Sunday, June 22, 2008

CEKAPNYA BPR

sumber TKO
Posted: Mon Jun 23, 2008 11:20 am Post subject: CEKAPNYA BPR ..

PUTRAJAYA 21 Jun - Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini menafikan siasatan yang dilakukan ke atas Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee sebagai sejenis ugutan politik. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan sebaliknya berkata, BPR tidak menerima sebarang arahan daripada parti atau pemimpin politik untuk menyiasat Teck Lee yang disyaki terlibat dalam satu kes rasuah membabitkan RM5 juta. "BPR tidak menerima arahan daripada mana-mana.

Saya sendiri yang yang memberi arahan supaya siasatan dijalankan. "Siasatan ke atas Teck Lee hanya kebetulan, kita juga akan ambil tindakan sekiranya nama orang lain disebut di mahkamah," katanya kepada pemberita di sini malam ini. Ahmad Said semalam mengesahkan Teck Lee disiasat BPR kerana disyaki terlibat dalam satu kes rasuah membabitkan RM5 juta yang didakwa dilakukannya ketika menjadi Ketua Menteri Sabah.

Siasatan tersebut dibuat berasaskan satu kenyataan mengenai pembabitan Teck Lee dalam satu perbicaraan kes rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam. Bekas Pengarah Briskmark Enterprise Sdn. Bhd., Datuk Wasli Mohd. Said dilaporkan memberitahu mahkamah bahawa Teck Lee mengarahkan pembayaran wang lebih RM5 juta, iaitu hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan negeri Sabah, kepada ejen pilihannya pada 1996.

Ahmad Said berkata, BPR tidak takut atau berpihak kepada sesiapa dalam usahanya membendung jenayah rasuah di negara ini. "Teck Lee bersama-sama dengan lapan orang lain yang nama mereka disebut oleh saksi dalam mahkamah akan dipanggil untuk memberi keterangan. "BPR akan meneliti nota keterangan mahkamah untuk mengetahui butir-butir yang dikemukakan," katanya. Kesimpulannya, jika Datuk Yong Teck Lee nak selamat, jumpa Pak Lah & minta maaf. Cukup mudah sistem perundangan di Malaysia. Mesti BPR akan tutup kes. Cekap kan BPR.

No comments: