Sunday, November 1, 2009

PKR Umpama Sampah Busuk

Sampah yang busuk ( Adun Pelabuhan Kelang ) di Selangaor akhirnya sudah keluar dari PKR khususnya dan PR amnya namun masih ada lagi sampah-sampah yang harus dikeluarkan dari PKR Selangor.

Diantara watak-watak sampah dalam PKR Selangor itu adalah orang yang tidak perihatin dan peka terhadap keperluan memartabatkan Enekmen Jenayah Syariah Selango Pindaan 1995 yang membisu seribu bahasa dan yang membenarkan hal-hal yang berkaitan dengan agama boleh dibahas secara membabi-buta oleh orang-orang yang bukan Islam.

Ada juga dari ADUN PKR Selangor membisu seribu bahasa apabila orang menginjak-injak Syariat Islam di Selangor.

Ada juga sampah dalam PKR Selangor yang bertindak jauh lebih Dajjal dari UMNO dahulu apabila sanggup mencadangkan penubuhan Zone Hiburan Bebas ( FIZ ) di Mutiara Damansara yang beroperasi dari 10 malam hingga 4 pagi.

Saya tak faham mengapa itu menjadi keutamaan budak PKR yang jadi EXCO Selangor boleh mencadangkannya dalam Messyuarat EXCO Selangor yang jelas ia akan merosakan lagi fikrah anak-anak muda yang sememangnya ramai yang rosak macam dia.

Dari sudut ini tiada bezanya antara PKR dengan UMNO yang sememangnya ramai dari mereka dalam PKR ni adalah orang-orang UMNO dan BN yang sememangnya bebal dalam memahamai tuntutan Syariat Islam.

Budak yang baru keluar PKR ni pun satu hal juga dia sebenarnya lupa dia menjadi ADUN adalah hasil dari undi orang ramai dan atas tiket PKR so kalau dia ada Iman dia kena letak jawatan sebab gaji dia itu adalah HARAM tak perlu nak bagi hujah lebih-lebih buang masa je.

Barang yang Haram macamni UMNO memang suka sebab mereka ni dari benih Haram sebelum ni.

Diharapkan agar PKR Selangor pun jangan nak mengambil kesempatan diatas perkara yang sedang PAS Selangor hadapi ini kamu pun banyak hal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Janganlah juga hampa berperangai macam dalam UMNO dulu sebelum hampa joint dalam PKR.

MB Selangor yang beriya-ia nak menjunjung ketelusan pun kena sedar ketelusan itu tidak bermakna kalau ketelusan kita dengan Allah tidak tertunai. Jangan biarkan orang bukan Islam dalam Selangor mencampuri urusan perlaksanaan Syariat Islam di Selangor. Kalau tak faham rujuklah dengan pakar-pakar yang ramai di Selangor bukan dengan EXCO-EXCO bangang dari PKR Selangor tu. Tok Mufti pun apa kurangnya kalau tak mau merujuk kepada PAS Selangor sekalipun.

Kepada PKR jangan dok sibuk nak jaga urusan PAS dan jangan pandai-pandai nak komen PAS itu dan ini hampa kena uruskan dahulu pemimpin-pemimpin PKR yang ramai dah mula nak jadi sampah macam UMNO. Dah jadi ADUN / MP kawasan pun tak turun ini terbukti di Teluk Kemang apabila MP Teluk Kemamng disergah oleh penduduk estet yang mendakwa baru sekarang nampak muka sebelum ni hampa pi mana? Tiba-tiba bila kalah di Bagan Pinang senang-senang korang nak salahkan DHA dengan isu arak di Selangor. Dah menang...... dah bebas ....... mula lupa diri ......

Lebih malang lagi ada juga yang sedang mengatur strategi untuk terus berkuasa dengan memperkudakan pemimpin-pemimpin PAS dengan pelbagai janji dan tawaran agaknya hingga mereka sanggup melanggar WALA' kepada pimipinan. Perangai PKR ( segelintir ) itu adalah perangai UMNO !!!! busuk lagi membusukkan.... DAP punya hal next posting aku belasah....

No comments: