Tuesday, October 20, 2009

Luka UG Berdarah Kembali

"Ku fikir luka tu sudah sembuh tetapi rupa-rupanya ia masih bernanah didalam"....itulah perumpamaan dalam kita merungkai masah yang cuba dibangkitkan kepada PAS sejak kekalahanya dalam PRK N31 Bagan Pinang 11 Oktober lalu.

Pelbagai ulasan yang telah dibuat oleh pelbagai pihak dan kebanyakanya cuba mengambil kesempatan untuk memalu kembali gendang UG dengan mempertontonkan pelbagai watak yang perlu dipersalahkan kononya.

Tak semena-mena Dr Hassan Ali yang ditohmah kerana menyebabkan PAS kalah teruk di PRK Bagan Pinang lalu kerana kelancangan mulutnya menyebabkan Pakatan rakyat Selangor bergeser kerana isu arak.

Apa masalahnya dengan isu arak dengan UG? Kerana Tuan Guru Hj. Hadi mendiamkan diri? Kerana Ustaz Nasha memehak kepada Dr Hassan Ali? atau kerana kebanyakan pemimpin lain tidak respons kepada Dr Hassan Ali? atau apa?

Ada juga pimpinan PAS pusat dari pelbagai jawatan cuba untuk respons terhadap isu yang diutarakan oleh Dr Hassan Ali ini namun akhirnya ia berjaya diselesaikan dalam perundingan meja bulat oleh pimpinan PR Selangor.

Justeru kenapa kini ia cuba untuk diketengahkan lagi dalam kita merungaki punca kekalahan di Bagan Pinang lalu.

Saya secara jujur melihat adanya kumpulan dalam pimpinan PAS disemua peringkat yang cuba untuk memalu kembali gendang UG ini. Bahkan diperingkat PAS Pusat dan Pemuda Pusat juga dikhabarkan masih ada lagi suara-suara yang cuba untuk membangkitkan isu ini.

Mengapa kekalahan kita di Bagan Pinang menjadikan kita sakit otak hingga memaksa pimpinan pusat itu dirombak hingga sanggup menyingkirkan Presiden dan Timbalanya hinggakan juga kepada kelompok yang telah dilabel menyokong UG juga harus di singkirkan seperti Dr Hassan Ali.

Kenapa kita memandang begitu sinis kepada Tuan Guru Presiden akibat kekalahan kita di Bagan Pinang hinggakan urusan beliau ke luar negara juga dipersoalkan? Apakah beliau sengaja keluar negara untuk makan angin atau berehat dari memikirkan senario politik negara? Tentunya ada urusan parti atau urusan gerakan Islam Antarabangsa yang menyebabkan beliau memenuhi undangan dari luar negara itu, takan lah nak diwakilkan kepada kerani am pejabat agung PAS untuk menjalankan misi dakwah di peringkat global itu. GOBLOK betul la sapa yang pertikaikan isu ini.

Semua dentuman isu yang dibuat ini tidak lain hanyalah untuk mengungkit kembali isu UG agar orang-orang yang berkepentingan dapat mengambil laba politik dan menyusun strategi yang hanya mereka sahaja yang tahu dengan harapan ahli-ahli PAS di semua peringkat tidak mudah lupa tentang isu UG ini yang menggamit kemarahan Tuan Guru Nik Aziz terhadap Timbalan Presiden PAS dahulu.

Saya lihat kumpulan yang dikatakan sebagai anti UG ni mempunyai rangkaian yang licik disemua peringkat hinggakan ia dapat liputan media yang sangat mudah. Sebenarnya isu UG ini bukanlah sekarang ini mula panas tetapi sebaliknya sejak tempoh berkempen di Bagan Pinang lagi ia sudah kedengaran renggekanya cuma kami tidak mahu respons takut menjadi senjata yang kuat oleh UMNO tapi kalau betulah telahan saya, memang itulah agaknya hasrat mereka agar ada yang respons dan menjadi tajuk berita yang sensasi maka mudahalah ditunding jari kepada orang-orang yang dikehendaki. Wallahualam..saya mohon ampun dan maaf sekiranya telahan saya itu salah....harap ia salah...

Mungkin khalayak tidak tahu bahawa di Selangor sendiri ada usaha-usaha nakal yang cuba menggagalkan setiap kerja baik yang hendak dicadangkan oleh PAS Selangor melalu Pesuruhjayanya Dr Hassan Ali hinggakan ada cadangan supaya PAS Selangor diminta untuk tidak merangka Enekmen Jenayah Syariah Selangor seperti Enekmen Jenayah Syariah ( Hudud ) di Kelantan dan khabarnya Dr Hassan Ali tegas dengan pendirianya supaya enekmen ini di rangka dan dibuat kerana sekarang PR sudah memerintah Selangor, so apa yang hendak di tunggu lagi?

Perangai yang takutkan hukum Hudud ni perangai sape? Bukan perangai-perangai jelmaan UMNO ke? Wallahualam....

No comments: