Thursday, October 30, 2008

ISA

Menyorot kepada perbahasan di Parliment hari ini mengenai ISA . pihak Kementerian Pertahanan bertegas untuk mempertahankan penggunaan ISA ini demi untuk mempertahankan kestabilan negara daripada anasir-anasir yang menjurus kepada pelbagai isu yang berkaitan dengan keganasan dan sebagainya.
Saya melihat ISA ini akan tetap diteruskan oleh kerajaan Regim Barisan Nasional demi untuk mempertahankan kuasa mereka. Hujah-hujah yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri menyatakan bahawa ISA ini adalah sebagai akta pencegahan dan segala sumber maklumat adalah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan dimahkamah.
Saya kira ini adalah satu kenyataan paling bodoh yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri. Bayangkan bagaimana orang yang ditahan didalam ISA dan keluarganya begitu dahsyat dizalimi dan saya telah banyak membaca catatan daripada bekas tahanan ISA ini. Bukan sahaja mereka diugut dan dizalimi bahkan lebih dahsyat lagi ahli keluarganya yang tinggal diluar pun diugut dan di pantau pergerakan mereka oleh pasukan polis.
Dalam hal ini kita sepatutnya kembali kepada prinsip keadilan Islam bahawa seseorang itu tidak akan dianggap bersalah selagi tidak dibuktikan didalam sistem mahkamah yang adil.

No comments: