Wednesday, June 25, 2008

Ceramah Politik Dalam Masjid & Surau ?

Bismilahirahmanirahim....

Dewasa ini kita dapat melihat betapa ramai dari kalangan rakyat Malaysia masih lagi belum kebah dari demam yang dijangkiti dari virus "bangang" atau "kebangangan" terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti dan program keagamaan di Surau dan Masjid.
Sebenarnya sindrom ini adalah kesinambungan yang diwarisi dari Abu Jahal dan Abu Lahab yang menyatakan segala bentuk program yang berupa Tazkirah, Kuliah mahupun Ceramah Agama adalah pencetus kepada perpecahan dalam komuniti masyarakat.
Hujah yang menyatakan masyarakat akan berpecah belah ini jugalah yang digunakan oleh pakatan kaum Quraish Mekah yang diketuai oleh Abu Jahal dan Abu Lahab.Dalam suasana negara kita yang dikatakan sebagai Negara Islam dan ditambah lagi dengan Islam Hadhari kita melihat senario jahil dan banggang semakin menjadi-jadi walaupun tanpa mereka sedari kini tindakan mereka yang mengatakan bahawa banyak penceramah-penceramah dan ustaz-ustaz PAS sering mengambil kesempatan dari jemputan keatas mereka berceramah dan berkuliah di Masjid dan Surau menyampaikan ceramah dan kuliah POLITIK.
Saya sendiri pun dilabelkan sebagai ustaz yang sering mengambil kesempatan berceramah politik dalam majlis yang saya hadiri dan saya kendalikan.Kadang terdetik di sanubari saya bagaimana cara mereka ni berfikir yang memperlihatkan mereka ni sebenarnya AMAT JAHIL dalam Agama.
Kenapa tidak saya katakan demikian kerana Ilmu islam ini makin digali makin banyak yang kita temui yang kita tidak tahu. Bagi saya sudah cukup 50 tahun rakyat kita mengaji dan belajar Fardhu Ain di masjid dan Surau hanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan Solat, Puasa, Haji, Hadis 40, Tafsir Juzu' Amma dan lain-lain sehingga natijahnya dalam 50 tahun ini masyarakat Islam memahami Islam itu sekadar Solat,Puasa,Zakat,Haji, Munakahat dan sedikit Ilmu Tafsir dan Ilmu Hadis.Sehingga bila ilmu-ilmu Islam dalam hal yang berkaitan Muamalat, Jenayat,Hukum Bernegara dan lain-lain ilmu yang jarang atau tidak pernah kita dengar.
Kini di negeri-negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat sewajarnya membuang anasir merendah-rendahkan institusi agama seperti masjid dan surau dan meletakanya ke persada yang dituntut oleh Syara' dalam erti kata menjadikan institusi ini sebagai medan untuk menguruskan segala hal-ehwal masyarakat dan pentadbiran negara.
Oleh kerana masih ada lagi suara-suara pimpinan dan ahli umno yang banggang ini sering melontarkan tohmahan bahawa ustaz-ustaz PAS ini sering menjadikan masjid dan surau sebagi medan politik.
Saya tidak dapat menafikan bahawa apa yang diutarakan dalam ceramah saya mahupun rakan-rakan saya di masjid dan surau ini terkadang menyentuh hal-hal politik secara khusus atau secara amnya apatah lagi hal-hal yang menyentuh sikap dan perilaku manusia yang dijelaskan oleh Nabi kita Muhammad SAW dalm hadis-hadisnya, begitu juga apabila kita menatang kitab-kitab yang menyentuh Feqh Ad-daulah dan sebagainya.
Sudah barang tentu bila kita berbicara mengenai sikap-sikap manusia seperti yang diungkapkan oleh Nabi dan kitab-kitab yang ditulis oleh para alim ulama kita mengenai hal-ehwal bernegara seperti kitab Feqhul Daulah oleh Prof Dr. Yusof Al-Qardawi dan lain-lainya.
Masalahnya sampai bila kita nak mengajar dan belajar perkara-perkara asas Fardhu Ain dan Aqidah ringan sahaja???: Bila lagi kita nak menyingkap khazanah ilmu yang menyentuh hal-hal pentadbiran politik islam ???:
Seperkara lagi ialah saya dengan tegas menyatakan bahawa antara Islam dan Politik itu sebenrnya satu kombinasi yang tidak boleh dipishkan. Tidakah kita melihat bahawa Nabi itu seorang Rasul, seorang pemimpin negara Makkah dan Madinah, seorang panglima tentera, seorang Imam dan Khatib, seorang insan yang menjadi rujukan oleh masyarakat???
Usaha memisahkan antara Islam dan Politik ini sebenarnya adalah agenda Yahudi yang diterapkan dalam fahaman sekularisme yang dianuti oleh sebahagian besar warga negara kita khususnya ahli-ahli umno dan lebih teruk mereka amat mengimaninya dengan sepenuh hati dan menjadikan sebagai buah keras menyerang kita dan melontarkan kita ini sesat kerana mempolitikan masjid dan surau.
Masjid dan surau yang diasaskan dan didirikan dalam konsep islam yang sebenarnya adalah menjadikan institusi ini sebagai pentas dan gelanggang kepada masyarakat menyampaikan seruan dakwah, menjalankan aktiviti masyarakat,pengurusan ummah dan sebagainya.
Mana mungkin mereka ini boleh menghadkan aktiviti-aktiviti dan menyekat para alim-ulama dari menyampaikan kuliah dan ceramah yang sesuai dengan keilmuan mereka.Bagi saya mereka ini sebenarnya adalah golongan jahiliyyah moden dan seperti pepatah orang tua-tua " Pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar"
Kita tidaklah berapa marah jika orang yang menghalang aktiviti-aktiviti kuliah dan ceramah di masjid dan surau kita dengan mereka sendiri datang mengajar dan berkuliah kepada kita tentang hal-hal yang saya nyatakan diatas tanpa perijudis terhadap kepolitikan.Mereka mampu mengajar kita apa dia Hukum Jenayah Islam seperti Hudud, Qisas , Takzir, Diat dan lain-lain serta perkara-perkara hukum yang berkaitan dengan pentadbiran dan akhlak islam yang lain.
Masalahnya sampai bila senario ini akan berlaku dan bilakah ia akan berubah? Sekarang PAS dan Pakatan Rakyat telah memerintah Selangor ini, jadi kenapa kita masih terbelenggu dengan masalah yang ditaja oleh jahiliyyah umno ini. Yang hairanya kadangkala Nazir-Nazir Masjid dan Pengerusi-Pengerusi Surau yang berketegori Division A dan cerdik pandaipun jadi keliru dan menuruti sindrom ini. Saya sedikit pun tidak hirau dan risau bila pak-pak nazir dan tuan-tuan pengerusi ini dari golongan orang yang tidak bersekolah kerana sesuailah dengan tahap mereka.
Justeru saya tetap akan mendakwa merea-mereka ini di Mahkamah Allah di Mahsyar kelak kerana usaha-usaha dan tindakan mereka menyekat sebarang aktiviti keagamaan di masjid dan surau ini.
Seterusnya saya menyeru kepada diri saya dan kepada mereka-mereka agar segera kembali beristigfar bertaubat dan mohon ampun kepada Allahu Azza Wajalla.
Wallahua'lam........ by kulaan wanik

No comments: