Tuesday, July 22, 2008

Teks Usrah PAS


Pengenalan Teks.


Teks ini dikeluarkan oleh Lajnah Tarbiah PAS Kawasan Mentakab tahun 2000 yang lalu moga ia dapat memberikan manfaat kepada pergerakan tarbiah Pas dari masa ke semasa. Amin.


Al-Fatihah ( Pembukaan )


1. Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

2. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mendidik semesta alam.

3. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

4. Lagi mempunyai ( penguasaan ) di hari pembalasan.

5.Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

6. Tunjukanlah kami jalan yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka,bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan pula orang-orang yang sesat.


Agenda Usrah:

Solat , Zikir , Tilawah Quran , Tafsir , Hadis , Sirah , Organisasi / Gerak Kerja Jamaah.


RUKUN GERAKAN ISLAM


Untuk menjadi seorang islam yang "hidup" dan bergerak, kita perlulah memiliki 10 sifat berikut:


1. FAHAM

2. IKHLAS

3. BEKERJA

4. BERJIHAD

5. BERKORBAN

6. TAAT SETIA

7. TETAP PENDIRIAN

8. TEGAS

9. BERSAUDARA

10. THIQAH.


RUKUN PERTAMA : FAHAM


FAHAM bermaksud memahami Islam secara lengkap dan menyeluruh untuk memperoleh kefahaman begini kita mestilah memahami 20 perkara asas Islam iaitu :


1. Islam adalah satu sistem yang lengkap, merangkumi seluruh aspek kehidupan. Ia adalah kerajaan, negara, pemerintah, ummah, akhlak, kekuatan, rahmat, keadilan, kebudayaan, undang-undang, ilmu, kehakiman, meterial, harta, usaha, kekayaan, jihad, dakwah, tentera, fikrah disamping itu juga adalah AQIDAH yang benar dan Ibadah yang sah.


2. Al-Quran dan Sunnah merupakan sumber rujukan bagi setiap muslim dalam memahami hukum-hukum islam. Al-Quran hendaklah difahami mengikut kaedah bahasa arab tanpa meberat-berat dan tidak pula membabi buta. Sunnah difahami melalui periwayat hadis yang thiqah.


3. Iman yang benar, ibadah yang sah dan mujahadah merupakan cahaya dan kemanisan yang dicampakan oleh Allah kedalam hati sesiapa yang dikehendakiNya.


Ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil-dalil hukum Syara'. Ia tidak diambil kira kecuali jika tidak berlawanan dengan hukum dan nas agama.


4. Tangkal, jampi, was'a ( azimat ), ma'rifah, kihanah ( nujum/telek) dan dakwaan mengetahui perkara ghaib serta perkara-perkara yang tergolong dalam bab ini merupakan perkara mungkar yang wajib ditentang,melainkan jampi dari ayat Al-Quran dan Sunnah Rasul SAW.


5. Siasah Syar'iyah : dalam perkara-perkara yang tidak ada nas serta perkara-perkara yang boleh menerima andaian dan masoleh mursalah, umat islam bolehlah menerima pendapat "imam" atau naibnya sekiranya ia tidak bertentangan dengan kaedah syara'. Kadang-kadang ia berubah mengikut keadaan, uruf dan adat. Asal ibadah ialah ta'abbud tanpa melihat kepada makna.Asal adat pula ialah melihat kepada rahsia,hikmah dan tujuan.


6. Setiap orang boleh diterima atau ditolak kata-katanya melainkan rasul yang Maksum. Setiap yang datang daripada "salafussoleh" yang bertepatan dengan kitab dan sunnah, kita terima. Jika ia berlawanan, utamakan kitab dan sunnah. Kita tidak sekali-kali mengecam atau mendedahkankeburukan peribadi-peribadi tertentu dalam masalah yang diperselisihkan. Kita hanya berserah kepada niat hati mereka dan sesungguhnya mereka telah berlalu dengan apa yang mereka lakukan.


7. Setiap muslim yang tidak sampai ke peringkat meneliti (nazar) dalil-dlil hukum cabang, (tidak layak berijtihad) bolehlah mengikut mana-mana imam. Disamping itu elok kiranya ia cuba untuk berijtihad sekadar yang ia mampu bagi mengetahui dalil-dalilnya.Seseorang itu hendaklah menerima setiap petunjuk yang disertakan dengan dalil apabila ia yakin kepada kebaikan dan kepada orang yang memberi petunjuk itu.Jika ia dari kalangan ahli ilmu,ia hendaklah berusaha melengkapkan kekurangan ilmunya sehingga sampai ke peringkat nazar (boleh meneliti dalil hukum).



8. Perselisihan Fiqh dalam perkara cabang tidak sepatutnya menjadi sebab kepada perpecahan, perbalahan atau permusuhan dalam agama. Setiap orang yang berijtihad ada pahalanya. walau bagaimanapun tiada halangan bagi mereka yang mampu untuk melakukan tahqiq dalam masalah yang diperselisihkan dalam suasana kasih sayang kerana Allah serta kerjasama dalam menyampaikan kebenaran tanpa terbawa-bawa kepada pertengkaran dan ta'asub.


9. Terlibat dalam perkara-perkara yang tidak mendatangkan 'amal' adalah 'takalluf' yang ditegah oleh syara' diantaranya ialah hukum furu' yang tidak berlaku (andaian), makna ayat Al-Quran yang ilmu belumsampai kepadanya, membandingkan kelebihan para sahabat dan khilaf dikalangan mereka. Setiap mereka mempunyai kelebihan bersahabat dengan rasul dan dibalas menurut niat mereka dan ta'wil dibenarkan.


10. Mengenal allah, mentauhid dan mensucikanNya adalah setinggi-tinggi akidah islam. Kita beriman dengan ayat-ayat sifat dan hadis-hadisnya yang soheh dan penyerupaan yang layak denganNya(ayat Mutasyabihat) tanpa takwil dan ta'til(menolak sifat Mutasyabihat). Kita jangan cuba mendedahkan khilaf diantara ulama dalam masalah ini.Sudah cukup bagi kita apa yang telah cukup bagi Rasul dan para sahabatnya.



11. Setiap Bid'ah dalam agama allah tidak mempunyai asal. manusia memandangnya baik mengikut hawa nafsunya, sama ada dengan cara menambah atau mengurangkanya. semuanya sesat yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang paling baik sehingga tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk daripada bid'ah itu sendiri.



12. Bid'ah idhofah dan tarkiyyah ( manambah dan meninggalkan) dalam beriltizam dengan sejenis ibadat mutlak adalah masalah khilafiah. Setiap orang mempunyai pendapatnya sendiri dan tidak mengapa mencari hakikat berdasarkan dalil dan bukti.

13. Menyintai orang-orang yang soleh, menghormatidan memberi pujian terhadap amal baik yang mereka lakukan adalah jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah.


Wali-wali Allah adalah mereka yang disebut oleh Allah dalam Al-Quran iaitu orang-orang yang beriman dan bertaqwa.


Karomah (keramat) berlaku kepada mereka dengan syarat-syarat syara' serta mempercayai bahawa mereka adalah hamba yang diredhai Allah. Mereka tidak mampu memberi manfaat atau mudarat ketika hidup atau selepas mati.Mereka juga tidak mampu memberi kurniaan yang ada pada mereka untuk orang lain.
14. Menziarahi kubur dalam keadaan apa sekalipun adalah sunnah yang disyariatkan dengan cara-cara yang ma'sur.
Meminta pertolongan dari ahli kubur , menyeru mereka kerana perkara tersebut, menuntut mereka menunaikan segala hajat sama ada dari dekat atau jauh, bernazar kepada mereka, membangunkan binaan diatas kubur, menyelimutinya, meneranginya ( dengan lampu ), mengusap-ngusapnya, bersumpah dengan sesuatu selain allah dan lain-lain adalah perkara bid'ah, berdosa besar dan wajib diperangi. Kita tidak mentakwilkan amalan-amalan ini dengan tujuan menutup jalan kemungkaran.
15. Berdoa kepada Allah dengan cara bertawassul dengan salah satu makhlukNya merupakan perkara khilaf furu' di dalam kaifiat berdoa dan bukan permasalahan aqidah.
16. Uruf yang salah tidak mengubah hakikat lafaz-lafaz syariat, malah wajib dipastikan batas-batas pengertian yang dimaksudkan dari lafaz-lafaz itu dan tidak melewati pengertian itu.
Begitu juga perlu diawasi sebarang lafaz yang sengaja dikemukan dengan tujuan tipu helah dengan perkara-perkara yang bersangkutan dengan urusan dunia dan agama. yang diambil kira ialah sesuatu yang dinamakan dan buka nama yang diberikan.
17. Aqidah merupakan asas setiap amalan. Amalan hati adalah lebih penting dari amalan anggota badan. Mencari kesempurnaan pada kedua-duanya adalah dituntut oleh syara' walaupun darjat tuntutan pada kedua-duanya berbeza.
18. Islam membebaskan akal, menggalakan supaya memerhatikan alam semesta, mengangkat kedudukan ilmu dan ulama', mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat.
Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, dimana sahaja didapati maka dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya.
19. Boleh jadi perkara yang diteliti oleh syara' tidak termasuk kepada perkara yang diteliti oleh akal, begitulah juga sebaliknya. Sungguhpun demikian pandangan syara' dan pandangan akal tidak bercanggah dalam perkara yang qat'i.
Hakikat ilmiah yang soleh tidak bertentangan dengan kaedah syara' yang thabit. perkara dzanni dari kedua-duanya ditakwilkan agar sesuai dengan qat'i.
Jika pandangan syara' dan pandangan akal masih berada diperingkat dzan, maka pandangan syara'lah yang lebih utama untuk diterima hinggalah pandangan akal dapat menthsabitkan kebenaranya atau ia akan gugur dengan sendirinya.
20. Kita tidak mengkafirkan seseorang muslim yang telah mengucap dua kalimah Syahadah, melaksanakan tuntutan-tuntutanya dan menunaikan kewajipan-kewajipanya dengan hanya berdasarkan kepada pendapat atau maksiat yang dilakukan melainkan jika seseorang itu:
a. Mengakui kalimah kufur,
b. Mengingkari perkara agama yang diketahui secara dharuri,
c. mendustakan ayat Al-Quran yang jelas pengertianya,
d. Menafsirkan Al_quran dengan penafsiran yang tidak diterima oleh uslub bahasa arab dalam semua keadaan.
e. Melakukan sesuatu yang tidak boleh ditafsirkan selain dari kufur.
bersambung....

No comments: