Monday, June 23, 2008

Perjuangan Tanpa Ilmu?

Dalam usaha kita untuk terus berjuang mengambil alih tampuk pemerintahan negara disana ada lagi tanggungjawab yang perlu kita perkemaskan itulah mempelajari ilmu-ilmu islam yang belum kita dapat rungkai sepenuhnya.Daripada ilmu asas agama seperti Fardhu Ain dan Aqidah sehinggalah bab bernegara dan berkerajaan. Kini telah banyak buku-buku yang ditulis berkaitan dengan falsafah dan konsep negara islam seperti yang ditulis oleh Prof Dr. Yusuf Al-Qardawi dalam kitabnya Fiqh Ad-Daulah dan lain-lain.
Kita sebagai pendokong perjuangan PAS khusunya dan PR amnya sepatutnya kita kini bertindak seperti serampang dua mata. dalam kesibukkan dan kegairahan kita untuk berjuang dan berusaha merampas kepimpinan negara kita sewajarnya juga jangan meninggalkan majlis-majlis ilmu dan usrah yang diadakan dipersekitaran tempat tinggal kita seperti di Masjid-Masjid dan surau-surau atau balai-balai islam.
Jangan masa yang ada kita penuhi di meja-meja kedai kopi dan asyik membicarakan soal politik semata-mata dan kita terlupa akan tanggungjawab kita untuk mencari ilmu.Kini bukan masa dan zamanya lagi kita asyik melapuk dikedai kopi atau kedai mamak yang berbekalkan secawan teh tarik dan kita berbicara rancak hingga subuh tanpa ada sebarang pembaharuan dan pertambahan ilmu yang kita isi dalam diri kita.Lebih teruk lagi kita kini dilalaikan hanya dengan SEBIJI BOLA kita sanggup bersengkang mata hinggga ke pagi.
Dari helai-kehelai lembaran buku dan kitab-kitab yang diajar dalam majlis ilmu dan setiap patah perkataan yang diutarakan oleh para ustaz dan alim-ulama kita sebenarnya menjadi senjata ampuh untuk kita hadapi umno dan BN dan cuba kita bayangkan kita tanpa ilmu dan hanya berbekalkan apa kata orang sahaja maka amat mudah bagi mereka mematikan hujah kita dan akhirnya kita juga yang terpinga-pinga.
Bukan sekadar hadir ke majlis-majlis ilmu dan hanya mendengar tazkirah dan kuliah serta ceramah agama sahaja pilihan yang kita ada untuk mencari bekalan ilmu kini menerusi blog-blog dan web site juga sewajarnya kita manfaatkan untuk menambahakan ilmu.
Kegemilangan sesuatu tamadun akan dilihat lahirnya masyarakat yang berilmu dan bertaqwa.Pergerakan dakwah Nabi juga dimulakan dengan pemantapan ilmu oleh Allah kepada baginda seperti yang dinyatakan dalam Wahyu pertamaNya kepada Baginda Nabi Muhammad SAW " Bacalah ( wahai Muhammad ) dengan nama Tuhan MU........"
Saya menyeru kepada pendokong dan ahli PAS disemua peringkat agar dapat mengambil bahagian dalam majlis-majlis ilmu ditempat anda dan sekiranya tidak ada pihak yang menganjurkanya disanalah tanggungjawab anda untuk menganjurkanya bahkan WAJIB bagi anda untuk anda berbuat demikian.

No comments: