Saturday, October 10, 2009

PRK N31 BATANG PINANG.

Insyaallah kurang dari 8 jam lagi hari pembuangan undi di Pilihanraya Kecil DUN N31 Bagan Pinang akan berlangsung. Bermula dari 3 oktober lalu parti-parti yang telah disahkan bertanding giat menjalankan kempen-kempen pilihanrayanya untuk memenangi hati para pengundi di kawasan tersebut.


Bagi warga dan khalayak yang bijaksana telah mengamati segenap penjuru cara dan teknik kempen kedua-dua parti.


Disana kita melihat ada pihak yang sentiasa akur terhadap setiap hurup dari undang-undang yang berkaitan dengan pilihanraya dan ada juga yang terpaksa membanggangkan diri untuk terus menodai setiap hurup yang termaktub dalam undang-undang berpilihanraya.


Dari awal kita melihat bagaimana penyalahgunaan kuasa oleh sang penguasa terhadap undang-undang yang kononya didaulatkan.


Kita melihat bagaimana pihak yang sepatutnya bertindak adil dan profesional dalam tugasnya terpaksa melacurkan diri demi kerana memuaskan kehendak nafsu sang penguasa yang semakin gila.


Dari awal-awal lagi kita melihat sang SPR,MPPD,POLIS seakan hilang arah tujuan dan matlamat penubuhan entiti atau instrument itu. Segala jenis sang ini te;ah dengan relanya menjadi pelacur murahan kepada politikus yang menikus untuk meraih kemenagan untuk terus berkuasa.


Secara jelasnya PRK N31 ini pihak yang bertanding adalah PAS dan UMNO. Maka dengan megahnya SPR dan MPPD telah menurunkan segala bentuk banner dan parti-parti komponen PR yang dianggap oleh sang-sang ini tidak bertanding.


Pelbagai helah telah dicipta untuk menurunkan segala macam mak nenek bendera dan logo-logo parti Pakatan Rakyat telah diroboh dan diturunkan.


Tiba-tiba pada jam 11.55 malam tadi sejurus saya tiba PD berhadapan di persimpangan CORUS Hotel saya dapati ada sign board yang parti yang tidak bertanding terpacak di situ padahal sebelum ini tidak kelihatan logo parti serpihan MIC itu wujud disitu.


Apa makna telahan dan dakwaan SPR yang mengatakan bahawa parti DAP dan PKR tidak bertanding di DUN Bagan Pinang maka segala jenis logo, banner,bunting bilboard parti-parti tersebut tidak boleh dinaikkan. Dengan parti budak ni SPR tak berani nak bertindak ke? atau SPR dah cukup kenyang? dll. Wallahualam.


No comments: