Monday, June 30, 2008

CEMAR,MENCEMAR,TERCEMAR,DICEMAR

Kemana hala tuju Malaysia sekarang hendak diarah oleh kerajaanya? jawapan ini wajar dijawab oleh kabinet Pak Lah kerana dia telah meletakan negara dalam keadan yang tidak setabil dari semua sudut terutamanya dari sudut politik,sosil hidup masyarakat,kestabilan dan keamanan, ekonomi dan antarabangsa.
Suasana yang tidak kundusif ini ekoran dari peningkatan kadar jenayah yang berantai yang melingkari pelbagai sudut jenayah yang memperlihatkan kredibiliti pasukan polis dipertikaikan oleh masyarakat awam.
Ditambah pula dengan suasana resah dan gelisah rakyat menghadapi pelbagai kenaikan harga bekalan harian terutamanya kenaikan harga makanan,petrol- gas,bahan binaan dan pelbagai lagi kenaikan yang lain.
Di ikuti pula dengan iklim politik terutamanya politik kerajaan yang memerintah persekutuan iaitu politik BN yang terumbang ambing mencari sesuatu untuk bergantung harap. Kerajaan ini menghadapi tekanan yang pelbagai sehingga membuatkan orang-orang tuanya gundah memikirkan bagaimana untuk mencari titik penamatnya.
Bermula dengan isu korupsi peringkat tertinggi,kes pembunuhan Altanthuya,siri penculikan anak-anak kecil,kenaikan harga barang dan pertol-gas, isu peralihan kuasan kerajaan dari BN kepada PR pada bulan September akan datang,gangguan dan campur tangan eksikutif dalam kehakiman negara,isu lompat parti dan macam-macam lagi.
Isu peralihan kuasa dan dakwaan terhadap isteri TPM Rosmah Mansor serta kemarahan rakyat akibat dari kenaikan harga barang dan bekalan mendominasi ketidak ketentuan pimpinan.Pimpinan BN khususnya yang berada di Putrajaya terpaksa mereka cipta alasan agar tumpuan rakyat dapat dialihkan dari memfokus kepada isu Rosmah Mansor dan kenaikan harga bekalan dan makanan serta yang terpenting menutup ruang perbingcangan rakyat dikedai kopi mengenai peralihan kerajaan.
Maka terciptalah satu konspirasi yang disangka ampuh dan mampu menutup pelbagai isu yang berlaku sebelum ini dengan menamakan Saiful Bahari Azlan sebagai watak utamanya dan dibantu dengan Inteligent Team sebagai pelaksananya. Justeru dengan ini di istiharkan bahawa isu Liwat Anwar siri 2 dilancarkan dengan resminya......
Sebenarnya pelbagai andaian yang dapat kita buat dari lontaran isu liwat Anwar ini yang sememangnya akan menguntungkan regim Pak Lah seperti :
1 : Mengharapkan agar para penyokong Anwar khususnya dan pendokong PR turun kejalan raya dan berdemonstrasi seperti dalam ledakan Reformasi 1998 lalu pihak regim Pak Lah boleh mengistiharkan MAGERAN dan melaksanakan perintah DARURAT dan sekaligus menyelamatkan kerajaanya.
2 : Ternyata konspirasi jahat ini bertujuan untuk mengalih pandangan umum dan perhatian rakyat dari pelbagai macam krisis yang sedang melanda negara yang membebani rakyat dengan kos kenaikan saraan hidup akibat penarikan semula subsidi sebanyak RM13.7 bilion tentang bahan bakar; petrol dan diesel yang mencetuskan kesan berantai paling parah dalam krisis ekonomi negara.
3 : Tidak kurang juga tekanan yang terpaksa mereka depani terhadap isu pengambilalihan kerajaan Pusat oleh Pakatan Rakyat yang semakin kencang bertiup dalam pelbagai media baru termasuk media perdana.
4. : Membunuh kerjaya politik Anwar.
Bagi saya tindakan regim ini sebenarnya adalah tindakan yang bodoh dan sia-sia sahaja kerana bagi orang yang beriman akan mengingat pesanan Nabi SAW " bahawa tidak harus bagi orang mukmin itu disengat dua kali pada satu tempat".
Sekarang bukan zamanya lagi rakyat diperbodoh seperti tahun1998-1999 lalu kerana kekurangan sumber maklumat namun kini maklumat boleh di akses hanya dihujung jari sahaja.
" Ya Allah ! perlihatkan kepada kami yang benar-itu benar agar mudah kami mengikutinya, dan perlihatkan juga kepada kami yang batil itu batil agar mudah kami menghindarinya" amin.

Sunday, June 29, 2008

Lihat sape yang terlibat dam kes MEMALI

PENDAHULUAN

Assalamualaikum,
BALING, ialah sebuah daerah di Kedah yang terletak di utara Malaysia. Daerah ini pernah mengalami pelbagai pengalaman tragedi yang dicetuskan oleh Parti Komunis Malaya yang diharamkan itu, walaupun ia menerima sokongan kerajaan Cina yang berpusat di Peking.

Apakah satu keanihan, tragedi yang terjadi pada 19hb November, 1985 di Baling itu berlaku ketika Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohammad sedang melakukan satu kunjungan rasmi di China?

Tragedi ini telah mengorbankan empat belas nyawa orang Islam yang mati syahid kerana mereka lebih rela memilih jalan syahadah daripada jalan sekularisme. Orang yang lebih memilih jalan kebenaran daripada akur kepada kekerasan telah turun terkorban nyawanya. Beliaulah asy-Syahid Ibrahim Mahmud. Latar belakang asy-syahid Ibrahim Mahmud Ibrahim berumur 43 tahun ketika itu dan amat dihormati oleh masyarakat di Kampung Memali, yang termasuk dalam Mukim Siong, Baling. Beliau memang merupakan seorang yang banyak pengalaman dan berpendidikan Islam yang cukup tinggi. Beliau lulus daripada Universiti Al Azhar dan kemudiannya melanjutkan pelajarannya lagi di India dan Libya. Sebaik pulang ke tanah air, asy-Syahid Ibrahim telah berkhidmat sebagai pegawai pendakwa di Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri.

Ketika itulah beliau kerap memberikan ceramah agama Islam di Telivisyen Malaysia. Ibrahim merasa terganggu dengan sistem pemerintahan negara, lantas berhenti kerja untuk memulakan kelas agama di kampungnya di Memali. Ini diikuti oleh pembukaan sebuah sekolah agama di kampung itu untuk memberikan khidmat yang lebih luas kepada masyarakat Islam. Kerana kesedaran akan adanya konspirasi yang dicetuskan oleh golongan neo-kolonis terhadap ajaran Islam yang benar, Ibrahim Mahmud mengambil langkah untuk menganggotai PAS. Ibrahim telah menyumbangkan khidmatnya kepada parti politik itu dan memperkenalkan pendekatan universal yang memberikan ruang yang luas kepada parti yang berfahaman sempit menjadi satu pergerakan Islam yang mampu menyatupadukan masyarakat Islam yang sanggup hidup dan mati kerana Islam. Ibrahim telah menyemarakkan semangat jihad dan kepentingan kepimpinan golongan ulama sebagai pra syarat kepada kecemerlangan Islam, kebebasan dan perpaduan. Dia amat yakin bahawa Islam akan menjadi lebih bermakna dalam sebuah negara Republik Islam.

Pada 1978, Ibrahim telah bertanding atas tiket PAS di kawasan Bayu-Baling. Beliau berjaya meraih 5,081 undi berbanding 6,169 undi yang diraih oleh calon Barisan Nasional. Pada pemilu 1982, Ibrahim tewas kepada calon BN dengan hanya 100 undi. Ibrahim merupakan seorang ayah yang penyayang dan menghormati golongan wanita. Hidupnya sungguh bersahaja. Memang jelas, beliau adalah lambang seorang insan yang bersih kehidupannya di kalangan satu masyarakat tani yang termiskin di Malaysia.

Ibrahim pernah ditawarkan beberapa jawatan penting dalam sebuah parti politik yang bukan Islam seandainya dia sanggup mengenepikan golongan miskin dan melata. Menepati nawaitu hidupnya, beliau telah menolak semua itu yang dianggapnya sebagai syurga dunia kerana dia lebih senang merapati golongan yang mendekati Allah. Kerana itu dia kerap didatangi ancaman hidup beberapa kali yang mahu memerangkapnya dan membunuhnya. Semua itu dipinggirkannya sahaja sebagai sesuatu yang tidak penting. Selepas pemilu 1982, satu arahan untuk menahan Ibrahim di bawah akta ISA yang menjijikkan itu telah dikeluarkan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negara. Kesannya telah mengejutkan pihak yang berkuasa. Ribuan penyokong Ibrahim telah menjadikan surat arahan penangkapan itu sebagai secebis kertas yang tidak bermakna apa-apa. Rancangan untuk menangkapnya telah berakhir dengan kematinnya yang diiktiraf sebagai mati syahid bersama 13 orang sahabat dan pengikutnya. Mereka telah mati di tangan segerombolan penembak upahan yang tergolong ke dalam golongan yang suka berpoya-poya.



KRONOLOGI MEMALI - Rahsia PDRM


OPERASI HAPUS DI MALAYSIA
assalamualaikum,

Berikut adalah catatan terperinci mengenai perkembangan di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling yang berkesudahan dengan terkorbannya 13 nyawa bersama asy-Syahid Ibrahim Mahmud.

Catatan yang dipaparkan di sini merupakan rakaman komputer daripada Signals Division pasukan PDRM yang mengikuti perjalanan tragedi Baling itu untuk maklumat perdana menteri. Di sini dicatitkan juga fakta mereka yang tercedera dan mereka yang berjaya melepaskan diri daripada kepungan pihak polis. TOP SECRET:

001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85) berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kumpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh beberapa pegawai daripada Bukit Aman, Kedah, Perlis, dan Penang.


002: Tepat Jam 1945 (18/11/85) pegawai tinggi yang memerintah daripada Bukit Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang berdekatan dengan sempadan Thailand.


003: Pada Jam 2005 (18/11/85) berlaku satu keributan di bilik operasi Sungai Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan. Arahan menyerang dan membunuh penghuni 'kem komunis' itu sebenarnya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan sesiapa juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung di situ. Pegawai yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan kepada Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.


004:(18/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi gagal. Kemudian dia berjaya menghubungi Musa Hitam yang ketika itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah diberikan laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikan taraf hidup masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati oleh para sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.
Nota Khas:
Kebanyakan anggota polis yang terbabit dalam operasi ini adalah mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini telah diberi-nama "Operasi Hapus" oleh Musa Hitam.


005: Jam 2045 (18/11/85) sebuah majlis keraian telah diadakan di sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di sana minuman bir dan minunam keras (arak) telah disediakan kepada semua unit. Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak minum.


006: Jam 2147 (18/11/85) pegawai pemerintah operasi telah menerima mesej melalui wireless. Mesej yang diterima mengatakan betapa 10 orang komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang dengan laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang menghuni Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai sasaran serangan polis itu.


007: Jam 21.47(18/11/85) semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling dengan menggunakan dua kereta perisai. Pegawai pemerintah Unit Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam 23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.


008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman telah menerima arahan terakhir mengenai 'Operasi Hapus' itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai Petani itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling. Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud.

Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di hubungi. Pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam tidak dapat di hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Di waktu yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dengan berada di Ibu pejabat Polis Penang. Beliau sedang mengikuti perkembangan 'Operasi Hapus' itu. Tidak berapa lama kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yang seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.
Catatan di Kampung Memali: Seorang pemandu motorsikal dilihat berhenti di hadapan pintu-gerbang rumah yang dihuni oleh Ibrahim Mahmud. Seorang muda dilihat berlari ke arah pintu rumah itu meminta kebenaran untuk masuk. Dia telah memberitahu penghuni rumah itu betapa dia ternampak satu kumpulan polis yang ramai di Baling setibanya di pekan itu. Ibrahim Mahmud telah dikejutkan dari tidurnya. Begitu juga halnya dengan 39 orang lain yang telah berjaga malam di Madrasah itu sebelumnya. Mereka dikerah bersiap sedia untuk mempertahankan diri. Mereka mula mengumpulkan segala alat yang ada di rumah kampung seperti kapak, pisau, buluh runcing dan sebagainya. Yang lebih berani telah membuat bom molotov pula. Dengan lain perkataan, setiap insan di situ ada alat senjata yang boleh dipergunakannya.


Dalam kumpulan yang bertahan itu ada empat kanak-kanak dan lima kaum wanita. Ibrahim telah mengajak para pengikutnya untuk berwuduk daripada sebuah telaga yang berhampiran. Mereka telah melaksanakan solat sunat dan juga solat hajat. Mereka membaca Surah Yaasin dan berzikir. Ibrahim Mahmud kemudiannya memberi ucapan betapa beliau lebih rela bersyahadah daripada menyerahkan dirinya untuk dijadikan alat mereka yang mahu menaikkan semangat nasionalisme. Ibrahim telah meminta sesiapa yang curiga dengan hasratnya itu meninggalkan kumpulan mereka. Tidak ada sesiapa yagn mahu berganjak daripada tempat duduknya. Laungan Allahuakbar mula bergema, bertalu-talu dan memecah keheningan Kampung Memali. Yang hadir lebih memilih jalan 'syahid' daripada terus hidup mengabdikan diri ke jalan yang hina. Di waktu yang sama di Stesen Polis Daerah Baling, segala persiapan untuk menyerang kampung Memali semakin dipercepatkan. Semua itu dilakukan oleh kebanyakan anggota polis yang telah mabuk ataupun tidak keruan fikirannya.


009: Jam 0100 (19/11/85) 3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus) anggota polis bersama pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka lengkap bersenjata automatik dan tiba dengan kereta perisai. Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika itu Musa Hitam tentu sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi. Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya yang bertahan di Ibu pejabat Polis di Penang. Kebanyakan anggota polis yang tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan mereka akan menyerang sebuah kem komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada mereka oleh Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada Sungai petani hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka.


010: Jam 0300 (19/11/85) Kampong Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis. Polis yang beruniform ditugaskan membuat sekatan jalan raya. Pasukan Polis Hutan telah diarahkan ke bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak Khas: kaki-pukul) diarahkan ke bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis Hutan) telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang juga merupakan sekolah agamanya.


011: Jam 0336 (19/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman yang memerintah Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan pembesar suara. Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni rumahnya itu. Mereka membuat pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun pasukan yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil negara. Mereka bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang semula.


012: Jam 0400 pagi (19/11/85) satu kumpulan manusia yang berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul daripada bahagian utara . Mereka berlari di tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan dan juga Komando 69 dan membawa senjata tajam yang sering mereka gunakan ketika bertanam padi. Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan. Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak ke arah penduduk kampung yang sedang berlari itu.


Tetapi, mereka tersalah sasar, maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan mereka itu membuatkan orang kampung berpatah balik kerana ketakutan. Tindakan melulu Pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang tidak berdosa oleh satu pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan pasukan kawan sendiri.
Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan. Operasi mengepung masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai daripada Alor Star telah meminta agar pengepungan itu dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil iktibar daripada kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang songsang. Permintaan mereka telah ditolak oleh pegawai pemerintah.


BABAK DUA


013: Jam 0521 (19/11/85) Azan subuh berkumandang di rumah Ibrahim Mahmud. Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen anggota polis daripada Alor Star. Mereka semakin mencurigai matlamat operasi polis itu. Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu itu Pegawai pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya mula menyerang. Beliau telah ditentang oleh pegawai yang beragama Islam.


014; Jam 0559 (19/11/85) Solat Subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang kampung muncul untuk memasuki perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka terpaksa menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan sambil menggenggam tangan mereka melaungkan Allahuakbar. Melihatkan perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya untuk berundur dan tidak menentang mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan sambil bersiap sedia sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud itu semakin menyerlahkan kejijikannya. Keadaan hari yang semakin siang telah menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan melindungi rahsia kejijikan perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu telah terdedah sama sekali.
Nota Khas: Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita apakah keheningan malam telah mampu menggelapkan kejijikan operasi semacam itu ?


015: Jam 08.15 (19/11/85) setelah mendapat kelulusan timbalan menteri hal ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi telah memberi arahan agar dua kereta perisai mula menyerang rumah Ibrahim Mahmud. Mereka telah dihalang oleh balingan bom molotov.
Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru senjata automatik ke arah rumah yang dikepung itu. Di waktu yang sama empat orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari keluar rumah itu. Mereke diarahkan oleh Ibrahim agar melarikan diri. Mereka telah dikepung dan ditangkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing penjaga. Ketika itu juga serangan diteruskan. Tembakan pihak polis disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.


016: Jam 11.05 (19/11/86) Komando 69 diarahkan menyerang rumah Ibrahim.


017: Jam 1136 (19/11/85) pasukan Komando 69 telah menyerbu masuk dengan senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di mana Ibrahim dan orang-orang yang masih bertenaga terus melawan. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan anggota polis di kawasan halaman. Polis terus menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya Allahuakbar yakin mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan ada juga bilangannya yang cedera teruk sahaja. Beberapa orang anggota komando telah menyerang Ibrahiml Beliau telah melawat merka dan mampu membunuh salah seorang yang menyerangnya. Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada sebelah kanannya dituju berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan Allahuakbar. Seorang pegawai polis berlari meluru ke arahnya untuk mengepung kepala Ibrahim ke ribanya. Ibrahim kedengaran bersuara: "Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid."


018: Jam 1213. Serangan pihak polis ditamatkan. Mereka yang telah ditangkap telah disungkup dengan karung guni. Beberapa anggota Komando 69 telah dilihat menendang badan yang terbujur itu untuk menentukan mereka sudah mati. Ada pula yang terus menembak mereka lagi sambil berkata; "Pergi jahanam dengan Islam".


019: Jam 1305 (19/11/85) Pegawai pemerintah operasi telah membuat laporan kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga kepada Musa Hitam di Kuala Lumpur. Musa Hitam mengarahkan agar semua orang kampung ditangkap untuk menahan agar rahsia operasi itu tidak terdedah.


020: Jam 1500 (19/11/85) kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua helikopter polis. Mereka yang cedera dan mati dihantar ke hospital di Sungai Petani dan Alor Star. 4 mati syahid di Sungai Petani dan 10 yang sudah mati dibawa ke Alor Star, termasuklah Ibrahim Mahmud.


021: Jam 1510 (19/11/85) Sektiar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim. Berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengwasi tempat itu dengan ketua anggota tentera yang tiba di situ. Anggota polis yang ramai itu diberikan arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari betapa bilangan mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis yang bertugas di situ pihak tentera pun meredakan keadaan. Ketuanya pernah berkata: Hari ini hari kau.....Kau boleh lakukan apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan timbul satu hari nanti, kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara. "


BABAK KETIGA

Setiap insan yang waras di kalangan marhaen di negara ini tentu dapat membuat penilaian akan lapuran mengenai Al syahid Ibrahim Mahmud. Beliau bukannya seorang penjenayah seperti yang digambarkan oleh Musa Hitam. Namun, akhbar New Straits Times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yang bertulis: Empat anggota polis dan 14 penjenayah mati dalam pertempuran. Di akhbar yang sama Musa Hitam telah menuduh Ibrahim Mahmud bersama 13 rakannya sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat. Beliau telah menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis Agama Islam Kedah yang berkata: "Ustaz Ibrahim hanya memberikan ceramah agama. Lagipun dalam satu pertemuannya dengan pihak akhbar Musa Hitam telah mengulangkan cerita bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Mahmud itu. Kalau kita pertimbangkan segala fakta yang terserlah, termasuk keputusan pemilu di mana BN hanya mampu menang tipis, kita boleh membuat kesimpulan betapa 'Operasi Hapus' adalah satu tipu muslihat untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud bagi kepentingan politik UMNO. Mereka mahu menentukan terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi Bayu/Baling dalam pemilu yang mendatang.



Dilemma UMNO

Di manakah prioriti UMNO selepas episod Memali? Kalau UMNO memperakukan ianya sebuah parti Islam, episod Memali membawa erti bahawa para pemimpinnya telah memperlekehkan Allah. Bukankah mereka yang telah merencana pembunuhan di Memali itu sehingga tergolongnya beberapa insan sebagai mati syahid? Kalau para pemimpin UMNO memperakui bahawa parti itu condong ke arah nasionalistik, ia bererti bahawa para pemimpin itu sudah menderhaka kepada banganya kerana terbunuhnya orang Melayu. Bukankah itu kaum yang mahu dilindungi oleh UMNO? Tindakan yang dilakukan oleh segelintir pemimpin UMNO ini akan mencetuskan peperangan saudara di kalangan orang Melayu. Cara nyawa diperlekehkan telah membuatkan ramai ahli UMNO yang kecewa dengan kepimpinan Timbalan Presiden Parti, Musa Hitam. Beliau memang semacam giankan kesamsengan dan kini menerima padahnya. Rakan sejawatnya dalam kerajaan Idonesia bernama General Benny Murdani pernah berkelakuan serupa dan dibenci oleh rakyatnya. Kini Musa menerima jolokan sebagai 'haiwan politik' dan juga 'penghapus orang Islam'. Murdani adalah seorang agen Zionis, kerana dia bukan beragama Islam. Tetai kenapakah Musa Hitam mengikuti gelagat Murdani?


Tindakan yang dilakukan oleh UMNO menunjukkan parti itu bukan lagi memberi kepentingan terhadap keluhuran Islam dan juga orang melayu. Ironisnya Islam dan Bangsa Melayu menjadi alat UMNO untuk terus mempertahankan kuasanya. Kumpulan ultra Cina dan India sedang bersepakat secara senyap di kalangan mereka. Mereka berjaya memperalatkan individu Melayu yang ternama sebagai juara tempelan mereka. Untuk menyelesaikan keadaan yang semakin menjadi satu masalah besar ini, Dr. Mahathir perlu menulis lagi mengenai dilemma UMNO. Kesan tragedi Memali telah membuatkan Kampung Memali bertukar rupa daripada sebuah kampung yang aktif menjadi sebuah kampung yang dihantui seribu kenangan pahit. Ramai penduduk asal kampung itu telah melarikan diri kerana takutkan ancaman polis.
Seramai 159 penduduk kampung pernah ditahan oleh polis Dosa mereka terletak kepada keyakinan diri mahukan ajaran Islam yang direstui Allah. Mereka ini termasuk beberapa anak-anak kecil dan warga tua sedang ditahan dalam tiga buah bilik kecil di sebuah kem tahanan. Kaum wanita dibiarkan berkumpul dengan kaum lelaki. Tidak ada kemudahan bersolat. Mereka kerap didera dan diaibkan. Anak-anak kecil dilihat menangis mencari ibu-ibu yang sengaja dipisahkan dari mereka. Setiap tahanan diberikan makanan berupa satu mangkuk kanji setiap hari. Sesiapa yang cedera parah dihantar ke hospital Sungai Petani ataupun Alor Star. Mereka hanya diberikan layanan pesakit luar, satu penghinaan yang berlanjutan. Kalau keadaan tidak diperbaiki ada di kalangan mereka yang akan mati syahid pula.


Tiga belas daripada yang mati syahid termasuk Ibrahim Mahmud telah disemadikan di satu kubur panjang di Parit Panjang, Baling. Mereka disemadikan dengan pakaian mereka yang berlumuran darah itu. Seorang mangsa lagi telah disemadikan di Alor Star di atas permintaan ibunya. Kes ini kini dianggap sudah tamat oleh Musa Hitam dan juga pengarah Operasi Hapus itu. Kumpulan ultra yang bukan beragama Islam memang menantikan berlakunya peperangan saudara hasil episod Memali ini. Kini, orang Melayu sudah sedar betapa berbahayanya semangat nasionalisme dan kuasa yang didorong oleh semangat semacam itu.


Kepada golongan yang mati syahid, episod yang berlaku adalah merupakan kemuncak kehidupan mereka. Mereka sudah pulang kepada pencipta-Nya dan di waktu yang sama mereka telah membawa satu arus kesedaran kepada orang melayu di negara ini.
Mereka telah menyedarkan betapa orang Melayu harus berganding bahu dengan saudara Islam di seluruh dunia. Dengan cara itu barulah kita faham apa ertinya menjadi seorang muslim.


Dengan arahan yang dibuat oleh Musa Hitam, ramai orang yang tidak berdosa telah ditangkap dan ditahan. Mereka dikumpulkan di satu tempat yang tidak selesa dan menjiikkan. Hingga hari ini jumlah merka yang ditahan dan nama yang telah ditahan secara tersilaf tidak pun diterbitkan. Mereka yang ditahan itu tidak pernah dibawa ke hadapan mahkamah untuk didakwa. Kenapakah kerajaan tidak melakukan tindakan yang serupa seperti kes BMF? Apakah Episod Penghapusan Memali itu dilaksanakan sebagai melencongkan perhatian rakyat terhadap rompakan di siang hari yang paling terbesar dalam sejarah negara ini? Berbilion dana kepunyaan rakyat telah lesap dan seorang insan yang jujur telah dibunuh.


Namun, pihak kerajaan masih mahu berahsia dalam hal BMF itu dan perkara itu masih belum mampu diselesaikan. Sebaliknya pula, apabila seorang ulama cuba memberikan khidmatnya kepada rakyat jelata, dan membantu mereka menaikan taraf hidupnya, beliau telah dikepung dan ditahan untuk dibunuh dengan kejam. Di manakah letaknya erti kehakiman, keadilan dan kebenaran itu? Mereka yang bertanggungjawab dalam Episod Memali harus ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Darah orang Melayu tidak sepatutnya dibiarkan mengalir di atas bumi orang Melayu dengan alasan songsang betapa Islam menyokong nasionalisme. PAS dan juga seluruh organisasi Islam telah mendesak agar ditubuhkan satu suruhanjaya diraja untuk membongkar kisah Tragedi Memali itu.


Satu Kertas Putih perlu dikeluarkan dan untuk sementara waktu sebarang usaha untuk mengadakan pemilu harus ditangguhkan.
Kata-kata Kenangan Kepada Yang Syahid:
"Janganlah kamu mengira bahawa orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki."
27 hb November, 1985 14 hb Rabi-ul-awal 1406.
Suara Islam Malaysia.


MEMALI - Bahagian 1




TRAGEDI MEMALI 19 NOV 1985 - Versi Rakyat Perihatin
Assalamualaikum,

Tanggal 19 November lalu, genaplah 13 tahun tragedi Memali berlaku. Rasanya, ramai di antara sahabat-sahabat sekalian yang masih di bangku sekolah atau baru saja melangkah ke alam pekerjaan ketika tragedi tersebut berlaku. Kerana ianya adalah satu tragedi yang penuh dengan pengajaran dan sesetengahnya masih menjadi misteri, maka ada baiknya diceritakan semula di sini untuk tatapan bersama.

Hujung minggu lalu, saya ke Baling untuk mengesahkan semula cerita-cerita yang pernah saya dengar sekitar tahun 1985 dan awal 1986 dahulu. Kerana cerita yang saya dengar itu mempunyai versi yang berbeza, maka kekadang saya sendiri jadi keliru bila ditanyakan orang akan cerita yang sebenarnya..

Masih saya ingat kata-kata Pak Ya, seorang hardcore UMNO dua tiga bulan selepas kes tersebut. Kata Pak Ya, "Ala, Berahing Libya tu, dah habis jual bergolok bergadai, jual lembu, jual tanah, jual harta nak menang pilihanraya, lepas tu kalah. Dah tak ada apa dah tinggal, nak tunggu apa lagi? Ma_pooh (mam pus) la, lagi molek!!". Pak Ya ni harcore sungguh, masa tengah menjual kain, sempat lagi dia sembang bab politik, dia kata, "Ala, nak buat apa hudud-hudud ni, nanti kalau semua orang kena potong tangan, siapa nak gi menoreh?". Selain dari itu, banyak juga cerita terperinci Memali yang diceritakannya kepada saya, semuanya berbau pekat UMNO.
MALANGNYA - PAK YA SUDAH PUN KEMBALI KE RAHMATULLAH . CERITA MEMALI VERSI PAK YA CUMA TINGGAL SAMAR-SAMAR DALAM KEPALA SAYA. APA-APA PUN, KERANA HUBUNGAN KELUARGA, SAYA TURUT SERTA MENYEMBAHYANG DAN MENGIRINGI MAYATNYA KE LIANG LAHAD. SEMOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA PAK YA!


Sekitar 1985 juga, saya sempat berbual dengan seorang hardcore PAS di pedalaman Baling. Beliau tak habis-habis menyanjung allahyarham Ustaz Ibrahim Libya. Bila timbul isu Syahid, beliaulah antara yang paling lantang mempertahankan asy-syahid Ust Ibrahim Libya. Pakcik Dolah bukanlah mengaji tinggi sangat, sekolah attap pun pasti habis ke tidak, tapi tang bab agama, dia jenis 'Samekna Wa atoqna" (Kami Dengar dan Kami Patuh). Kerana itu, bila saya tanya, "Mana Pakcik Dolah tahu kata Ibrahim Libya tu mati syahid?. Jawab Pakcik Dolah, "Mu tak caya, mu gi tengok kitab di Pondok Lanai!!". Termenung saya.


MALANGNYA - PAKCIK DOLAH JUGA SUDAH KEMBALI KE RAHMATULLAH. SEPERTI JUGA PAK YA, SAYA TURUT MENGIRINGI MAYAT PAKCIK DOLAH KE LUBANG KUBUR. MOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA PAK YA DAN PAKCIK DOLAH, SEMOGA ANAK CUCU MEREKA BERDUA AKAN DIBERI HIDAYAH UNTUK MENGEMBALIKAN SEMULA MARUAH ISLAM DI MUKA BUMI!


Oleh kerana kedua-dua Pak Ya dan Pakcik Dolah sudah tidak ada lagi untuk mengesahkan cerita-cerita yang pernah mereka sampaikan kepada saya dulu, maka saya tidak ada pilihan, selain ke rumah seorang lagi sahabat yang pernah mengisahkan cerita Memali ini secara panjang lebar kepada saya sekitar tahun 1985 dulu. Rakan2 beliau adalah antara yang tertembak dan gugur syahid semasa kejadian itu, dan beliau sendiri, walaupun tidak menyatakan kepada saya, tetapi menurut seorang teman, dan juga melihat akan air mukanya, beliau nampak seakan terkilan kerana hari kejadian itu tidak jatuh pada hari giliran beliau mengawal rumah asy-syahid ust Ibrahim Libya!!


Cerita beliau inilah antara yang paling boleh dipercayai.
Malangnya, pada hari sabtu yang lalu, beliau tidak ada di rumahnya kerana ada urusan di luar Baling. Saya jadi sedikit terkilan. Pun begitu, mungkin kerana niat saya ikhlas, saya ditakdirkan bertemu dengan anak cucu sahabat2 yang gugur syahid atau ditembak dan ditawan di medan tempur kg Memali itu, dan mereka ini merupakan anak jati kampung Memali. Banyak kisah menarik yang diceritakan.
Maka itu, dengan gabungan cerita dari anak cucu mangsa Memali itu, juga sedikit cerita dari Pak Ya, Pakcik Dolah dan juga sahabat tersebut, dicampur pula dengan beberapa sedutan dari buku "Perisai Memali" karya C.N Al-Afghani, insyaallah kita akan bercerita lagi.

MEMALI - Bahagian 2


TRAGEDI MEMALI 19 NOV 1985 - Versi Rakyat Perihatin


Meneruskan cerita Memali.
Bila ditanya orang kampung Memali akan asal nama Memali - ada dua cerita berbeza, seorang mengatakan bahawa Memali berasal dari sejenis pokok bernama 'Memali' yang ada terdapat di sekitar Memali. Seorang lagi pula mengatakan bahawa Memali berasal dari perkataan 'Memali' (bahasa Baling - melayu patani) iaitu sejenis penyakit/hama di atas kulit kepala yang menyebabkan rambut gugur. Wallahu aklam.


Dalam tulisan-tulisan seterusnya kita akan bertemu dengan beberapa perkataan atau bahasa yang jarang-jarang kita dengar, kerana penduduk Memali seperti juga majoriti penduduk Baling adalah berketurunan Melayu Patani. Bahasa yang digunakan adalah bahasa melayu dialek Patani - iaitu seakan-akan campuran bahasa Kelantan, Terengganu, Kedah dan mungkin ada sedikit-sedikit pengaruh Siam. Namun begitu, mungkin kerana sudah terpisah dari datuk nenek mereka beratus tahun yang lalu, tak ramai penduduk Baling yang perasan bahawa mereka sebenarnya berketurunan Melayu Patani.


Sebetulnya, sekitar awal tahun 1998, Baling digemparkan lagi dengan penangkapan dan penghantaran pulang Baba Bedul atau nama betulnya Tuan Guru Abd Rahman, seorang Tok Guru di Pondok Haji Ding, Kg Sungai Limau, Baling; beliau merupakan Pemimpin Agong Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO Baru). Selepas dicekup dan diarak pulang ke Siam, tidaklah diketahui apa untung nasibnya hingga ke hari ini. Apa-apa pun, sejarah mungkin akan terus menyaksikan kemunculan wira-wira dari Baling untuk meneruskan kesinambungan perjuangan agama, bangsa dan negara.


Berbalik pada cerita Memali, persoalan yang utama orang nak tahu mungkin "Apa Ceritanya" dan "Apasal Boleh jadi Macam tu?" . Insyaallah, saya akan cuba huraikan satu persatu.
Asy-syahid ustaz Ibrahim Libya bukanlah calang-calang orang, bukanlah Tok Guru kampung yang kerjanya semata-mata mengajar bab wuduk, bab puasa atau pun bab nikah kahwin. Kuliah-kuliah dan ceramah-ceramah beliau sentiasa mendapat sambutan, selalu dipenuhi dengan seruan-seruan jihad, persoalan-persoalan akidah dan seringkali dilaungkan dengan tegas akan perbezaan akidah antara perjuangan PAS dan UMNO. Mungkin ada orang mengatakan cara beliau terlalu ekstrim, fanatik dan sebagainya, tetapi itulah cara perjuangan beliau, dan cara itulah yang telah membawa beliau menemui syahid yang diidam-idamkan.


Bagi asy-syahid, antara golongan sekular dan golongan yang berkehendakkan Islam mesti ada garis pemisah yang jelas, tidak kira siapa, jiran , kawan atau pun kaum keluarga. Selagi tidak diwujudkan garis pemisah itu, selagi itulah tak akan tertegaknya Negara Islam yang dicita-citakan. Contohnya, dalam buku "Perisai Memali", beliau ditulis sebagai berkata:
"Maka pada ketika itu golongan yang hendak pada Islam dan golongan yang menentang Islam itu terasing dan terpisah. Maka sekarang ini tidak ujud lagi ciri-ciri seperti itu. Sekarang ini ujud golongan yang masih berdamai dengan musuh-musuh Islam dengan alasan tidak mahu memecahbelahkan masyarakat. Adakah orang sedemikian rupa boleh berperang pada jalan Allah atau boleh mencapai mati syahid? Sejauh manakah keikhlasan kita dalam menegakkan aqidah dan keimanan kita kepada Allah dan rasul-Nya?".
ADA KA LAGI ORANG YANG BERANI CAKAP MACAM TU SEKARANG NI???


Dalam buku "Perisai Memali" diceritakan detail kejadian itu dari sudut pandangan Pak Teh Mat Piah, tetapi setelah ditembak, tak banyak yang mampu Pak Teh ceritakan. Insyaalah dalam tulisan ini, kita akan menceritakan kisah-kisah lain yang tidak terdapat dalam buku tersebut seperti yang diceritakan oleh seorang perawi yang sempat bersembang panjang dengan beberapa orang mangsa yang ditembak atau yang meninggal dunia tak beberapa lama selepas hari kejadian.


[Sila dapatkan buku "Perisai Memali" yang ditulis oleh C.N. Al-Afghani - menceritakan kisah Memali hasil interview dengan Pak Teh Mat Piah, yang 14 biji peluru menghujani badannya, tapi alhamdulillah masih hidup untuk menyampaikan cerita. Harganya cuma RM15].
Asy-syahid bukan saja tegas dengan puak-puak sekular, tetapi juga tegas dengan mereka yang mengaku berjuang dalam jemaah Islam. Antaranya, beliau berkata:
"Kita hendaklah basuh hati dan jiwa kita dengan jihad pada jalan Allah. Golongan yang masih berkarat dengan penyakit dunia itu keluarlah dari parti Islam (PAS). Kalau hendak cari kesempatan dengan parti Islam tidak payahlah, keluar sahaja, buat mati jahilah atau mati kafir sahaja. Janganlah kalau diajak kenduri cepat saja pergi, tetapi bila diajak bertamrin takut. Sejauh manakah laungan 'Allahu Akbar' yang kita kumandangkan ke angkasa dalam mana perjuangan kita masih di takuk lama."


Banyaklah lagi ucapan-ucapan beliau yang menggerunkan kawan dan lawan. Semuanya ini merupakan bunga-bunga syahid yang sekian lama ditunggu-tunggu oleh beliau dan rakan-rakan. Antaranya, beliau juga pernah berkata:
"Samada yang bekerja sebagai petani, buruh kasar atau di pejabat swasta atau pejabat kerajaan, samada yang bekerja sebagai UKK, polis pacak, askar atau tentera atau FRU, kita mengingatkan kepada mereka ini bahawa kamu juga mengucapkan dua kalimah syahadah. Ketika kamu telah menjadi seorang Islam, maka janganlah cuba menyekat perjuangan kami di dalam Parti Islam (PAS) ini untuk menegakkan syariat Allah dan kalimah Allah yang tinggi. Jika disekat, kami akan tentang kamu dan jika kami mati atau gugur, maka gugur kami sebagai syahid, dan kamu pula dalam hal itu mati katak semata-mata, mati sia-sia. Kepada orang-orang Islam yang menjadi alat kepada kerajaan toghut dan zalim, kamu diingatkan berkali-kali mengenai tindakan Allah ke atas kamu kelak."


DR MAHATHIR DALAM UCAPANNYA DI PADANG BOLA, PEKAN KUALA KETIL (DEPAN STESEN SHELL) BEBERAPA MINGGU SELEPAS KEJADIAN MEMALI, BELIAU BERKATA:
"Mati Syahid Apa - MATI KATAK ADA LA!!!"


Sesungguhnya, siri-siri ucapan asy-syahid itu telah menyebabkan timbulnya rasa kurang senang di pihak Nasionalist Sekular. Sejak dari itu, tindakan untuk memusnahkan perjuangan beliau dan rakan-rakan pun dimulakan secara aggresif. Insyallah kita akan bercerita lagi.
Sebelum itu, ada satu petikan yang ingin disampaikan. Apabila ditanya kepada seorang UMNO yang merupakan salah seorang perawi dalam cerita ini, "Betul ka Ibrahim Libya bawa ajaran sesat?".
Kata beliau:
"TAK, TAK, DIA TAK BAWA AJARAN SESAT, CUMA DIA TU TAKSUB SANGAT!"
[Taksub inilah rupa-rupanya yang membawa beliau menemui syahid, masyaallah!].

BAHAGIAN 3

TRAGEDI MEMALI 19 NOV 1985 - Versi Rakyat Perihatin
(Meneruskan cerita Memali)

Dalam Bahagian 2, kita telah bercerita tentang ketegasan asy-syahid berhadapan dengan puak-puak mungkar dan kaum nasionalist sekular. Sikap tegas beliau inilah yang membuatkan pihak-pihak berkenaan terutamanya puak-puak UMNO jadi tidak senang duduk dengan tindak tanduk al-syahid dan rakan-rakan.


Sebelum itu, baik rasanya ditinjau dahulu latar belakang beliau untuk rujukan bersama.
Asy-syahid mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Weng, Baling, Kedah. Kemudian meneruskan pengajian di Sekolah Agama Ittifaqiah, Kg Carok Putih, Weng. Selepas itu ke Pondok Al-Khariah, Pokok Sena, Seberang Perai. Kemudian ke Nilam Puri, Kelantan. Seterusnya ke Deoband, India. Selepas itu, melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir, dan seterusnya ke Libya [Ibrahim Libya?].


Sekembalinya dari Libya, beliau bekerja sebagai pegawai pendakwah di Pusat Islam. Menurut cerita, beliau pernah muncul di kaca TV dalam satu rancangan 'Hal Ehwal Islam' di RTM. Wallahu aklam.


Tak banyak cerita yang saya perolehi mengenai kisah beliau semasa di Kuala Lumpur; cuma ada dua tiga cerita saja.

Seorang makcik yang berasal dari Memali menceritakan bahawa asy-syahid turut terlibat dalam demonstrasi Baling 1974 bersama-sama dengan DSAI dan Ust Nakhaei .
KALAU BENAR CERITA INI, BERMAKNA SEMEMANGNYA ASY-SYAHID ADALAH SEORANG YANG BERJIWA PEJUANG!!


Tetapi cerita ini bertentangan dengan kisah yang dipaparkan oleh CN Al-Afghani dalam bukunya 'Rakyat Semakin Matang'. Dalam buku tersebut, CN Al-Afghani menceritakan bahawa semasa dalam tahanan ISA 1974, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah dikunjungi oleh asy-syahid yang pada ketika itu bertugas di Pusat Islam, beliau memujuk DSAI supaya bekerjasama dan berlembut dengan kerajaan. Tetapi sebaliknya, DSAI pula yang menyergah beliau dengan berkata lebih kurang, "Hang tok sah lah dok bersekongkol dengan puak-puak ni, baik hang balik kampung, pi ajaq orang kampung hang lagi baguih!". Dengan kata lain, DSAI menempelak beliau kerana bekerja dengan kerajaan, dan mencadangkan agar beliau pulang membimbing orang-orang kampung di Baling.


Tidak pasti pula sama ada kerana nasihat DSAI ini atau pun sebab lain, maka asy-syahid akhirnya membuat keputusan berhenti kerja dan meninggalkan pendapatannya yang lumayan di KL, dan pulang ke Memali untuk berbakti pada orang-orang kampung.
Sekembalinya ke Baling, beliau bekerja sebagai seorang tenaga pengajar di Sekolah Agama Ittifaqiah, Kg Caruk Putih, bersebelahan kampung Memali. Mudirnya ialah Lebai Yaakob.
Bercakap pasal Lebai Yaakob, ada cerita menarik yang nak diceritakan. Allahyarham Pakya pernah menceritakan kepada saya kisah pergeseran UMNO-PAS yang turut menjadi bunga-bunga atau batu api kepada tercetusnya peristiwa Memali.


Lebai Yaakob ini adalah bekas calon PAS bagi kawasan DUN Bayu, tetapi kemudiannya telah berpaling tadah menyertai UMNO. Lebai Yaakob sebelum menyertai UMNO, begitu dihormati oleh orang2 Memali; selain dari itu beliau juga boleh dikatakan sebagai Tok Guru kepada asy-syahid. Tetapi, selepas Lebai Yaakob berpaling tadah, asy-syahid cukup tegas dengan isu itu. Beliau dikatakan pernah berkata (dari mulut makcik tersebut):
'TOK GURU MACAM INI BAIK BUBUH ATAS KAPAL, HANTAR GI BUANG DI LAUT!!"
Selain dari isu PAS-UMNO, asy-syahid juga tidak puas hati dengan isu pentadbiran dan pengurusan kewangan Sekolah Agama Ittafaqiah tersebut. Kerana kerap menimbulkan isu ini, Lebai Yaakob jadi tak puas hati, ini juga menyebabkan wujudnya pergeseran antara mereka berdua.


Tidak lama kemudian, orang-orang PAS kampung Memali yang telah membina sebuah surau baru di Memali menjemput Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Libya menjadi naqib usrah di surau mereka. Seorang pakcik tua yang sempat saya temui minggu lepas menyatakan bahawa beliaulah antara yang bertungkus lumus memikul tiang besar untuk membina surau tersebut. Surau ini kemudiannya dinamakan Madrasah Islahiah Diniah, Memali.


MEMALI - Bahagian 4



TRAGEDI MEMALI 19 NOV 1985 - Versi Rakyat Perihatin

Dlm Bahagian 3, kita menceritakan bagaimana asy-syahid telah mengasaskan penubuhan Madrasah Islahiah Diniah, Memali, dan kita juga menceritakan latarbelakang pendidikan dan kerjaya beliau yang bukan sebarangan. Kali ini, kita lihat pula beberapa peristiwa penting yang berlaku sebelum hari kejadian tanggal 19 November 1985.


Sekitar pertengahan tahun 1980an, kebangkitan Islam di Malaysia telah menyaksikan peralihan pucuk pimpinan PAS daripada kumpulan yg berbau Nasionalist kepada kumpulan Ulamak di bawah pimpinan Tuan Haji Yusuf Rawa. Sejajar dengan kebangkitan itu juga, muncullah penceramah-penceramah jenis 'membujur lalu melintang patah, tak takut pada ugutan, tak takut pada celaan' seperti Ustaz Hj Hadi Awang, Mat Sabu, Bunyamin Yaakob dan lain-lain.


Masih saya ingat, saya sempat melihat poster 'Amanat Haji Hadi' tergantung megah di rumah salah seorang hardcore PAS di pedalaman Kedah. Sudah lama saya tidak ke rumah beliau, teringin rasanya nak melihat semula poster itu.

Ceramah-ceramah PAS pada ketika itu memang hangat, memang panas dan selalu mendapat sambutan ramai. Perbezaan akidah antara perjuangan PAS dan UMNO diterangkan satu persatu; dan samada kita suka atau tidak, kejahilan masyarakat terhadap sistem hidup dan sistem undang-undang Islam ketika itu telah menyebabkan keluarnya kenyataan-kenyataan balas terhadap isu ini - yang terang-terang boleh membatalkan syahadah, seperti:
"HABIS TU, KALU SEMUA ORANG KENA POTONG TANGAN, SIAPA PULA NAK GI MENOREH?" atau
"HUDUD, ZAMAN UNTA BOLEH LA!!".


Bagi mereka yang menerima pendedahan terperinci mengenai sistem hidup Islam, samada hablum-minallah dan hablum-minannas, mereka jadi kaget dengan ucapan-ucapan yang sedemikian. Kerana mereka tidak punya kuasa untuk mengubah pemikiran orang, demi menjaga maruah agama, nak tak nak mereka terpaksa bergerak dalam kumpulan atau jemaah mereka sendiri.


Di ketika itu jugalah wujudnya apa yang dikatakan sebagai isu pulau memulau dan kafir mengkafir. Ini termasuk juga isu sembahyang dua imam, sembelihan tak sah, akad nikah tak sah menjadi lebih sensasi lagi bila media-media kerajaan turut sama menggembar gemburkannya.
Dan seperti biasa, PAS lah yang dipersalahkan. Lantaran publisiti-publisiti yang berat sebelah itu, wujudlah desakan-desakan dari - siapa lagi kalau bukan dari Tukang Kipas - Tukang Kipas UMNO, mendesak agar PAS diharamkan!
HASILNYA - UMNO TELAH DIHARAMKAN PADA 4 FEBRUARI 1988!!


Apa-apa pun, sambutan masyarakat terhadap PAS dan juga kebangkitan idealisme perjuangan Islam makin hari makin meningkat. Keadaan ini menyebabkan pihak-pihak yang berkenaan jadi tak senang duduk, kata orang, "mandi tak lena tidur tak basah" - semuanya serba tak kena [sebab tu peribahasa ni ditulis sebegitu rupa]. Di kemuncak keresahan mereka, maka berduyun-duyunlah pemimpin-pemimpin PAS dicekup ISA pada tahun 1984. Antaranya ialah Ustaz Abu Bakar Chik, Bunyamin Yaakob dan Mat Sabu serta ramai lagi.

Waran tangkap untuk Asy-Syahid Ust Ibrahim Libya juga turut dikeluarkan pada tahun tersebut. Tetapi, beliau berkeras untuk tidak menyerah diri. Maka, buruan ke atasnya pun bermula!!

Tidak ramai orang tahu ke mana beliau menghilangkan diri; tetapi dalam pertemuan dengan salah seorang sahabat dari Memali minggu lepas, saya diberitahu bahawa beliau bersembunyi tidaklah begitu jauh - setakat Sik dan di sekitar Parit Panjang sahaja. Untuk makluman, di perkuburan Parit Panjanglah tempat asy-syahid dan sahabat sahabat kini bersemadi!
Walau pun dalam keadaan bersembunyi, asy-syahid tetap pulang ke Memali menyampaikan kuliah kepada sahabat-sahabat rapatnya, cuma sudah tidak keluar berceramah. Orang mungkin bertanya, kenapa beliau tidak mahu menyerah diri?
Kata Pak Teh Mat Piah dalam buku "Perisai Memali":
"USTAZ IBRAHIM KATA, DIA TIDAK AKAN SERAH DIRI, KERANA DIA TIDAK MELAKUKAN APA-APA KESALAHAN!!"
[Sebetulnya, hingga ke hari ini saya masih tertanya-tanya apakah kesalahan Asy-Syahid Ust Ibrahim Libya. Kalau kita tengok mereka yg kena ISA macam Mat Sabu tahun 1984 tu, tak nampak pun apa-apa kesalahan mereka. Wallahu Aklam].


Saya pernah mendengar seorang hamba Allah dari Baling berkata (lupa nama), "Ala, kalau Polis betul-betul nak tangkap Berahing Libya, tak payah dok gi kepong rumah dia, tunggu la dua tiga bulang, mesti dia kelua pekang Baling beli ikan masing ka, apa-apa ka!".
Mesti ada sebab lain yang menyebabkan pihak polis bertindak sedemikan rupa. Ada dua cerita.


Pertama: Cerita Musa Hitam
Saya pernah menyimpan keratan akhbar Utusan atau BH yang mengaitkan Musa Hitam dengan kejadian Memali, tetapi sayangnya sudah hilang dari simpanan. Dikatakan orang bahawa Musa Hitamlah yang bertanggungjawab mencetuskan tragedi itu untuk menjatuhkan Mahathir. Menurut ceritanya, kalau orang Kedah sudah bencikan Mahathir kerana isu Memali, maka Mahathir akan jatuh di Kedah, dan secara otomatik kedudukannya di Pusat juga tergugat, maka mudahlah Musa Hitam take over.

Theori ini agak popular di Kedah pada masa itu, terutamanya di kalangan orang-orang UMNO yang bersimpati dengan mangsa Memali. Dua tiga minggu selepas kejadian, seorang sahabat memberitahu saya, katanya Polis Hutan yang diarah ambush Memali tiba di Baling dalam kegelapan pagi. Mereka diberi arahan untuk ambush 'Bandit' [Komunis]. Baling pada ketika itu memang terkenal sebagai tempat komunis bertandang. Ada orang kampung yang terkenc*ng terserempak komunis ketika sedang menoreh. Kisah komunis menyerang hendap trak-trak askar di lereng bukit di Ulu Lenggong Baling pernah menjadi berita utama sekitar awal 80an.
Pasukan Polis hutan pun bersedia untuk menyerang, peliknya bila hari sudah agak siang, kedengaran bunyi ayam kokok dan bunyi orang bang; baru mereka perasan bahawa itu sebenarnya kawasan kampung, bukan kem Bandit. Lalu, mereka pun menghubungi Kuala Lumpur meminta kepastian, tapi diberi tahu "Ikut Arahan!".
Dan, kata sahabat itu lagi, "Arahan itu datangnya dari Musa Hitam".
Wallahu aklam.
[Saya sendiri tak pasti cerita ini, tetapi kerana itulah yang dibualkan orang pada ketika itu, maka saya tuliskan di sini, percaya jangan, cuma ambillah cerita ini sebagai pengajaran].
ENTAH BETUL ENTAH TIDAK, ENTAH-ENTAH INILAH THEORY YG DICIPTAKAN OLEH DR MAHATHIR UNTUK MENJATUHKAN DATUK MUSA HITAM KETIKA ITU!


Kedua: Cerita Ketua Polis Kena Tawan
Apabila makcik dari Memali menceritakan kisah Ketua Polis Baling kena tahan dan ditawan oleh orang-orang kampung beberapa minggu sebelum hari kejadian, saya antara percaya atau tidak. Ya, saya memang ada mendengar kisah ini sekitar tahun 1985 atau 1986 dulu, tetapi bila saya mendengar dari mulut seorang anak Memali, saya termenung seketika, sebab selepas kejadian Memali itu, 1001 macam cerita yang saya dengar, saya tak pasti yang mana betul yang mana tidak. Pernah saya memberitahu seorang sahabat bila ditanyakan cerita Memali; kata saya
"CERITA YANG AKU DENGAR DARI ORANG UMNO DAN ORANG PAS PUNYA 2 VERSI YANG BERBEZA, BAGAIKAN BELAKANG DAN DEPAN TAPAK TANGAN, 180 DARJAH BERBEZA".

Saya jadi pasti apabila cerita Ketua Polis ditawan ini juga ada terdapat dalam buku "Perisai Memali" tulisan CN Al-Afghani .
Dua-dua ceritanya sama dari segi cara dan sebab kereta itu ditahan. Sebuah van milik anak buah asy-syahid telah ditahan dengar drebarnya sekali kerana pihak polis menemui senjata tajam dalam van tersebut. Ini menimbulkan kemarahan pada orang2 kampung , lantaran itu ada yang bertindak sendiri-sendiri.


Sebuah kereta ronda polis ditahan ketika sedang membuat rondaan di sekitar Memali, anggotanya termasuk Ketua Polis Baling telah ditahan sebagai tebusan. Orang-orang kampung mahukan drebar van yg ditahan di balai polis itu dibebaskan sebagai tukaran.
Menurut buku "Perisai Memali", Ketua Polis itu sempat merasakan pedang tajam diletakkan di tengkuknya. Menurut Makcik dari Memali itu pula, anggota polis itu diikat matanya, dan ditempelang kiri kanan. Akhirnya, pihak polis bersetuju membebaskan pemandu van itu sebagai ganti. Ingatkan cerita itu selesai kat ini, tapi tidak. Dikatakan orang, rasa marah polis inilah yang menyebabkan habis satu kampung Memali diamukkannya.


Cerita Memali sudah jadi sejarah, tetapi bagi makcik tersebut, ianya tak kan dapat dilupakan selama-lamanya. Cara beliau bercerita seperti ada nada kesal kerana kaum keluarganya telah ditembak tanpa bersenjata, dan kadang-kadang ada sedikit rasa bangga di atas keberanian anak-anak kampungnya. Kata beliau, "Budak-budak kampung Memali, tak leh kata la, berani sungguh - sekali tu, dema letak batang pisang tengah jalan, tahan kereta perisai polis, lepas tu gi takei (tetak) tayar kereta perisai tu".
TU DIA HAIH - WALAU PUN TAHU TAYAR KERETA PERISAI TAK LUT SENJATA, TAPI MEREKA BERANI - MASYAALLAH!!
Secara peribadi, saya merasakan bahawa tragedi penahanan Ketua Polis Baling inilah yang mendekatkan kampung Memali kepada tragedi berdarah 19 November 1985. Insyaallah, jika ada kelapangan, saya akan menulis detail cerita semasa hari kejadian itu, termasuk beberapa pengajaran-pengajaran penting yang boleh diambil untuk iktibar bersama.


MEMALI - Bahagian 5


TRAGEDI MEMALI 19 NOV 1985 - Versi Rakyat Perihatin
Assalamualaikum,

Dlm Bahagian 1,2,3 dan 4 , kita telah melihat latarbelakang perjuangan asy-syahid ust Ibrahim Libya dan keadaan politik negara sebelum menjelangnya tragedi berdarah di perkampungan Memali tanggal 19 Nov 1985. Kita juga telah melihat bahawa asy-syahid ust Ibrahim bukanlah pembawa ajaran sesat seperti yang dicanangkan oleh puak-puak Toghut yg sampai hari masih angkuh dan megah bertakhta di bumi Malaysia ini. Kali ini, kita lihat pula cerita pada hari kejadian.

Pada hari Isnin 18 Nov 1985, pasukan Polis mula berkubu di perkampungan Memali - kelihatannya seperti tidak akan berundur lagi.
Pada pagi Selasa, 19 Nov 1985, pada pukul 7 pagi, ketika mentari mula memancarkan sinarnya di kampung yang bersejarah ini, pasukan keselamatan dari berbagai unit, PPH, Polis, FRU dan sebagainya semakin ramai berkubu di Memali.
TERTANYA-TANYALAH KITA, SEMBAHYANG SUBUHKAH MEREKA PAGI ITU?
Terfikir juga, jika gelap-gelap subuh pun sudah ada di situ, mungkinkan benar cerita 'Musa Hitam' seperti yang kita tulis dalam bahagian sebelumnya?
Lebih kurang pukul 8 pagi, rumah asy-syahid sudah dikepung keliling. Dan entah dari mana, orang-orang kampung dan anak-anak murid serta sahabat ust Ibrahim, tanpa diarah mula mengambil tempat masing-masing; hampir seratus orang semuanya. Ada seorang pakcik tua, walaupun beberapa hari sebelum kejadian, pernah diberi pesan oleh 'adik beradik'nya supaya jangan pergi ke rumah ust Ibrahim pada hari kejadian, tetapi beliau tidak peduli, yang haq tetap haq, tidak ada tolak ansur - sedangkan, kalau ikut hati beliau boleh buat pilihan, kerana 'adik beradik' beliau yang memberi pesan itu bukanlah calang-calang orang, YB Hj Seroji, ketika itu merupakan ADUN UMNO Kaw Bayu serta seorang Orang Kuat Balai dari Balai Polis Baling!!
Tak lama kemudian, kereta perisai yang dibeli dengan duit cukai rakyat jelata mula mengambil tempat. Kemudianya, loceng FRU seperti yg pernah kita dengar di Kg Rawa dan Majid Arrahman mula dibunyikan dan diikuti dengan suara Polis meminta ust Ibrahim dan rakan-rakan menyerah diri. Goncangan loceng 'Ding Ding Ding Ding' ini disambut dengan laungan takbir:
ALLAH HU AKBAR!!ALLAH HU AKBAR!!ALLAH HU AKBAR!!
Berulang ulang kali - bergema memecah keheningan kampung Memali berselang seli dengan bunyi loceng!!


Seperti biasa, syarat sah loceng ini mesti diikuti dengan tembakan gas pemedih mata [tidak ada semburan acid pada hari itu, mungkin engineer-engineer di kilang buat acid pada ketika itu masih tengah dok buat uji kaji lagi!]. Rasanya kalau hari itu ada acid, hari itu juga depa pakai!
Lemparan bom-bom asap ini menyebabkan suasana menjadi kelam kabut; orang-orang kampung yang selama ini hidup aman damai, tak pernah kacau orang, tiba-tiba mendapati diri mereka dan kampung tumpah darah mereka terkepung dalam kepulan asap hitam, bukan setakat mengganggu penglihatan tetapi pedihnya menusuk ke lubang hidung. Ada yang balut muka dengan kain, basuh muka dengan air, guni basah dll, tetapi laungan Takbir 'Allahu Akbar! Allahu Akbar!' makin kuat bergema!


Serangan bom asap bertubi-tubi ini menyebabkan seorang budak pompuan jatuh pengsan. Melihat mulutnya yg berbuih-buih, dan ingatkan sudah menemui ajal, seorang guru sekolah bernama Cikgu Syafie, dengan pedang di tangan, dengan kalimah 'Allahu Akbar!!! - Allahu Akbar!!!- Allahu Akbar!!!', meluru ke arah tentera-tentera toghut tersebut. "PANG!!", dan entah berapa kali tembakan, maka gugurlah Cikgu Syafie sebagai syuhada yang pertama di pagi itu!


Pertempuran antara angkatan Toghut yang lengkap bersenjata dengan orang-orang kampung [Orang Melayu, Orang Islam] yang cuma berbekalkan buluh dan kayu serta sebilah dua pedang pusaka berterusan hingga ke pukul 12 lebih. Polis pun bukannya nak lawan sangat, orang atas saja yang lebih; sekitar tahun 1985, seorang sahabat pernah menceritakan kepada saya cerita dari saudaranya, seorang polis yang terlibat dalam kejadian tersebut. Ketika pertempuran, beliau berselindung dicelah-celah rumah atau tepi-tepi tangga kerana naik seram melihat buluh-buluh runcing berterbangan di sana-sini. Ada budak-budak yang melastik ke arah polis. Saya mendengar cerita mengenai biji guli yang digoreng dan digunakan sebagai batu lastik.


Sekitar pukul 12:30; tentera toghut menghentikan asakan. Pengarah Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Yahya Yeop Adlan meminta diadakan rundingan dengan orang-orang kampung . Beliau meminta mereka menyerahkan ust Ibrahim Libya, tetapi salah seorang wakil penduduk kampung dengan penuh sopan memaklumkan bahawa Tok Guru mereka tak buat salah apa-apa, jadi buat apa mereka nak serahkan beliau. Datuk Yahya jadi serba salah, tapi dia tetap berkeras mahukan Ustaz Ibrahim Libya. Rundingan tersebut akhirnya menemui jalan buntu.


Sebaik-baik saja tamat rundingan itu, kelihatan kereta Perisai PPH mula merempuh pagar dan bergerak ke halaman rumah. Dalam buku "Perisai Memali" diceritakan bahawa Pakteh Mat Piah, apabila melihat pihak polis dlm keadaan nak menembak Paksu Man, lantas dia pun menyerbu ke arah Polis dengan pedang terhunus di tangan, dan apa lagi meletup-letuplah senapang polis memuntahkan pelurunya ke arah Pakteh, lalu rebahlah beliau ke bumi tetapi tidak sebelum pedang pusakanya sempat singgah di badan salah seorang tentera toghut itu.


Cerita yang saya dengar; dalam keadaan kelam kabut itu, ustaz Ibrahim Libya telah terkena tembakan. Melihatkan Ustaz Ibrahim rebah, Paksu Man meluru ke arah beliau, tapi belum sempat tiba, Paksu Man pula kena tembak di bahagian perut. Melihat Paksu Man kena tembak, salah seorang saudara Paksu Man pun meluru ke arah beliau, dia juga kena tembak, kalau tak silap di bahagian tangan. Dalam keadaan kelam kabut itu, ramailah yang terkena tembakan. Bunyi senjata tentera toghut berdentam dentum di celah-celah laungan takbir, "ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR" berulang- ulang kali, begitu gamat sekali keadaannya.
Saya mendengar dari mulut seorang sahabat bernama Pak Man yang mendengar dari mulut sahabat karibnya yang tercedera dalam pertempuran itu. Kata Pak Man:
"Asy-syahid tak henti-henti melaungkan kalimah Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!. Bila dia kena tembak, dia masih berdiri menjulang pedangnya sambil bertakbir Allahu Akbar!, kemudian terjatuh berlutut, masih bertakbir Allahu Akbar!, kemudian ditembak lagi, masih juga menyebut Allahu Akbar, berulang-ulang kali!!!"


[Cara Pak Man bercerita memang bersemangat, tak mampu saya bercerita seperti beliau].
Dalam buku Perisai Memali, diceritakan bahawa sebaik-baik saja beliau rebah ke bumi, isteri asy-syahid datang memangku beliau. Beliau bertanya kepada isterinya "Apa yang terjadi?". Isterinya menjawab, "Abang ditembak!". Kata beliau, "Alhamdulillah!!". Itulah ucapan beliau yg terakhir sebelum beliau dibawa pergi oleh tentera-tentera toghut itu. Saya melihat dalam footage video Memali yang disiarkan tak beberapa hari selepas kejadian itu, di mana ditunjukkan mayat asy-syahid di atas usungan, dengan darah merah memenuhi tubuh tetapi cuma berseluar pendek. Masyaallah, buruk sungguh fitnah puak-puak toghut ini! - Mana ada orang kampung yang pakai kain kat luar dan pakai seluar panjang kat dalam!!!
SAYA TAK AKAN LUPAKAN CLIP VIDEO ITU SAMPAI MATI!!!
[Terutamanya pengacaranya si Rais Yatim yang hari ini sedang rancak mencari publisiti untuk ke atas semula. Berhati-hatilah dengan orang-orang seperti ini!]
Di dalam video itu juga ditunjukkan longgokan-longgokan senjata tajam yang kononnya digunakan dalam tragedi itu, macam-macam ada - parang, golok, pisau, pedang dll. Kata seorang anak mangsa Memali yang saya temui:
"Dema (Polis) kutip habis pisou, parang di kapong tu - pisou hak Mak dok buat hiris bawang pong dema kutip sekali!!"


SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG TENGOK RAKAMAN VIDEO KEJADIAN TERSEBUT, SEMUANYA KENA TIPU HIDUP-HIDUP!!

Serangan bertubi-tubi tentera toghut itu berakhir sesudah 13 orang mujahid gugur syahid, ditembak tanpa peri kemanusiaan, tanpa ada rasa belas kasihan. Maka berpisahlah mereka dari dunia yang fana ini, menuju ke alam baqa yang menjanjikan ganjaran syuhada untuk mereka yang ikhlas berjuang dan sanggup gugur demi menegakkan kalimah Allah SWT yang hak di muka bumi ini.


Selain Ustaz Ibrahim Mahmud, turut gugur syahid di medan Memali itu ialah Ahmad Hassan, Cikgu Syafie, Hj Abdullah, Abdul Manaf, Ghazali Mohd Saman, Mohd Radzki, Wan Abdullah, Mohd Aroff, Zamri Md Isa, Abdullah Yasin, Mohd Daud dan Ahmad Bin Ismail.
Ada 13 orang lagi yang cedera parah, dan salah seorangnya meninggal dunia tak beberapa minggu selepas kejadian.


Tentunya sedih anak-anak dan isteri-isteri yang ditinggalkan, apatah lagi setelah suami-suami mereka dibunuh hidup-hidup, mereka pula yang diangkut ke jel-jel berdekatan tanpa belas kasihan. Di akhir peristiwa, sekitar 161 orang telah ditangkap dan ditahan; kalau nak tau cerita detailnya, bolehlah datang berjumpa salah seorang di antara yang ramai-ramai ini, mereka boleh cerita apa yang sebenarnya berlaku.


Anak-anak Memali walaupun sedih dengan pemergian ayahanda tersayang tetapi tetap berbangga dengan keberanian orang tua mereka. Kata salah seorang dari mereka:
"Pak baru kelik (balik) dari motong, raga pisou motong dok di pinggang lagi. Dia tengok orang ramai di rumah Mang (ust Ibrahim), dia pong gi sama. Gi Gi tu ka, tak Kelik Kelik Dah!!".
Walau apa pun yang pernah ditulis oleh media massa, insyaallah sejarah akan membuktikan siapa yang benar, siapa yang salah - kerana itu saya tidak berminat untuk menulis kisah bagaimana seorang dua anggota polis terbunuh atau cedera parah dalam kejadian itu - kerana sesungguhnya salah seorang daripada anggota polis yang terbunuh itu punya hubung kait adik beradik dengan saya. Minta maaf saya tidak dapat komen bab ini, tapi yang pastinya, walau pun sudah 13 tahun tragedi itu berlalu, tetapi rakyat jelata terutamanya anak-anak Memali masih berharap agar mereka yang bertanggungjawab dalam kejadian itu akan di hadapkan ke muka pengadilan. Seorang anak Baling, penyokong UMNO pernah menceritakan harapan beliau apabila DSAI jadi PM, mungkin cerita Memali akan dibongkar semula. Tapi, nampaknya harapan beliau cuma tinggal harapan!

ANAK-ANAK MEMALI TERUS MENANTI DAN MENANTI, DENGAN PENUH HARAP DAN HAMPA BERDEGAP!!



MEMALI - Bahagian Akhir


TRAGEDI MEMALI 19 NOV 1985 - Versi Rakyat Perihatin

Sebelum menulis Memali Bahagian-1, saya telah berkunjung ke kawasan perkuburan syuhada Memali, di Parit Panjang dengan harapan agar kunjungan itu akan dapat memberi inspirasi kepada saya dalam penulisan cerita-cerita Memali ini. Dan sebelum mengakhiri tulisan ini, saya telah ditakdirkan untuk hadir dalam satu majlis ceramah/tazkirah ramadan oleh ust Ismail Mahmud, adik kepada asy-syahid ustaz Ibrahim Libya di sebuah masjid berdekatan. Betullah kata orang, ke mana tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasik - cara pidato beliau yang berapi-rapi menyeru hadirin kepada jihad menyebabkan bulu roma saya meremang sepanjang ceramah. Lapang-lapangkan masa anda untuk menghadirkan diri ke kuliah atau ceramah beliau bila berkesempatan!


Meneruskan cerita Memali, Sebagai penutup, ada baiknya kita perhatikan beberapa pengajaran yang boleh diambil daripada tragedi berdarah ini:
Antaranya, peristiwa di perkampungan Memali itu seharusnya menjadi iktibar kepada semua pencinta-pencinta Islam bahawasanya dalam perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini bukanlah semudah dan se'ideal' yang kita sangkakan. Perjuangan ini memerlukan pengorbanan, dan pengorbanan di bumi Memali adalah pengorbanan nyawa dan badan!
MUNGKIN BENAR ISLAM TIDAK AKAN NAIK MELALUI MATA PEDANG, TETAPI ISLAM JUGA TIDAK AKAN HANCUR MELALUI MATA PELURU!!


Saya mendengar cerita dari Memali mengenai seorang hamba Allah, yang cakapnya berdegar-degar dan antara yang paling lantang sebelum kejadian - tetapi bila berlaku pertempuran, beliaulah yang pertama lari lintang pukang, menyusup naik ke rumah seorang pakcik di kampung tersebut. Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana sememangnya sejak zaman Rasulullah lagi, memang terdapat puak-puak munafik di kalangan kita!
SAMPAI MATI PUN, PEMERINTAHAN ISLAM TAK AKAN TERLAKSANA DI BUMI MALAYSIA INI SELAGI ORANG ISLAM DARI BANGSA MUNAFIK MASIH TERUS MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN!!


Saya juga mendengar cerita mengenai seorang hamba Allah di kampung itu [orang atas pagar] yg jenis makan kiri kanan; kiri pun dia pi, kanan pun dia pi. Ada kemungkinan beliaulah antara yang jadi tukang cucuk dalam kejadian itu. Beliau masih ada di kampung itu hingga ke hari ini, tetapi orang kampung sudah tak pedulikan beliau lagi. Ini menunjukkan bahawa dalam masyarakat kita memang ada puak-puak semacam ini; kita seharusnya berhati-hati dengan orang atau kumpulan seperti itu!
SUKA KA TAK SUKA KA, MEMANG ADA BERIBU ORANG ATAS PAGAR DALAM MASYARAKAT KITA!
SUKA KA TAK SUKA KA, ADALAH MENJADI KEWAJIPAN KITA UNTUK MERUNTUHKAN 'PAGAR-PAGAR' ITU, SEHINGGALAH MEREKA TERPAKSA MEMILIH, NAK KE SEBELAH SINI ATAU KE SEBELAH SANA!!


Saya juga mendengar cerita lucu mengenai seorang Cina yang dipanggil "Panjang" yang lari lintang pukang, menyusup naik ke rumah seorang makcik di kampung tersebut. Beliau ketika itu sedang membawa traktor membajak di sawah berhampiran. Bila ditanya apasal beliau lari? Jawab beliau, "Aya….Wa Takut Lo…Nanti Polis Tangkap Wa….Wa Takut Polis Ingat Wa Kominis!!". Baling ketika itu memang pun terkenal dengan komunis. Kisah ini mengajar kita mengenai "cara dan tindak tanduk" orang-orang depa bila berhadapan dengan keadaan yang sedemikian.
TRAGEDI BERDARAH DI INDONESIA 12-14 MEI 1998 APABILA ORANG-ORANG MEREKA LARI BERTEMPIARAN MEMBAWA DIRI SEHELAI SEPINGGAN KE NEGARA KITA, SINGAPURA DLL ITU CUMALAH SATU ULANG TAYANG CERITA LUCU DI KAMPUNG MEMALI BERKENAAN!!


Saya pernah singgah bersembahyang di masjid berhadapan perkuburan Memali berdekatan roundabout Parit Panjang. Menurut cerita, Sultan Kedah turut memberi sumbangan pembinaan masjid tersebut atas dasar prihatin Baginda kepada tragedi Memali. Banyak lagi cerita yang berkaitan dengan Sultan Kedah ini yang tak dapat diceritakan di sini.
BUKAN SEMUA 'ORANG ATAS' BUTA PERUT - ADA JUGA YANG BERSIMPATI DENGAN GOLONGAN YANG IKHLAS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ DI MUKA BUMI!!


Saya juga mendengar cerita mengenai anggota Polis yang berasal dari Baling yang kena kerja di luar daerah Baling kerana beliau ada sangkut paut adik beradik dengan orang kampung Memali. Sekali tu, beberapa minggu sebelum kejadian, ketika beliau sedang makan di gerai/restoran dengan Orang-Orang Atas Polis, tiba-tiba ada sorang org kampung dia datang join. Nak jadi ceritanya, orang kampung dia ni adalah antara yang sedang dicari-cari Polis (Wanted List); gelabah dia. Macam-macam isyarat dia bagi suruh si mamat tu belah, tapi si mamat tu tak paham-paham. Nasib baik polis-polis yang lain tu tak perasan, kalau tidak, si mamat itu tentu dah kena tangkap hari itu juga. Sebetulnya, ramai Polis-Polis di Baling adalah anak jati Baling. Seorang polis pernah bercerita kata mereka sendiri tak 'berani' nak ronda di kawasan Memali sebelum kejadian. Rasanya, bukan 'tak berani' tapi lebih kepada rasa simpati kepada saudara mara sesama daerah. Maka itu, tidak hairanlah bila pasukan polis yang dipanggil untuk menyerang perkampungan Memali di'import' khas dari luar daerah Baling. Kata seorang hamba Allah dari Baling:
"Cuba mu tengok, dema (mereka) bawak mari Polis Hutan dan Komando dari Perak (Ulu Kinta); pasal apa dema tak panggil Polis Hutan dari Sungai Petani? - sebab Polis-Polis di Sungai Petani kenal siapa dia Ustaz Ibrahim Libya. Dia tu Tok Guru, bukannya orang jahat!!".
NAK TAK NAK, KITA KENA TERIMA REALITI HIDUP DI MALAYSIA - BAHAWASANYA MASTERMIND-MASTERMIND KAT ATAS SANA LEBIH KE DEPAN DALAM BANYAK HAL. POLIS, FRU, POLIS HUTAN, ASKAR, KETUA KAMPUNG, JKKK DAN RAKYAT JELATA MACAM KITA NI CUMALAH BUAH-BUAH CATUR PADA PANDANGAN MEREKA!!!

Saya juga mendengar cerita mengenai Kubur Wangi dan Serban Wangi. Diceritakan orang kubur para syuhada di perkuburan Islam Parit Panjang itu pernah mengeluarkan bau yang harum. Cerita ini telah diceritakan dari mulut ke mulut. Kemudiannya pula, beberapa tahun yang lalu, muncul pula cerita bahawa serban seorang sahabat yang digunakan untuk membalut luka asy-syahid pada hari kejadian, dan kemudiannya digantung di rumah beliau sebagai kenangan (tanpa mencuci darah itu), telah mengeluarkan bau yang harum setelah bertahun-tahun tergantung di situ. Kata makcik yang menceritakan kisah ini:
"Habis lebik (lunyai) orang pakat berebut gi cium serban tu!".
INI MENUNJUKKAN BETAPA RINDU DAN SETIANYA PENGIKUT-PENGIKUT ASY-SYAHID KEPADA BELIAU. SEMANGAT WAJA MEREKA TAK PERNAH LUNTUR WALAU PUN KAMPUNG MEREKA PERNAH DIREMPUH KERETA PERISAI DAN DILANDA HUJAN PELURU!!


Dua tiga bulan selepas tragedi, bila ditanya mengenai isu kubur wangi ini, Allahyarham Pak Ya, seorang hardcore UMNO di pedalaman Baling berkata:
"Apa tak wanginya. Cuba mu gi tanya kedai-kedai Cina di Pekan Baling tu, berapa botol minyak wangi dema (org kampung) gi beli, gi soh (tuang) atas kubur Memali tu!".
Seorang lagi Pakcik tua, orang lama UMNO, bila saya tanya cerita ini, beliau berkata:
" Ala, puak-puak Memali tu ramai dok gi Kelantan. Dema gi beli minyak wangi di Kelantan, bawak kelik sini, gi bubuh di kubur tu".
Bila timbul pula cerita Serban Wangi, saya tanya pula seorang lagi Pakcik UMNO; kata beliau:
" Ala, serban tu, bubuh minyak wangi hak dema bawa kelik (balik) dari India Pakistan tu. Puak-puak ni ramai yang dok gi ngaji sana."
NASIB BAIK DEPA TAK TAHU NAK SEBUT PERFUME-PERFUME MACAM ESTEE LAUDER KA, FRAICHE COLOGNE KA, JEAN D'ASTRESS KA, APA-APA KA. KALAU TIDAK TENTUNYA TERGELIAT LIDAH PAKCIK-PAKCIK INI NAK MERIWAYATKAN CERITA ITU KEPADA SAYA!!


Apa-apa pun, pengajarannya: Apabila berhadapan dengan golongan atau pun kumpulan orang Islam yang suka bermain dengan logik akal ini, usahlah menghabiskan masa berdebat dengan mereka. Apa sahaja yang mereka katakan, usahlah disimpan di dalam hati; adalah lebih baik kita tadahkan tangan ke langit, dengan hati yang penuh ikhlas mohonkan sekalung doa moga Allah SWT menurunkan hidayah kepada mereka, kerana sesungguhnya Mereka-Mereka Itu Tidak Mengetahui...
Sekian Kisah Memali Versi Rakyat Perihatin


MEREKA YANG SYAHID



1. Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya), Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.
2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah. 3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menengah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak. 4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak. 5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak. 6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, Merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak. 7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama. 8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah. 9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak. 10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak. 11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak. 12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak. 13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, Mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak. 14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.
MEREKA YANG CEDERA 1. Mohd Khir bin Sulaiman, Kampung Tanjung Pari, Siong, 28 tahun; beliau ditembak di leher tidak dapat menelan makanan. Tangannya tidak dapat diangkat kerana patah. Beliau mempunyai seorang isteri dan dua orang anak. 2. Rusli bin Abdul Rahman, Siong, Baling, 17 tahun; ditembak di perut lima butir peluru dan dibedah. 3. Azizan bin Rauf, Kampung Charok Puteh 37 tahun. Beliau cedera ditembak dan terkena enam peluru di perut dan terpaksa dibedah. Sekarang beliau tidak boleh bekerja berat. Beliau mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak. 4. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986. 5. Hambali bin Ismail, Kampung Charok Puteh, 55 tahun; ditembak di betis. Beliau adalah Abang ipar As-Syahid Ibrahim Libya. Beliau Mempunyai seorang isteri dan lima orang anak. 6. Ahmad bin Kadir, Mukim Siong, Baling Kedah, 45 tahun; ditembak di paha dan tidak dapat bekerja. 7. Zainol Abidin bin Mad Daud, Kampung Becah Sawa, Siong, 25 tahun; ditembak di kaki. 8. Abdullah bin Che Soh, Kampung Becah, Siong, 40 tahun; ditembusi lapan butir peluru. Kedua-dua tangannya tidak dapat melakukan kerja-kerja berat. Beliau mempunyai seorang isteri dan enam orang anak. 9. Mat Piah bin Yunus, Tanjung Pari Siong, 40 tahun; cedera di sebelah tangan kanan, lumpuh ditembusi 15 butir peluru. Mempunyai seorang isteri dan 8 orang anak. 10. Harun bin Mat Isa, Padang Geh, Kuala Ketil, 40 tahun, guru agama; cedera dengan sebelah tangan kanan lumpuh; ditembak di bahu. 11. Hassan Abdullah, Tanjung Pari, Mukim Siong, 33 tahun; ditembak di dada, di kaki. Beliau dipijak dan dipusingkan kedua belah kakinya ... tercabut tulang paha dan pinggangnya patah. Dia lumpuh sehingga sekarang. Beliau mempunyai seorang isteri dan empat orang anak. 12. Azmi Jusoh, Kampung Becah, Siong, 45 tahun; ditembak di paha. Beliau mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak. 13. Rosli Osman, Kampung Carok Puteh, 15 tahun; ditembak di belakang dan mengalami kesesakan nafas sehingga sekarang.

Catatan kisah tragedi memali ini diambil dari laman web dan blog yang menceritakan insiden berdarah MEMALI yang sedia ada. kerenah-maya

Siasat dengan telus?

Senario politik Malaysia membahang lagi dan ia makin hebat dan panas. Apa tidaknya bila isu liwat Anwar bergegar lagi dalam versi baru.
Tidak perlu saya nyatakan kerana telinga kita telah dihidangkan dengan laporan isu ini. Yang menjadi persoalan sekarang ialah bilamana Pak Lah menyatakan bahawa dia dan umno tidak terlibat langsung dengan isu ini begitu juga kawan-kawanya seperti najib dan lain-lain kata Pak Lah.
Sejarah menceritakan sebaliknya bila ia dinafikan secara terang oleh pimpinan BN maka bermakna BN/umno terlibat. Lebih sadis lagi bila Pak Lah kata umno takde niat langsung nak menjatuhkan maruah dan menyusahkan Anwar bermakna...........
Polis pula kata melalui Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Dato' Bakri bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan secara telus dan adil. Sape percaya sila angkat tangan..........
Bagi saya mati hidup balik pun saya tidak akan percaya yang pihak polis akan berlaku adil dalam kes ini apatah lagi jaminan ini hanya keluar dari budak suruhan Bukit Aman.
Dalam kes MEMALI 1985 dahulu siapa yang berperanan? dari pucuk pimpinan umno/BN dan dilaksanakan oleh polis tak kan lah dengan mudah kita nak lupa kot ?
Kes ni bukan setakat menjatuhkan maruah dan menyusahkan As-Syahid Ust Ibrahim Libya tetapi sampai membunuh.Itukah ketelusan siasatan polis? Kes Altanthuya macamana? Dengan kusasa siapa bom C4 dikeluarkan dari simpanan dan digunakan? Kes pembunuhan penyokong PAS di Lubuk Merbau siapa dalangnye? Kes cabul bekas menteri umno dah selesai ke? Kes anak-anak yang diculik dan dibunh seperti Nurin dan Sharlini tu dah selesai ke? kata polis kita yang terhebat!
Hebat memang hebat bila berhadapan dengan penyokong PR yang berdemonstrasi dan yang tak akan melawan. Asyik sibuk nak ambil tahu aktiviti dan program Masjid dan Surau tapi tak mahu joint dalam majlis tersebut dan kalau masuk pun dengan niat nak mencari kesalahan dan kesilapan para alim-ulama dan para ustaz yang berceramah dan berkuliah sebab tu diaorang makin tua makin bodoh sebab mereka sendiri merelakan diperbodohkan oleh orang-orang bodoh.

Bila diselubungi ketakutan.

Sudah menjadi lumrah alam bila perasaan takut datang ia akan membuatkan seseorang itu menjadi tidak tentu punca dan menjadikan ia sentiasa berada dalam situasi cemas sehingga pokok pisang disangka hantu dan bermacam-macam hal lagi.
Tetapi bagi perangai pucuk pimpinan negara dan BN khususnya bila mereka diasak dengan pelbagai masalah dan scandal mereka juga akan berusaha mencipta satu isu baru yang bakal melemahkan pihak lawanya.
Kita lihat dengan isu Rosmah vs Altanthuya, PR vs BN dalm membentuk kerajaan pusat september 2008, SAPP vs BN, Anwar vs Musa Hassan & Ghani Patail, Rakyat vs harga minyak, rakyat vs kenaikan harga makanan, rakyat vs kenaikan tarif eletrik, PDRM & BN vs Demonstrasi rakyat dan lain-lain.
Bila keadaan sudah tidak menentu ini dan Pak Lah dan rakan-rakan yang sama waktu denganya seakan tidak jumpa penyelesaianya lalu barangkali mencipta pelbagai isu baru yang hendak diketengahkan untuk menutup segala macam isu diatas maka terciptalah isu Anwar meliwat lagi.
Isu ni nampaknya skrip tahun1998 akan diguna pakai dengan beberapa penambahan dan baik pulih dari segi watak dan pelakonya.Tetapi instrument yang sama digunakan dan kita akan lihat apa yang akan berlaku.
Bagi saya ia terlalu simple bila instrumen seperti PDRM, Jabatan Peguam Negara dan Mahkamah itu adil dalam tugas dan tanggungjawabnya isu ini akan mudah diselesaikan. Tapi yang malanganya ketiga-tiganya pula yang menjadi dalang kepada kebobrokan isu Anwar 10 tahun lalu. Jadi macam mana kita nak percaya????
Kita harap kali ini pihak polis dapat berlaku adil dalam penyiasatanya.... tapi boleh ke? sebab Musa Hasan yang jadi Ketua Polis sekarani ni la yang banyak mereka cipta bukti untuk lawan Anwar dulu sampai tilam pun diusung ke hulu ke hilir. Ghani Patail pula yang tukang adjust tarikh.
Apa pun yang berlaku diharapkan agar kita jangan berasa panik dan gelabah dalam menghadapi isu ini dan kita kena yakin bahawa ini adalah strategi mereka untuk ememcah belahkan Pakatan rakyat dan membunuh karier politik Anwar dan rakan-rakan.
Kepada Anwar Ibrahim dan kaum keluarga dan para penyokongnya bersabarlah menghadapi ujian ini yang mungkin lebih teruk dari 10 tahun dulu . Perbanyakanlah Munajat dan Doa jika benar kalian berada dipihak yang dizalimi dan difitnah disamping berbanyakanlah bertaubat kepada Allah Rabbul Jalil dari kesilapan dan dosa yang lalu.
"Ya allah tunjukanlah kepada kami yang benar itu benar, agar mudah kami menurutinya dan perlihatkanlah jua kepada kami yang batil itu batil, agar mudah kami menghindarinya" amin

Apa dah jadi ?

Itulah persoalan yang wajar kita utarakan tetapi sebenarnya kepada siapa yang perlu kita tujukan pun saya tak tahu. Sebab dalam menyatakan persoalan ini nampaknya ia seakan mengimbas kembali insiden yang berlaku terhadap Anwar Ibrahim seperti tahun 1997 yang lalu yang telah dipecat kerana salah laku Liwat dan kerananya kita sukar untuk mempercayai sumber-sumber rasmi dari kerajaan khusunya dari PDRM dan median pro BN.




Semalam seorang lagi hamba Allah yang telah melaporkan kepada polis bahawa dirinya telah di LIWAT oleh Anwar. Budak tu baru berumur 23 tahun namanya Shaiful Bahari Azlan iaitu Pembantu Khas Anwar semasa kempen PRU 12 yang lalu.




Persoalanya sehingga kini saya masih tercari-cari dalam laporan media yang menyatakan tentang perincian laporan polis tersebut seperti tarikh berlakunya Liwat tersebut, tempat dan masa berlakunya kejadiaan itu.




Sejarah telah melakarkan bahawa dalam kes perbicaraan Liwat Anwar yang dibicarakan 10 tahun lalu memperlihatkan kita bagaimana tarikh, tempat dan masa kejadian sering diubah dari satu tarikh ke tarikh yang lain, dari satu masa ke satu masa yang lain dan dari satu tempat ke satu tempat yang lain demi untuk memenuhi kehendak pendakwaan agar ia dilihat relevan dengan fakta kes.




Kesemua tohmahan dan pembohongan tersebut sebenarnya telah di ungguli oleh SAC 1 Musa Hassan dan Timbalan Pendakwa Raya Ghani Patail yang sekarang ini keduanya dah naik pangkat sebagai Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.




Sekarang nampaknya kes yang sama akan berulang kembali dengan watak dan pelakon-pelakon yang baru. Kita lihat sahajalah siapa yang bakal dijadikan watak utama dalam filem ini yang pasti ia akan melibatkan si budak umur 23 tahun itu, PDRM,Jabatan Peguam Negara dan mungkin ada watal istimewa yang bakal ditampilkan iaitu dari Pejabat Timbalan Perdana Menteri. So kita tunggu aje la sebabnya mudah je cuba kita lihat gambar ni


( Ni la gambar budak tu dengan gambar Khairol Anas Yusof Pegawai Khas Najib )

Apa-apapun kita harapkan agar Anwar dan keluarganya serta para penyokongnya menghadapi ujian dan fitnah ini dengan sabar dan banyakan berdoa agar mendapat pertolongan Allah swt dan kepada watak-watak yang baru seperti si Shaiful Bahari Azlan ni kita harapkan jika benar segala apa yang diakwa sila kemukan bukti yang kukuh kerana dalam islam sekiranya dia gagal mengemukakan bukti dan 4 orang saksi yang adil dia bakal menghadapi hukuman qazaf dan disebat sebanyak 80 rotan dan kepada PDRM dan Jabatan Peuam Negara kamu diingatkan agar tidak mengulangi kesilapan lalu kerana kini rakyat Malaysia sedang memerhatikan lakonan kamu dan awas dengan Doa orang yang kena zalim.

catatan bersambung;


Thursday, June 26, 2008

Ummul Hadhari

Perasan tak siape ni?
Apa kata anda mengenai dia?
Mungkin anda ingat dialah yang kata :
Ibu tunggal jika terdesak boleh melacur?
Macam-macam hal berlaku sari dua ni. Mashitah kata surat pekeliling serta risalah etika berpakaian untuk wanita muslimah yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) supaya menutup aurat sebagai perkara remeh temeh? MasyaAllah. Dia sedar tak apa yg dia cakap tu. Tak serikkah dia dengan kontroversi pompuan boleh melacur kalau darurat dulu? Malang sungguh. Janganlah kerana periuk nasi serta mengejar pangkat dan kuasa sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina dan meminggirkan Islam. Kalau kata-kata tu keluar dari orang bukan ahli agama, mungkin orang tak pelik sangat, tapi ni dari Ustazah…MasyaAllah.
Mashitah kata “sepatutnya mereka perlu memberi keutamaan isu yang lebih besar daripada isu memakai tudung seperti isu pengkid dan menangani masalah sosial”“Tumpuan seperti itu perlu diberi keutamaan daripada tumpuan yang lebih kecil. Inilah masalah orang Islam lebih mementingkan perkara kecil manakala tumpuan yang lebih besar ditinggalkan.”Cuba perhatikan ayat Allah ini;
‘Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa keluar dari rumah), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal(perempuan yang baik-baik), maka dengan itu, mereka tidak diganggu.Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani’(Al-Ahzab 33 : 59)

Ingin bertanya kepada Mashitah, apakah kenyataan beliau itu menunjukkan ayat-ayat Allah adalah perkara kecil dan remeh-temeh ?
Dan sekarang giliran Mashitah pula bertanya kepada diri beliau sendiri;
‘Apakah yang aku dan kerajaan BN telah lakukan untuk menangani gejala social? Apakah yang aku dan Ustaz-Ustaz BN telah lakukan untuk mengatasi masalah pengkid dan menangani masalah sosial?

Dan sekarang saya bertanya semula, apakah contoh tauladan yang diberikan kerajaan BN kepada rakyat? Bagaimana rakyat wanita nak pakai tudung kalau di lihat mereka pemimpin, menteri wanita dan isteri-isteri menteri-menteri sendiri bebas tak bertudung?Memang soal iman masing-masing tapi bukankah kepimpinan melalui tauladan?

Pelik. Apabila berlaku sesuatu kejadian jenayah atau gejala sosial, mengapa sibuk mencari formula dan bertanya professor itu professor ini, sedangkan peraturan dan hukum Allah ada. Mengapa tidak ingin kembali kepada panduan dan hukum Allah sedangkan Dialah yang menciptakan kita. Maka mestilah Dia tahu di mana kelem ahan kita dan apa yang kita perlukan di dalam hidup kita. Pelikkan…Sungguh pelik!

Bacalah dua buah puisi ini untuk dita’akul dan di fikir-fikirkanTudung

(1)Tudunglah makanan itu

Agar tidak disinggah lalat

Tudunglah dirimu itu

Agar tidak disinggah laknat!

Tudung (2)

Engkau pun tersenyum mengejek sambil berkata;

'Untuk apa bertudung..

yang diluar tidak penting,

yang penting yang di dalam

Pakaian tidak penting,

yang penting adalah iman di dalam hati

Kenapa engkau tidak berbogel sahaja, dan berkata;'

Yang diluar tidak penting,

yang penting yang di dalam

Pakaian tidak penting,

yang penting adalah iman di dalam hati'.."

Kenyataan Media PROTES


KENYATAAN MEDIA PROTES
Berhubung
PERHIMPUNAN AMANPROTES SEJUTA RAKYAT 678
Sekretariat PROTES telah mendapat panggilan daripada ramai pihak yang inginkan kepastian berkaitan tarikh sebenar bagi Himpunan Aman PROTES Sejuta Rakyat. Justeru, kami sekali lagi ingin mengulangi bahawa PROTES telah menetapkan satu TARIKH MUKTAMAD bagi himpunan ini iaitu : 6 Julai 2008 ( 6.7.08) Bersamaan Hari Ahad
Jam 9 PagiBertempat Di Padang Timur, Petaling Jaya, (Berhadapan Amcorp Mall)SelangorJusteru, PROTES menegaskan bahawa tiada lagi sebarang pindaan tarikh bagi Himpunan Aman PROTES Sejuta Rakyat ini.Persiapan ke arah perhimpunan ini sedang giat berjalan lancar dan pihak penganjur telahpun menyediakan pelbagai pengisian menarik kepada para peserta himpunan yang datang dari seluruh negara.Segala bentuk pengisian himpunan itu nanti adalah selari dengan matlamat PROTES untuk memaklumatkan rakyat darihal isu berkaitan harga minyak, pengagihan kekayaan Petronas, salah guna kuasa dan salah tadbir urus kewangan negara yang menatijahkan keadaan di mana rakyat menjadi mangsa kerakusan dan kelemahan pentadbiran yang ada.Pidato penerangan ini akan disampaikan oleh Pemimpin-
Pemimpin kanan Pakatan Rakyat dan juga Pemimpin Badan-Badan NGO yang bergabung di dalam PROTES.Kami juga ingin memaklumkan bahawa PROTES sedang berusaha untuk membawa semua Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi Kerajaan Pakatan Rakyat, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat ke acara Himpunan Aman ini bagi membuktikan kepedulian dan kebersamaan mereka dalam memahami derita dan perit jerih rakyat kesan akibat kenaikan harga minyak yang begitu mendadak pada 4 Jun 2008 yang lepas.Sebagai reaksi terhadap isu semasa berkaitan harga minyak yang dibahaskan di
Parlimen baru-baru ini, PROTES berpandangan bahawa Kerajaan dan Ahli-Ahli Parlimen BN jelas mengkhianati mandat dan kepercayaan rakyat bila mana meluluskan satu usul yang menyokong langkah kerajaan menaikkan harga minyak yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 23 Jun 2008 yang lepas.
Tindakan tersebut tidak dapat diterima rakyat dan jelas merupakan satu lagi taktik murahan untuk mereka memancing perhatian dan pemahaman rakyat kononnya di samping usaha memaksakan legitimasi palsu (tidak popular) ke atas tindakan Abdullah Ahmad Badawi menaikkan harga minyak.
PROTES melihat usul tersebut sengaja dibentangkan dan dibahaskan dalam Parlimen semata-mata meredahkan kemarahan rakyat atas keputusan unilateral Perdana Menteri selepas beberapa MT UMNO sendiri mengesahkan bahawa kenaikan harga minyak tidak pernah dibincangkan sama ada di dalam Mesyuarat MT UMNO mahupun Mesyuarat Majlis Tertinggi BN.Justeru, usul tersebut bukannya untuk kebaikan rakyat tetapi merupakan satu usaha paksa bagi memulihkan kepercayaan rakyat, penyokong serta pemimpin BN sendiri kepada Abdullah Ahmad Badawi yang senantiasa konsisten untuk tidak konsisten dalam janji-janjinya.
Sehubungan dengan itu, PROTES menggesa seluruh rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga minyak ini tanpa mengira ideologi politik masing-masing agar TURUN pada 6.7.2008 (678) nanti untuk menunjukkan protes mereka yakni “Protes Rakyat” atas tindakan tidak berperi kemanusiaan pihak pemerintah.
Akhirnya, PROTES sekali lagi mengulangi pendirian tegasnya bahawa hak berhimpun dan meluahkan perasaan adalah hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 10. Justeru, rakyat tidak harus dihalang daripada mempraktikkan hak mereka yang jelas dijamin oleh Perlembagaan negara.
Hormat Daripada,
GABUNGAN MEMBANTAH KENAIKAN HARGA BARANG [PROTES]
t.t
AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Sekretariat26 Jun 2008, KhamisKuala Lumpur

Nape ni?

Apa ni? Gaji ceo TNB setahun RM 1,107,280.00..... kerja ape yang dia buat? tiang letrik mane yang dia panjat? dahan pokok kayu yang yang sangkut kat kabel letrik mana yang dia potong? black out rumah sape yang dia pegi tengok? gaji macam tu punye banyak...
Dia lupe agaknye yang gaji dian dan orang-orang yang dia tu rakyat yang bayar dan sekarang tarif eletrik pun diaorang nak naikkan. ape ke jadahnye.......
Saudara pembaca fikir la sendiri..... cakap pun tak guna sebab rakyat Malaysia yang pangkah BN mase PRU 12 dulu. Ha ! sekarang padan muka terutamanya orang-0rang yang pendapatanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ( khusus orang kampung yang hardcore umno ) yang mudah digula-gulakan masa kempen PRU 12 dulu dan yakin dan percaya sangat kerajaan Bn ni yang dapat mentadbir negara dengan aman, makmur dan harmoni ditambah lagi dengan slogan lapuk mereka"tradisi membela rakyat".
Si Khalib ni mane tahu rakyat susah ke? senang ke? janji dia dapat duit dan tambah lagi duit sebabtu la dia cadang dan akan berjaya naikan tarif 40%. sebab dia tau rakyat mesti bayar kalau tak rumah bergelap...ni la yang dinamakan " setu lagi projek kerajaan barisan Nasional untuk rakyat" ha ha ha bungul!!!