut. MB Nizar yang sah disisihkan walaupun bersamanya undang-undang yang mengiyakan apa jua tindakanya menurut peruntukan Perlembagaan dan Akta Tubuh Kerajaan Perak, namun disisihkan oleh sayap parti Umno seperti PDRM, Mahkamah, SPRM dan lain-lain yang selembu denganya.




Sorang lagi MB Zamry yang hitam pekat likat yang tak tau malu adalah MB kudeta haram yang diberikan kekebalan untuk melanggar undang-undang, Perlembagaan dan Akta Tubuh Kerajaan Perak.

Saya teringat cerita Laksamana Do Re Me, apabila raja Pasir 2 Buti berlindung dan bersemayam dibayah pokok dipadang pasir bersama Perdana Menterinya menerima kedatangan Do Re Me apabila kerajaan dan takhtanya dirampas oleh Menteri Pasola.

Dengan tak semena-mena cerita P.Ramlee ini menjadi kenyataan kini apabila Dewan Undangan Perak hari ini bersidang dibawah pokok lantaran pintu utama ke kompleks SUK perak ditutup dan dikunci oleh barua-barua UMNO atas kehendak UMNO oleh SUK Perak.

Maka banyaklah gerombolan lembu-lembu UMNO berbenteng dengan kelengkapan perang untuk berhadapan dengan pasukan HALAL MB Nizar untuk bersidang dalam DUN Perak hari ini.
Saya cukup pasti bahawa masyarakat antarabangsa akan ketawa sampai terkentut-kentut bila melihat peristiwa sidang bawah pokok di Perak hari ini. Ketawa kerana melihat akan kebodohan kerajaan MB HARAM Zamry dan Najib Altanthuya bertindak menghadapi kerisis di Perak ini.

Dalam masa yang sama si MB Zamri HARAM ini seakan mendapat pembelaan dari hakim yang pada saya juga rakan selembunya menolak peguam yang mewakili Speaker Perak yang BERANI itu.

Adoii!!!!! sakit otak la bila kita lihat kebodohan UMNO dan lembu-lembunya bertindak di Perak ni, macam dah takde undang-undang untuk menyelesaikan konflik ini. Saman-menyaman dah jadi mainan.... tapi belum nampak kesudahanya.

Jalan terbaik untuk selesaikan masalah orang Perak ni berada dalam kuasa Tuanku Paduka Seri Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak dan Pilihanraya pereingkat negeri diadakan.

Masalahnya mana ada pemimpin-pemimpin UMNO / BN dan kacukan BN yang berjiwa besar dan berani mohon maaf atas ketelanjuran tindakkanya melainkan diseret ke mahkamah yang sangat tidak adil dalam sejarahnya. Soalnya HAKIM mana dan MAHKAMAH mana yang telus dan berani mengadili regim Najib Altanthuya dan kerabat BN.
Selagi fungsi mahkamah yang boleh dibeli, Polis yang melembu, SPRM yang membabi buta selagi itulah nasib rakyat akan terus menderita dan keadilan tidak dapat ditegakkan.
Makin penin la kite yop!!! ape kate kita pakat undi PAS kat PRK Bukit Gantang nanti.......