Saturday, October 10, 2009

Terkini 05.45 pagi dari PRK N31 BAGAN PINANG

Alhamdulillah ketika saya masih menunggu masuknya waktu subuh dinihari ini pelbagai insiden telah dilaporkan oleh petugas-petugas unit amal uang berkawal di markaz-markaz upu sehingga menjelangnya waktu mengundi hari ini 11 oktober 2009.

Antara laporan-laporan yang sempat diamati sejak dari jam 12 tengahmalam tadi hingga ke detik ini ada beberapa kejadian yang telah dilaporkan antaranya satu pergaduhan hampir tercetus antara kedua-dua belah pihak yang menimbulkan suasana panik seketika.

Akibatnya ramai dari Anggota Unit Amal telah meninggalkan kedudukan masing-masing danmenderu kepada lokasi yang dimaksudkan. Wallahualam

Namun harus di ingat kepada pasukan hadapan parti Anggota Unit Amal tersebut tidak bolah meninggalkan kedudukan masing-masing sesuai dengan arahan dari Ketua Komander lewat tangahmalam tadi.

Saya suka mengingatkan kepada Anggota-Anggota Unit Amal ini agar lebih menjiwai dan memahami kisah duka peperangan Uhud apabila sebahagian dari kumpulan pertahanan Nabi telah melanggar arahan Nabi SAW dengan tidak meninggalkan kedudukan dai tempat yang telah tetapkan kerana ia akan memberikan ruang pihak musuh mengatur strategi dan kedudukan yang boleh melemahkan kedudukan pertahanan tentera Islam.

Begitulah halnya sebentar tadi, bayangkan apa berlaku sekiranya semua anggota pertahan ini tertumpu kepada suatu tempat kejadian yang boleh diselesaikana oleh pihak lain tetapi dek keghairahan kita dan dengan sengaja kita meninggalkan kedudukan yang telah diamanahkan maka dengan mudah pihak musuh menyerbu masuk dan membuat kacau di Markaz induk ini.

Ada laporan yang mengatakan pasukan bermotorsikal dari pemuda PAS telah dikepung oleh pemuda Umno hingga mencetuskan perbalahan, namun pada ketika itu ada pasukan FRU yang bertugas berjaya meleraikan perbalahan tersebut. Sejauhmanakah kebenaran dan kesahihan berita tersebut belum dapat dirungkai sebenar-benarnya kerana penulis hanya mendengar laporan yangdihantar terus kepada ketua komader unit amal di Markaz Induk ini.

Pada jam lebih kurang 4.25 pagi satu lagi perkara yang tidak sepatutnya berlaku apabila sebuah kereta peronda polis secara tiba-tiba mengeluarkan satu arahan bodoh kepada kami apabila dia mengkehendaki semua kereta yang di parkir di bahu-bahu jalan dialaih dengan segera kerana dakwanya menghalang lalu lintas dan kegagalan mengalihkan kenderaan kami akan berhadapan dengan tindakan kereta-kereta kami akan ditunda.

Tidak lama kemudian tiba-tiba muncul sebuah trak penunda dihadapan Markaz Induk ini untuk menjalankan tugasnya. Sekali lagi sebahagian dari kami gempar dengan insiden ini dan menyangka bahawa trak penunda tersebut akan menunda kereta-kereta kami dan pihak kami memerhatikanya dari jauh sahaja.

Rupa-rupanya kedatanganya untuk menunda sebuah Hilux yang dikatakan rosak untuk ditarik ke bengkel.

Kegemparan ini berikutan dengan arahan bodoh oleh seorang polis bodoh yang telah lali setelah mengeluarkan arahan untuk mengalihkan kenderaan kerana menghalang lalu lintas pada jam 4.00 pagi.

Saya tidak pasti Polis ni datangnya dari hutan atau beluka mana kerana sekiranya polis tersebut telah bertugas di sini sejak dari hari penamaan calon sudah tentu dia melihat deretan kereta para petugas di parkir di kiri kanan jalan yang berhadapan dengan Markaz Induk ini dan mengapa arahan ini dikeluarkan seawal jam 4.00 pagi menjelang hari mengundi? Sebelum ni mata dia buta ke tidak melihat senario ini pada setiap hari atau sengaja ingin menimbulkan rasa marah dan membuat provokasi terhadap petugas-petugas Unit Amal dan kami yang berkampung disini.

Kepada anggota polis berkenaan sedarlah dari lena mu kerana sesungguhnya anda sebenarnya sedang mengigau disubuh hari kerana arahan kamu yang tidak masuk akal. Kami akui adalah menjadi kesalahan kepada kami meletakan kenderaan di bahu jalan dan kami maklum ia adalah suatu perkara yang boleh mendatangkan kecelakaan namun harus dia ingat dimana lagi letaknya kawasan yang kami boleh parkir kereta? Dihadapan Masjid ia terlalu sempit. Berfikirlah secara rasional dan jangan bertindak ikut kebodohan akibat dari runtunan nafsu jahat kamu.

No comments: