Wednesday, October 14, 2009

Budak Rembau Gila Semula


Tak semena-mena si Khiry melalak lagi dalam perhimpuan orang-orang gila se Tanah Melayu dengan mengatakan takad untuk tidak membenarkan DSAI menjadi PM dan lain lain isu.

Budak Rembau kata : "Anwar Ibrahim melalaikan masyarakat Malaysia, memanipulasi dan mengulit jiwa mereka dengan kata-kata indahseakan-akan dia lah pemimpin yang bersih, tulen, berintegriti, dan acap kali menuduh pemimpin UMNO sebagai rasuah, rakus dan rasis.


Dia kata lagi :"Siapa sebenarnya Anwar Ibrahim? Pejuang rakyat marhaen? Pejuang agama Islam? Pejuang bangsa Melayu? Pejuang hak asasi yang berjaya dengan helahnya terhadap sebahagian generasi muda yang tidak pernah kenal siapa Anwar yang sebenar, seorang chameleon politik sesumpah yang berubah warna mengikut musim dan ketika melompat dari pohon ke pohon; makhluk pelbagai alam," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Pemuda di sini hari ini. Dipetik dari laporan mStar online baca disini


Jawapan untuk budak Rembau dan pemuda yang sebodoh denganya, baca elok-elok....


1. Siapa DSAI.? DSAI ialah orang yang korang zalimi dengan pelbagai tohmahan dan fitnah yang korang cipta tetapi gagal meyakinkan rakyat yang pandai.


2. Memang dia pejuang marhaen, bukan pejuang politik macam korang yang berjuang untuk perut sendiri dan kroni.


3. Sekurang-kurangnya ada juga usaha dakwah yang dia buat tak macam korang yang kaki clubing dan kaki tonggang dan perasuah.


4. Benar dia pejuang bangsa melayu...tak macam korang yang berjuang untuk bangsa perut dan kroni. Siapa yang menggadaikan segala Tanah Rizab Melayu, siapa yang memansuhkan Biasiswa Melayu? Siapa yang mencemarkan instiusi raja-raja melayu? siapa perompak harta orang-orang melayu? Siapa yang menual segala rizab balak di Pahang?


5. Wang Zakat? korang nak persolakan? cuba imbas tahun-tahun kebelakangan lalu...siapa yang songlap berjuta-juta wang Zakat di MAIWP ? siapa yang menyalah gunakan wang zakat Selangor? siapa yang khianat terhadap pendiposit Tabung Haji?


Woi!! budak Rembau..kalau nak tunjuk hero pun buat la isu lain, isu ni buat aku geli lutut je dengar dari orang yang nampak pandai macam engko tapi bodoh sebenarnya.

No comments: