Wednesday, October 28, 2009

Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih

Alhamdulillah segala kekusutan dalam kepimpinan PAS telah dapat diselesai dan dijernihkan semula hasil dari keputusan Mesyuarat Khas PAS Pusat yang berlangsung lebih 4 jam malam tadi.

Semua pihak terutamanya pendokong dan ahli PAS berdebar-debar menanti sebarang keputusan yang bakal dicapai dari mesyuarat tersebut.

Saya antara orang yang paling rungsing sejak pukul 5 petang tadi kerana rakaman Audio yang menjadi pertikaian dan rebutan umum. Tidak sedikt yang melatah dengan rakan tersebut hinggakan saya dihujani panggilan dari pelbagai pihak dan ada yang mendakwa dia dari PA sipulan dan ada juga yang mendakwa dia wakil sipulan dan ramai lagi.

Saya tidak mudah melatah kerana rakaman itu milik saya secara mutlak, suka hati saya nak bagi atau tidak kepada mereka. Pada saya apakah kebaikan kepada mereka untuk mendengar seluruh rakan tersebut? Lebih yang saya bimbang jika ia disunting atau dimanipulasi untuk kepentingan pihak-pihak tertentu yang bakal mengeruhkan lagi suasana dan bakal mencorakkan sedikit keputusan mesyuarat pada malam tadi.

Sebenarnya tiadalah apa sangat tentang rakaman tersebut cuma beberapa penjelasan daripada dua orang tokoh yang terlibat dalam perjumpaan tersebut. Ust Nasa tidak sedikit pun menyentuh mana-mana individu apatah lagi hendak melontarkan kata-kata nista untuk mempertahankan dirinya. Beliau hanya pada muqadimah ucapanya menceritakan mengapa dia memilih PAS sebagai wadah politiknya dari zaman beliau sebagai student hinggalah beliau diarahkan untuk menjawat jawatan Setiausaha Agong PAS oleh Allahyarham Dato' Fadzil Noor.

Pada rumusan perjumpaan tersebut Ust Nasa pula menceritakan apa yang sebenarnya berlaku sejak keputusan pilihanraya ke 12 lalu iaitu bermula dengan keputusan mesyuarat ajk PAS Pusat yang bersidang pada 9 March 2008 hinggalah berlakunya pelbagai polimik dan pelbagai andaian serta gossip yang berlaku sekarang.

Bagi Dr Hassan Ali pula beliau lebih menjurus kepada persoalan yang berlaku dalam kepimpinan PAS Selangor dan sedikit penjelasan terhadap beberpa isu yang berbangkit ekoran dari isu arak dan selcat yang melanda kontervesi terhadap dirinya serta beberapa hujjah untuk terus memantapkan lagi PAS Selangor.

Namun keputusan mesyuarat pada malam ini diharapkan ia benar-benar mengajar dan mendisplinkan semua piminan PAS disemua peringkat. Diharapkan kepada Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai pengerusi lembaga displin PAS Pusat dapat memainkan peranan yang lebih proaktif terhadap mana-mana pimpinan disemua peringkat yang cuba untuk mengeruhkan lagi suasan terutamanya yang masih gatal mulut untuk mengungkit tentang isu UG dan membuat gossip dengan mengatakan orang itu dan orang ini bersedia dan berhasrat untuk masuk UMNO.

Saya rasa tidak ada seorangpun yang bergelar pimpinan PAS yang kini menjadi ADUN dan Ahli Parlimen yang hilang akal sanggup melanggar Baiah mereka terhadap PAS semasa mula-mula mereka menerima pencalonan sebagai calon pilihanraya dulu.

Jika mereka sanggup menceraikan isterinya denga talak tiga atau tercerai dengan suaminya dengan talak tiga silalah masuk UMNO atau keluar dari PAS dan kalau kebal dari laknat Allah SWT keluarlah....

Apa yang kita harapkan semua insiden ini menjadi pengajaran kepada semua pihak dan sepatutnya ia dapat merapatkan lagi saf kepimpinan untuk terus mengurus kemengan ini dengan sebaik mungkin untuk menjaga dan mengurskan amanah rakyat dengan tulus ikhlas kerana rakyat melihat dan menilai prestasi anda semua.

Sedikit nasihat percuma kepada para piminan; Janganlah disebabkan kita sudah memerintah, kita sudah bergelar YB ADUN atau MP kita nak besar kepala dengan segala rungutan rakyat. Banyakkan masa anda dikawasan-kawasan yang anda wakili dan jangan dok sibuk dengan hal-hal yang lain hinggakan rakyat nak bertemu pun kena pakai nombor giliran dan kena buat temujanji dulu.

Jangan hanya sedikit ujian kemenangan yang Allah SWT berikan anda dah mula nyanyok dan mabuk dengan kuasa dan harta hingga sanggup bermusuhan sesama sendiri hingga sanggup mengatur pelbagai strategi bagi membunuh karier politik orang lain demi kelangsungan politik sendiri dan yang lebih malang lagi untuk kelangsungan politik orang lain.

Jangalah juga apabilan anda diuji dengan sedikit kemewahan dan pangkat anda mudah lupa diri dan sombong dengan ahli,penyokong dan rakyat terbanyak. Murahkanlah senyuman dan maniskanlah muka apabila berhadapan dengan khalayak.

Segala jenis team yang ada dalam saf kepimpinan disemua peringkat terutamanya di peringkat PAS Pusat wajib dibubarkan secara resmi walaupun penubuhanya tidak resmi dan WALA' anda hanya kepada pimpinan tertinggi sahaja dan janganlah menjadikan orang luar sebagai WALA' anda dunia dan akhirat.

Buangkanlah sikap suka membodek pemimpin tertentu sebagai menuntut ganjaran selepas ini. Ikhtiarkan dulu kemenangan untuk mentadbir Malaysia barulah kita bolah merancangkan sesuatu. Jangan kita sandarkan sesuatu yang belum pasti dengan impian boleh menjadi menteri itu dan menteri ini dan jangan ingat kami tak tahu perancangan ini. Apa salahnya pemimpin tertinggi kita yang menjadi PM kalau kita dapat mengalahkan BN kelak. Lekeh sangat ke Presiden kita hingga tak boleh dinamakan sebagai PM. Mengapa kita nak jadi pak turut dan jadi balaci orang luar untuk ditabalkan sebagai PM. Dia pun tak tahu hujung pangkal lagi dalam membela nasibnya sendiri kita pulak yang bagai nak rak begaduh sesama sendiri hanya kerana untuk memenuhi impianya.

Kepada pimpinan yang masih ada lagi semangat dan idea-idea JIM,IRC,ABIM dan sebagainya buangkanlah segalanya itu dan bersihakan hati anda kerana anda kini adalah pemimpin PAS. Kalau rasa masih lagi nak berpengaruh dengan JIM, IRC,ABIM atau sebagainya , menjelang bubarnya parlimen akan datang letak jawatan dalam PAS DAN AKTIFLAH SEMULA dalam PERTUBUHAN DAN NGO yang anda dokong itu dan jangan susahkan PAS lagi. Luaskanlah idea-idea anda bersama NGO anda dan jangan lagi menjadikan PAS sebagai batu loncatan anda untuk menyebarkan segala idea-idea anda itu. Jika terus nak dengan IRC balik semula lah ke Mesir berdakwah kepada UMNO Hosni Mubarak tapi jangan kacau Ikwan Mesir. Orang JIM lepas ni buat parti sendiri ajak ABIM jadi rakan sekutu. Kami dah muak apabila mendengar rungutan orang itu orang JIM, orang itu orang IRC, orang itu orang ABIM, Orang itu pro itu dan pro ini. Anda kini sedang memakai baju PAS dan anda adalah pemimpin PAS, itu jangan lupa?

Sangat diharapkan kepada semua pimpinan agar benar-benar menjiwai dan menghayati gerak kerja sebagai pendakwah dan pemimpin sebagai sebuah gerakan islam. Ingat!!! kita adalah sebuah gerakan islam yang berusaha dan bekerja untuk menuntut kuasa pemerintahan bukan NGO Islam yang bersifat tempelan sahaja. Tugas besar kita adalah untuk meletakan syariat Allah SWT dipersadanya yang tersendiri dan mulia.

Jangan ada lagi selepas ini yang gatal mulut untuk membangkitkan semula isu UG yang telah lama mati dan dimatikan lagi malam tadi , samada dari para blogger atau orang-orang yang kecewa dan norang-orang yang takde kerja. Jika ia dibangkitkan lagi jelaslah orang itu adalah proksi UMNO atau lebih tepat lagi sebagai SYAITAN MANUSIA yang memusuhi Islam.

Jika anda sayangkan Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS yang kita dokong bersama ini BUANGKAN PERANGAI HASAD DENGAKI, IRI HATI DAN TAMAKKAN JAWATAN. INGAT SEGALA JAWATAN itu datangnya dari undi kami ahli-ahli PAS. UNDI kamilah yang melayakan anda jadi pemimpin atau tidak......

BERAMANAHlah dengan jawatan anda wahai para pemimpin PAS disemua peringkat. Amanah kepada Allah, Amanah kepada PAS, Amanah kepada ahli-ahli PAS, Amanah kepada pengundi-pengundi, Amanah kepada rakyat seluruhnya. Inagt pesanan Nabi SAW " Tidak beriman seseorang itu apabila ia tidak Amanah"....Wallahualam

No comments: