Monday, October 26, 2009

Jawapan kepada Gomo

Mahasuci Engkau ya Allah yang tidak lupa dan tidak tidur....Englau lah yang bersifat al-Jabbar dan engalauh juga yang bersifat al-Mutakabbir.....Englaulah yang berhak mengazab sesiapa yang Engkau kehendadi.....oleh itu engkau azabkan tangan-tangan penulis bloger dan lainya kerana mereka dengan sengaja menambur fitnah terhadap terhadap hasil pertemuan kami pada malam tadi. Telah nyata tiada perkataan yang diutarakan oleh kedua-dua tokoh kami yang mengatakan :

Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah di bincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalam perbincangan ini.

Pimpinan Pas telah sebulat suara untuk keluar dari Pakatan Pembangkang yang nampaknya sudah lari dari konsep asal mereka. Campur tangan Anwar dalam banyak isu juga telah membuatkan Pas meluat dalam pakatan Pembangkang ini.

Nik Ajis telah menuduh ada individu dalam Pas yang cuba bargabung dengan Umno. Dan ternyata Nik Ajis telah silap dalam kenyataan nya. Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini.

Di ketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi Pas.Hussam Musa yang mana merupakan ketua Puak Edroganlah yang telah meracuni Nik Ajis agar menolak dengan keras cadangan Kerajaan Perpaduan ini. Hussam memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar meresap dalam politik Pas.

Oleh sebab itu lah Individu seperti Haji Hadi, Ustaz Nasha, Hassan Ali dan beberapa pimpinan Pas telah di jadikan target utama Hussam Musa untuk menghancurkan Pas. Kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno akan berlaku dalam masa terdekat ini.

Jadi marilah kita sama-sama mendoakannya agar Islam bersatu dalam membangunkan Malaysia ini. Dalam itu juga jangan kita memberi peluang kepada Musuh yang cuba menghancurkan perpaduan Islam ini. Puak Edrogan dalam Pas dan Anwar mesti ditentang agar mereka tahu kekuatan kita yang ingin lihat Perpaduan antara Islam terjalin.

Kesemua ungkapan ini adalah fitnah semata-mata untuk mengeruhkan lagi hubungan kami dalam parti yang kami dokong untuk perjuangan menegakkan agamu Ya Allah. Ya Allah engkau bantulah kami untuk menyelesaikan segala ujian dan fitnah ini dari terus hidup dalam hati masyarakat kami. Amin...

Dalam kesempatan ini saya cuba untuk mencoret sedikit ungkapan dari Ust Nasa dan Dr Hassan Ali.

Kenyataan gomo : Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah di bincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalam perbincangan ini. Pimpinan Pas telah sebulat suara untuk keluar dari Pakatan Pembangkang yang nampaknya sudah lari dari konsep asal mereka. campur Tangan Anwar dalam banyak isu juga telah membuatkan Pas meluat dalam pakatan Pembangkang ini.

Ulasan : Tiada siapa yang dari dua tokoh mengatakan seperti tersebut. Yang berlaku sebenarnya pada 9 March 2009 ( sehari selepas PRU 12) satu mesyuarat AJK PAS Pusat telah diadakan di Kota Baharu. Mesyuarat tersebut berbincang untuk menguruskan kemenangan PAS di negeri-negeri yang telah kita sedia maklum. Mesyuarat itu juga telah memutuskan agar bersedia berunding dengan UMNO sekiranya segala syarat yang PAS letakan mendapat pertimbangan dari UMNO. Rundingan dengan UMNO itu bermaksud untuk memelihara agama, kerana apa yang ada pada PAS tiada pada UMNO dan apa yang ada pada UMNO tiada pada PAS kerana saling lengkap-melengkapi. Mesyuarat tersebut bukanlah untuk menubuhkan kerajaan perpaduan seperti yang dinyatakan oleh Gomo itu.

Sejurus mesyuarat selesai TGHH pergi ke Kedah, Dato' Husam Musa ke Perak, Hj Mohamad Sabu ke Pulau Pinang, Ust Nasa dan Dato' Mustafa Ali ke KL dan Selangor untuk membantu menguruskan kemenangan PAS di negeri-negeri tersebut.

Ust Nasa memaklumkan selepas mesyuarat di KB itu dan dalam perjalananya ke KL/Selangor mereka mula berhubung dengan Mat Khair Toyo selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan pertemuan pertama berlangsung di Shereton Subang dan turut dihadiri oleh Dr Hassan Ali. Tiada persefahaman yang dapat dibentuk dalam pertemuan itu dan segala usaha kerjasama berakhir dan tamat disitu sehinggalah beliau di hubungi oleh Pak Lah untuk pertemuan yang selanjutnya. Perkara itu juga dimaklumkan tersu kepada TGHH dan TGHH yang berada di kedah terus pulang ke KL dan satu perbincangan atau mensyuarat khas tersu diadakan diantara beliau dan AJK Pas pusat yang lain di Ibu Pejabat PAS KL untuk membuat persediaan bagi menemui Pak Lah dan Khair Toyo buat kali ke dua. Dinyatakan juga dalam pertemuan ini tiada persefahaman yang dapat dibuat kerana PAS tetap dengan prinsipnya sebagai parti Islam. Pertemuan ke tiga yang dikatakan oleh Ust Nasa ialah semasa beliau sedang minum di kantin Parlimen tiba-tiba beliau di sapa oleh Dato' Yaacob ( bapa Fazly ) yang menyampaikan salam pertemuan dari Pak Lah di pejabatnya di tingkat Parlimen itu. Menurut Ust Nasa pertemuan itu tiada langsung perbincangan mengenai perpaduan atau penyatuan yang telah gagal dalam pertemuan sebelum ini dan selepas itulah Pak Lah telah menyatakan kepada press tentang pertemuanya sebanyak 3 kali dengan Ust Nasa.

Bermula dari kenyataan Pak Lah itulah suasana PAS menjadi riuh rendah dan Ust Nasa terus terfitnah hingga sekarang terutamanya oleh para blogger yang alim-alim dan tinggi budi pekerti dan akhlaknya.

Persoalanya disini mengapakah hanya dipersalahkan Ust Nasa, Dato' Mustafa Ali dan TGHH dalam isu rundingan ini, Tidakkah keputusan ini telah dicapai dalam Mesyuarat Khas PAS Pusat di Kota Baharu pada 9 March 2008 lalu?

Saya bertanya apakah TGNA tidak dimaklumkan hasil keputusan mesyuarat tersebut kerana TGNA tidak hadir. Menurut Ust Nasa segala keputusan itu telah di persembahkan dan dimaklumkan kepada TGNA.

Kepada AJK PAS Pusat yang terlibat silanyatakan pendirian samada kenyataan ini benar atau tidak....jika anda ingin melihat keadilan dan perpaduan terus kukuh dalam PAS ini.

Isu yang kedua terhadap Ust Nasa apabila beliau respons terhadap kenyataan Najib Razak di Parlimen dan beliau hanya menyatakan bahawa beliau mengalu-alukan kenyataan tersebut dan akan menyampaikan kepada Persiden PAS yang ketika itu berada di London. Ujar ust Nasa salahkah beliau mengungkapkan demikian kerana menjadi akhlak Islam apabila orang memberi salam kita wajib jawab salam tersebut dan apabila orang menyatakan hasrat kita sambut hasrat itu dengan sopan dan beliau tidak memutuskan sebarang pelawaan dari Najib bahkan beliau mengambil sikap untuk membawa perkara itu kepada bosnya terlebih dahulu....salahkah sikap yang beliau ambil itu?

Dan selepas itu timbul pula isu UG yang menjadikan kita semua haru-biru. Idea UG ni juga adalah untuk kepentingan Islam dan Bangsa Melayu tetapi belum sempat ia di seminar dan dibincangkan secara serius ramai yang mengatakan bantahan maka ia tersu ditarik balik oleh TGHH dan ia mati begitu sahaja sehinggalah ia hangat kembali selepas Muktamar PAS baru-baru ini.

Soalnya siapa yang menghidupkan kembali isu UG ini? siapakah yang ingin melompat masuk UMNO? Menurut Dato' Dr Hassan Ali kepada kami dan kepada anda semua sila nyatakan bila dan dimana beliau pernah mengatakan akan melompat masuk UMNo dan membawa orang-orang PAS Selangor bersamanya? Bahkan beliau menyatakan beliau dari awal lagi tidak pernah membicarakan tentang isu UG ini secara terbuka dan bagaimana beliau pula yang dikaitkan.

Gomo menulis lagi : Nik Ajis telah menuduh ada individu dalam Pas yang cuba bargabung dengan Umno. Dan ternyata Nik Ajis telah silap dalam kenyataan nya. Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini. Di ketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi Pas.

Ulasan ; Saya tidak pernah mendengar ungkapan itu keluar dari mulut Ust Nasa atau Dr Hassan Ali malam tadi. Saya ulang dengar rakaman yang saya buat malam tadi beberapa kali namun ia tetap tiada dalam bingkisan ucapan mereka.

Yang jelas GOMO ni nak terus mengeruhkan lagi hubungan TGNA dengan TGHH dan itulah sikap dan perangai Syaitan. Ini adalah Fitnah semata-mata.

Gomo terus menulis : Hussam Musa yang mana merupakan ketua Puak Edroganlah yang telah meracuni Nik Ajis agar menolak dengan keras cadangan Kerajaan Perpaduan ini. Hussam memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar meresap dalam politik Pas. Oleh sebab itu lah Individu seperti Haji Hadi, Ustaz Nasha, Hassan Ali dan beberapa pimpinan Pas telah di jadikan target utama Hussam Musa untuk menghancurkan Pas. Kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno akan berlaku dalam masa terdekat ini. Jadi marilah kita sama-sama mendoakannya agar Islam bersatu dalam membangunkan Malaysia ini. Dalam itu juga jangan kita memberi peluang kepada Musuh yang cuba menghancurkan perpaduan Islam ini. Puak Edrogan dalam Pas dan Anwar mesti ditentang agar mereka tahu kekuatan kita yang ingin lihat Perpaduan antara Islam terjalin.

Ulasan : Ust Nasa dan Dato' Dr Hassan Ali tidak melebelkan atau menamakan seseorang dalam kenyataanya malam tadi khusunya Dato' Husam Musa dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Perpaduan yang hendak dibinapun tentu ada landasanya yang tersendiri iaitu landasan Islam. Kita boleh berpadu namun perpaduan Islam lah yang menjadi pilihan PAS. Kerana ia adalah merupakan AMANAH yang wajib kita tunaikan. Jika PAS dan UMNO berpadu hanya atas tiket bangsa Melayu, tidak semua ahli UMNO itu bangsa Melayu tetapi apabila kita menyatakan Islam, ia adalah syarat kepada keahlian PAS.

Mengenai Dato' Dr Hassan Ali pula yang turut terseret dalam kancah isu ini juga berkaitan dengan dakwaan beliau akan membawa ahli PAS Selangor menyertai UMNO, isu arak dan selcat.

Sekali lagi saya menyampaikan cabaran beliau kepada mana-mana pihak yang boleh membuktikan bila dan dimana atau tulisan dan gambar yang mengatakan beliau akan menyertai UMNO dan membawa sebahagi ahli-ahli PAS selangor bersamanya.

"Gila dan tak masuk akal " ujar beliau apabila beliau sekali lagi menyatakan bahawa sekiranya calon-calon dan wakil rakyat PAS khianat dari parti dan keluar parti maka seseorang itu akan mentalakkan isterinya dengan talak tiga dan mendapat laknat dari Allah s.w.t. Itulah sebahagian dari intipati Baiah calon-calon pilihanraya PAS. Disini sepatutnya sudah mematikan hujah dan dakwaan sesetengah pihak yang beliau berminat bersama UMNO.

Isu Arak. Beliau sebenarnya mengambil tindakan selepas satu keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Majlis Agama Selangor yang menyatakan hasrat bahawa sudah sampai masanya mereka menguatkuasakan undang-undang atau Enekmen Jenayah Syariah Negeri terhadap perkara yang berkaitan dengan alkohol.

Di negeri Selangor, peruntukan ini terdapat dalam seksyen 18 (1) dan (2) Enekmen Jenayah Syariah Selangor:

Seksyen 18 (1)Mana-mana orang Islam yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 18 (2)Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Manakala dari sudut hukuman, mereka yang melakukan kesalahan yang dinyatakan di atas jika disabitkan kesalahan akan dikenakan denda sama ada tidak melebih RM5,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya.

Berdasarkan keputusan dalam mesyuarat MAIS tersebutlah beliau menyelongkar isu arak ini namun yang malangnya beliau dikecam hebat oleh orang Melayu Islam dan lebih malang lagi oleh orang-orang PAS sendiri dengan pelbagai andaian kononya beliau tidak dapat menguruskan PAS dengan baik di Selangor dan tidak menjaga hati komponen PR.

Soalan saya kepada para blogger pencacai Dr Hassan Ali ; Mana lebih penting antara menjaga hati kawan atau menjaga Syariat Allah?

Bayangkan setelah arak dirampas adapula seorang pegawai tinggi Selangor yang bertindak memulangkan kembali arak-arak yang telah dirampas itu? ujar Dr Hassan dimana maruah beliau dan dimana maruah islam yang hendak diperkatakan apabila penguatkuasa JAIS telah merampas bahan bukti ( arak ) tiba-tiba ia diperintah dipulangkan semula?

Kandungan alkohol kurang dari 5% dalam beer bukan arak ke? Dalam Islam walau satu titikpun ia tetap arak tahu tak? awat bodoh sangat depa ni? ( ni saya yang tambah sendiri khas kepada pencacai Dr Hassan Ali )

Tindakan beliau untuk melarang penjualan arak di penempatan mejoriti Islam dan Melayu sewajarnya di sokong oleh semua pihak terutamanya PKR dan UMNO serta orang awam bukan sebaliknya.

Timbul juga kegelisahan dikalangan warga bukan Islam tentang isu arak ini. Persoalanya tindakan ini hanya dikuat kuasakan di penempatan majoriti Melayu Islam sahaja...tak faham-faham lagi ke bloger-bloger yang menjadi pencacai ni.

Kes yang sama di Kelantan diawal pemerintahan TGNA dahulu pun ia berlaku apabila mendapat protes dari warga Non Muslim di sana dan apa yang TGNA jawab" Biar lah mereka nak minum sampai pecah perut pun takpe" kerana bag mereka arak tidak haram. Nah !! jawapan yang sama juga telah digunakan oleh Dr Hassan Ali terhadap warga non muslim di selango jika mereka nak beli arak pergilah beli dikedai-kedai yang diizin menjual arak.....apa masalahnya?

Isu SELCAT : Beliau sendiri diantara orang yang menyokong penubuhan selcat ini namun kekecewanya adalah kerana gaya dan bentuk penyiasatan yang dibuat kepada para pegawai kerajaan yang lebih mendera mental dan menjatuhkan air muka para pegawai kerajaan. Tidak kah boleh kita perhalusi sistem dan cara siasatan yang lebih menjaga air muka dan maruah para pegawai kerajaan yang 90% adalah orang melayu dan beragama islam itu? Beliau hanya mengeluarkan kenyataan agar cara dan sistem itu sahaja yang ubah bukan mempertikaikan selcat secara keseluruhanya.

Para pegawai kerajaan ini telah lama berkhidmat dan ada yang hampi 30 tahun perkhidmatan mereka. apakah sewajarnya mereka dilayan seperti budak sekolah. Rambut pun dah beruban. Jagalah sikit air muka mereka. Kadang-kadang bukanlah kesalah itu mereka yang lakukan namun kerana terpaksa.

Pada dasarnya mereka hanya dan terpaksa menjalankan tugas dan perintah yang dibuat oleh para pembesar UMNO sahaja dan mengapa para pembesar dan pemimpin UMNO tidak disiasat? Tidak kah lebih baik jika kita terus memandang kehadapan dan memberikan pengampunan kepada dosa-dosa yang telah lalu dan bertegas dan menguatkuasakan undang-undang terhadap perkara yang sama apabila ia terus berlaku lagi pada masa hadapan. ini tulisan saya dan tidak ada kene mengena dengan ucapan Dr Hassan Ali.

Pelbagai masalah lain yang telah diutarakan oleh Dr Hassan dalam pentadbiran PAS selangor yang sering dipertikaikan oleh khalayak. Mereka umumnya tidak tahu sekiranya ada sesuatu perkara yang melibatkan dasar PAS beliau terlebih dahulu menghantar laporan bertulis kepada PAS Pusat dan bermakna setiap perkara dan keputusan yang dibuat olehnya sebagai ahli EXCO Selangor adalah dalam pengetahuan PAS Pusat dan menjadi keputusan bersama PAS Selangor.

Masalahnya adalah ada seorang individu dalam PAS Selangor yang sering menidak dan menyanggah segala keputusan yang dibuat oleh beliau hatta jika beliau kata hitam orang itu akan kata putih dan begitulah seterusnya.

Apa yang lebih teruk lagi apabila orang itu mengeluarkan sebarang kenyataan maka ia terus dianggap sebagai keputusan dan pendirian PAS Selangor sedangkan orang itu telahpun dikeluarkan dari barisan kepimpinan Dewan Harian PAS Selangor.

Orang inilah sebenarnya yang merosakkan kreadibiliti PAS Selangor. Hingga dikatakan ada usaha-usaha halus untuk menurunkan Dr Hassan dari kedudukanya.

Cuba kita bayangkan jika benarlah Dr Hasan ingin menyertai UMNO, siapakah yang akan membela maruah islam dalam barisan kepimpinan Selangor sekarang?. Apakah anda yakin dengan PKR dan DAP akan membela islam? Sekarang pun mereka sering mempertikaikan ketegasan yang dibuat oleh PAS Selangor dalam isu-isu yang lepas. UMNO dah terbukti 52 tahun mengabaikan syariat islam. Kini PAS sahajalah yang dapat mempertahankan maruah Islam di Selangor dan Dr Hassan Ali adalah ketua di Selangor bagi pihak PAS dan wajarlah beliau bertindak dalam apa cara sekalipun untuk terus mempertahan dan menjulang syariat islam yang sentiasa akan dimaklumkan secara bertulis kepada PAS Pusat. Salahkah tindakan beliau sebelum ini untuk menjaga Islam? Kenapa kita termakan dengan ulasan dan kenyataan-kenyataan orang kecewa dalam PAS Selangor yang sedang menjalankan agenda orang tertentu dalam Pakatan Rakyat.

Dr Hassan Ali sanggup mengambil resiko tidak popolarnya dalam isu arak dan selcat namun itulah kehendak Islam yang wajar dipertengahkan.

Setelah mendengar penjelasan dari Ust Nasa dan Dr Hassan malam tadi saya yakin apa yang mereka perkatakan itu adalah yang sesungguhnya dan ikhlas dan apabila ditanya mengapa TGNA mengaitkan mereka dalam tulisan dalam blognya mereka menjawab sambil tersenyum "WALLAHULAM" dan kena tanya TGNA sendiri.

Banyak lagi perkara-perkara yang berlaku dam pentas politik PAS Selangor yang menjadi buah mulut orang-orang yang tinggal di Shah Alam dan tekanan-tekanan yang dihadapi oleh PAS Selangor dalam usaha mereka mendaulatkan Islam dalam pentadbiran Selangor.

Bagi saya jika benarlah apa yang telah diperkatan oleh Ust Nasa dan Dr Hassan Ali itu maka EGM yang dicadangkan oleh TGNA itu saya SANGAT BERSETUJU kerana itulah pentas dan medan untuk menjerat kumpulan-kumpulan yang mencipta onar dalam PAS ini dan kita akan saksikan siapakah yang sebenarnya memainkan watak-watak ini.

Solan terakhir saya kepada para pencacai Dr Hassan Ali. Dimanakah rasionalnya meletakkan Dr Hassan Ali kepada punca kekalahan PRK Bagan Pinang? Tolong listkan

Semalam juga telah tersebar SMS dari sumber yang tidak dikenali mengatakan perjumpaan pada malam tadi adalah perjumpaan dan pengumuman Dr Hassan Ali akan keluar parti. So banyakalah penulis dan blogger dan para wartawan yang hadir tanpa diundang oleh penganjur Roslan SMS. Pagi tadi saya menghubungi beliau apakah beliau ada mengundang Gomo beliau menyatakan tidak...so anda fahamlah sendiri.

Akhirnya saya menuntut kepada semua pihak terutamanya para blogger dan para pembaca dan para penulis komen agar kita dapat menjaga tulisan kita supaya kita tidak menggambar sesuatu yang buruk terhadap seseorang apatahlagi jika ia belum dapat dibuktikan. Wallahualam....moga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang menghidupkan sesuatu fitnah.

No comments: