Thursday, October 15, 2009

Prestasi Terburuk Musa Hassan

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini membidas beberapa penulis blog yang mempertikai kredibiliti polis yang masih gagal mengesan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Raja Kamarudin, untuk hadir ke mahkamah.

Beliau berkata kelemahan bukanlah di pihak polis tetapi sebaliknya Raja Petra sendiri yang melarikan diri dan mengelak daripada diadili di mahkamah.link


Tersebutlah diatas adalah kenyataan Musa hassan Ketua Polis negara yang baru disambung kontraknya untuk menjaga keamanan dan kestabilan negara.


Bolehkan kita menerima kenyataan KPN tersebut? Bila orang yang hendak didakwa atau orang salah atau orang jahat tidak dapat ditangkap tapi tidak dapat ditangkap kerana penjenayah itu lari dan bersembunyi?


Inikah prestasi orang yang baru disambung kontrak kerjayanya? Jika beginilah prestasi KPN ni maka tidak hairanlah bila kita lihat indeks jenayah dalam negara kita semakin meningkat tetapi dalam masa yang sama polis ni lebih sibuk mengekori semua orang-orang politik terutamanya dari Pakatan Rakyat.

Begitulah malangnya rakyat malaysia yang mempunyai seorang Ketua Polis negara yang sangat bodoh dan lalai dalam menjalankan tugas resminya sebagai KPN tapi bulu roma, tompok-tompok air mani boleh jumpa pulak tu walau dilapisi oleh cadar yang tebal dan boleh kenal pulak tu bulu ari siapa yang bertaburan dalam bilik air, tapi seseorang suspek yang dikatakan perlu untuk diadili tidak dapat dikesan.

Maka sewajarnyalah Kerajaan 1 Malaysia ini mengkaji semula kedudukan si Musa Hassan ni sebagai KPN dan jalan yang terbaik gantikanlah dia dengan seorang tokoh yang adil dan berwibawa untuk membenteras jenayah dalam negara yang kita cintai ini. Wallahualam...


No comments: