Wednesday, July 2, 2008

KETELUSAN

Laporan Saiful Bahari Azlan mengenai dirinya diliwat oleh Anwar Ibrahim dengan segera disiasat oleh polis. Semalam 1 Julai 2008 Anwar pula telah mengemukakan laporan polis mengenai keterlibatan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail tentang apa yang didakwa oleh Anwar pemalsuan fakta dan bukti yang diolah oleh mereka berdua berikutan kes pukulan maut terhadapnya semasa didalam tahanan polis di Bukit Aman 1998 lalu.
Dari dua laporan polis ini kita sangat menuntut keadilan dan ketelusan siasatan seperti yang dijanjikan oleh Pengarah JSJ Bukit Aman Dato' Bakri.Walau yang demikian kita belum di khabarkan sebarang komen dan ulasan dari dakwaan Anwar terhadap laporan polis yang dibuat keatas bos mereka ini.
Dakwaan Anwar terhadap kedua mereka ini sebenarnya sangat serius kerana melibatkan instrument kerajaan yang sangat penting yang sepatutnya menjalankan kerja untuk keadilan kepada rakyat dan negara. Jika hal ini disiasat dengan sambil lewa dan tidak bersungguh seperti kelazimanya maka wajarlah bagi rakyat Malaysia meragui ketelusan kedua-dua jabatan ini.
Raykat terlalu yakin mereka berdua ini dinaikkan pangkat hingga ketahap ini kerana gerak kerja mereka berdua yang cemerlang dalam proses pendakwaan terhadap Anwar 10 tahun lalu dengan mereka cipta pelbagai bukti,menukar tarikh pertuduhan sesuka hati dan mengupah pelbagai latar belakang saksi dan yang paling berharga bagi mereka berdua ialah mengusung tilam yang bertompok-tompok.
Rakyat tidak mudah lupa apa yang mereka lakukan dan hanya orang-orang umno sahajalah yang tergolong dalam kelompok Melayu Mudah Lupa seperti yang dinyatakan oleh mantan Presiden Parti mereka.
Bagi PDRM dan Jabatan Peguam Negara kini kredibiliti mereka teruji lagi dalam kancah dan senario politik Malaysia yang panas, Rakyat Malaysia masih releven untuk menjadi Hakim kepada kedua-dua siasatan dan pendakwan kedua-dua kes ini.
INGATLAH wahai saudaraku dalam PDRM dan Jab Peguam Negara buatlah sesuka hati kamu jika kamu merasakan Malaikat Raqib dan Atid yang berada dikiri kanan kalian itu tertidur atau lalai dari mencatat pergerakan kamu.
Wallaualam..... Kulaanwanik

No comments: