Saturday, August 9, 2008

Harapan Kepada Muktamar

PAS bakal mengadakan Muktamar tahunanya mulai dari 15 - 17 ogos ini di Ipoh, Perak. Muktamar tahunan inilah sebenarnya medan resmi para perwakilan menyampaikan serta mengutarakan usul-usul yang menyentuh aspek parti dan permasalahan global samada masalah dalaman parti, gabungan, dalam negara mahupun luar negara, masalah ummat islam sejagat dan lain-lain yang dianggap perlu.
Saya melihat dari pengalaman lalu terutaman muktamar terakhir yang disertai oleh Allahyarham Ust Daro' Fadzil Noor merupakan muktamar yang paling menarik kerana ia di isi dengan pelbagai isu terutamanya apabila ada perwakilan yang secara terbuka menegur pimpinan tertinggi dan ia diterima baik oleh pimpinan walaupun semacam ada suara diperingkat tertinggi melahirkan rasa terkilan kerana teguran itu dibuat secara terus kepada pimpinan.
Mukamar kali ini saya juga merasakan ada kelainanya kerana kita baru sahaja menghadapi pilihanraya umum 08 mac lalu dengan kemenangan yang berganda daru 2004 lalu dan ia juga dibuat dinegeri pertama PAS mengadakan Muktamar sejurus penubuhanya di Gunung Semanggol.
Sebenarnya apa yang saya ingin ketengahkan ialah Muktamar kali ini akan sarat dengan isu-isu yang menarik terutamanya isu yang berhubung Muzakarah / Muqabalah, Isu kerjasama dan peranan PAS dengan Pakatan Rakyat, pembentukan kerajaan baru yang dicanangkan oleh sdr Anwar Ibrahim, isu kenaikan harga gas dan petrol serta harga barang dan lain-lain dan apa yang sangat saya nantikan sebenarnya ialah penjelasan isu peranan PAS DALAM KERAJAAN PULAU PINANG kerana saya terbaca beberapa artikel dalam beberapa blog yang menyatakan bahawa PAS PP seakan mahu memulaukan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh kerana seakan berasa hati kerana PAS PP sering dianak tirikan oleh pimpinan kerajaan PP dan boleh dikatakan seakan "ada pun takpe takde pun takpe". Saya tidak tahu sejauh manakah ia berlaku dan sedang ditahap apa sekarang. Saya juga tercari-cari akan jawapanya atau kenyataan yang mengulas isu tersebut dari mulut pimpinan kita namun seakan tiada respons.
Harapan kita agar para perwakilan yang bersidang dalam muktamar ini nanti rasional dan bijak mengatur strategi dalam mengemukan usul dan hujah kerana kita diperhatikan oleh segenap penjuru dan jangan biarkan ada ruang musuh mencium kelemahan kita. Medan Muktamar inilah sewajarnya diperhebatkan dengan rangsangan wawasan islam memacu rakyat Malaysia kearah kestabilan dan keadilan mengikut landasan Syarie. Wallahualam...

No comments: