Wednesday, July 30, 2008

Jangan hilang punca

Dewasa ini kita dihidangkan dengan pelbagai isu menerusi pelbagai sumber media sejak dari PRU 12 yang lalu. Kesemua isu ini dicpta untuk mengalaih pandangan rakyat dari isu kerapuhan kerajan BN yang sebenarnaya telah tewas secara moral dalam PRU 12 yang lalu.
Cuba kita lihat kronologi isu yang berlaku dalam negara kita bermula dari pasca Pilihanraya 12.
February 2008
Rakyat sudah diberitakan mengenai kenaikan petrol kepada RM 2.70 menerusi sumber yang datangnya dari mesyuarat kabinet yang dibocorkan.
BA menerusi Anwar Ibrahim telah menyerang kerajaan dan menyatakan kepada rakyat mengenainya tetapi seakan tidak didengar dan dipercayai oleh rakyat tambahan pula ada penafian yang dibuat oleh pak menteri.
Mac 2008
Pilihanraya diumumkan pada 08 mac 2008 walaupun tarikh ini diperolok dan dipersenda oleh PM yang menyatakan tiada pilihanraya dalam tempoh terdekat.
Keputusan pilihanraya 12 mempersembahkan keputusan yang diluar jangkaan seperti ungkapan popularnya " BN terkejut kalah BA ( PR ) terkejut menang ). 6 negeri milik PR dengan pertambahan ke 82 kerusi parlimen milik PR sekali gus menafikan 2/3 majoriti BN dalam parlimen.
Isu Perak dengan perlantikan MBnya tetapi segera di selesaikan.
Kekalutan BN menubuhkan kerajaan di Terengganu dan Perlis sehingga mereka bertindak melampau dan menderhaka kepada Sultan.
Isu babi di Selangor
April 2008
Sidang parlimen pertama penggal ke 12 melihatkan sidang yang hangat dengan pelbagai isu dan Karpal Sing menjadi kambing hitam pertama untuk dijadikan isu kerana dakwaan dia mempertikai dan menderhaka kepada DYMM Agong.
Kenaikan harga petrol diumum 3 hari selepas tamatnya sidang parlimen. Negara kecoh
Kenaikan harga barang.
Mei 2005
Timbul pula isu lompat parti dari BN kepada PR. Panas lagi
Raja Petra juga menghangatkan isu dengan dakwaanya terhadap Najib dan Rosmah dalam isu Altanthuya sehingga dia ditangkap polis.
Pelbagai rapat umum membantah kenaikan harga barang dan petrol diadakan. kerajaan cemas
Isu lompat parti. kerajaan BN lemas
June 2008.
BN makin lemas dengan isu dalaman seperti desakan agar PM meletakan jawatan hingga ke peringkat akar umbi. Pelbagai plan peralihan kuasa dicadangkan. Ku Li menambahkan kehangatan dengan bersedia dan berusaha untuk mencabar jawatan Presiden UMNO dalam sidang mereka nanti.
BN dicemaskan lagi dengan isu peralihan kuasa kepada PR yang sememangnya sudah bertindak sebagai Goverment in waiting dan telah ditiupkan pembentukan Malaysia Baru pada 16 September 2008 akan datang.
Demonstrasi besar-besaran mendesak turun harga minyak
Parti SAPP hilang kepercayaan kepada Pak Lah dan BN.
Timbul pula isu Undi tidak percaya kepada PM dalam parliment.
Isu liwat Anwar tercipta dengan penuh kegawatan
Surat / akuan bersumpah tentang penglibatan rosmah secara langsung dalam proses meletupkan mayat Altanthuya menjadi bualan dan mencemaskan BN.
June 2008
Isu Anwar cukup panas sehingga dia ditangkap dan sebelumnya didedahkan olehnya tentang si Musa Hassan dan Ghani Patail dalam kenspirasi terhadanya pada tahun 1998 dilapor kepada polis dan disiasat oleh BPR.
Isu debat hingga Sabry Chik berbuih mulut.
Pelbagai rentetan isu yang terkebelakang masih dimainkan lagi.
Kini isu besarnya pula ialah isu Muzakarah PAS-UMNO
Kita lihat sendiri isu-isu yang dimainkan sebenarnya adalah untuk menutup satu isu kepada satu isu yang lain agar rakyat hilang fokus dalam sesuatu itu dan kini seakan rakyat sudah menerima hakikat bahawa tiada lagi isu minyak yang menghimpit mereka kerana sedang berbicara isu terkini seperti isu muzakarah pas-umno dan isu liwat sahaja. Isu kebobrokkan dan kezaliman BN dilupakan dan seakan dibiarkan berlalu pergi tanpa ada penyelesaian.

Muzakarah & Muqabalah ?

Pentas politik negara kita kian panas sejak kebelakangan ini dan saya melihatnya seakan tidak surut suhunya kerana ada sahaja isu-isu berbangkit mengenainya diutarakan di dada-dada akhbar dan seakan kian panas.
Pada saya cukuplah kata putus yang diucapkan oleh Mursyidul Am kita mengenainya..."tutup fail muzakarah" dan perkara lepas hanya dianggap sebagai "muqabalah" sahaja ( pertemuan dan perbincangan biasa ).
Sewajarnyalah kepada pimpinan tertinggi PAS disemua peringkat juga sudah tutup mulut mengenainya, biarkan sahaja pimpinan umno yang berkokok seorang diri jangan pula kita sibuk nak menyahutinya.
Tidak perlu langsung diadakan sebarang muqabalah lagi bila kata kuncinya hanya menguntungkan umno yang sedang tersepit dan tiada kelebihan dan keuntunganya kepada bangsa Melayu dan Islam dari sebarang perbincangan kedua-dua pihak ini.
Sudah 50 tahun umno memerintah, kenapa kini baru sedar hak dan keistimewaan bangsa melayu terhakis dan bukankah mereka yang meratah semuanya dan kenapa pula harus dilibatkan PAS dalam masalah yang mereka sendiri ciptakan.
Tidak salah jika pimpinan tertinggi kita bertemu mata dengan pimpinan umno dalam apa juga isu, begitu juga dengan isu yang sedang umum bicarakan sekarang ini. Cuma sekarang ia menjadi panas kerana umno itu yang sedang kepanasan sekarang dan media pula menjadi batu apinya untuk melaga-laga PAS dan cuba meretakkan pakatan Rakyat. Itu sahaja isu dan tujuanya.
Kita jangan cepat melatah dan jangan terperangkap denggan perangkap mereka ini.
Sebagai ahli dan penyokong PAS kita seharusnya WALA' dengan setiap keputusan dan tindakan yang dibuat oleh pimpinan kerana mereka tentunya ada IJTIHADnya yang tersendiri.
Saya amat berharap agar pimpinan tertinggi PAS diperingkat pusat dan Syura Ulama segera menamatkan konflik ini dan diharapkan kepada para perwakilan muktamar akan datang anda lebil rasional dalam apa juga tindakan dan hujjah anda.
Ingat pepatah orang tua kita " umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung pula tidak berselerak"

Thursday, July 24, 2008

Bila dah bengap ....

Bila mata hati sudah ditutup dari melihat kepada kebenaran dan melihat kebenaran itu pula seumpama kebaikan yang nyata maka akhirnya akan merugikan dirinya sendiri.Itulah seketsa yang wajar saya nyatakan kepada orang yang fobia kepada majlis ilmu yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang ada cop PAS.
Sikap suka melebalkan asal saja penceramah atau ustaz itu dari PAS maka apa sahaja yang diungkapkan dalam ceramahnya maka ia akan terus dianggap sebagai ceramah politik dalam masjid dan surau walhal sebenarnya apa yang diungkapkan itu adalah hukum-hukum asal yang dijelaskan dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi saw yang selama ini mereka barangkali tidak pernah mendengarnya.
Saya sebenarnya sedih melihat situasi dan keadaan begini berlaku pada kawan-kawan saya yang terlalu kuat umnonya sehingga menolak siapa sahaja ustaz dan penceramah dari PAS atau yang miripnkepada PAS berceramah dan berkuliah di surau taman perumahan tempat saya tinggal sekarang dan ungkapan yang paling saya bengang ialah bilamana dia berkata " Surau kita baru nak ramai dah bawa politik dalam surau kan dah pecah belah orang melayu kat kawasan kita ni".
Bila dia bercakap macam tu teringat saya sejarah awal kenabian nabi kita Muhammad SAW, para pembesar dan pemimpin musrykin mekah dengan tegas bahawa Muhammad datang bersama agama barunya yang membawa perpecahan dalam kaum Arab.
Apa sahaja yang disampaikan oleh nabi dalam dakwahnya maka ia akan dilavel sebagai punca kepada perpecahan kaum arab dan fitnah seperti itu tetap hidup dalam masyarakat sehingga ke pada hari ini. asal sahaj ada orang yang ingin meyampaikan risalah islam yang syumul dan sempurna maka ia akan dianggap sebapai pembawa kepada perpecahan dan saya lihat perangai yang dipelopori oleh Abu Jahal dan Abu Lahab ini menebal dalam segelintir penyokong dan ahli umno termasuk ditempat saya.
Dalam kesempatan menyampaikan ceramah atau kuliah dan tazkirah di masjid dan surau-surau sahajalah paltform yang terbaik bagi para ustaz kita menyampaikan nasihat dan teguran yang berkaitan dengan politik dan pentadbiran seperti yang ajar oleh islam tetapi ia tidak mahu dimengerti oleh puak-puak ni yang hanya memandang sinis dengan penuh curiga dan neagatif sahaja.
Para ustaz kita berceramah, menasihat atau mengkeritik sesuai dengan perintah Allah yang menyuruh kita menjalankan tugas amar makruf dan nahi mungkar dan sesuai dengan perintah nabi berkatalah yang benar walaupun ia pahit dan atas dasar inilah para ustaz kita memainkan peranan.
Nasihat saya kepada kawan-kawan yang masih menebal keumnoan itu agar dapat membuka mata dan mendengar tanpa prasangka apa yang bakal diutarakan oleh para ustaz yang berkuliah dan berceramah itu untuk kebaikan sendiri dan bukan kepada kepartian kerana bermula dari penggal pemerintahan Pakatan Rakyat inilah majlis ilmu di masjid dan surau-surau dapat dihidupkan semula selepas lebih 50 tahun ia berjalan lesu tanpa pengisian yang sempurna dalam membicarakan kesyumulan islam yang hakiki.
Saya menyeru kepada semua Nazir dan Ajk Masjid serta Pengerusi dan Ajk Surau agar dapat menghidupkan kembali peranan institusi masjid dan surau menjadi pusat percambahan ilmu yang sudah lama ia tidak digilap seperti ilmu-ilmu yang berkaitan dengan hukum jenayah islam dan pentadbiranya, politik atau siasah islam yang menjadi sebahagian dari kesempurnaan islam dan bukan masanya lagi kita di masjid dan surau yang asyik membicarakan bab-bab toharah, bersuci dan lain-lain dan bukan maksud saya menidakanya tetapi perbanyak dan perluaskanlah hukum-hukum islam yang jarang diteroka sebelum ini untuk menjadi keutamaan kita sekarang.
Hidupkan dan makmurkanlah masjid dan surau kita dengan majlis ilmu dan penuhkanlah saf-safnya dengan menunaikan solat berjamah pata tiap waktunya demi mencari keampunan dan keberkatan Allah swt. Cucilah karat kebangsaan melayu umno kepada kecintaan kita kepada penghayatan islam yang sempurna.Apa ada pada MELAYU jika ISLAM dimusuhi.
Wallahua'lam..

Tuesday, July 22, 2008

Teks Usrah PAS


Pengenalan Teks.


Teks ini dikeluarkan oleh Lajnah Tarbiah PAS Kawasan Mentakab tahun 2000 yang lalu moga ia dapat memberikan manfaat kepada pergerakan tarbiah Pas dari masa ke semasa. Amin.


Al-Fatihah ( Pembukaan )


1. Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

2. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mendidik semesta alam.

3. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

4. Lagi mempunyai ( penguasaan ) di hari pembalasan.

5.Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

6. Tunjukanlah kami jalan yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka,bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan pula orang-orang yang sesat.


Agenda Usrah:

Solat , Zikir , Tilawah Quran , Tafsir , Hadis , Sirah , Organisasi / Gerak Kerja Jamaah.


RUKUN GERAKAN ISLAM


Untuk menjadi seorang islam yang "hidup" dan bergerak, kita perlulah memiliki 10 sifat berikut:


1. FAHAM

2. IKHLAS

3. BEKERJA

4. BERJIHAD

5. BERKORBAN

6. TAAT SETIA

7. TETAP PENDIRIAN

8. TEGAS

9. BERSAUDARA

10. THIQAH.


RUKUN PERTAMA : FAHAM


FAHAM bermaksud memahami Islam secara lengkap dan menyeluruh untuk memperoleh kefahaman begini kita mestilah memahami 20 perkara asas Islam iaitu :


1. Islam adalah satu sistem yang lengkap, merangkumi seluruh aspek kehidupan. Ia adalah kerajaan, negara, pemerintah, ummah, akhlak, kekuatan, rahmat, keadilan, kebudayaan, undang-undang, ilmu, kehakiman, meterial, harta, usaha, kekayaan, jihad, dakwah, tentera, fikrah disamping itu juga adalah AQIDAH yang benar dan Ibadah yang sah.


2. Al-Quran dan Sunnah merupakan sumber rujukan bagi setiap muslim dalam memahami hukum-hukum islam. Al-Quran hendaklah difahami mengikut kaedah bahasa arab tanpa meberat-berat dan tidak pula membabi buta. Sunnah difahami melalui periwayat hadis yang thiqah.


3. Iman yang benar, ibadah yang sah dan mujahadah merupakan cahaya dan kemanisan yang dicampakan oleh Allah kedalam hati sesiapa yang dikehendakiNya.


Ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil-dalil hukum Syara'. Ia tidak diambil kira kecuali jika tidak berlawanan dengan hukum dan nas agama.


4. Tangkal, jampi, was'a ( azimat ), ma'rifah, kihanah ( nujum/telek) dan dakwaan mengetahui perkara ghaib serta perkara-perkara yang tergolong dalam bab ini merupakan perkara mungkar yang wajib ditentang,melainkan jampi dari ayat Al-Quran dan Sunnah Rasul SAW.


5. Siasah Syar'iyah : dalam perkara-perkara yang tidak ada nas serta perkara-perkara yang boleh menerima andaian dan masoleh mursalah, umat islam bolehlah menerima pendapat "imam" atau naibnya sekiranya ia tidak bertentangan dengan kaedah syara'. Kadang-kadang ia berubah mengikut keadaan, uruf dan adat. Asal ibadah ialah ta'abbud tanpa melihat kepada makna.Asal adat pula ialah melihat kepada rahsia,hikmah dan tujuan.


6. Setiap orang boleh diterima atau ditolak kata-katanya melainkan rasul yang Maksum. Setiap yang datang daripada "salafussoleh" yang bertepatan dengan kitab dan sunnah, kita terima. Jika ia berlawanan, utamakan kitab dan sunnah. Kita tidak sekali-kali mengecam atau mendedahkankeburukan peribadi-peribadi tertentu dalam masalah yang diperselisihkan. Kita hanya berserah kepada niat hati mereka dan sesungguhnya mereka telah berlalu dengan apa yang mereka lakukan.


7. Setiap muslim yang tidak sampai ke peringkat meneliti (nazar) dalil-dlil hukum cabang, (tidak layak berijtihad) bolehlah mengikut mana-mana imam. Disamping itu elok kiranya ia cuba untuk berijtihad sekadar yang ia mampu bagi mengetahui dalil-dalilnya.Seseorang itu hendaklah menerima setiap petunjuk yang disertakan dengan dalil apabila ia yakin kepada kebaikan dan kepada orang yang memberi petunjuk itu.Jika ia dari kalangan ahli ilmu,ia hendaklah berusaha melengkapkan kekurangan ilmunya sehingga sampai ke peringkat nazar (boleh meneliti dalil hukum).



8. Perselisihan Fiqh dalam perkara cabang tidak sepatutnya menjadi sebab kepada perpecahan, perbalahan atau permusuhan dalam agama. Setiap orang yang berijtihad ada pahalanya. walau bagaimanapun tiada halangan bagi mereka yang mampu untuk melakukan tahqiq dalam masalah yang diperselisihkan dalam suasana kasih sayang kerana Allah serta kerjasama dalam menyampaikan kebenaran tanpa terbawa-bawa kepada pertengkaran dan ta'asub.


9. Terlibat dalam perkara-perkara yang tidak mendatangkan 'amal' adalah 'takalluf' yang ditegah oleh syara' diantaranya ialah hukum furu' yang tidak berlaku (andaian), makna ayat Al-Quran yang ilmu belumsampai kepadanya, membandingkan kelebihan para sahabat dan khilaf dikalangan mereka. Setiap mereka mempunyai kelebihan bersahabat dengan rasul dan dibalas menurut niat mereka dan ta'wil dibenarkan.


10. Mengenal allah, mentauhid dan mensucikanNya adalah setinggi-tinggi akidah islam. Kita beriman dengan ayat-ayat sifat dan hadis-hadisnya yang soheh dan penyerupaan yang layak denganNya(ayat Mutasyabihat) tanpa takwil dan ta'til(menolak sifat Mutasyabihat). Kita jangan cuba mendedahkan khilaf diantara ulama dalam masalah ini.Sudah cukup bagi kita apa yang telah cukup bagi Rasul dan para sahabatnya.



11. Setiap Bid'ah dalam agama allah tidak mempunyai asal. manusia memandangnya baik mengikut hawa nafsunya, sama ada dengan cara menambah atau mengurangkanya. semuanya sesat yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang paling baik sehingga tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk daripada bid'ah itu sendiri.



12. Bid'ah idhofah dan tarkiyyah ( manambah dan meninggalkan) dalam beriltizam dengan sejenis ibadat mutlak adalah masalah khilafiah. Setiap orang mempunyai pendapatnya sendiri dan tidak mengapa mencari hakikat berdasarkan dalil dan bukti.

13. Menyintai orang-orang yang soleh, menghormatidan memberi pujian terhadap amal baik yang mereka lakukan adalah jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah.


Wali-wali Allah adalah mereka yang disebut oleh Allah dalam Al-Quran iaitu orang-orang yang beriman dan bertaqwa.


Karomah (keramat) berlaku kepada mereka dengan syarat-syarat syara' serta mempercayai bahawa mereka adalah hamba yang diredhai Allah. Mereka tidak mampu memberi manfaat atau mudarat ketika hidup atau selepas mati.Mereka juga tidak mampu memberi kurniaan yang ada pada mereka untuk orang lain.
14. Menziarahi kubur dalam keadaan apa sekalipun adalah sunnah yang disyariatkan dengan cara-cara yang ma'sur.
Meminta pertolongan dari ahli kubur , menyeru mereka kerana perkara tersebut, menuntut mereka menunaikan segala hajat sama ada dari dekat atau jauh, bernazar kepada mereka, membangunkan binaan diatas kubur, menyelimutinya, meneranginya ( dengan lampu ), mengusap-ngusapnya, bersumpah dengan sesuatu selain allah dan lain-lain adalah perkara bid'ah, berdosa besar dan wajib diperangi. Kita tidak mentakwilkan amalan-amalan ini dengan tujuan menutup jalan kemungkaran.
15. Berdoa kepada Allah dengan cara bertawassul dengan salah satu makhlukNya merupakan perkara khilaf furu' di dalam kaifiat berdoa dan bukan permasalahan aqidah.
16. Uruf yang salah tidak mengubah hakikat lafaz-lafaz syariat, malah wajib dipastikan batas-batas pengertian yang dimaksudkan dari lafaz-lafaz itu dan tidak melewati pengertian itu.
Begitu juga perlu diawasi sebarang lafaz yang sengaja dikemukan dengan tujuan tipu helah dengan perkara-perkara yang bersangkutan dengan urusan dunia dan agama. yang diambil kira ialah sesuatu yang dinamakan dan buka nama yang diberikan.
17. Aqidah merupakan asas setiap amalan. Amalan hati adalah lebih penting dari amalan anggota badan. Mencari kesempurnaan pada kedua-duanya adalah dituntut oleh syara' walaupun darjat tuntutan pada kedua-duanya berbeza.
18. Islam membebaskan akal, menggalakan supaya memerhatikan alam semesta, mengangkat kedudukan ilmu dan ulama', mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat.
Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, dimana sahaja didapati maka dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya.
19. Boleh jadi perkara yang diteliti oleh syara' tidak termasuk kepada perkara yang diteliti oleh akal, begitulah juga sebaliknya. Sungguhpun demikian pandangan syara' dan pandangan akal tidak bercanggah dalam perkara yang qat'i.
Hakikat ilmiah yang soleh tidak bertentangan dengan kaedah syara' yang thabit. perkara dzanni dari kedua-duanya ditakwilkan agar sesuai dengan qat'i.
Jika pandangan syara' dan pandangan akal masih berada diperingkat dzan, maka pandangan syara'lah yang lebih utama untuk diterima hinggalah pandangan akal dapat menthsabitkan kebenaranya atau ia akan gugur dengan sendirinya.
20. Kita tidak mengkafirkan seseorang muslim yang telah mengucap dua kalimah Syahadah, melaksanakan tuntutan-tuntutanya dan menunaikan kewajipan-kewajipanya dengan hanya berdasarkan kepada pendapat atau maksiat yang dilakukan melainkan jika seseorang itu:
a. Mengakui kalimah kufur,
b. Mengingkari perkara agama yang diketahui secara dharuri,
c. mendustakan ayat Al-Quran yang jelas pengertianya,
d. Menafsirkan Al_quran dengan penafsiran yang tidak diterima oleh uslub bahasa arab dalam semua keadaan.
e. Melakukan sesuatu yang tidak boleh ditafsirkan selain dari kufur.
bersambung....

Monday, July 21, 2008

Muzakarah???

Itulah perkataan yang sedang meniti dibibir ahli dan penyokong-penyokong politikus sekarang.Disebelah pihak bertanyakan bilakah bakal diadakan muzakarah tersebut manakala disebelah pihak lagi bertanyakan apa perlunya bermuzakarah sedangkan dari satu sudut lagi ada pihak yang jomlah kita bermuzakarah dan macam-macam lagi persoalan yang ditimbulkan dari episod muzakarah ini. Muzakarah yang dimaksudkan ialah muzakarah PAS - UMNO.
Saya menyatakan pendirian sebagai ahli parti biasa dalam PAS menyatakan bahawa mungkin ada perlunya pimpinan membuka sedikit ruang untuk mengadakan muzakarah dengan umno dalam hala yang menyentuh kepentingan Islam dan bangsa Melayu dalam ruang lingkup yang memberikan faedah bersama kepada Islam dan Melayu namun pimpinan perlu berhati-hati dengan taktik dan jerangkap samar umno yang sudah menjadi resam dan tradisinya akan mengambil kesempatan dan memonopulasi apa jua isu yang memberikan impak besar kepada mereka dengan penuh tipu-daya yang licik.
Saya sebenarnya cuba memahami isu yang tersirat ini berdasarkan fakta-fakta yang dikeluarkan oleh pimpinan PAS yang telah mengadakan beberapa kali pertemuan sulit dengan Presiden UMNO. Dari apa yang saya faham dan jelas mereka menyatakan rundingan dan pertemuan yang diadakan tempohari ialah sejurus selepas PRU 12 dalam suasana kekalutan parti politik berusaha untuk menubuhkan kerajaan negeri.
PAS dilihat sebagai fakto penentu kepada penubuhan beberapa buah kerajaan negeri dan persekutuan.PAS dilihat sebagai permata yang bersinar dikala itu kerana sebagai contoh di negeri Selangor dan perak jika hendak diharapkan PKR dan DAP sahaja sudah tentu mereka tidak dapat menubuhkan kerajaan negeri dan mereka tentunya mengharapkan penyertaan PAS dalam rundingan dan pakatan untuk menubuhkan kerajaan negeri begitu juga disebalah pihak PN mereka tentu tidak dapat menubuhkan kerajaan negeri jika hanya berpandukan jumlah kerusi yang dimilikinya dan amat mengharapkan penyertaan PAS bersama mereka untuk menubuhkan kerajaan negeri.
Dalam keadaan terdesak sebegini juga diperingkat persekutuan menjadi taruhan kepada PAS untuk diajak berpakat kerana jumlah kerusi Parlimen BN sudah jauh kekurangan hinggakan mereka sudah hilang kekuatan 2/3 majoritinya.
Lalu PAS sahajalah yang diharap dapat menyelamatkan kedudukan mereka diperingkat persekutuan dan beberapa buah negeri ini.Namun PAS bukan muda dalam usia perjuangan politiknya dan PAS sudah tentu mengambil jalan berhati-hati dalam memutuskan sebarang bentuk pertemuan dan rundingan yang dianggap sulit seperti ini. Menurut Yb Ir khalid samad antara individu yang menyertai rundingan awal itu menyatakan bahawa pertemuan mereka dengan Pak Lah berlaku antara 10 dan 11 mac lalu dan bermakna pada waktu itu parti-parti politik dibeberapa buah negeri sedang sibuk mencatur untuk menubuhkan kerajaan negeri.
Nyata disini pertemuan itu sebenarnya tidak boleh dilihat pertemuan untuk berkongsi kuasa dengan BN kerana jelas seperti yang dinyatakan oleh MB Perak adun-adun PAS ditawarkan antara 10-15 juta seorang untuk bekerjasama dengan umno bagi menubuhkan kerajaan Perak tapi PAS masih dan sangan setia dengan rakan seperjuanganya PKR dan bersedia bersama dengan DAP,hasilnya tertubuhlah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan itu belum lagi kisah yang berlaku di Selangor .
Apapun yang bakal berlaku dalam apa jua muzakarah selepas ini ia tentunya berkisar kepada hal-hal yang menyentuh kepentingan Islam dan bangsa melayu sahaja yang wajar diperbincangkan dan saya tidak melihat keperluanya kita menyertai BN kerana sejarah sudah merakamkan bagaimana kita dihumban dan dipersenda semasa PAS menyertai mereka.
Wallahualam ..... akan bersambung insyallah..

Sunday, July 20, 2008

Jawatan Kosong

Jawatan kosong terbuka untuk sekalian rakyat Malasyia.Permohonan jawatan tersebut boleh dipohon terus di Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur dan Bukit Aman.Untuk maklaumat dan keterangan lajut sila hubungi Datuk Bakri Zinin Pengarah JSJ Bukit Aman.
Jawatan kosong mengikut ketegori seperti berikut :
a.) Kerja Mengangkut tilam turun dari Bilik Tidur Saiful Bukhari ke IPK KL dan Mahkamah Putra Jaya (8 kekosongan )
Kelayakan : Tamat Darjah Enam an Anda seorang yang bangang tahap keritikal/ Sihat tubuh badan / Bekas polis dialu-alukan terutama yang berpengalaman mengusung tilam 1998.
Gaji : Boleh runding
Taraf jawatan : Kontrak
b.) Tukang kira tompokan air mani Anwar pada tilam Saiful.
Kelayakan : Tamat Darjah Enam dan pandai mengira serta penglihatan yang tajam.
Gaji : Boleh runding mengikut tahap kepakaran.
Taraf jawatan : Kontrak
c. ) Saksi-saksi baru yang bersedia memperalatkan diri dan bersedia mengaku pernah diliwat oleh Anwar Ibrahim.
Kelayakan : Agak handsome dan sedikit lembut / tidak lulus peringkat IPT/IPTS / kenal dengan individu-individu yang rapat dengan Najib Tun Razak dan Menteri-Menteri Malaysia.
Gaji : Boleh dirunding mengikut kesediaan tahap kesaksian anda.
Taraf Jawatan : Tetap
Warga Malaysia yang mempunyai kelayakan seperti diatas dialu-alukan untuk mengisi jawatan tersebut. Tiada tarikh tutup kerana jawatan ini amat diperlukan untuk melengkapkan konspirasi siri ke 2.

Thursday, July 17, 2008

Undang-undang terapung

Ada sesuatu yang tidak kena dengan undang-undang negara kita?
Persoalan yang meniti dibibir rakyat Malaysia kini yang perlukan kepada jawapan dan perbahasan umum.
Saya bukan berbicara khusus dan simpati kepada sdr Anwar Ibrahim tetapi yang dilihat adalah perlaksanaan undang-undang pada keseluruhanya dan secara kebuetulan juga ia berlaku kepada sdr Anwar Ibrahim dan memperlihatkan kepada kita akan kepincangan undang-undang yang diamalkan sekarang.
Mana mungkin polis boleh bertindak seperti apa yang dilapor oleh sdr Anwar sebentar tadi dan kita juga jika tidak dihujjah oleh sdr Anwar boleh menilai apa sebenarnya yang berlaku.
Dari kengganan polis memberikan salinan asal report terhadapnya oleh orang yang mengadu dengan alasan arahan dari orang atas langsung tidak boleh diterima.Begitu juga alasan dari pihak polis mengenai cara tangkapan terhadap sdr Anwar yang mengikut lunas undang-undang juga tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia dan akhirnya katalah apapun alasan rakyat tetap tidak akan menerimanya lagi kerana jelas sekarang polis adalah satu instrument yang berpihak kepada sebelah pihak sahaja dan bukan lagi penegak undang-undang kepada rakyat.
Bukan semua angota polis begitu sikapnya tetapi hanya beberapa orang pegawai tingginya sahaja yang bersikap seperti BADUT sarkas seperti Ketua Polis Negara dan Timbalanya serta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Bakri Zinin yang angkuh itu.
Persoalan sekarang apakah jaminan rakyat Malaysia akan mendapat keadilan dalam perlaksanaan undang-undang kerana sistem undang-undang ini telah terlalu rosak yang seakan tidak dapat dibendung dan dipulihkan lagi hasil dari tindakan mereka sekarang.
Sdr Anwar yang seketika dulu adalah Timbalan Perdana Menteri dilayan seperti anjing kurap oleh mereka lalu bagaimana kita?
Kita sedang menanti apa sudahnya kes yang dilapor oleh sdr Anwar terhadap Musa Hassan dan Ghani Patail, laporan bersumpah terhadap Rosmah dan akuan bersumpah Balasubramanim terhadap Najib. Raja Petra kini telah dirujuk ke Mahkamah kerana laporan dan akuan bersumpahnya terhadap Rosmah.
Soalnya sekarang apa tindakan polis terhadap individu-individu yang sedang berkuasa ini? Jelas tiada ketelusandan tiada tangkapan seperti cara sdr Anwar ditangkap semalam, kenapa mereka belum direhatkan lagi dan kenapa mereka masih bertugas dengan jawatan mereka sekarang?
Jika perlaksanaan ini telus dan adil kesemua mereka sepatutnya direhatkan dari tugas mereka sehingga siasatan selesai dibuat. Sekarang KPN dan AG itu jugalah yang akan bertindak terhadap sdr Anwar dalam isu yang berlainan, fikir-fikirkanlah....
Episod sebeginilah yang akan menjahanamkan undang-undang dan menghuru-harakan negara dan polislah yang selayaknya dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini pada masa akan datang dan jangan salahkan rakyat jika rakyat sudah tidak percaya lagi terhadap undang-undang dan PDRM.
Wallahualam... Lawan tetap lawan.