Thursday, July 17, 2008

Undang-undang terapung

Ada sesuatu yang tidak kena dengan undang-undang negara kita?
Persoalan yang meniti dibibir rakyat Malaysia kini yang perlukan kepada jawapan dan perbahasan umum.
Saya bukan berbicara khusus dan simpati kepada sdr Anwar Ibrahim tetapi yang dilihat adalah perlaksanaan undang-undang pada keseluruhanya dan secara kebuetulan juga ia berlaku kepada sdr Anwar Ibrahim dan memperlihatkan kepada kita akan kepincangan undang-undang yang diamalkan sekarang.
Mana mungkin polis boleh bertindak seperti apa yang dilapor oleh sdr Anwar sebentar tadi dan kita juga jika tidak dihujjah oleh sdr Anwar boleh menilai apa sebenarnya yang berlaku.
Dari kengganan polis memberikan salinan asal report terhadapnya oleh orang yang mengadu dengan alasan arahan dari orang atas langsung tidak boleh diterima.Begitu juga alasan dari pihak polis mengenai cara tangkapan terhadap sdr Anwar yang mengikut lunas undang-undang juga tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia dan akhirnya katalah apapun alasan rakyat tetap tidak akan menerimanya lagi kerana jelas sekarang polis adalah satu instrument yang berpihak kepada sebelah pihak sahaja dan bukan lagi penegak undang-undang kepada rakyat.
Bukan semua angota polis begitu sikapnya tetapi hanya beberapa orang pegawai tingginya sahaja yang bersikap seperti BADUT sarkas seperti Ketua Polis Negara dan Timbalanya serta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Bakri Zinin yang angkuh itu.
Persoalan sekarang apakah jaminan rakyat Malaysia akan mendapat keadilan dalam perlaksanaan undang-undang kerana sistem undang-undang ini telah terlalu rosak yang seakan tidak dapat dibendung dan dipulihkan lagi hasil dari tindakan mereka sekarang.
Sdr Anwar yang seketika dulu adalah Timbalan Perdana Menteri dilayan seperti anjing kurap oleh mereka lalu bagaimana kita?
Kita sedang menanti apa sudahnya kes yang dilapor oleh sdr Anwar terhadap Musa Hassan dan Ghani Patail, laporan bersumpah terhadap Rosmah dan akuan bersumpah Balasubramanim terhadap Najib. Raja Petra kini telah dirujuk ke Mahkamah kerana laporan dan akuan bersumpahnya terhadap Rosmah.
Soalnya sekarang apa tindakan polis terhadap individu-individu yang sedang berkuasa ini? Jelas tiada ketelusandan tiada tangkapan seperti cara sdr Anwar ditangkap semalam, kenapa mereka belum direhatkan lagi dan kenapa mereka masih bertugas dengan jawatan mereka sekarang?
Jika perlaksanaan ini telus dan adil kesemua mereka sepatutnya direhatkan dari tugas mereka sehingga siasatan selesai dibuat. Sekarang KPN dan AG itu jugalah yang akan bertindak terhadap sdr Anwar dalam isu yang berlainan, fikir-fikirkanlah....
Episod sebeginilah yang akan menjahanamkan undang-undang dan menghuru-harakan negara dan polislah yang selayaknya dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini pada masa akan datang dan jangan salahkan rakyat jika rakyat sudah tidak percaya lagi terhadap undang-undang dan PDRM.
Wallahualam... Lawan tetap lawan.

No comments: