Sunday, November 1, 2009

Siapa Munafik Haraki Dalam PAS?

Telah seminggu berlalu, kontroversi pita rakaman ucapan Dato' Hasan Ali (DHA) dan Nasharuddin. Hampir seminggu juga saya tidak punya kesempatan untuk menulis atas dasar kesibukan saya. Apa yang sedikit ganjil, biarpun telah dimaklumkan oleh keputusan Mesyuarat Khas, keinginan khalayak tetap bertali arus bertanyakan kepada saya tentang pita rakaman tersebut, kononnya boleh tumpang dengar pun jadilah.

Benar, ia banyak menimbulkan pelbagai persepsi orang ramai. Dari orang besar di dalam saf pimpinan PAS hinggalah kepada ahli biasa PAS, dan tidak kurang juga dari individu-individu luar pun sama sibuk nak dengar sama. Namun saya terpaksa akur apabila rakaman tersebut perlu diserahkan dan telah pun diserahkan kepada Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ( DTI ) yang mengetuai Lembaga Disiplin yang mana beliau ditugaskan menyiasat semua laporan terhadap PAS Selangor khususnya keatas DHA.

Pelbagai gaya dan ragam dapat dilihat terhadap individu-individu tertentu itu memujuk, merayu untuk mendengar, sekaligus berusaha untuk memiliki pita rakaman tersebut yang kini bukan lagi rahsia, kerana memang benar wujudnya bukti tersebut. Saya memohon maaf kepada sahabat saya, albanjari, editor albanjari Online yang bukan sahaja dimarahi malah turut diugut-ugut. MasyaAllah !

Munafik Haraki ?

Dikisahkan juga, terdapat beberapa 'pendesak', tetapi di antara pendesak yang begitu mahukan pita rakaman itu, yang ini saya klasifikasikan yang paling teruk. Saya tidak mahu sebut namanya, cukuplah saya nyatakan bahwa beliau ini juga seketurunan dengan saya, dari kaum banjar. Beliau menduduki hirarki yg agak tinggi dalam saf Pemuda PAS Selangor. Kononnya TGNA teringin benar mahu mendengar pita rakaman tersebut juga kononnya DHA ada memfitnah Khalid, Menteri Besar Selangor di pertemuan itu. Hey..ini muslihat apa ni syeikh ? Betulkah ?

Saya menjadi ragu dan timbul curiga keatas individu ini, lalu jalan terbaik saya ialah dengan mendapatkan maklumat terus dari seorang kenalan rapat yang juga rapat dengan TGNA, dan mengadukan hal ini kepadanya, dengan segera sahabat saya ni menghubungi pegawai pengiring TGNA yang datang bersama dengannya pada hari tersebut. Sahabat saya beritahu bahawa itu tidak berlaku.

Tetapi benarkah dan sungguhkah TGNA hendak mendengar rakaman tersebut ? Atau individu itu sebenarnya yang mahukan ? Pada hari berikutnya iaitu hari Khamis 29/10/09 saya masih dihubungi oleh individu ini namun saya tak jawab panggilannya, hinggalah saya menerima kiriman sms yang dikirimkan melalui sahabat saya, albanjari, dan beliau telah pun melaksanakan tugasnya utk forwardkan sms itu kepada saya seperti yg dipintanya.

Saya cukup terkejut. Bila melihat kandungan sms yang dikirimkan. Bagi mengesahkan kebenaran apa yg dituliskan melalui sms itu, saya forwardkan pula kepada seorang sahabat saya untuk menyiasat benarkah apa yang seperti didakwanya dalam sms tersebut. Mari kita baca sms tersebut dulu lepas tu kita sambung belasah lagi..

Sekadar maklum enta; ana istikharah bbrp hari utk serah pimpinan harian pusat dan bbrp yg hadir mesy khas smlm satu rakaman yg sgt serios ttg hasutan DHA utk PAS bersikap x adil thadap PR Slgor, dan timbulkan fitnah pd MB Slgor+PR. Kedua TG amat terkejut! Dan seterusnya TGNA minta nak dgr sendiri apa rakaman yg enta buat di rumah DHA...Sila maklum jika enta decide x jadi beri rakaman itu utk ana maklumkan pd TGNA. Sekadar mbebaskan ana dari amanah.Jzklh.

Begitulah kandungan sms ini, dan saya salin 100% sms itu ke sini. Soalnya dia kata dia sudah istikharah beberapa kali tu pun saya rasa dia bohong, kerana pertemuan itu hanya berlangsung pada hari Isnin malam Selasa. Kalaupun dia buat istikharah, hanya pada hari selasa iaitu sebelum tidur pada malam rabu, Ha..ha..ha, nak bohong pun agak-agak lah syeikh !

Kemudian dia kata DHA menghasut untuk PAS bersikap tidak adil kepada PR Selangor ! Syeikh, enta jangan cari pasal hanya kerana nak jaga 'orang itu' ! Jangan sampai enta pun jadi sampah juga. Buktikanlah hasutan itu, entah-entah, enta dengar maklumat itu dari barua UMNO, lalu enta pun berperangai macam UMNO juga.

DHA memfitnah MB Selangor ? Ini pun saya rasa, enta dapat dari barua UMNO, sebab enta sendiri yang agaknya dah dikelabui oleh pangkat macam UMNO. Iyerlah dah jadi Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Selangor, dan kebetulan pula sudah jadi Ahli Majlis, orang ada kuasa lah katakan ! Bunggul* !

Untuk makluman, saya sudah dengar dan ulang beberapa kali nak cari ayat mana DHA fitnah dan memburukkan MB tapi tak jumpa, kalau tak percaya cuba enta hubungi Dato' Tuan Ibrahim ada tak kalimah dan ayat DHA memfitnah dan memburukkan MB, kalau ada hang mai sini luku kepala aku sekali dan kalau tidak ada, aku nak penerajang buntut hang 10 kali. Ada berani ?

Kedua, Tuan Guru (TG) terkejut ? TG mane syeikh? TG Shah Alam ker ? Jangan cari pasal syeikh, buruk padahnya apabila menggunakan nama Tuan Guru untuk kepentingan peribadi, jika benar kedua-dua Tuan Guru itu tahu tak jadi masalah tapi.., siapa pimpinan Dewan Harian Pusat yang enta maksudkan? Kemudian kenapa hanya beberapa orang (mungkin AJK PAS Pusat) sahaja yang nak dengar ? Kenapa tak semua syeikh ? Enta jangan cari pasal juga jual nama Dewan Harian dan AJK PAS Pusat syeikh, bila saya rujuk benda ini kepada seorang ahli Dewan Harian yang juga AJK PAS Pusat, beliau berkata beliau tidak tahu menahu tentang perkara ni bahkan TGHH pun tak tahu ! Apa citer ni syekih.

Maka seorang sahabat saya malam itu telah mengatakan, sahlah 'budak ini' MUNAFIK HARAKI, jika benar semua kenyataan dari sms beliau itu palsu dan sengaja direka-reka.

Kepada Dato' Pengerusi Lembaga Disiplin, eloklah individu ini di siasat sama, kerana menyalah gunakan nama 2 Tok Guru, nama Dewan Harian, AJK Pas Pusat, memfitnah, menipu dan sebagainya. Mungkin ada dalang besar di sebalik tindakan individu ini kerana tidak mungkin dia berani bertindak sendirian.

Bila kita dapat tangkap sekor Hantu Raya dan kita picit telor dia mesti dia bagitau nama tuan dia samalah juga dengan budak bungul Shah Alam ni kalau kita hadapkan dia kat Lembaga Disiplin tentu kita tahu siapa watak hebat dibelakangnya dan kita tahu siapa bos dia lepas tu kita pecat dia dengan bos dia sekali dari PAS kerana memfitnah pimpinan dan sebaginya. Wallahualam....angahnya'.....jangan cari pasai no....amun wanik meulah kana wanik la ambil resiko....amun takutan... bepataklah .......urang banjar semuan pewanian...

1 comment:

SCaReFaCe said...

Ulasan yg bawah tu aku tak paham langsung...pekat melekat tersekat

*Angah kalau radang, air laut angah timba karing...huhuhuh*