Wednesday, October 14, 2009

BERDAKWAH SECARA BERHIKMAH KEPADA UMNO?


Kita bisa sahaja melunakkan pekerti kita dalam berbahasa atau dalam tindakan kita untuk menyampaikan dakwah kepada sasaran kita.


Pelbagai uslub dakwah yang boleh kita gunakan samada secara lembut, secara memujuk, merayu, mempamerkan budi pekerti dan akhlak yang tinggi lagi mulia kepada sasaran dakwah kita tanpa menggunakan teknik serangan, sindiran atau sebagainya dalam usaha dakwah kita samada melalui ceraha, penulisan atau lainya.


Dalam sirah Nabi kita Muhammad s.a.w. baginda mempamerkan seleuruh aspek kehidupanya sebagi model yang terbaik dalam melebarkan dan menyampaikan dakwah begitu juga kepada para sahabat baginda juga mengikut jejak yang telah dirintis oleh baginda Nabi s.a.w. untuk menyampaikan masej dakwah.


Apabila kita berhadapan dengan UMNO kita sebenarnya berhadapan dengan satu senario lain. Siapa kata uak-puak UMNO ni bodoh? Jahil? Samseng? Jahat? Perasuah? Penipu ? Munafik dan sebagainya.


Pendekatan dakwah secara lembut manakah yang kita boleh gunakan untuk menyatakan atau memujuk para pemuka dan ahli UMNO untuk tidak melakukan segala macam angkara yang dinyatakan diatas?


Sudah lebih 52 tahun kita di injak-injak dek kerja-kerja kotor mereka pada setiap ketika apatah lagi disaat kita bertempur dalam pilihanraya.


Ya! mungkin dalam situasi bertenang dan biasa seperti ini mungkin kita boleh gunakan sebaik mungkin atau selembut mungkin pendekatan dakwah kepada mereka tanpa memaki hamun, tanpa mencerca mereka dan sebaginya walaupun dalam media terbuka mereka menghentam kita dari pelbagai susut.


Tolong cadangkan kembali kepada kami bagaimanakah caranya untuk kita berhadapan dengan mereka ini dalam konteks untuk melunak dan melembutkan mereka dengan uslub dakwah yang lembut.


Apabila kita berada dalam suasan pilihanraya kita juga sebenarnya berada dalam zon peperangan. Nah pada ketika itu jika kita tidak membunuh maka kita yang akan terbunuh.


Lagak samseng yang ditunjukkan dalam PRK Bagan Pinang lalu apakah kita boleh biarkan begitu sahaja dan kita hany melihat sambil berpeluk tubuh sahaja pemuda kita diserang dan dipukul?


Pemuda PAS dan ahli-ahli PAS cukup berhemah dan bersabar menghadap setiap provokasi daripada pihak UMNO dan polis. Bayangkan sekiranya setiap perkara yang dijual oleh UMNO para penyokong PAS membelinya dengan harga yang murah tidak kah itu lebih memudharatkan suasana berpilihanraya.


Penyokong dan ahli PAS tidak akan sewenang-wenangnya akan melayan setiap provokasi UMNO dan Polis dengan begitu sahaja kerana penyokong dan ahli PAS telah ditarbiyahkan untuk terus bersabar selagi boeh bersabar atas nama ISLAM.


Dalam serangan maya dan media dimana ruang kita untuk mendepani hujah-hujah mereka dengn secara lembut tanpa menggunkan serangan dan bahasa lunak untuk melenturkan kegoan UMNO?


Melalui media maya seperti ini tidak semua rakyat negara kita memilikinya sedangkan dalam media perdana kita saban hari dihina dan diperbodohkan.


Kita tidak pernah menganggap UMNO ni kafir atau yahudi cuma mereka sahaja yang perasan yang kononya kita mengatakan mereka sedemikian rupa kerana tingkah laku dan kerja buat mereka serupa.


Berapa ramai dari kalangan kita yang sudah berjaya mendepani mereka dengan pelukan dan genggaman erat untuk meredakan situasi panas berpolitik?


Kadangkala dalam menyampaikan masej dakwah ini kita perlu keras dan tegas apatahlagi kepada golongan yang cerdik pandai tetapi jahil dalam UMNO ni.


Kita bacakan Ayat al-Quran dan Hadis-Hadis Nabi s.a.w. sebagai bandingan dan peringatan mereka tolak mentah-mentah dengan pelbagai alasan....tidak kah golongan yang menolak atau menafi dan menidakkan setiap huruf-huruf al-Quran dan Hadis-Hadis Nabi WAJIB kita perangi.


Cara memerangi bukan sahaja dengan pedang dan persenjataan kita juga boleh perangi dengan lisan dan mata pena dan tulisan maya.


Bahkan dalam al-Quran juga Allah s.w.t. juga menggunkan kecama-kecama yang hebat kepada orang-orang yang memusuhi islam. Kalimah "CELAKA, BINATANG, KERA" dan sebagainya juga diungkapkan dalam al-Quran untuk menggambarkan betapa hinanya dan jahatnya serta degilnya mereka.


Kita hanya membenarkan sahaja kerja buat mereka, jika dia perasuah kita katakan dia perasuah, dia jahat kita katakan dia jahat, dia pembunuh kita katakan dia pembunuh, di hina islam kita katakan dia menghina islam, dimana kelunakkan bahasa yang boleh kita gunakan kepada perasuah, samseng, pembunuh,penipu,perampas,perogol, pencuri atau sebagainya? Jika dibarkan maka akan lebih ramai lagi yang akan menjadi mangsanya.


Menghebahkan keburukan seseorang untuk menjauhkan orang lain dari terkena kezalimanya juga menjadi tanggungjawab kita dalam menyampaikan masej dakwah. Tak kan lah kita nak katakan bahawa dia tu orang baik maka kita undilah dia kerana nanti dia boleh rasuah lagi, boleh rampas harta dan tanah orang lagi atau sebagainya tanpa kita memperkenalkan siapa orang itu?


Wallahualam, berdakwahlah mengikut keadaan semasa, perlu kepada berhikmah kita berhikmah, perlu kepada kelunakkan bahasa dan tingkah laku kita lakukan dan perlu keras dan tegas kita lakukan yang penting masej dakwah kita itu sampai dan didengari oleh mereka dan yang paling penting mereka tahu kita ni bukan jenis orang yang senang-senang untuk dibuli dan diperdaya begitu sahaja kerana kita akan menyerang apabila sesuai dengan waktunya. Allahuakbar....


No comments: