Monday, June 30, 2008

CEMAR,MENCEMAR,TERCEMAR,DICEMAR

Kemana hala tuju Malaysia sekarang hendak diarah oleh kerajaanya? jawapan ini wajar dijawab oleh kabinet Pak Lah kerana dia telah meletakan negara dalam keadan yang tidak setabil dari semua sudut terutamanya dari sudut politik,sosil hidup masyarakat,kestabilan dan keamanan, ekonomi dan antarabangsa.
Suasana yang tidak kundusif ini ekoran dari peningkatan kadar jenayah yang berantai yang melingkari pelbagai sudut jenayah yang memperlihatkan kredibiliti pasukan polis dipertikaikan oleh masyarakat awam.
Ditambah pula dengan suasana resah dan gelisah rakyat menghadapi pelbagai kenaikan harga bekalan harian terutamanya kenaikan harga makanan,petrol- gas,bahan binaan dan pelbagai lagi kenaikan yang lain.
Di ikuti pula dengan iklim politik terutamanya politik kerajaan yang memerintah persekutuan iaitu politik BN yang terumbang ambing mencari sesuatu untuk bergantung harap. Kerajaan ini menghadapi tekanan yang pelbagai sehingga membuatkan orang-orang tuanya gundah memikirkan bagaimana untuk mencari titik penamatnya.
Bermula dengan isu korupsi peringkat tertinggi,kes pembunuhan Altanthuya,siri penculikan anak-anak kecil,kenaikan harga barang dan pertol-gas, isu peralihan kuasan kerajaan dari BN kepada PR pada bulan September akan datang,gangguan dan campur tangan eksikutif dalam kehakiman negara,isu lompat parti dan macam-macam lagi.
Isu peralihan kuasa dan dakwaan terhadap isteri TPM Rosmah Mansor serta kemarahan rakyat akibat dari kenaikan harga barang dan bekalan mendominasi ketidak ketentuan pimpinan.Pimpinan BN khususnya yang berada di Putrajaya terpaksa mereka cipta alasan agar tumpuan rakyat dapat dialihkan dari memfokus kepada isu Rosmah Mansor dan kenaikan harga bekalan dan makanan serta yang terpenting menutup ruang perbingcangan rakyat dikedai kopi mengenai peralihan kerajaan.
Maka terciptalah satu konspirasi yang disangka ampuh dan mampu menutup pelbagai isu yang berlaku sebelum ini dengan menamakan Saiful Bahari Azlan sebagai watak utamanya dan dibantu dengan Inteligent Team sebagai pelaksananya. Justeru dengan ini di istiharkan bahawa isu Liwat Anwar siri 2 dilancarkan dengan resminya......
Sebenarnya pelbagai andaian yang dapat kita buat dari lontaran isu liwat Anwar ini yang sememangnya akan menguntungkan regim Pak Lah seperti :
1 : Mengharapkan agar para penyokong Anwar khususnya dan pendokong PR turun kejalan raya dan berdemonstrasi seperti dalam ledakan Reformasi 1998 lalu pihak regim Pak Lah boleh mengistiharkan MAGERAN dan melaksanakan perintah DARURAT dan sekaligus menyelamatkan kerajaanya.
2 : Ternyata konspirasi jahat ini bertujuan untuk mengalih pandangan umum dan perhatian rakyat dari pelbagai macam krisis yang sedang melanda negara yang membebani rakyat dengan kos kenaikan saraan hidup akibat penarikan semula subsidi sebanyak RM13.7 bilion tentang bahan bakar; petrol dan diesel yang mencetuskan kesan berantai paling parah dalam krisis ekonomi negara.
3 : Tidak kurang juga tekanan yang terpaksa mereka depani terhadap isu pengambilalihan kerajaan Pusat oleh Pakatan Rakyat yang semakin kencang bertiup dalam pelbagai media baru termasuk media perdana.
4. : Membunuh kerjaya politik Anwar.
Bagi saya tindakan regim ini sebenarnya adalah tindakan yang bodoh dan sia-sia sahaja kerana bagi orang yang beriman akan mengingat pesanan Nabi SAW " bahawa tidak harus bagi orang mukmin itu disengat dua kali pada satu tempat".
Sekarang bukan zamanya lagi rakyat diperbodoh seperti tahun1998-1999 lalu kerana kekurangan sumber maklumat namun kini maklumat boleh di akses hanya dihujung jari sahaja.
" Ya Allah ! perlihatkan kepada kami yang benar-itu benar agar mudah kami mengikutinya, dan perlihatkan juga kepada kami yang batil itu batil agar mudah kami menghindarinya" amin.

No comments: