Wednesday, October 28, 2009

Rakaman akan dimusnahkan

Sebentar tadi saya telah dihubungi oleh seorang teman pimpinan yang minta supaya rakaman yang saya miliki diserahkan kepada Dato' Tuan Ibrahim Tuam Man selaku Pengerusi Lembaga Disiplin PAS Pusat dan arahan kepada saya juga jelas untuk memadamkan mastercopynya.

Saya sendiri telah menghubungi Dato' Tuan Ibrahim sebentar tadi untuk bercakap sendiri dengan beliau dan beliau mengesahkan arahan tersebut dan saya akan seberapa segera menyerahkan salinan rakaman tersebut dan akan memadamkanya. Salinan tersebut akan dijadikan bahan bukti dalam siasatan yang akan dijalankan selepas ini. Insyaallah saya sedang bersiap untuk ke Pahang untuk menyerahkan sendiri salinan tersebut.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendengar dan mendapatkan rakaman tersebut selepas ini sila berhubung sendiri dengan Dato' Tuan Ibrahim dan saya pagi ini masih lagi dihubungi oleh individu-individu yang saya tidak kenal mahukan rakaman tersebut.

Wallahi... juga terpaksa membayar dengan nyawa saya sekalipun saya tidak akan menyerahkan kepada sesiapa walau sebesarmana jawatanya sekalipun melainkan kepada Dato' Tuan Ibrahim yang saya yakin akan dapat menjalankan siasatan dengan adil dan saksama. Jadi jangan ada sesiapa lagi selepas ni yang gatal nak hubungi saya merayu untuk benda tu. Semua pihak kena hormat terhadap lembaga disiplin yang menjalankan tugasnya.

Dalam keadaan dua darurat saya yang saya hadapi sekarang saya memilih untuk mengambil darurat yang ringan dari terjerumus kedalam darurat yang lebih besar implikasinya terhadap jamaah ini. Wallahualam....

No comments: