Sunday, November 1, 2009

Si Bangang Tangkap Si Lalang




Terkejut ana pagi ni apabila membaca dalam Mstar Online tentang isu tangkapan Dr Asri mantan Mufti Perlis di sebuah rumah banglo di Lorong 2 C, Taman Sri Ukay dekat Hulu Kelang.


Berita tangkapan ini akan menimbulkan pelbagai reaksi khalayak terutamanya penyokong kuat Dr MAZA ni. Bagi ana mudah je kalau benar dia salah tangkap je la tak perlu nak hangatkan lagi isu ini cuma ada beberapa persoalan yang wajar diambil perhatian bersama.


1. Dakwaan Dr MAZA menyampaikan ceramah tanpa tauliah di premis sendiri tu jadi persoalan. Dia bukan berceramah di Masjid atau Surau dalam Negeri Selangor yang menguatkuasakan tangkapan tersebut. Berceramah di premis persendirian macam tu boleh diumpamakan seperti berceramah politik ditempat-tempat persendirian yang tak perlu permit polis sekalipun.


Ana sebenarnyapun tak berapa nak minat dengan budak MAZA ni tapi tangkapan terhadap MAZA ni kerana berceramah takde permit ana tak boleh terima tambah lagi diperimis persendirian. Kalau dakwaan menyebarkan dakyah WAHABI ana sokong dia disiasat.


2. Penguatkuasa JAIS ni ana rasa perlu disunat lagi sekali lagi sebab merekani mewarisi perangai keanjingan hasil didikan UMNO dahulu. Dr Hasan Ali berhempas pulas dan menerima pelbagai fitnah kerana hendak melaksanakan Enekmen Jenayah Syariah yang berkaitan arak di Selangor tetapi bah Penguatkuasaan JAIS ni seakan beku dan tidak berfungsi terhadap 46 perkara yang berkaitan jenayah syariah Selangor.


Apakah penguatkuasa JAIS ni hanya akan bertindak atas laporan sahaja? Bodoh betul la diaorang ni kalau bertindak hanya berdasarkan laporan semata-mata. Mereka ni terlalu ageresif terhadap penceramah dan masjid serta suarau sejak zaman UMNO lagi. Bagaimana satu ketika dahulu begitu berani dan bernafsunya mereka bertindak mengunci dan merantai pintu Masjid Al-Hidayah Kelana Jaya tetapi membisu dan beku terhadap maksiat-maksiat yang berleluasa dihadapan mata mereka. Pelacuran dan kelab malam yang bersepah di Selangor ni Penguatkuasa JAIS tak nampak ke? Pondan-pondan yang berterabur di Sunway, Kajang, Kelang dan sebagainya tak kanlah takde maklumat? restoran-restoran mamak dan sebagainya yang muslim tidak menutup perimis semasa Solat Jumaat tidak diambil tindakan. Banyak lagi perkara yang boleh ana senaraikan namun Penguatkuasa JAIS ni tetap beku tetap bingai dan bangang sama macam pengarahnya juga yang hanya bernafsu untuk memusuhi masjid dan para pendakwah sahaja.


Diharapkan MB PKR yang pentingkan ketelusan ni dapat berbuat sesuatu untuk menyedarkan para penguatkuasa JAIS ni supaya mereka terkeluar dari makan gaji HARAM kerana gaji mereka atas nama pegawai penguatkuasa tetapi tidak bekerja sepenuhnya untuk membenteras jenayah syariah di Selangor. Jika nak harapkan orang rugi ( khusrin ) yang jadi pengarah JAIS sekarang ni mungkin kena tunggu dia jadi untug dan berjaya baru nak celik mata baru nak bertindak.

1 comment:

SCaReFaCe said...

Mau bakar jer lalang tu...kasi terbakar sekali Si Bangang