Yb Dato' Dr Hassan Ali banyak memperkatan tentang peranan PAS di Selangor dan menerangkan kepada kami susur galur kepada beberapa isu yang membabitkan beliau dalam politik negeri Selangor terutamanya yang berkaitan dengan isu arak, SELCAT dan kepala lembu dan lain-lain. Pun begitu banyak lagi isu-isu yang lebih hangat yang tidak diketahui oleh umum yang menjadi cabaran kepada tugas beliau sebagai ahli EXCO Selangor yang mewakili PAS dan masalah yang berkaitan dengan beberapa individu dalam PAS yang telah diketahui oleh umum telah dinyatakan secara serius oleh beliau.
Pertemuan dan perbincangan kami tamat sekitar jam 11.00 malam dan selepas itu kami dijamu dengan durian....dalam sakit kepala tak habis lagi sebab makan durian semalam malam ni saya sebat lagi dan sebelum tu kami dijamu dengan nasi beryani.
Insyaallah segala maklumat lanjut dari siri pertama pertemuan ini saya akan konsikan pada posting yang akan datang kerana hendak melihat komen-komen dari rakan-rakan bloger yang hadir pada malam ni terlebih dahulu untuk melihat dan menilai fikrah mereka. Jika mereka yang hadir memberikan komen dan laporan yang tidak tepat dalam blog mereka seperti yang diperkatakan oleh dua orang tokoh pada malam ini Insyaallah bom jangka akan dihantar kepada mereka kerana saya mempunyai rakaman audio.....jangan nak tulis ikut sedap nafsu sahaja......Ingat pesan Ust Nasa...AMANAH...dalam menjalankan usaha dan kerja-kerja dakwah. Wakil UMNO pun ada malam tadi.Wallahualam....
No comments:
Post a Comment