Thursday, October 22, 2009

Kemelut PAS. Wajarkah Muktamar Khas?

Apa dah jadi dengan PAS ? Mungkin itu adalah persoalan khalayak yang bakal meletup dan akan dicanangkan semahunya oleh UBN dalam tempoh yang bukan sekejap dan ia akan dijadikan senjata untuk terus memusnahkan PAS dari segenap penjuru.

Tak semena-mena Tuan Guru Mursyidul Am mengeluarkan kenyataan terbuka yang mahukan supaya Muktamar Khas dibuat ekoran dari isu-isu terkini yang melanda kepimpinan PAS sehari dua ini.

Saya merasakan bahawa kenyataan dan lontaran TGNA ini tidak wajar dibuat sekarang....timing tak kena....kata orang.

Saya membaca beberapa kali kenyataan TGNA yang dipublishkan oleh ramai teman-teman bloggers dalam web site masing-masing dan saya lihat ulasan atau kenyataan yang dibuat oleh TGNA itu bukanlah ulasan penuh TGNA mungkin penulis kepada blog TNGA sendiri yang memandai atau menambah-nambah ayat bagi menyedapkan serangan terhadap pimpinan lain.

Saya akui segala Nas-nas yang diutarakan oleh TGNA itu tiada siapa yang sanggup untuk menyanggahnya kerana itu adalah perintah dan terguran terus dari Allah yang dijadikan hujah dan Nas mengapa kenyataan itu dibuat.

Lantaran itu untuk mancari sesuatu jalan keluar kepada masalah ini, semua pihak wajar berlapang dada dan berfikiran terbuka.

Marilah kita mengambil semua keritikan dan pandangan-pandangan yang dibuat terhadap isu ini sebagai sebab untuk kita memperkasakan jentera pimpinan serta organisasi PAS itu sendiri.

Muktamar Khas itu perlu atau tidak satu persoalan lain, yang jelas kini kita kena cari jalan untuk menyelesaikan isu ini dari terus dibangkitkan kerana jelas jika isu UG jadi pertikaian maka ia pun sudah senyap diperkatakan atas kehendak TGNA sendiri tetapi kenapa ia bangkit semula dan siapa yang membangkitkanya?

Jika kita kembali kepada sorotan peristiwa kita akan temuai fakta bahawa isu rundingan dengan UMNO ni bermula seawal keputusan PRU 12 yang lalu. Ia berlaku di Perak dan Selangor. PAS di 2 negeri ini bertemu atas undangan bukan kerana mereka herhegeh-hegeh untuk bertemu dengan UBN. Namun atas tanggungjawab tehadap parti maka tiada siapa pimpinan di dua negeri ini sangup bersekongkol dengan UBN untuk menubuhkan kerajaan walaupun tawaran yang di janjikan itu sangat lumayan. Akhirnya PAS MENOLAK UNTUK BERGABUNG DENGAN UBN,

Setelah setahun kita lihat isu ini dimain dan diputarbelitkan lagi dengan pelbagai versi namun hanya dengan satu misi sahaja iaitu untuk memporakperanda dan menjatuhkan serta merobohkan PAS dari dalam.

Ia ditambah lagi dengan ulasan-ulasan dan kenyataan para blogger yang dicipta untuk menjadi hero dan pahlawan-pahlawan maya untuk menyebarluaskan lagi segala dakyah-dakyah serta mengeruhkan lagi suasana atas nama kebenaran kononya. Tetapi bila isu dah jadi keroh mereka menyepi dan melepaskan tangan dari bertanggungjawab. Ini mainan Syaitan namanya.........

Ada segelintir blogger yang tanpa kita kenal mereka sanggup mengherdik TGNA dan TGHH serta pimpinan lain kerana kononya mereka berpihak kepada seseorang dalam hiraki tertinggi PAS.

Sebagai renungan bersama marilah kita bermuhasabah dan menghayati beberapa perkara berikut untuk menjernihkan kembali suasana dan terus memperkasakan organisasi PAS di semua peringkat.

Mari kita renungkan ;

1. Apakah kita sebagai ahli dan penyokong PAS sedar akan matlamat penubuhan PAS sebagai parti politik yang tersurat dan tersirat dalam gagasan demokrasi berparlimen ini?

2. Apakah kita sebagai ahli dan penyokong PAS disemua peringkat sedar bahawa PAS merupakan sebagai GERAKAN ISLAMIAH atau GERAKAN DAKWAH?

3. Apakah kita semua memahami apakah yang dimaksudkan sebagai GERAKAN ISLAM?

4. Apakah kita sebagai ahli dan penyokong PAS sedar kita kini berada dalam GERAKAN ISLAM?

5. Apakah kita ahli dan penyokong PAS sedar bahawa sistem kepimpinan dan gerak kerja PAS merupakan sistem dalam GERAKAN ISLAM yang meletakan keutamaan kepimpinan berjemaah dan bukan individu?

6. Apakah kita ahli dan penyokong PAS mahu menyamakan sistem dalam PAS itu sama dengan sistem partiparti politik lain dalam Malaysia?

7. Apakah kita ahli dan penyokong PAS sedar tindakan PAS menjadi PARTI POLITIK demi memastikan Syariat Islam memerintah Malaysia?

8. Apakah kita ahli dan penyokong PAS serta masyarakat amnya sedar bahawa sistem demokrasi amalan malaysia hanya membenarkan Parti Politik berdaftar sahaya yang layak bertanding dalam Pilihanraya dan membentuk sesebuah kerajaan untuk memerintah?

9. Apakah kita ahli dan penyokong PAS sedar dan yakin, menjadi Sunnatullah dalam GERAKAN ISLAM, mana-mana individu atau golongan yang berniat selain dari matlamat untuk menegakan Syariat Islam akan disingkirkan oleh Allah dari Gerakan Islam?

10. Apakah kita ahli dan penyokong PAS sedar bahawa setiap GERAKAN ISLAM akan terus dijaga dan dipelihara oleh Allah Taala?

11. Apakah kita ahli dan penyokong parti wajib mentaati pemimpin parti?

12. Apakah ahli dalam GERAKAN ISLAM tidak perlu WALA' kepada pimpinan?

Diharapkan semua persoalan diatas kita hayati dan fahami dengan sesungguhnya agar kita tidak terkeluar dari landasan jama'i.

Janganlah kita terjerat dengan perangkap musuh yang datang dari celah lipatan dalam, musuh dari kiri dan kanan, apatah lagi musuh yang datang dari luar pintu. Wallahualam

Tuesday, October 20, 2009

Luka UG Berdarah Kembali

"Ku fikir luka tu sudah sembuh tetapi rupa-rupanya ia masih bernanah didalam"....itulah perumpamaan dalam kita merungkai masah yang cuba dibangkitkan kepada PAS sejak kekalahanya dalam PRK N31 Bagan Pinang 11 Oktober lalu.

Pelbagai ulasan yang telah dibuat oleh pelbagai pihak dan kebanyakanya cuba mengambil kesempatan untuk memalu kembali gendang UG dengan mempertontonkan pelbagai watak yang perlu dipersalahkan kononya.

Tak semena-mena Dr Hassan Ali yang ditohmah kerana menyebabkan PAS kalah teruk di PRK Bagan Pinang lalu kerana kelancangan mulutnya menyebabkan Pakatan rakyat Selangor bergeser kerana isu arak.

Apa masalahnya dengan isu arak dengan UG? Kerana Tuan Guru Hj. Hadi mendiamkan diri? Kerana Ustaz Nasha memehak kepada Dr Hassan Ali? atau kerana kebanyakan pemimpin lain tidak respons kepada Dr Hassan Ali? atau apa?

Ada juga pimpinan PAS pusat dari pelbagai jawatan cuba untuk respons terhadap isu yang diutarakan oleh Dr Hassan Ali ini namun akhirnya ia berjaya diselesaikan dalam perundingan meja bulat oleh pimpinan PR Selangor.

Justeru kenapa kini ia cuba untuk diketengahkan lagi dalam kita merungaki punca kekalahan di Bagan Pinang lalu.

Saya secara jujur melihat adanya kumpulan dalam pimpinan PAS disemua peringkat yang cuba untuk memalu kembali gendang UG ini. Bahkan diperingkat PAS Pusat dan Pemuda Pusat juga dikhabarkan masih ada lagi suara-suara yang cuba untuk membangkitkan isu ini.

Mengapa kekalahan kita di Bagan Pinang menjadikan kita sakit otak hingga memaksa pimpinan pusat itu dirombak hingga sanggup menyingkirkan Presiden dan Timbalanya hinggakan juga kepada kelompok yang telah dilabel menyokong UG juga harus di singkirkan seperti Dr Hassan Ali.

Kenapa kita memandang begitu sinis kepada Tuan Guru Presiden akibat kekalahan kita di Bagan Pinang hinggakan urusan beliau ke luar negara juga dipersoalkan? Apakah beliau sengaja keluar negara untuk makan angin atau berehat dari memikirkan senario politik negara? Tentunya ada urusan parti atau urusan gerakan Islam Antarabangsa yang menyebabkan beliau memenuhi undangan dari luar negara itu, takan lah nak diwakilkan kepada kerani am pejabat agung PAS untuk menjalankan misi dakwah di peringkat global itu. GOBLOK betul la sapa yang pertikaikan isu ini.

Semua dentuman isu yang dibuat ini tidak lain hanyalah untuk mengungkit kembali isu UG agar orang-orang yang berkepentingan dapat mengambil laba politik dan menyusun strategi yang hanya mereka sahaja yang tahu dengan harapan ahli-ahli PAS di semua peringkat tidak mudah lupa tentang isu UG ini yang menggamit kemarahan Tuan Guru Nik Aziz terhadap Timbalan Presiden PAS dahulu.

Saya lihat kumpulan yang dikatakan sebagai anti UG ni mempunyai rangkaian yang licik disemua peringkat hinggakan ia dapat liputan media yang sangat mudah. Sebenarnya isu UG ini bukanlah sekarang ini mula panas tetapi sebaliknya sejak tempoh berkempen di Bagan Pinang lagi ia sudah kedengaran renggekanya cuma kami tidak mahu respons takut menjadi senjata yang kuat oleh UMNO tapi kalau betulah telahan saya, memang itulah agaknya hasrat mereka agar ada yang respons dan menjadi tajuk berita yang sensasi maka mudahalah ditunding jari kepada orang-orang yang dikehendaki. Wallahualam..saya mohon ampun dan maaf sekiranya telahan saya itu salah....harap ia salah...

Mungkin khalayak tidak tahu bahawa di Selangor sendiri ada usaha-usaha nakal yang cuba menggagalkan setiap kerja baik yang hendak dicadangkan oleh PAS Selangor melalu Pesuruhjayanya Dr Hassan Ali hinggakan ada cadangan supaya PAS Selangor diminta untuk tidak merangka Enekmen Jenayah Syariah Selangor seperti Enekmen Jenayah Syariah ( Hudud ) di Kelantan dan khabarnya Dr Hassan Ali tegas dengan pendirianya supaya enekmen ini di rangka dan dibuat kerana sekarang PR sudah memerintah Selangor, so apa yang hendak di tunggu lagi?

Perangai yang takutkan hukum Hudud ni perangai sape? Bukan perangai-perangai jelmaan UMNO ke? Wallahualam....

Thursday, October 15, 2009

Prestasi Terburuk Musa Hassan

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini membidas beberapa penulis blog yang mempertikai kredibiliti polis yang masih gagal mengesan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Raja Kamarudin, untuk hadir ke mahkamah.

Beliau berkata kelemahan bukanlah di pihak polis tetapi sebaliknya Raja Petra sendiri yang melarikan diri dan mengelak daripada diadili di mahkamah.link


Tersebutlah diatas adalah kenyataan Musa hassan Ketua Polis negara yang baru disambung kontraknya untuk menjaga keamanan dan kestabilan negara.


Bolehkan kita menerima kenyataan KPN tersebut? Bila orang yang hendak didakwa atau orang salah atau orang jahat tidak dapat ditangkap tapi tidak dapat ditangkap kerana penjenayah itu lari dan bersembunyi?


Inikah prestasi orang yang baru disambung kontrak kerjayanya? Jika beginilah prestasi KPN ni maka tidak hairanlah bila kita lihat indeks jenayah dalam negara kita semakin meningkat tetapi dalam masa yang sama polis ni lebih sibuk mengekori semua orang-orang politik terutamanya dari Pakatan Rakyat.

Begitulah malangnya rakyat malaysia yang mempunyai seorang Ketua Polis negara yang sangat bodoh dan lalai dalam menjalankan tugas resminya sebagai KPN tapi bulu roma, tompok-tompok air mani boleh jumpa pulak tu walau dilapisi oleh cadar yang tebal dan boleh kenal pulak tu bulu ari siapa yang bertaburan dalam bilik air, tapi seseorang suspek yang dikatakan perlu untuk diadili tidak dapat dikesan.

Maka sewajarnyalah Kerajaan 1 Malaysia ini mengkaji semula kedudukan si Musa Hassan ni sebagai KPN dan jalan yang terbaik gantikanlah dia dengan seorang tokoh yang adil dan berwibawa untuk membenteras jenayah dalam negara yang kita cintai ini. Wallahualam...


Wednesday, October 14, 2009

BERDAKWAH SECARA BERHIKMAH KEPADA UMNO?


Kita bisa sahaja melunakkan pekerti kita dalam berbahasa atau dalam tindakan kita untuk menyampaikan dakwah kepada sasaran kita.


Pelbagai uslub dakwah yang boleh kita gunakan samada secara lembut, secara memujuk, merayu, mempamerkan budi pekerti dan akhlak yang tinggi lagi mulia kepada sasaran dakwah kita tanpa menggunakan teknik serangan, sindiran atau sebagainya dalam usaha dakwah kita samada melalui ceraha, penulisan atau lainya.


Dalam sirah Nabi kita Muhammad s.a.w. baginda mempamerkan seleuruh aspek kehidupanya sebagi model yang terbaik dalam melebarkan dan menyampaikan dakwah begitu juga kepada para sahabat baginda juga mengikut jejak yang telah dirintis oleh baginda Nabi s.a.w. untuk menyampaikan masej dakwah.


Apabila kita berhadapan dengan UMNO kita sebenarnya berhadapan dengan satu senario lain. Siapa kata uak-puak UMNO ni bodoh? Jahil? Samseng? Jahat? Perasuah? Penipu ? Munafik dan sebagainya.


Pendekatan dakwah secara lembut manakah yang kita boleh gunakan untuk menyatakan atau memujuk para pemuka dan ahli UMNO untuk tidak melakukan segala macam angkara yang dinyatakan diatas?


Sudah lebih 52 tahun kita di injak-injak dek kerja-kerja kotor mereka pada setiap ketika apatah lagi disaat kita bertempur dalam pilihanraya.


Ya! mungkin dalam situasi bertenang dan biasa seperti ini mungkin kita boleh gunakan sebaik mungkin atau selembut mungkin pendekatan dakwah kepada mereka tanpa memaki hamun, tanpa mencerca mereka dan sebaginya walaupun dalam media terbuka mereka menghentam kita dari pelbagai susut.


Tolong cadangkan kembali kepada kami bagaimanakah caranya untuk kita berhadapan dengan mereka ini dalam konteks untuk melunak dan melembutkan mereka dengan uslub dakwah yang lembut.


Apabila kita berada dalam suasan pilihanraya kita juga sebenarnya berada dalam zon peperangan. Nah pada ketika itu jika kita tidak membunuh maka kita yang akan terbunuh.


Lagak samseng yang ditunjukkan dalam PRK Bagan Pinang lalu apakah kita boleh biarkan begitu sahaja dan kita hany melihat sambil berpeluk tubuh sahaja pemuda kita diserang dan dipukul?


Pemuda PAS dan ahli-ahli PAS cukup berhemah dan bersabar menghadap setiap provokasi daripada pihak UMNO dan polis. Bayangkan sekiranya setiap perkara yang dijual oleh UMNO para penyokong PAS membelinya dengan harga yang murah tidak kah itu lebih memudharatkan suasana berpilihanraya.


Penyokong dan ahli PAS tidak akan sewenang-wenangnya akan melayan setiap provokasi UMNO dan Polis dengan begitu sahaja kerana penyokong dan ahli PAS telah ditarbiyahkan untuk terus bersabar selagi boeh bersabar atas nama ISLAM.


Dalam serangan maya dan media dimana ruang kita untuk mendepani hujah-hujah mereka dengn secara lembut tanpa menggunkan serangan dan bahasa lunak untuk melenturkan kegoan UMNO?


Melalui media maya seperti ini tidak semua rakyat negara kita memilikinya sedangkan dalam media perdana kita saban hari dihina dan diperbodohkan.


Kita tidak pernah menganggap UMNO ni kafir atau yahudi cuma mereka sahaja yang perasan yang kononya kita mengatakan mereka sedemikian rupa kerana tingkah laku dan kerja buat mereka serupa.


Berapa ramai dari kalangan kita yang sudah berjaya mendepani mereka dengan pelukan dan genggaman erat untuk meredakan situasi panas berpolitik?


Kadangkala dalam menyampaikan masej dakwah ini kita perlu keras dan tegas apatahlagi kepada golongan yang cerdik pandai tetapi jahil dalam UMNO ni.


Kita bacakan Ayat al-Quran dan Hadis-Hadis Nabi s.a.w. sebagai bandingan dan peringatan mereka tolak mentah-mentah dengan pelbagai alasan....tidak kah golongan yang menolak atau menafi dan menidakkan setiap huruf-huruf al-Quran dan Hadis-Hadis Nabi WAJIB kita perangi.


Cara memerangi bukan sahaja dengan pedang dan persenjataan kita juga boleh perangi dengan lisan dan mata pena dan tulisan maya.


Bahkan dalam al-Quran juga Allah s.w.t. juga menggunkan kecama-kecama yang hebat kepada orang-orang yang memusuhi islam. Kalimah "CELAKA, BINATANG, KERA" dan sebagainya juga diungkapkan dalam al-Quran untuk menggambarkan betapa hinanya dan jahatnya serta degilnya mereka.


Kita hanya membenarkan sahaja kerja buat mereka, jika dia perasuah kita katakan dia perasuah, dia jahat kita katakan dia jahat, dia pembunuh kita katakan dia pembunuh, di hina islam kita katakan dia menghina islam, dimana kelunakkan bahasa yang boleh kita gunakan kepada perasuah, samseng, pembunuh,penipu,perampas,perogol, pencuri atau sebagainya? Jika dibarkan maka akan lebih ramai lagi yang akan menjadi mangsanya.


Menghebahkan keburukan seseorang untuk menjauhkan orang lain dari terkena kezalimanya juga menjadi tanggungjawab kita dalam menyampaikan masej dakwah. Tak kan lah kita nak katakan bahawa dia tu orang baik maka kita undilah dia kerana nanti dia boleh rasuah lagi, boleh rampas harta dan tanah orang lagi atau sebagainya tanpa kita memperkenalkan siapa orang itu?


Wallahualam, berdakwahlah mengikut keadaan semasa, perlu kepada berhikmah kita berhikmah, perlu kepada kelunakkan bahasa dan tingkah laku kita lakukan dan perlu keras dan tegas kita lakukan yang penting masej dakwah kita itu sampai dan didengari oleh mereka dan yang paling penting mereka tahu kita ni bukan jenis orang yang senang-senang untuk dibuli dan diperdaya begitu sahaja kerana kita akan menyerang apabila sesuai dengan waktunya. Allahuakbar....


PRK N31 Bagan Pinang; Kenyataan Media TGHH


Keputusan Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang telah sama-sama kita ketahui, di mana Barisan Nasisonal (BN) telah mengekalkan kemenangan yang telah diperolehi oleh mereka menerusi Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.

Serentak dengan itu, pelbagai pihak telah memberikan analisa, ulasan, komen dan cadangan masing-masing terhadap keputusan pilihanraya kecil tersebut.

Apa yang pasti ialah Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan melakukan post-mortem bagi meneliti pelbagai aspek 'politik tempatan dan nasional' untuk menentukan punca sebenar kegagalan PAS memenangi kerusi DUN Bagan Pinang dari tangan BN.

Kepimpinan parti tentunya akan mengambil langkah strategik yang bersesuaian tanpa mengorbankan prinsip perjuangan parti dalam melaksanakan penambahbaikan.

Sementara itu saya meminta semua ahli di pelbagai peringkat dalam PAS supaya tidak menuding jari dan menyalahkan sesiapa sebelum punca sebenar ini dapat dikenalpasti.

Dalam suasana keriuhan kegagalan kita memenangi kerusi DUN Bagan Pinang ini, semua ahli PAS diminta bertenang dan tidak keliru dengan status-quo kemenangan BN yang dirayakan oleh mereka.

PAS menyedari bahawa semua pihak menaruh harapan yang tinggi untuk mengambil kerusi DUN Bagan Pinang dari milikan BN.

Hakikatnya ialah kita menyertai pilihanraya ini dengan penuh maklumat bahawa ianya merupakan satu tugas yang mencabar dan penuh dengan insiden provokasi oleh pihak lawan.

Walauapapun, PAS ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengundi yang masih memilih PAS, para petugas parti yang datang dari segenap pelusuk tanahair dan berkampung di DUN Bagan Pinang, orang perseorangan dari pelbagai rumpun bangsa yang datang memberikan tenaga dan sokongan serta semua pihak yang telah berusaha bersama-sama dengan jentera parti dalam berhadapan dengan pilihanraya kecil ini.

Presiden PAS

Tuan Guru Presiden sedang berada di Syria dan beliau menghubungi Dr Ahmad Samsuri selaku Setiausaha Politik Presiden PAS untuk kenyataan media ini

Baca : disini

Pertemuan Sulit Wakil UMNO Dengan Egen YAHUDI

Korang kenal gambar siapa dekat atas ni..? kalau tak kenal, mari aku kenalkan... yang sebelah kanan mengadap Mat Saleh tu ialah Jamaluddin Jarjis, wakil UMNO dan juga seorang "Pakar Dalam Hal Raba-Meraba" manakala yang disebelah kiri tu pula ialah Paul Wolfovits wakil UMNO Yahudi dan juga seorang "Pakar Strategi Peperangan Di Iraq"...

Ape menatang JJ dan PW tu bincangkan..? kenapa berita ni tak tersiar dalam media perdana..? kenapa sejak 2-3 menjak ni UMNO kecoh sangat dan media perdana sebok sangat dok hilitekan berita "Kununnya" DSAI pengkhianat negara dan blogger-blogger pro UMNO pulak sambut dengan cerita yang sama..?

Rupa-rupanya nak cover berita UMNO hantar Jamaluddin Jarjis berjumpa dengan UMNO Yahudi..! dasar parti lakhnat..!Apa kata Mukhriz..? haaa...??? ape dia..? tambah lagi saham dalam San Miguel..?

sumber Perisik Rakyat dan baca disini.

Najib Merapu Nak Bersihkan Politik Wang UMNO.


KUALA LUMPUR 13 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak percaya pindaan perlembagaan yang akan menetapkan kaedah baru pemilihan jawatan tertinggi UMNO boleh menghapuskan politik wang.



Presiden UMNO berkata, ini kerana perwakilan yang akan menentukan pucuk pimpinan parti nanti adalah dalam jumlah yang besar meliputi 146,500 orang berbanding 2,500 perwakilan sedia ada.



''Pindaan perlembagaan ini boleh menghapuskan politik wang kerana bilangan yang memilih lebih besar untuk cuba dipengaruhi oleh sesiapa.



''Kalau ada yang cuba lakukannya, ia akan mudah dapat dikesan," kata beliau pada sidang akhbar selepas mengadakan Majlis Taklimat Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini petang ini. Laporan dari Utusan Malaysia Online.


Ulasan KerenahMaya:


Eh...berapa punya banggang la kita punya PM ni, SPRAM kan dan ada suruh je diaorang yang siasat pasal rasuah-merasuah ni yang korang pandai-pandai gubal sendiri dalam parti korang tu apasal.


Tak sama ker antara Politik Wang dengan RASUAH? Itulah masalahnya hingga indeks rasuah negara kita menjunam jatuh kebawah sebab kita ada PM yang banggng dan Pengerusi MACC yang bodoh.


Dunia ketawa melihat bagainama budak botak althantuya ni berkata nak benteras politik wang dalam umno bermula dengan buat pindaan perlembagaan parti mangkuk jamban diaorang dulu.


Rasuah tetap rasuah walaupun diberi pelbagai nama dan jenama dan cara yang palik baik untuk membenteras rasuah bubar dulu parti mangkuk jamban ( UMNO ) di kemudiaan biar pemimpin-pemimpin dari PR yang kendalikan pemerintahan negara untuk tunjukan bukti yang PR tegas untuk emembenters rasuah.


MACC jangan terus jadi pencacai tahi umno kelak anda kan jadi tahi macam umno juga....wa kaka