Thursday, June 19, 2008

Salam Perkenalan Salam Perjuangan

Assalamualaikum wrbt

Menginsafi terhadap senario politik yang berlaku dalam negara kita dewasa ini membuatkan saya berasa bertanggungjawab untuk tampil bersama para bloggers yang lain untuk menyatakan dan mengutarakan apa jua pandangan saya dan ummah terhadap senario yang wujud sekarang bermula dengan keputusan PRU 12 yang lalu di ikuti pula dengan kenaikan harga barang makanan dan kini kenaikkan harga gas pula.

Semuanya kita lihat seolah-olah kita rakyat malaysia ini mempunyai pendapatan yang lumayan dan mewah yang membuatkan kerajaan bertindak sesuka hati mereka untuk menaikkan harga barang. pada saya sebenarnya kenaikkan dan ketidak setabilan nilai sekarang ini adalah bertitik tolak dari dendam kesumat para bangsawan umno dan BN kerana rakyat menolak mereka dalam PRU 12 lalu. itulah padahnya kerana kita gagal untuk menyahkan UMNO dan BN dari persada kepimpinan negara.

Semoga ruangan seperti ini akan bercambah dengan lebih banyak lagi sebagai saluran alternatif untuk menyebarkan maklumat kepada rakyat tentang apa juga maklumat yang benar dan telus dan berinformasi.

Moga Allah memberkati segala usaha yang kita usahakan ini dan mohon kita diberi kekuatan untuk menyatan yang benar itu benar dan yang salah itu salah.

Wallahualam.......... kerenah maya.

No comments: