Thursday, July 24, 2008

Bila dah bengap ....

Bila mata hati sudah ditutup dari melihat kepada kebenaran dan melihat kebenaran itu pula seumpama kebaikan yang nyata maka akhirnya akan merugikan dirinya sendiri.Itulah seketsa yang wajar saya nyatakan kepada orang yang fobia kepada majlis ilmu yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang ada cop PAS.
Sikap suka melebalkan asal saja penceramah atau ustaz itu dari PAS maka apa sahaja yang diungkapkan dalam ceramahnya maka ia akan terus dianggap sebagai ceramah politik dalam masjid dan surau walhal sebenarnya apa yang diungkapkan itu adalah hukum-hukum asal yang dijelaskan dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi saw yang selama ini mereka barangkali tidak pernah mendengarnya.
Saya sebenarnya sedih melihat situasi dan keadaan begini berlaku pada kawan-kawan saya yang terlalu kuat umnonya sehingga menolak siapa sahaja ustaz dan penceramah dari PAS atau yang miripnkepada PAS berceramah dan berkuliah di surau taman perumahan tempat saya tinggal sekarang dan ungkapan yang paling saya bengang ialah bilamana dia berkata " Surau kita baru nak ramai dah bawa politik dalam surau kan dah pecah belah orang melayu kat kawasan kita ni".
Bila dia bercakap macam tu teringat saya sejarah awal kenabian nabi kita Muhammad SAW, para pembesar dan pemimpin musrykin mekah dengan tegas bahawa Muhammad datang bersama agama barunya yang membawa perpecahan dalam kaum Arab.
Apa sahaja yang disampaikan oleh nabi dalam dakwahnya maka ia akan dilavel sebagai punca kepada perpecahan kaum arab dan fitnah seperti itu tetap hidup dalam masyarakat sehingga ke pada hari ini. asal sahaj ada orang yang ingin meyampaikan risalah islam yang syumul dan sempurna maka ia akan dianggap sebapai pembawa kepada perpecahan dan saya lihat perangai yang dipelopori oleh Abu Jahal dan Abu Lahab ini menebal dalam segelintir penyokong dan ahli umno termasuk ditempat saya.
Dalam kesempatan menyampaikan ceramah atau kuliah dan tazkirah di masjid dan surau-surau sahajalah paltform yang terbaik bagi para ustaz kita menyampaikan nasihat dan teguran yang berkaitan dengan politik dan pentadbiran seperti yang ajar oleh islam tetapi ia tidak mahu dimengerti oleh puak-puak ni yang hanya memandang sinis dengan penuh curiga dan neagatif sahaja.
Para ustaz kita berceramah, menasihat atau mengkeritik sesuai dengan perintah Allah yang menyuruh kita menjalankan tugas amar makruf dan nahi mungkar dan sesuai dengan perintah nabi berkatalah yang benar walaupun ia pahit dan atas dasar inilah para ustaz kita memainkan peranan.
Nasihat saya kepada kawan-kawan yang masih menebal keumnoan itu agar dapat membuka mata dan mendengar tanpa prasangka apa yang bakal diutarakan oleh para ustaz yang berkuliah dan berceramah itu untuk kebaikan sendiri dan bukan kepada kepartian kerana bermula dari penggal pemerintahan Pakatan Rakyat inilah majlis ilmu di masjid dan surau-surau dapat dihidupkan semula selepas lebih 50 tahun ia berjalan lesu tanpa pengisian yang sempurna dalam membicarakan kesyumulan islam yang hakiki.
Saya menyeru kepada semua Nazir dan Ajk Masjid serta Pengerusi dan Ajk Surau agar dapat menghidupkan kembali peranan institusi masjid dan surau menjadi pusat percambahan ilmu yang sudah lama ia tidak digilap seperti ilmu-ilmu yang berkaitan dengan hukum jenayah islam dan pentadbiranya, politik atau siasah islam yang menjadi sebahagian dari kesempurnaan islam dan bukan masanya lagi kita di masjid dan surau yang asyik membicarakan bab-bab toharah, bersuci dan lain-lain dan bukan maksud saya menidakanya tetapi perbanyak dan perluaskanlah hukum-hukum islam yang jarang diteroka sebelum ini untuk menjadi keutamaan kita sekarang.
Hidupkan dan makmurkanlah masjid dan surau kita dengan majlis ilmu dan penuhkanlah saf-safnya dengan menunaikan solat berjamah pata tiap waktunya demi mencari keampunan dan keberkatan Allah swt. Cucilah karat kebangsaan melayu umno kepada kecintaan kita kepada penghayatan islam yang sempurna.Apa ada pada MELAYU jika ISLAM dimusuhi.
Wallahua'lam..

No comments: