Saturday, October 10, 2009

PRK N31 BATANG PINANG.

Insyaallah kurang dari 8 jam lagi hari pembuangan undi di Pilihanraya Kecil DUN N31 Bagan Pinang akan berlangsung. Bermula dari 3 oktober lalu parti-parti yang telah disahkan bertanding giat menjalankan kempen-kempen pilihanrayanya untuk memenangi hati para pengundi di kawasan tersebut.


Bagi warga dan khalayak yang bijaksana telah mengamati segenap penjuru cara dan teknik kempen kedua-dua parti.


Disana kita melihat ada pihak yang sentiasa akur terhadap setiap hurup dari undang-undang yang berkaitan dengan pilihanraya dan ada juga yang terpaksa membanggangkan diri untuk terus menodai setiap hurup yang termaktub dalam undang-undang berpilihanraya.


Dari awal kita melihat bagaimana penyalahgunaan kuasa oleh sang penguasa terhadap undang-undang yang kononya didaulatkan.


Kita melihat bagaimana pihak yang sepatutnya bertindak adil dan profesional dalam tugasnya terpaksa melacurkan diri demi kerana memuaskan kehendak nafsu sang penguasa yang semakin gila.


Dari awal-awal lagi kita melihat sang SPR,MPPD,POLIS seakan hilang arah tujuan dan matlamat penubuhan entiti atau instrument itu. Segala jenis sang ini te;ah dengan relanya menjadi pelacur murahan kepada politikus yang menikus untuk meraih kemenagan untuk terus berkuasa.


Secara jelasnya PRK N31 ini pihak yang bertanding adalah PAS dan UMNO. Maka dengan megahnya SPR dan MPPD telah menurunkan segala bentuk banner dan parti-parti komponen PR yang dianggap oleh sang-sang ini tidak bertanding.


Pelbagai helah telah dicipta untuk menurunkan segala macam mak nenek bendera dan logo-logo parti Pakatan Rakyat telah diroboh dan diturunkan.


Tiba-tiba pada jam 11.55 malam tadi sejurus saya tiba PD berhadapan di persimpangan CORUS Hotel saya dapati ada sign board yang parti yang tidak bertanding terpacak di situ padahal sebelum ini tidak kelihatan logo parti serpihan MIC itu wujud disitu.


Apa makna telahan dan dakwaan SPR yang mengatakan bahawa parti DAP dan PKR tidak bertanding di DUN Bagan Pinang maka segala jenis logo, banner,bunting bilboard parti-parti tersebut tidak boleh dinaikkan. Dengan parti budak ni SPR tak berani nak bertindak ke? atau SPR dah cukup kenyang? dll. Wallahualam.


Tuesday, March 3, 2009

NIZAR Hero Rakyat Malaysia



Rakyat malaysia makin Sayang pada kerajaan Nizar.

Hari ini, satu sejarah telah tercipta bahawa satu Sidang DUN telah diadakan di bawah pokok di tempat letak kereta, di Negeri Perak Darul Ridzuan.Berikutan tindakan polis yang tidak membenarkan semua EXCO sah menggunakan dewan DUN, maka akhirnya mesyuarat DUN tetap diadakan juga, demi memenuhi aspirasi dan kemahuan rakyat Perak.


Sebenarnya peristiwa "persidangan dibawah pokok ini" tidak merugikan MB Nizar dan pasukannya, malahan lebih menarik simpati rakyat terhadap kesungguhan mereka mempertahankan kerajaan sah Pakatan Rakyat di Perak. Syabbas pada MB Nizar dan semua EXCO yang terlibat.


Inilah kezaliman yang amat nyata dari BN.Jika sebelum ini, rakyat baru mengetahui bahawa ISA adalah zalim, maka hari ini, selain ISA, UMNO/BN juga mempergunakan apa saja termasuk mengunci sebuah bangunan lantas menyerlahkan pada rakyat bahawa kezaliman dan kejahatan mereka memang tanpa batas kemanusiaan!!!

"Raja adil raja di sembah, Raja zalim raja di sanggah"....rakyat sedang menjadi hakim, menyaksikan apakah ada suara atau tindakan murni dari istana yang boleh menyelesaikan krisis yang sedang berlaku sekarang?Apakah tindakan Sultan untuk menyelamatkan rakyat Perak dari kemelut politik yang sedang mengganas kini?


Hidup kerajaan MB Nizar, salah satu negeri yang telah meluluskan usul mansuh ISA di sidang DUN tahun 2008!!!

UMNO HILANG AKAL

UMNO HILANG AKAL
cyberboron, Tuesday, March 03, 2009

UMNO telah hilang akal. Pupus jiwa. Tiada nilai kemanusiaan langsung. Zalim muktamad. GanasInilah ungkapan yang paling sesuai untuk UMNO selepas menyaksikan peristiwa bersejarah seakan Yahudi.
Mentaliti berpatah balik jauh ke belakang, ke zaman tanpa tamaddun. Tak berapa sesuai lagi mengaku Islam. Undang-undang sudah tak wujud. Perlembagaan jadi kertas tandas. UMNO memang haprak.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di bawah pokok sena hari ini.UMNO memperkudakan pasukan keselamatan demi kuasa politik haram yang dirompak sebulan lalu. UMNO sekali lagi merogol perlembagaan negara dengan menghina Dewan Undangan Negeri dan ahli-ahlinya.
Speaker DUN dihalang daripada menjalankan tugasnya seperti yang termaktub dalam perlembagaan.Samseng resmi dan samseng tidak resmi pak yed UMNO berkeliaran macam anjing gila sepanjang pagi ini. Samseng resmi yang tak beruniform mengiringi samseng tak resmi melakukan provokasi terlampau.
Mujur penyokong kerajaan pilihan rakyat banyak bersabar. Kalau diikutkan hati, memang layak berperang saja hari ini.Melayu tua yang dah dekat nak masuk kubur pun tumpang sekaki menunjukkan kebodohan diri. Entah apa yang dipertahankannya, sebenarnya dia sendiri pun tak tahu.
Mujurlah Melayu yang bodoh macam tu dah tak berapa banyak yang berbaki kat dunia ni.Pasukan keselamatan bertukar jadi pasukan penjenayah.
Dakwaan ini bukan cakap kosong. Ada ribuan foto dan video membuktikannya.
Pasukan penjenayah ini hanya buat bodoh saja semasa samseng-samseng UMNO berasak-asak menghalang Dato' Seri Nizar dan ADUN dengan cara merbahaya. Cawangan Jenayah Khas bukan setakat menyusup untuk mencari maklumat atau membuat pengecaman bakal mangsa tetapi turut sama bertindak samseng menghalang dan cuba mencederakan rombongan ADUN.

Memang bullshit!Kalau ibarat di gelanggang, UMNO sah bukan jantan. Mungkin lebih teruk daripada pondan tua. Bacul. Pengecut. Tak berani berdepan beradu kekuatan. Menang hanya kerana pukul curi. Tak ada maruah langsung.
Bila dicabar berentap, UMNO angkat geng. Habis semua lembu yang boleh dicucuk hidung, terheret jadi perisai UMNO. Yang sanggup jadi lembu itu pun satu hal. Elok-elok lahir dari perut manusia, tiba-tiba nak jadi lembu. Lembu original di kampung diberi nama kuning, tompok dan bedul.
Di bandaraya Ipoh, berberapa ekor lembu di beri nama Abd Rahman, Ahmad Kamal, Zambry, Tajol dan Zulkifli.Apa pun, Alhamdulillah Dewan Undangan Negeri Perak selamat bersidang di bawah sepohon Sena yang rendang, 150 meter dari pintu masuk bangunan SUK.
Peristiwa bersejarah di bawah pokok Sena itu bertumpang simbolik dengan kehadiran Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Hj. Mahfuz Omar. Macam cerita Laksamana Do Re Mi pun ada juga. Teringat negeri Pasir Dua Butir dan menteri pertahanan bernama Fasola yang lebih kurang dengan UMNO.

Antara Dua Darjat




Konflik di Perak yang ada dua MB nampaknya semakin kusut. MB Nizar yang sah disisihkan walaupun bersamanya undang-undang yang mengiyakan apa jua tindakanya menurut peruntukan Perlembagaan dan Akta Tubuh Kerajaan Perak, namun disisihkan oleh sayap parti Umno seperti PDRM, Mahkamah, SPRM dan lain-lain yang selembu denganya.




Sorang lagi MB Zamry yang hitam pekat likat yang tak tau malu adalah MB kudeta haram yang diberikan kekebalan untuk melanggar undang-undang, Perlembagaan dan Akta Tubuh Kerajaan Perak.

Saya teringat cerita Laksamana Do Re Me, apabila raja Pasir 2 Buti berlindung dan bersemayam dibayah pokok dipadang pasir bersama Perdana Menterinya menerima kedatangan Do Re Me apabila kerajaan dan takhtanya dirampas oleh Menteri Pasola.

Dengan tak semena-mena cerita P.Ramlee ini menjadi kenyataan kini apabila Dewan Undangan Perak hari ini bersidang dibawah pokok lantaran pintu utama ke kompleks SUK perak ditutup dan dikunci oleh barua-barua UMNO atas kehendak UMNO oleh SUK Perak.

Maka banyaklah gerombolan lembu-lembu UMNO berbenteng dengan kelengkapan perang untuk berhadapan dengan pasukan HALAL MB Nizar untuk bersidang dalam DUN Perak hari ini.
Saya cukup pasti bahawa masyarakat antarabangsa akan ketawa sampai terkentut-kentut bila melihat peristiwa sidang bawah pokok di Perak hari ini. Ketawa kerana melihat akan kebodohan kerajaan MB HARAM Zamry dan Najib Altanthuya bertindak menghadapi kerisis di Perak ini.

Dalam masa yang sama si MB Zamri HARAM ini seakan mendapat pembelaan dari hakim yang pada saya juga rakan selembunya menolak peguam yang mewakili Speaker Perak yang BERANI itu.

Adoii!!!!! sakit otak la bila kita lihat kebodohan UMNO dan lembu-lembunya bertindak di Perak ni, macam dah takde undang-undang untuk menyelesaikan konflik ini. Saman-menyaman dah jadi mainan.... tapi belum nampak kesudahanya.

Jalan terbaik untuk selesaikan masalah orang Perak ni berada dalam kuasa Tuanku Paduka Seri Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak dan Pilihanraya pereingkat negeri diadakan.

Masalahnya mana ada pemimpin-pemimpin UMNO / BN dan kacukan BN yang berjiwa besar dan berani mohon maaf atas ketelanjuran tindakkanya melainkan diseret ke mahkamah yang sangat tidak adil dalam sejarahnya. Soalnya HAKIM mana dan MAHKAMAH mana yang telus dan berani mengadili regim Najib Altanthuya dan kerabat BN.
Selagi fungsi mahkamah yang boleh dibeli, Polis yang melembu, SPRM yang membabi buta selagi itulah nasib rakyat akan terus menderita dan keadilan tidak dapat ditegakkan.
Makin penin la kite yop!!! ape kate kita pakat undi PAS kat PRK Bukit Gantang nanti.......




Saturday, February 28, 2009

KHIR TOYO Ibarat Anai-Anai

HANYA semata-mata mahu mengaut politik murahan untuk mendapat sokongan perwakilan pemuda dalam perebutan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dato’ Seri Mohamad Khir Toyo cuba berlagak hero.

Tetapi malangnya langkahnya sumbang. Khir mahu menjadi jaguh, untuk memerangi rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Khir sebenarnya hanyalah seorang jaguh kampung yang desprado. Menghentam Pakatan Rakyat secara semberono, hasil maklumat juak-juak Umno yang masih berjawatan dalam kerajaan dan anak-anak sytarikat kerajaan negeri Selangor.

Khir tidak layak menjuarai isu-isu rasuah kerana sepanjang dua penggal pemerintahannya beliau dipalitkan dengan puluhan tuduhan kes-kes rasuah di Selangor.

Malangnya pendakwaan terpilih dibuat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu, yang khabarnya akibat ketakutan mereka untuk bertindak kerana duduk di bawah telunjuk Umno.
Beberapa minggu sahaja Khir dilantik menggantikan Tan Sri Abu Hassan Omar sebagai Menteri Besar Selangor, sudah ada dakwaan rasuah terhadap beliau dikemukakan kepada BPR, khususnya dakwaan yang dikemukakan oleh wartawan Ahmad Lutfi Othman.

Khabarnya Menteri yang menjaga undang-undang ketika itu, Dato’ Seri Rais Yatim sudah mengangkat fail kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, kerana dikatakan selepas BPR membuat siasatan, wujud beberapa keraguan.

Soal kenapa tidak diambil tindakan, tanyalah kepada kerajaan dan Umno. Banyak kes-kes rasuah membabitkan pemimpin Umno ditutup dan dilindungi.

Bukan soal kes Khir Toyo sahaja. Kes Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Seri Rafidah Aziz, yang dibawa oleh Mohamed Ezam Mohd Nor, mengapa diperamkan begitu sahaja?

Kalau BPR dulu, tidak mahu mengambil tindakan kerana mereka duduk direct dibawah ketiak pemimpin Umno, sekarang ini sudah jadi suruhanjaya, bertindaklah kalau benar-benar telus.

Saya percaya Ezam pun hendak mengetahui status dakwaan rasuah yang dibuatnya sebelum ini, walaupun beliau sudah menjadi salah seorang anggota parti perasuah (politik wang dalam pemilihan).

Berbalik kepada cerita Khir Toyo, kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat bukan tidak mahu membongkar satu persatu ‘tahi-tahi Khir yang bersepah-sepah’ semasa menjadi MB Selangor dahulu.

Namun pada penulis, kelemahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ialah beliau lambat bertindak terhadap banyak dakwaan penyelewengan yang wujud di zaman Khir. Ada puluhan kes membabitkan Khir secara khusus sudah dikenalpasti.

Untuk bersikap adil kepada Menteri Besar Selangor, mungkin beliau tidak perasan kes-kes tersebut, mungkin juga beliau ‘tersekat’ untuk bertindak kerana ramai ‘barua-barua’ Khir Toyo masih duduk dalam kerajaan dan anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Penulis difahamkan kebanyakan penjawat politik dalam kerajaan dan anak-anak syarikat diisikan oleh Khir, dengan juak-juaknya yang terdiri daripada pemimpin Umno peringkat bahagian, pemuda dan puteri, masih ramai yang bertenggek di pusat pentadbiran kerajaan.
Pakatan Rakyat, secara khususnya Khalid, tidak wajar membiarkan ‘anai-anai’ ini terus merobek keutuhan kerajaan. Mereka adalah ‘duri dalam daging’ yang gunanya hanya untuk mensabotaj Pakatan Rakyat.

Semua lantikan politik harus ditapis dan dirombak segera. Mereka yang benar-benar genuine dan tidak berpihak sahaja harus menjadi pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Jika tidak mereka akan menjadi ‘mata dan telinga’ Umno-BN, yang dibayar gaji oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Khalid harus bertindak segera, ‘jangan sudah terhantuk baru hendak terngadah’. Jika wujud anggapan, selepas diserang teruk baru Khalid, tersentak dan hendak membalas ‘kedurjanaan’ Khir Toyo, itu kan kurang baik.

Masanya belum terlambat untuk Pakatan Rakyat retaliate. Sebelum mereka lebih rakus dengan pendekatan rough politics, kemaraan mereka harus disekat.

Pakatan Rakyat mesti terus membongkar penyelewengan Umno-BN dan Khir segera, dengan menyenaraikan dakwaan rasuah mereka untuk tatapan rakyat Selangor. Pakatan Rakyat harus pastikan senjata rasuah yang digunakan untuk menyerang Khalid dan kerajaan negeri, ‘menikam’ mereka kembali.

Khir Toyo tidak layak menjuarai isu rasuah. Lagi banyak dakwaan penyelewengan terhadap Pakatan Rakyat, hanya akan mendedahkan muslihat jahat Umno-BN.

Keangkuhan Khir Toyo harus disekat. Rakyat Selangor kini, patut menghadiahkan ‘penyapu’ kepada beliau, kerana menjadi ‘tukang sapu dan tukang kaut’ harta-harta rakyat di Selangor.

Akhirnya, rakyat mesti teguh berada di belakang Pakatan Rakyat dan memastikan Umno-BN, khususnya Khir, menjadi ‘kera sumbang’ dalam arena politik negara. Hrkh

Bakal PM Terbodoh Yang Semakin Bodoh

Betul kata orang-orang tua, bukan susah nak tau kebodohan orang bodoh. biar aje dia tunjuk kebodohannya sendiri dan kebodohan itu akan timbul dengan sendirinya. lebih-lebih lagi kalau orang tu memang betul-betul bodoh.
Macam jugak kebodohan bakal PM terbodoh yang kita ada. dah banyak kali sangat dah dia tonjolkan kebodohannya dengan cara yang paling bodoh. Pertama sekali (tolak bodoh yang dulu-dulu, kita ambik yang bodoh melampau je...) masa kes Saiful dulu. mula-mula bodoh ni cakap tak kenal Saiful dan tak pernah jumpa Saiful, tapi bila dah kantoi orang bawak keluar gambar Saiful dekat pejabat dia, dan dan tu jugak bodoh ni tukar kenyataan cakap kenal.
Tu baru gertak dengan gambar si bodoh dekat ofis si bodoh... belum tunjuk gambar si bodoh salam dengan si bodoh lagi... Pernah jumpa sekali awal tahun dulu masa Saiful mintak tolong bagi sokongan untuk mohon biasiswa. padahal 1 Malaysia dan ada jugak warganegara luar tau yang budak Saiful tu kelulusannya tahap bodoh. elok sangat... si bodoh yang nak mintak biasiswa jumpa si bodoh yang nak bagi sokongan untuk si bodoh yanng sebenarnya tak layak dapat biasiswa. Si bodoh tu dah nampak dah kebodohannya dekat situ.
Lepas tu tambah lagi kenyataan dari si bodoh mengatakan bahawa si bodoh yang lagi satu pergi jumpa si bodoh sebab nak mengadu masalah bahagian belakang kena tala dekat bos si bodoh. padahal sebelum tu si bodoh dah cakap jumpa si bodoh sekali je masa si bodoh nak mintak sokongan untuk biasiswa.
Si bodoh tanpa dia sedar dah menampilkan kebodohannya nak memperbodohkan orang ramai yang tak bodoh. tapi ramai si bodoh dari parti bodoh yang percaya cakap si bodoh ni. molek sungguh si bodoh-si bodoh sekelian berkumpul dalam satu parti bodoh untuk si bodoh. Kali ke-2 si bodoh ni menampilkan kebodohannya ialah bila dengan bangganya si bodoh ni buat kenyataan bahawa "OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM…" dan jugak "OUR FUNDAMENTALS IS STRONG…".
Ttak lama lepas tu si bodoh ni keluarkan kenyataan supaya semua rakyat Malaysia bersedia untuk menghadapi krisis ekonomi... Tak lama lepas tu jugak si bodoh ni keluarkan kenyataan bahawa negara Malaysia juga tak dapat lari dari menerima kesan kemelesetan ekonomi global. padahal sebelum tu si bodoh ni jugak yang keluarkan kenyataan bahawa "OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM…" dan jugak "OUR FUNDAMENTALS IS STRONG…".
Si bodoh ni tanpa sedar telah sekali lagi menampilkan kebodohannya pada mata rakyat Malaysia yang tak bodoh macam si bodoh ni.
Terbaru sekali si bodoh ni keluarkan lagi kenyataan bodoh yang seolah mengiakan bahawa memang wujud kes pembelian ADUN-ADUN Pakatan Rakyat sebagaimana yang didakwa oleh beberapa pihak.
Kenyataan bodohnya ialah bilamana si bodoh ni di soal oleh wartawan "benarkah tuduhan sesetengah pihak bahawa ADUN-ADUN Pakatan Rakyat di bayar sejumlah wang sebanyak RM50 juta untuk melompat?"
Yang tak bodoh nak tau apa si bodoh ni jawab? si bodoh ni jawab "mana ada sampai 50 juta..!"... apa maknanya tu? adakah maksud sebenar si bodoh ni "tak sampai 50 juta lahhh...!!! dalam 5-6 juta je...!!!" macam tu ka?
Entah... aku tak tau... ni kene tanya si bodoh-si bodoh dari parti bodoh sebab hanya si bodoh je yang paham bahasa si bodoh. Ada lagi si bodoh ni buat... malam tadi si bodoh ni gatal mulut nak komen isu speaker DUN Perak yang panggil para ADUN Perak untuk satu Sidang Tergempar DUN.
Si bodoh ni cakap - "DUN Perak tidak boleh mengadakan sidang tergempar Selasa ini selagi mahkamah belum membuat keputusan berhubung dua kes berkaitan kerajaan negeri itu..."... si bodoh ni cakap lagi "dua kes yang masih belum diputuskan oleh mahkamah ialah kedudukan tiga wakil rakyat negeri itu dan status kerajaan negeri Perak daripada segi perlembagaan." Apa maknanya tu? maknanya si bodoh tu sendiri dah nafikan kenyataannya bahawa KERAjaan UMNO/BN Perak adalah KERAjaan yang sah..!
Rupanya si bodoh ni pun tak yakin yang KERAjaan yang dia bangga-banggakan di Perak tu adalah KERAjaan yang sah dan dalam masa yang sama si bodoh ni dah mengakui bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah Kerajaan Negeri Perak yang sah! Bukan susah rupanya nak jadi PM Bakal PM Malaysia... korang cuma perlu jadi si bodoh je.
Kelebihan ialah pada mereka-mereka yang tak de otak.
sumber TKO

Salahkan UMNO Kalau Mufti Perak Di Maki




Siapa yang bersalah sekiranya Mufti Perak Dato Seri Dr HarussAdd Imageani Zakaria dimaki, bukankah itu semua gara-gara Umno yang khianat dan mempergunakan Mufti.


Siapa yang tidak hormatkan instituti Mufti kalau bukan Umno yang tidak mahu mendengar fatwa dan nasihat mufti, bukankah Malaysia mempunyai rekod mufti paling ramai dalam dunia, tak cukup setiap negeri satu mufti siap dengan timbalannya pula tu.


Terkini Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kononnya kecewa apabila Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria dijadikan bahan cercaan dan makian oleh penyokong pembangkang di Internet.


Tidak cukup dengan itu beliau juga kesal instituti raja juga dihina sedangkan apa yang beliau katakan semuanya terbalik dan berbalik kepada Umno yang mempergunakan sultan, pegawai istana, pegawai kerajaan negeri dan tidak tertinggal mufti.


Kami dari Pakatan Rakyat tidak bermusuh dengan instituti mufti, malah kita mengangkat dan menghormati mufti selaku penasihat sultan dan tempat rujukan hukum dan fatwa disaat rakyat memerlukan pedoman dan panduan.


Siapa yang mengenali Mufti Perak ini secara lebih dekat, jelas sebenarnya beliau sangat sayangkan perpaduan dalam Islam, beliau secara diam sebenarnya menyokong apa yang PAS lakukan selama ini termasuklah simpati dengan kezaliman yang dikenakan keatas Dato Seri Anwar Ibrahim satu ketika dahulu.


Pastinya apa yang berlaku sekarang adalah momokan dan sandiwara Umno yang mengambil kesempatan kononnya hendak mengekalkan hagemoni kuasa kononnya kalau melayu mestilah Islam walhal selama ini Mufti Perak ini ditipu oleh pemimpin-pemimpin Umno sepertilah buat alim depan mufti, dibelakang mufti pula apa maksiat yang pemimpin Umno tak buat.


Diceritakan dalam pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat Perak sebelas bulan yang lalu, Mufti Perak ini disuruh memujuk adun-adun PAS untuk membentuk kerajaan campuran dengan Umno.


Paling malang Mufti Perak baru-baru ini, membuat kenyataan tentang kewajipan taat kepada pemimpin yang akhirnya kenyataan beliau itu ditegur oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato Dr Harun Din sebenarnya pemimpin yang macam mana kita perlu taat.


Kini sudah tiba masanya, pimpinan PAS menghantar wakilnya untuk duduk bermuzakarah dengan Mufti Perak untuk menerangkan apakah sebenarnya perjuangan gerakan Islam dalam parti PAS bersama-sama Pakatan Rakyat dan paling penting menerangkan kejahatan Umno dan BN selama 51 tahun kita merdeka.


Sumber : Jundullah atau Layari : http://pasjohorbahru.com/