Tuesday, July 15, 2008

Adilkah Polis?

Itulah persoalan yang sering meniti dibibir setiap angota masyarakat kini bila melihat Polis seakan berusaha menyiasat apajua kes dan aduan yang dibuat terhadap mana-mana angota pembangkang dan orang awam tetapi membisu dan seakan lumpuh apabila ada laporan dan aduan yang dibuat terhadap para menteri dan pimpinan umno dan BN.
Tidak perlulah saya menyatakan secara terinci kes-kes tersebut kerana ia sememangnya sudah diketahui oleh umum.Bermula dari era reformasi 1997 yang lalu hingga kini terlalu banyak aduan dan laporan yang dibuat membabitkan para menteri dan pimpinan tertinggi kerajaan seperti kes rasuah Rafidah Aziz yang seakan sudah nyata ada kes terhadapnya tetapi didiamkan hingga kini,kes penyelewengan saham maika holding,uda holding dan lain-lain,siasatan lanjut mengenai kes pembunuhan di Memali,10 individu yang dinyatakan oleh Rais Yatim, isu bakun,isu Dato' Ramli Yusof pegawai tinggi Polis yang kaya raya, isu Datuk Zakaria Mat Derus sampai dia matipun kesnya tidak disiasat, isu rasuah dan penyelewengan Khair Toyo,dan macam-macam lagi dari aduan yang bersifat penyalahgunaan kuasa, rasuah,perilaku seks dan lain-lain yang membabitkan individu atau vvip kerajaan sehinggalah yang terkini ia membabitkan Ketua Polis Negara,Peguam Negara,Timbalan Perdana Menteri dan isterinya,MP BN dan bekas hakim. Namun sehingga kini aduan terhadap mereka terus senyap tanpa siasatan dan tanpa bicara cuma kita melihat bila pihak kerajaan tertekan lalu perlu ada kambing hitam untuk dijadikan mangsa untuk menutup mulut rakyat.
Tapi bila aduan dan laporan yang dikemukakan membabitkan individu dalam barisan kepimpinan pembangkang dengan segera pihak polis membuka kertas siasatan tanpa bertangguh walau seketika pun.
Sekitar 30 hari kebelakangan ini kita melihat episod lakonan dan peranan polis dan pihak yang berkuasa lain memainkan dan membenarkan seperti apa yang disangka, Dari melewat-lewatkan siasatan terhadap akuan bersumpah Raja Petra, akuan bersumpah Bala,penyalahgunaan kuasa oleh KPN dan Peguam Negara yang pada saya adalah lebih telus semua kes ini memerlukan satu Suruhanjaya Diraja untuk mengendalikan siasatan terhadap laporan tersebut. Mana mungkin polis adil untuk menyasat bos mereka,mana munkin BPR adil menyiasat KPN dan Peguam Negara. Mana mungkin Dato' Bakar Pengarah JSJ Bukit Aman ada keberanian menyiasat Najib dan Rosmah secara telus dan teliti tanpa campurtangan orang diatasnya. Kes cabul yang membabitkan MP umno mana pendakwaanya ?
Kini polis kiita semakin tidak rasional dalam tindakanya sehingga bertindak hanya menurut laporan khabar angin semata-mata seperti insiden yang berlaku semalam di Bangunan Parlimen. Pak Menteri dan pegawai tinggi polis hingga kini masih gagal meyakinkan rakyat mengenai tindakan mereka mengepung Bangunan Parlimen semalam.
Bila aduan dan laporan terhadap Anwar dibuat dengan segera dan tanpa bertangguh Dato' Bakar Zenin membentuk pasukan penyasatnya bertindak menyiasat laporan tersebut tetapi yang anehnya hingga kini Anwar Ibrahim masih belum diberi salinan laporan polis yang dibuat oleh budak Saiful itu! Susah sangatkah bagi pihak polis untuk memberikan salinan itu kepada Anwar?
Apa yang jelas tindakan pelakon baru polis ini iaitu Dato' Bakar Zinin membuatkan rakyat makin tidak mempercayai siasatan yang adil dapat diberikan kepada Anwar. Saya bukanlah penyokong totok Anwar Ibrahim tetapi bagi saya dia dan semua anggota masyarakat dan para menteri dan pimpinan BN sewajarnya mendapat siasatan yang telus dan adil kerana polis sewajarnya menjadi sumber untuk mendapatkan keadilan bagi pihak yang terinyaya.Semua tertuduh sepatutnya tidak dihukum bersalah selagi belum dibuktikan bersalah dalam perbicaraan yang adil di mahkamah dengan pembuktian yang adil dan telus.
Akhirnya saya mengaharapkan agar pada kali ini pihak polis dapat membebaskan diri mereka dari telunjuk orang yang berkepentingan. Maka jalankan tugas anda dengan penuh bertanggungjawab dan amanah terhadap kejaya anda,rakyat dan negara.
Wallahualam....moga kita sentiasa mendapat Hidayah dan Inayah Allah swt.

No comments: