Saturday, February 28, 2009

Kalutnya Politik Malaysia

Sijarah hitam politik kepartian di nagara kita sekali lagi ternukil apabila pihak kerajaan sendiri sanggup menceroboh dan menodai undang-undang dan pelembagaan yang kononya didokong dan dijulang tinggi.
berikutan dari rampasan kuasa di Perak, kita melihat TPM Najib Altanthuya sanggup melakukan apa sahaj demi mencapai cita-cita politiknya hingga tergamak mencolok 3 adun BANGGANG dari PR hanya kerana mahu merampas kuasa diperak. Dan kini wujudlah sebuah lagi negara / Negeri HARAM dalam dunia selain dari Israel dan terpacullah si Zamri MB Haram di Malaysia dan kerajaan haram di Perak.
Perbuatan mencolek dan cubaan merasuah hingga puluhan juta ringgit terhadap ADUN dan Ahli Parlimen PR adalah perbuatan yang tidak bertamadun dan sangat memalukan.
Ditambah lagi dengan kebodohan SPRM melalui ketua Pengarahnya si said juga mewarnai lanskap politik negara apabila ia sanggup melembukan dirinya hanya kerana terhutang budi dengan pimpinan regim Pak Lah kerana menyelamatkan anaknya dari dipenjara di Australia atas dakwaan mengedar bahan lucah kanak-kanak.
Rakyat sudah sedia maklum bahawa PDRM, SPRM, SPR dan lai-lain agensi kerajaan semuanya melembukan diri untuk menjilat bontot pemimpin-pemimpin UMNO dan BN kerana menjaga periuk nasi mereka untuk terus stabil tetapi mereka lupa mereka itu sebenarnya digaji oleh rakyat.
Tak semena-mena kita dari PR khususnya sdr Hj. Nizar dan dan rakan-rakanya dituduh MENDERHAKA kepada Sultan. Pemuda UMNO dan seangkatanya dalam UMNO dan NGOs bahawa UMNO lah yang memulakan penderhakaan terhadap raja-raja melayu... kalau tak percaya cuba tanya Tun Mahathir! Sejarah sudah terpahat dan tertulis melihat kebodohan dan penderhakaan mereka terhadap Raja-Raja Melayu .
Menderhaka kepada raja tidak berdosa tetapi menderhaka kepada ALLAH itu yang berdosa. takanlah tak reti bahawa puak-puak ni. Macamana nak reti para Mufti yang mereka suap dengan duit pun sama mangkuk juga.

Monday, January 19, 2009

Titik persamaan PAS di Malaysia dan HAMAS di Palestin dalam banyak peristiwa

"Allahu Akbar!!! Ku menyahut seruan ilahi diatas berita kemenangan Islam di Malaysia dan diikuti kesokkannya kemenangan HAMAS di Palestin. Kemenangan kedua-dua kumpulan ini seolah-olah ada kaitan diantara satu sama lain kerana kalau dilihat pada bentuk kemenangan itu memang ianya bukan semata mata kemenangan, bahkan ia adalah satu pertolongan Allah s.w.t ke atas hamba-hambanya yang ikhlas berjuang.
Sama-sama kita lihat perjuangan HAMAS di Palestin, bagaimana asuhan dan pentarbiahan mereka hingga mereka sanggup berdepan dengan musuh walaupun tidak mempunyai kelengkapan perang yang canggih sebagaimana yang dimiliki oleh pihak musuh. Walau dilihat pada material memang tiada tandingan antara HAMAS dan ISRAEL, bermakna awal-awal lagi HAMAS akan kalah bahkan akan terkubur, tetapi apa jadinya? Yang berlakunya adalah disebalik itu, iaitu kemenangan dan juga pertolongan daripada Allah swt. Kalau tanpa pertolongan Allah swt nescaya mustahil HAMAS akan menang, itulah pentingnya pertolongan Allah swt dalam apa jua keadaan.
Dilihat pula kepada kemenangan parti islam di Malaysia dalam pilihanraya kecil kuala Terengganu, juga mustahil PAS akan menang dalam pilihanraya ini kalau dilihat pada asas material,pihak musuh mempunyai banyak harta benda dibawa untuk berkempen hingga saya yakin mencecah berpuluh juta ringgit semata-mata untuk memenangkan calon mereka, sebagai bukti apa yang dikatakan oleh bos mereka “kita mesti menang walaupun dengan berapa banyak kos sekalipun”. Ini bukti bahawa kalaulah mereka menang sekalipun, mereka menang dengan duit atau harta bukan menang dengan roh yang sebenarnya.
Akan tetapi atas ikhlas dan semangat pengorbanan daripada pejuang islam ini sepertimana golongan HAMAS, maka Allah tidak member kemengan kepada mereka walaupun mereka ada kekuatan material, bahkan Allah memberi kemenangan dan pertolongan kepada parti Islam. Ini persamaan yang didapati pada PAS dan juga HAMAS.
Seterusnya, persamaan pada tarikh kemenangan, PAS diumumkan telah memenangi pilihanraya pada tanggal 17 januari 2009 malam, begitulah juga diikuti dengan HAMAS tidak semena-mena pihak musuh mengumumkan genjatan sentaja dari sebelah pihak tanpa persepakatan pihak yang kedua(HAMAS), ini bermakna Israel telah mengangkat bendera putih mengaku kalah kerana mereka menanggung kerugian yang terlalu banyak dan tidak sanggup menghadapi serangan HAMAS kerana memang mereka terkenal dengan pengecut sebagaimana yang disebut didalam Al-Quran walaupun target musuh untuk mengambil Gaza dan menghapuskan HAMAS akan tetapi yang terjadi mereka menangkat bendera putih dan HAMAS semakin kuat dan bertambah sokongan bukan setakat sokongan rakyatnya bahkan sokongan dunia, inilah point penting yang boleh kita ambil dari peperangan ini.
Ini samalah juga denga parti Islam PAS, tatkala berlakunya pilihanraya, bukan setakat sokongan ahlinya sahaja, bahkan sokongan penuh dari sekutunya(pakatan rakyat) hinggakan mereka turun berkempen seperti mereka berkempen untuk partinya sendiri. Dan juga PAS mendapat sokongan dari seluruh Negara yang menyaksikan berpuluh ribu penyokongnya turun untuk berkempen.
Dan juga yang paling pentingnya PAS mendapat pengiktirafan boleh dikatakan daripada semua pihak saamada Pakatan dan BN bahawa PAS kuat dan mampu untuk mengambil alih kerajaan. Dalam masa yang sama, marilah juga kita melihat persamaan PAS dalam kekalahanya pada 21 mac 2004 dan diikuti syahidnya pemimpin spiritual HAMAS As-Syahid Ahmed Yasien pada keesokan harinya 22 mac 2004.
Ini menunjukkan PAS dan HAMAS ada persamaan yang telah ditentukan oleh Allah swt dalam banyak perkara. Ini adalah titik aturan dan persamaan yang telah diaturkan oleh Allah swt. Maka yang akhirnya kita memohon dan selalu bemunajat semoga Allah swt menyamakan juga PAS dan HAMAS ini dalam spritualnya dan diakhirkan hayat pejuang-pejuang PAS seperti pejuang-pejuang HAMAS iaitu Syahid dimedan pejuangan. AAmiin yaa Rabb… Hayyu asyier 2am19jan09http://yusuf2013.blogspot.com/"

Friday, October 31, 2008

ALTANTUYA

Taniah kepada Razak Baginda kerana telah dibebaskan oleh Mahkamah dari tuduhan bersubahat dengan kes pembunuhan wanita Mongolia itu walaupun diperingkat awal dikatakan bahawa kedatangan wanita itu ke negara ini untuk bertemu denganya namun maut yang ditemuinya.
Tinjausan saya sejak dari tengahari semalam Jumaat 31 Oktober 2008 dan pagi ini rata-rata teman-teman yg saya temui mempersoalkan keputusan mahkamah yang terus memerintahkan dua orang lagi tertuduh iaitu Sirul Azhar dan Azilah yang diperintahkan untuk membela diri.
Maksud dari keputusan itu boleh dianggap sebagai mereka berdua bakal dipersalahkan dan bakal menerima hukuman mati kerana membunuh yang dituduh dibawah seksyen 302.
Soalnya apa motif dan tujuan serta faedah yang diperolehi mereka berdua apabila membunuh wanita itu. Umum mengetahui bahawa mereka berdua itu adalah pegai pengiring kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga dikaitkan dengan wanita itu.
Logik umum mengatakan bahawa mereka tentunya tidak akan melakukan pembunuan dan sebarang perkara melaintan apabila menerima atasan dari tuanya. Umum juga mempersoalkan bagaimana penggunaan bom C4 yang digunakan untuk meletupkan jasad wanita itu boleh dengan mudah didapati sedangkan ia sepatutnya dibawah kawalan dan simpanan tentera sahaja. Khalayak juga mengetahui bahawa TPM yang bernama Najib itu juga pada ketika itu menjawat jawatan Menteri Pertahanan.
Umum juga diberitahu bahawa pada masa kejadian untuk meletupkan jasad wanita itu isteri TPM juga dikatakan ada bersama pada ketika itu. Namun tiada sesiapa yang dapat mengesahkanya kecuali orang-orang yang terlibat secara langsung dalam insiden itu tetapi mereka lupa ALLAH melihat segala-galanya.
Umum juga mengajukan berapa banyak duit yang mereka perolehi sehingga sanggup dikambing hitamkan oleh orang itu? kerana seorang budak baru-baru ini sanggup bersumpah dia diliwat dan mendapat habuan yang lumayan dan berapa pula budak berdua ni dapat.
Orang itu pula kini sudah dinamakan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 6 tahun hadapan.
Apakah jaminan keadilan dapat diperkasakan dalam negara kita dalam keadaan setiap penjuru sistem keadilan kita dirobek dan diperkosa oleh individu-individu yang bekepentingan dan berkuasa dalam negara kita.
MALANGNYA kita mendapat pemimpin yang bodoh seperti mereka tetapi bijak untuk mengaut keutungan peribadi dan kita saksikanlah episod-episod sedih ini pada masa-masa akan datang melainkan kuasa rakyat bangkit merobohkan tembok keegoan mereka itu.
Wallahualam

Thursday, October 30, 2008

ISA

Menyorot kepada perbahasan di Parliment hari ini mengenai ISA . pihak Kementerian Pertahanan bertegas untuk mempertahankan penggunaan ISA ini demi untuk mempertahankan kestabilan negara daripada anasir-anasir yang menjurus kepada pelbagai isu yang berkaitan dengan keganasan dan sebagainya.
Saya melihat ISA ini akan tetap diteruskan oleh kerajaan Regim Barisan Nasional demi untuk mempertahankan kuasa mereka. Hujah-hujah yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri menyatakan bahawa ISA ini adalah sebagai akta pencegahan dan segala sumber maklumat adalah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan dimahkamah.
Saya kira ini adalah satu kenyataan paling bodoh yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri. Bayangkan bagaimana orang yang ditahan didalam ISA dan keluarganya begitu dahsyat dizalimi dan saya telah banyak membaca catatan daripada bekas tahanan ISA ini. Bukan sahaja mereka diugut dan dizalimi bahkan lebih dahsyat lagi ahli keluarganya yang tinggal diluar pun diugut dan di pantau pergerakan mereka oleh pasukan polis.
Dalam hal ini kita sepatutnya kembali kepada prinsip keadilan Islam bahawa seseorang itu tidak akan dianggap bersalah selagi tidak dibuktikan didalam sistem mahkamah yang adil.

Thursday, September 18, 2008

Ayuh Kebarkan Bendera

Meskipun tanggal 16 September telah berlalu, semangat Hari Malaysia masih utuh di kalangan warga Malaysia yang bermaruah.
Semangat ini melangkaui sempadan partisan, ia semangat yang terlahir hasil dari nawaitu untuk menjunjung amalan demokrasi, membudayakan perpaduan murni di kalangan agama dan kaum yang pelbagai, ke arah melahirkan sistem kenegaraan yang stabil dan bebas unsur penindasan berciri perkauman dan kabilah sempit.
Justeru, saya menyeru kepada seluruh warga Malaysia untuk sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan, di rumah atau di mana saja sebagai tanda kasih kita kepada tanah air tercinta.
Semoga semangat ini terus berkibar dan berkobar ke arah merealisasikan Malaysia Baru!
ANWAR IBRAHIM

sumber www.harapanmalaysia.com

Islam Hadhari Sesat!

"Islam Hadhari di Malaysia, Hazaa Dhalal, Wa Yudhil (ianya sesat dan menyesatkan) ". Itulah ulasan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili dalam pertemuan dengan Group UM dan Komuniti Mahasiswa Kerinchi (KMK) semalam di Jame Quaiti (Jame Othman) Damsyik.
Pertemuan itu diatur khas untuk beramah mesra dan berdiskusi dengan sheikh khususnya bagi membincangkan suasana umat Islam di Malaysia.
Namun belum sempat soalan dikemukakan, Sheikh Wahbah terlebih dahulu mengulas tentang Islam Hadhari. Beliau berpesan kepada kami supaya memperlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama. Ini sebagai persiapan diri untuk perjuangkan Islam dan berhadapan dengan banyak kesesatan di zaman sekarang.
Menurut Sheikh, di Malaysia ada Islam Hadhari. "Islam Hadhari ini sesat dan ia menyesatkan satu dunia. Ia merosakkan umat Islam." Terpaku penulis mendengar kata-kata tersebut.
"Islam Hadhari hanya disukai oleh Amerika sahaja, kerana ia bercanggah dengan Islam yang sebenar (hakiki)," jelas Sheikh Wahbah lagi.
Menurutnya, ketika menghadiri muktamar Alumni Al Azhar di Malaysia tempoh hari, Perdana Menteri asyik bercakap soal Islam Hadhari. Namun ketika itu, beliau tidak mendapat kesempatan yang sesuai untuk menjawabnya. Namun hari ini beliau dengan tegas menyatakan bahawa Islam Hadhari bukan daripada Islam yang sebenar.
"Hanya Amerika yang suka Islam Hadhari", jelas Sheikh Wahbah kepada penulis." Kenyataan beliau ini jelas membawa maksud, bahawa Perdana Menteri Abdullah Badawi berbohong apabila menyatakan Islam Hadhari diterima Ulama dunia seperti Sheikh Wahbah Zuhaili, Al Butti dan lain-lain. Malah perhimpunan Alumni Al Azhar yang dijadikan gelanggang untuk menunjukkan kerajaan BN lebih Islam dan disokong Ulama dunia hanyalah sandiwara.
Tidak sangka seorang Perdana Menteri bukan sahaja membohong rakyat jahil tentang Islam Hadhari yang dibawanya, malah sanggup berdusta di hadapan ilman-ilmuan Islam atau ulama-ulama dunia. Keduanya beliau juga menyelar kumpulan Quraniyun yang dikatakan wujud di Malaysia. Kumpulan ini kononnya hanya berpegang kepada Al Quran sahaja dan menolak Hadis. Menurut beliau sebagai orang Islam, kita wajib berpegang dengan kedua-duanya. Jelas di dalam Al Quran Allah menyeru orang beriman supaya taat kepada Allah dan Rasul."
sumber dari TKO

Wednesday, September 3, 2008

Apakah ini bakal terjadi dalam politik Malaysia


Kronologi ini buat BN 'meraung' :


5 September :Semua komponen parti BN dari Sabah dan Sarawak isytihar keluar dari BN.


6 September:Semua komponen BN diSemenanjung keluar dari BN kecuali MCA dan MIC.


7 September: 10 Ahli Parlimen BN umum pindah kerusi Parlimen ke Pakatan Rakyat.


8 September: 5 Menteri dan Timbalan Menteri umum letak jawatan.


9 September: Sidang tergempar Parlimen.


10 September: Perdana Menteri mengumumkan perletakan jawatan.


12 september: Sidang tergempar mengusulkan DSAI membentuk ‘Caretaker Government’.


15 September: DSAI mengisytiharkan Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan baru.9.20 malam: DSAI mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.


16 September: DSAI mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.


sumber : matsamankati